Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN KAUNSELOR PENDIDIKAN MALAYSIA (PEKA),

Reg. No: PPM-012-16-30092004


NO 23-3 JALAN KRISTAL AS 7/AS,
SEKSYEN 7
40000 SHAH ALAM
SELANGOR, MALAYSIA
www.counseling2u.com

Rujukan Kami : PEKA/5/2019/1 (42)


Tarikh : 20 Mac 2019

SEGERA DENGAN EMAIL

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
(u.p: Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan)

Tuan,

BENGKEL STOP PORNOGRAFI DENGAN PENDEKATAN TEKNIK CBT

Dengan sukacita dan penuh hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA)


bersama beberapa rakan kerjasama akan menganjurkan Bengkel Stop
Pornografi dengan Pendekatan Teknik CBT bagi Peringkat Negeri Kedah seperti
maklumat berikut:

Tarikh : 29 April 2019 (Isnin)


Tempat : Institut Pendidikan Guru Darul Aman, Jitra, Kedah
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang

3. Bengkel ini adalah kesinambungan program pembangunan dan


profesionalisme yang dianjurkan oleh PEKA bagi menambah ilmu menolong
terutama di sekolah. Bengkel ini juga adalah mengupas seputar isu terkini dan
menjurus kepada kemahiran khusus yang diperlukan terutama untuk kaunselor
sekolah, pentadbir, guru-guru dan mereka yang terlibat dengan pelbagai
kumpulan klien

4. Sehubungan itu, pihak kami memohon kebenaran penyertaan guru


bimbingan & kaunseling, pentadbir dan guru di bawah kendalian Jabatan
Pendidikan Kedah untuk menghadiri bengkel tersebut.
5. Jika pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, boleh email di
programpeka@gmail.com atau berhubung dengan En. Muhammad Saffuan
Abdullah ditalian 014-3382689.

Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai.
Semoga pihak PEKA dan pihak tuan akan terus dapat bekerjasama pada masa
akan datang demi membangunkan modal insan berkualiti dan berprinsip.

Sekian, terima kasih.

“PSIKOLOGI KAUNSELING UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT”

Saya yang menurut perintah,

(DR SITI TANIZA TOHA)


Presiden
Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA)
No. Tel: 012-2548112
Email: sititanizatoha@yahoo.com

s.k.
En. Muhamad Safuan Abdullah
Biro Latihan & Pendidikan PEKA

Anda mungkin juga menyukai