Anda di halaman 1dari 14

TAJUK PROJEK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH :

a) PERSEPSI GURU.
b) PERSEPSI PELAJAR.
PENGENALAN
Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara
yangmemberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara
menyeluruh dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan
emosi serta bertujuan untuk melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan,
bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam
menuju Wawasan 2020. Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk
melahirkan satu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini
akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang
seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa
memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak
kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang
menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.(Kementerian Pendidikan
Malaysia 1990)
Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran
dan pembelajaran bagi sekolah sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan
diri pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan
pelajar dididik melalui penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum.
Sekolah bukansahaja tempat untuk mengasah minda pelajar bahkan sekolah
berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar. Seorang cerdik pandai yang
tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada masyarakat bahkan
mendatangkan masalah pula kepadamasyarakat dan negara.Pengelolaan ko
kurikulum secara teratur dan sistematik akan membawakeberkesanan dalam

mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikannegara dan


secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang
kokurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi
terhadapaktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini
mendorongmereka menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan
masyarakat.
DEFINISI KOKURIKULUM
Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan
isikandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan
jugayang dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains,
Geografi dan bahasa. Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik.
Manakala kokurikulum pula, sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah
dan ada jugadilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja
kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar
perlu melibatkan diri dalamaktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam
Pengurusan Gerak KerjaKokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu
bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan
perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan
mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik. Walau
bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerjakokurikulum merangkumi
pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaranakademik. ( Ab. Halim Abdul
Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman
pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulumlebih banyak
dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulumlebih
menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti
ini juga dikenali kurikulum tersembunyi.Menurut Omar Mohd Hashim (1993),
kokurikulum adalah masa senggang dalamkonteks kehidupan harian, di mana masa
senggang adalah suatu jangkamasa waktuseseorang itu bebas untuk
mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individudan sebagai seorang
anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah
pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih
berada dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong.Kegiatan

kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas kepada pelajar


untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.
PENGENALAN KEPADA KO-KURIKULUM
Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum
sekolah sama ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum
Barsepadu Sekolah Menengah (KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di
dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti ko-kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam
jadual waktu persekolahan.Oleh kerana itu, semua kegiatan ko-kurikulum adalah
dijalankan di luar waktu persekolahan. Ko-kurikulum terdiri daripada beberapa
kumpulan iaitu sukan, permainan, badan-badan berpakaian seragam, kelab dan
persatuan-persatuan.
BerdasarkanKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pelajar-pelajar
adalah digalakkanuntuk menyertai sekurang-kurangnya salah satu kumpulan aktiviti
di bawah:
a. Membina kemahiran psikomotor dan efektif selaras dengan pembinaansahsiah.
b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan timbang rasa.
c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan semangat
kesukanan serta kesedaran sosial.
d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk menjadi pelajar
yang bertanggungjawab dan berdikari.
e. Memperoleh semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan
mempunyai kesedaran dan identiti nasional.
Khidmat Masyarakat
Unit Pakaian Seragam

Mata Pelajaran
Kokurikulum
Rekreasi
Pendidikan Jasmani
Seni
Muzik

Pengayaan
Kelab-Kelab

Rajah 1.1 : Pembelajaran di dalam bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui


kegiatan ko-kurikulum.

Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum


Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan
pengayaan pembelajaran, sebagai pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik
darjah supayamenyuburkan lagi nilai murni, mengembangkan bakat dan sifat
kepimpinan pelajar, danmemupuk sikap sedia berkhidmat di kalangan masyarakat
pelajar. Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan
SebagaiSuatu Proses: Asas Pendidikan 1, ko-kurikulum ialah satu saluran
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang. Gerak kerja ini
merupakan lanjutandaripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang
dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan unit
permainan serta sukan. Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
menyediakan peluang bagi murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Ini
bermakna, aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk menyediakan
suatu wadah bagi membentuk etika seseorang pelajar itu. Jika dilihat kepada
struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Rajah 1.2), ko-kurikulum dilaksanakan
dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri individu.Tugas ko-kurikulum
adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni danPendidikan
Jasmani. Ini membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan pentingdalam
membentuk sahsiah diri pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.
Rajah 1.2 : Struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
KOMUNIKASI
Kemahiran Asas
(Membaca, Menulis dan Mengira)
Bahasa

