Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2

KM 10, TAMAN KANAGAPURAM,


OFF JALAN KLANG LAMA,
58200, KUALA LUMPUR.
________________________________________________________________________________________________________

Rujukan kami : SKP(2).600-4/1/11


Tarikh : 3 Oktober 2017
Kepada,
Nestle Products Sdn Bhd,
No.26, Jalan Taboh 33/22,
Shah Alam Industrial Park, Section 33,
40460, Shah Alam, Selangor.

U/P : Puan Azizah binti Jamal

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN MINUMAN MILO PERCUMA SEMPENA PROGRAM MINGGU


PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, SK Petaling 2 akan mengadakan Program Minggu Panitia PJK dan
Program Hari Sukan Negara 2017. Program ini akan melibatkan semua guru, murid-murid dan kakitangan
SKP2 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Oktober 2017 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi 9.30 pagi
Tempat : Dewan SKP2
Bil. Peserta : 450 Orang. (Murid,Guru & Kakitangan)
Program : Senamrobik Panitia PJK

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat memberi
sumbangan minuman milo secara percuma bagi keperluan semua guru dan murid-murid pada hari tersebut.

4. Semoga permohonan ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan/puan bagi menjayakan
program yang dirancang dengan lebih meriah. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan, kami dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

...

Anda mungkin juga menyukai