Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH

1267 JALAN ABDUL KADIR, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
TEL : 04- 537 1705 FAKS : 04- 5305521
___________________________________________________________________
Rujukan Kami: SRIM/BK/006/20
Tarikh: 30 Januari 2020

Novel Steyens,
1140, Lorong Perusahaan Sg. Lokan 5,
Kawasan Perusahaan Sg. Lokan,
Mk. 16, Off Jalan Bagan Lallang,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang

Tuan,

PERMOHONAN PENAJAAN MINUMAN SUNQUICK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah bercadang untuk mendapatkan penajaan minum


sunquick bagi aktiviti senamrobik yang akan diadakan seperti butiran berikut :

3. Butiran program adalah seperti berikut :


Tarikh : 13 Februari 2020 (Khamis)
Tentatif : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Sasaran : Semua warga SRI Al-Masriyah (437 orang)
Tempat : Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah

4. Justeru itu, amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memenuhi permohonan ini dan
kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Pihak tuan boleh
menghubungi Cikgu Ahmad Aliuddin Bin Shaharin di talian 017-563 8645 untuk maklumat lanjut
berkenaan program ini.

Sekian, terima kasih.

ILMU, AMAL, TAQWA

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(Muna Bt Hj Ahmad Fuad)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah

Anda mungkin juga menyukai