Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN

KM 12, JALAN KLANG LAMA, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR


TEL : 03 – 7782 7833 FAKS : 03 – 7781 0750

_____________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : (01)PAI/SKTM/2019
Tarikh : 20 April 2019
Kepada,
Ustaz Nabil Bin Ahmad

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada Perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Taman
Medan akan mengadakan program Sambutan Ihya’ Ramadhan. Program tersebut akan
dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 06hb Mei 2019


Tempat : Dewan Bestari SK Taman Medan
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tajuk : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

3. Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.
Sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan penyelaras Ihya’ Ramadhan Ustaz Mohd
Helmi di talian 01121312199.

4. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian,

“Ramadhan Kareem”

Saya yang menurut perintah,

(KHAIRUL NIZAL BIN ABU BAKAR)


Guru Besar,
SK Taman Medan.

Anda mungkin juga menyukai