Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari


Jalan Pengkalan
08000, Sungai Petani Telefon =
6044212648
Kedah, Malaysia Fax = 604425820

Ruj. Kami:SMKKJ.600-4/1/1 ( )
Tarikh: 22 MAC 2023
Pengarah,
Pusat Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Azlan Shah
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENYEWA TREK OLAHRAGA UPSI UNTUK LATIHAN PUSAT
OLAHRAGA FASA 2 DAERAH KUALA MUDA YAN, KEDAH DARUL AMAN.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai dan Atlet Olahraga dari Pusat Latihan Daerah Kuala
Muda Yan, Kedah sedang merangka program latihan penyesuaian trek olahraga Fasa 2 pada
ketetapan berikut :
TARIKH : 31 Mei - 02 Jun 2023
SESI LATIHAN : Rabu – sesi pagi (8.00pg – 12.00tghr) & petang (5.00ptg-7.00ptg)
Khamis – sesi pagi (8.00pg – 12.00tghr) & petang (5.00ptg-7.00ptg)
Khamis – sesi pagi (8.00pg – 12.00tghr)
ACARA : OLAHRAGA

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menempah penggunaan Trek Olahraga UPSI beserta
kemudahan untuk latihan.

4. Tujuan surat permohonan ini, pertama untuk mendapatkan sebut harga sewaan trek. Selain
itu pihak kami juga memohon pertimbangkan bagi bayaran minima kadar sewaaan trek
memandangkan penggunaan trek mengikut sesi pagi dan petang sahaja. Kertas kerja program latihan
ini akan dilampirkan bersama surat permohonan.

5. Pihak kami juga memohon jasa baik tuan memaklumkan jumlah bayaran sewaan sekiranya
mendapat persetujuan dari pihak tuan. Sebarang pertanyaan dan maklum balas mohon berhubung
dengan En. Mohd Zainal Bin Mat Isa (Setiausaha PLD) di talian 0126788101 dan email maklum
balas ke (asazmi81@gmail.com).

6. Kerjasama dan sokongan pihak tuan bagi menjayakan acara kami ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.


Saya yang menjalankan amanah.

(MOHD ZAINAL BIN MAT ISA)


Setiausaha
Pusat Latihan Daerah (Olahraga)
SMK Khir Johari
Daerah Kuala Muda Yan
Kedah Darul Aman.

Anda mungkin juga menyukai