Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA  07-8831149

JALAN BUNGA RAYA, KOTA KECHIL, Fax : 07-8832149


81900 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TA’ZIM.

Ruj. Kami : JBB3013/02/04/002


Tarikh : 2 Februari 2020

Kepada,

Hasrizan bin Harin,


Quantum Lux Resources

Tuan,

PROGRAM K-ENERGIZER

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kecemerlangan Tahun 6 SK Laksamana akan mengadakan


program suntikan motivasi seperti mana ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Februari 2020 (Rabu)


Tempat : Dewan K-Ar Razi, SK Laksamana
Sasaran : 80 calon UPSR 2020

3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak tuan untuk terlibat sebagai
penceramah di dalam program tersebut.

4. Akhir kata, pihak kami amat berharap program ini dapat memberi kefahaman ilmu dan ransangan
semangat kepada murid-murid SK Laksamana untuk menjadi insan yang cemerlang.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini sangat kami harapkan dan hargai.

Sekian, terima kasih.

“BEKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HJH BIBI SAKINAH BT HJ HARON KHAN)


Guru Besar,
SK Laksamana,
Kota Tinggi.

Anda mungkin juga menyukai