Matematik

PELAJAR
MANUSIA
Kerohanian, Nilai dan Sikap,
Seni,Kemanusian dan Alam Sekitar,
PendidikanA g a m a I s l a m , M u z i k ,
P e n d i d i k a n M o r a l , dan Alam dan
Manusia

ALAM SEKITAR
Rekreasi, Pendidikan Seni,
PendidikanJasmani,
Ko-kurikulum

Sumber : Pendidikan di Malaysia, 1993:113


MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Ini adalah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar
yang berdisiplin, bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras
dengan laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173
menyatakan:
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting
untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau esprit de corps
di antaramurid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang
berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap
bertanggungjawab , berdikari danberkemahiran dalam sesuatu lapangan yang
mereka sertai.
Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk
menjadiseorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat
sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal
dan bukan formal berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap
melengkapi dan memenuhitanggungjawab masing-masing dalam pendidikan. Aktiviti
kokurikulum sukan bersamadengan unit beruniform dan persatuan ini telah
diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada
tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit seminggu dan
dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan.Dalam usaha untuk membentuk
masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan peribadi yang tinggi, ko-kurikulum
memainkan peranannya yang tersendiri. Secaraamnya kesemua gerak kerja kokurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri

manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamat aktiviti kokurikulum boleh diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut:
A. Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras Dengan
Falsafah Pendidikan Negara
Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar
akandibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk
denganaktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah,
latihan ikhtiar hidup dan sebagainya.
B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan.
Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan
dan bekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar
tanpamengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.
C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan
KepadaTuhan.
Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni
dan bersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai
pelajar- pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan
memperkukuhkanibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan
Islam, aspek moraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan
pengukuhansahsiah.
D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan
Rohani,Jasmani Dan Emosi Pelajar.
Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi
juga pencetus kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu kokurikulum akan bertindak sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani
danemosi pelajar. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menyamai
dengan perkembangan mental pelajar.
E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar
DiSekolah.
Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum
adalah berlandaskan gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran
untuk berinteraksi di kalangan pelajar dan juga mengeratkan perhubungan di antara
mereka.Kesinambungan daripada itu juga pergaulan di kalangan pelajar dapat
diperkukuhkandan melahirkan pelajar yang ramah serta berhemah.

F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan.


Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan
kepuasankepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja
akademik yang berbentuk mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan
denganmenyertai aktiviti yang diminati dengan cabaran.
Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah
untuk membentuk personaliti pelajar yang berkemahiran tinggi dalam komunikasi,
kepimpinan, keagamaan, kesukanan dan pemikiran.
OBJEKTIF KO-KURIKULUM
Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga
adalah berhasrat untuk membolehkan pelajar:
A. Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu.
Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang
diminati oleh mereka. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk
meneruskan aktiviti tersebut kerana mendapat kepuasan dan kegembiraan di hati
mereka. Dengan menyertai aktiviti sebegini juga pelajar-pelajar akan didedahkan
dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dalam keadaan sebeginilah, iaitu dalam
usaha untuk mengatasi cabaran, bakat para pelajar akan diasah terutama daripada
aspek kepimpinan, pengurusan, membuat keputusan dan sebagainya. Serentak
dengan itu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran untuk berfikir, ikhtiar hidup dan
lain-lainya akan diperolehi untuk dipraktikkan pada masa depan.
B.Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti
YangBerfaedah Di Samping Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri.
Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada
pengisianmasa lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar
untuk terjerumus ke lembah maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu
usaha perludilakukan untuk menganjurkan satu pengisian yang berfaedah kepada
pewaris-pewarisnegara ini. Usaha ini tentulah daripada pihak berwajib dengan
dibantu oleh ahlimasyarakat yang prihatin. Sebagai suatu institusi pendidikan, maka
sekolah bolehdijadikan wahana untuk mempraktiskan usaha ini. Aktiviti ko-kurikulum
adalah salahsuatu penyelesaian ataupun sebahagian daripada usaha yang telah

