Anda di halaman 1dari 1

SK.

PEKAN PUTATAN, PENAMPANG


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
JALAN PEJABAT DAERAH KECIL PUTATAN
88200 KOTA KINABALU, SABAH

TEL :088-761941
FAX :088-763625
E-mel:xba4126@moe.edu.my
E-mel:skpp88@ymail.com
__________________________________________________________________________________
Rujukan : SKPP/600-3/2/2
Tarikh : 22.11.2023

Ibubapa/Penjaga Murid
Prasekolah
SK.Pekan Putatan, Penampang

Tuan/puan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2023


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

02. Adalah dimaklumkan bahawa Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Penampang


akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2023 (Khamis)


Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seri Putatan, Putatan

03. Pihak sekolah sangat berharap agar para ibubapa/penjaga murid prasekolah
dapat memberi kerjasama dengan mengiringi anak (pergi dan balik) ke Dewan
tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.

04. Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara di atas amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

KASBULAH MANGUN
Guru Besar
SK. Pekan Putatan, Penampang

S.K. Pejabat Pendidikan Daerah Penampang


“ Fail

Anda mungkin juga menyukai