Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT
PETI SURAT 2
Tel : 088-797500
89207 TUARAN Fax : 088-788007
SABAH Web : http://www.ipkent.edu.my

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Rujukan Kami : KC/11(H) 67/1-21/Jld.4 (2)


Tarikh : 27 Februari 2018

Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI),


Lorong Kemajuan, Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
(PO BOX 11596, 88817 Kota Kinabalu, Sabah).
MALAYSIA.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN KE KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA


(KJRI) DI KOTA KINABALU, SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa
Melayu 1 & Bahasa Melayu 2 Ambilan Jun 2017, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
memohon untuk mengadakan lawatan ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) seperti
ketetapan berikut:

TARIKH : 5 Mac 2018 (Isnin)


MASA : 02.30 petang
BILANGAN PESERTA : 7 orang pelajar dan 1 orang pensyarah pengiring

3. Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tentang perbandingan kurikulum sekolah rendah khususnya dalam bidang bahasa yang
digunakan di salah sebuah sekolah rendah Indonesia yang terdapat di Sabah. Hal ini supaya dapat
membantu lagi pemahaman para pelajar dalam membuat perbandingan penggunaan kurikulum di
Malaysia dan Indonesia khususnya dalam subjek Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(BMMB 3043).

4. Sokongan dan pertimbangan tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh berhubung dengan Puan Dr. Rosalyn
Gelunu.

Sekian.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ROMLI BIN DARUS)


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Tuaran, SABAH.

LYN/ad2018
“BERUSAHA BERSATU BERBAKTI”

Anda mungkin juga menyukai