Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat


Jalan Sultan Abdul Samad Tel: 603-3181 8792
42700 Banting Faks: 603-3187 7787
Laman Web: www.moe.gov.my/ppdkualalangat
SELANGOR DARUL EHSAN E-mel: ppd.kualalangat@btpnsel.edu.my
MALAYSIA
Ruj Kami : PPDKL.UB 700-2/1 Jld.9 ( 80 )
Tarikh : 15 September 2018
Guru Bahasa Inggeris Tahun 3/Tingkatan 3
(Senarai seperti di lampiran untuk tarikh, tempat dan kumpulan)

Melalui :
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Sekolah Rendah Daerah Kuala Langat

Tuan,

PELAKSANAAN PENATARAN KURIKULUM BAHASA INGGERIS SEJAJAR TAHAP PENGUASAAN CEFR ( TAHUN
3 DAN TINGKATAN 3) 2018 DI BAWAH PROGRAM USAHA SAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
DAN CAMBRIDGE ENGLISH (CE) DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Inggeris Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat akan
mengadakan kursus di atas berdasarkan ketetapan berikut :
TARIKH BENGKEL TEMPAT PESERTA
1 – 5 OKTOBER 2018 PENATARAN SK SUNGAI LANG 25 PESERTA
CURRICULUM INDUCTION 2 JURULATIH UTAMA
8.30 PAGI – 4.30 PTG TAHUN 3 (KUMPULAN 1) 2 PPD/JPN
8 – 12 OKTOBER 2018 PENATARAN SJKT SUNGAI MANGGIS 30 PESERTA
CURRICULUM INDUCTION 2 JURULATIH UTAMA
8.30 PAGI – 4.30 PTG TAHUN 3 (KUMPULAN 2) 2 PPD/JPN
8 – 12 OKTOBER 2018 PENATARAN DEWAN CENDERAWASIH 17 PESERTA
CURRICULUM INDUCTION PPDKL 2 JURULATIH UTAMA
8.30 PAGI – 4.30 PTG TINGKATAN 3 2 PPD/JPN

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat membenarkan seorang guru Bahasa Inggeris
Tahun 3/Tingkatan 3 untuk hadir ke kursus tersebut. Peserta Kursus diminta membawa bersama komputer riba, wayar
penyambung, peranti jalur lebar, peranti storan dan bahan-bahan CEFR (Buku Pulse/Supermind). Peserta juga diingatkan
untuk memuat-turun dan mencetak bahan-bahan kursus yang boleh didapati di https://tinyurl.com/bahanY3F3 . Peserta
diwajibkan hadir ke kursus tersebut seperti ketetapan di atas selama lima hari berturut-turut dan TIDAK boleh diganti.
Peserta layak membuat tuntutan perjalanan berdasarkan pekeliling sedia ada. Untuk makluman, guru yang hadir wajib
mengadakan Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk semua ahli dalam Panitia Bahasa Inggeris di sekolah masing-
masing.

4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. Nazri Bin Hj. Samsudin, Penolong PPD Bahasa
Inggeris Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat melalui talian 014-9361741.

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( AGOS SALIM BIN SHAHROM )


TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT
‘MUAFAKAT, TANGKAS, CEMERLANG’

Anda mungkin juga menyukai