Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN "SKTM RC CLUB" SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM di SEKOLAH

KEBANGSAAN TAMAN MEDAN PETALING JAYA SELANGOR.

oleh
MOHD HELMI BIN NOORDIN
Setiausaha SKTM RC CLUB

1.0 TAJUK
SKTM RC CLUB

2.0 PENGENALAN
RC (radio control) merupakan antara beberapa alatan permainan teknik dalam bentuk jentera
elektronik darat, udara, air dan model-model kenderaan sebenar yang lazimnya dikecilkan
nisbahnya kepada saiz tertentu. Walaupun peralatan RC car ini berbentuk permainan dan ‘radio
control’ namun pendedahan terhadap permainan ini mampu menjana minda pelajar supaya celik
dan kreatif dalam bidang teknikal jentera yang dilihat akan meransang minat mereka dalam
meneroka bidang sains fizik dan teknikal amnya. Perkara ini dilihat sebagai satu elemen yang harus
dikembangkan dan diberi pendedahan khusus sebagai pengisian aktiviti kokurikulum disamping
merangsang minat pelajar untuk hadir dan aktif dalam penyertaan mereka menerusi kelab ini.

1
3.0 RASIONAL
Pendedahan terhadap permainan teknikal dilihat perlu memandangkan pertandingan Karnival
Sains sendiri yang lazimnya diadakan setiap tahun juga mempertaruhkan pertandingan teknikal
seperti Kereta Solar dan Bot Solar. Secara tidak langsung, pelajar yang didedahkan dalam aspek
teknikal ini akan mampu menghasilkan ciptaan ringkas bagi persediaan menerusi beberapa
pertandingan ini. Selain itu, penerapan aspek teknikal ini juga mendorong pelajar berdikari jika
menghadapi situasi yang perlu dalam aspek teknikal seperti membetulkan alatan teknikal rumah,
kenderaan dan sebagainya memandangkan konsep kawalan, kuasa elektrik, wayar dan pemasangan
diterapkan dalam permainan teknikal ini.

4.0 OBJEKTIF
i. Melahirkan pelajar yang kreatif dalam aspek permainan teknikal
ii. Menggalakkan kehadiran pelajar dalam aktiviti kelab dan kokurikulum
iii. Mendorong minat pelajar terhadap jentera, permainan elektronik dan teknikal
iv. Mempelajari konsep sains fizik secara tidak langsung dalam aktiviti kelab ini
v. Memupuk aspek kepimpinan dalam organisasi kelab dan penganjuran pertandingan dalam
aktiviti kelab
5.0 ORGANISASI
i. Penasihat(Guru Besar),
ii. Pengerusi,
iii. Naib Pengerusi,
iv. Setiausaha,
v. Bendahari dan
vi. Ketua Kumpulan.

Anggota-anggota kelab akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri
daripada murid-murid berbagai kelas dan tahun. Ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara
anggota kelab.

2
6.0 AHLI KELAB
Pelajar yang ingin menjadi anggota "SKTM RC CLUB" perlu mempunyai alatan permainan
elektroknik sendiri serendah RM10. Hal ini mengikut kemampuan pelajar . Alatan sendiri penting
untuk menggalakkan pelajar sendiri mencuba pemasangan dan konsep teknik yang akan diajarkan
dalam beberapa aktiviti kelab dan perlumbaan kelab.

7.0 AKTIVITI
i. Kelas dan taklimat REMOTE CONTROL CAR (mengikut peraturan pertandingan TAMIYA di
JEPUN-seperti dalam LAMPIRAN)
ii. Mengadakan pertandingan bulanan dan mewujudkan PIALA PUSINGAN SKTM RC CLUB
iii. Mencipta kereta solar dan bot solar bagi wakil ke KARNIVAL SAINS DAERAH
iv. Mendedahkan sukan Radio Control seperti RC DRIFT,TOURING RACE dan RC FLY
v. Mengadakan Tshirt Kelab

8.0 KESIMPULAN

Cadangan penubuhan KELAB TAMIYA & RC SMKJKT ini timbul memandangkan pelajar tidak terdedah
dalam aspek teknikal dan keperluan dalam meningkatkan keupayaan wakil sekolah ke beberapa
pertandingan seperti Karnival Sains Daerah dan sebagainya. Dengan penubuhan kelab ini nanti guru
Penasihat dapat menerapkan konsep sains fizik dan ilmu berguna kepada pelajar,di samping
memaksimumkan kreativiti. Secara tidak langsung membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
selain menerapkan minat pelajar terhadap jentera elektronik dan bidang sains teknikal dalam melatih
pelajar dengan kemahiran-kemahiran pengurusan kelab yang mana ia sangat berguna pada masa
hadapan.

Kelab TAMIYA & RC SMKJKT ini dicadangkan penubuhannya mulai 1.1.2014

Anda mungkin juga menyukai