dilaksanakan. Ko-kurikulum menyediakan aktiviti yang padat dan bermanfaat


sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam
aktiviti ko-kurikulum dapatmengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktivitiaktiviti yang kurang sihat.
C.Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat.
Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau
di bangku sekolah tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila
dewasananti adalah susah dimulakan. Perasaan malu dan malas akan mula timbul.
Kalau ini berlaku maka hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang
menjelang tahun2020 tidak akan tercapai. Sejajar dengan itu, gerak kerja kokurikulum diserapkan denganelemen-elemen khidmat masyarakat. Setiap sub-unit
ko-kurikulum akan diterapkandengan unsur-unsur sebegini sebagai usaha untuk
melahirkan rasa kebertanggungjawabandi kalangan pelajar-pelajar. Apabila pelajar
sudah biasa dengan aktiviti ini makakesedaran serta keinsafan akan timbul dan rasa
kasih sayang ini akan menyerap masuk disanubari masing-masing. Apabila sudah
dewasa kelak mereka yang sudah biasa berbaktiakan terus berbakti sama ada
secara individu ataupun berkumpulan seperti yangdilakukan oleh Yayasan Salam
Malaysia dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
D.Memberi Sumbangan Kepada Sekolah.
Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu
SekolahMenengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak
semua pelajar tidak diberi peluang untuk berbakti kepada sekolah. Sumbangan
kepada sekolah bukansahaja berbentuk material tetapi juga menaikkan nama
sekolah dengan memenangikejohanan atau mengaut sebarang anugerah serta
pengiktirafan. Dalam gerak kerja ko-kurikulum, pelajar masing-masing berpeluang
untuk berbakti kepada sekolah sama adadengan sumbangan berbentuk fizikal dan
bukan fizikal seperti menaikkan nama baik sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diatur
banyak memberi ruang kepada pelajar seperti pertandingan di peringkat daerah,
negeri, negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotong-royong pula banyak memberi
sumbangan kepada pihak sekolah.Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar
dengan aktiviti ko-kurikulum itu sendiri sudah banyak membantu pihak sekolah iaitu
menjadikan sekolah itu sebagai sekolah yang aktif. Ini akanmenaikkan nama baik
sekolah dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ibu bapa akan berlumba-lumba

untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang aktif dan bukannya kesekolah yang
pasif dan lembab.
E.Meningkatkan Disiplin Diri.
Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan.
Disiplinmengajar erti sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai
peraturan. Tanpadisiplin manusia akan hidup dengan maruah yang rendah dari
maruah makhluk Tuhanyang dinamakan haiwan. Disiplin juga adalah salah satu ciriciri masyarakat yang berjaya. Masyarakat yang berdisiplin mudah untuk mencapai
kejayaan dankegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah kepada diri yang tidak
boleh dipaksa dandibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum menitikberatkan
soal disiplin ini. Unit berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai identiti
mereka. Semua aspek tingkahlaku, gerak kerja, keterampilan, pembelajaran,
pakaian dan segalanya bermula dan berakhir dengan disiplin. Begitu juga dengan
gerak kerja lain samada rekreasi, pertubuhan, kelab atau persatuan juga
mementingkan elemen ini. Ini adalah kerana tanpadisiplin, segala perancangan tidak
akan dapat dilaksanakan. Tanpa disiplin juga keadaanakan menjadi tidak terkawal
bahkan juga akan membawa kepada kemusnahan organisasi.Dengan ini, kokurikulum bertindak sebagai agen utama yang membantu pembentukan dan
peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung masalahsosial dapat
dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.
F.Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.
Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua
aktivitiko-kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan
kerjasama dansemangat setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk
mereka berhubung diantara satu sama lain. Dengan ini semangat muhibah dapat
dipupuk untuk melahirkanmasyarakat yang bersatu padu tanpa mengira adat resam,
agama dan pengkat.
G.Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah
DanMasyarakat.
Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun
di persekitarannya ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Sekolah itusendiri memerlukan sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama


ini, fungsi sekolahtidak berjaya dilaksanakan. Menyedari akan hakikat ini, aktiviti kokurikulum telahdisusun sedemikian rupa untuk bertindak sebagai pemangkin
perhubungan dan kerjasamadi antara sekolah dan masyarakat. Perhubungan yang
dimaksudkan bukan sekadar perhubungan sehala, akan tetapi merupakan
perhubungan dua hala yang membawamanfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Masing-masing mempunyai peranan sendiri.Konsep memberi dan menerima perlu
dipraktiskan untuk meastikan kejayaan kerjasamaini.
( Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah,1993)
DAPATAN KAJIAN KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH- PELAJAR
1. Penyertaan dan penglibatan pelajar
Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam
aktivitikokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum
yang turut menjadi perbincangan ialah masalah penyertaan dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak
mencapai tahap yang dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat
dijalankan seperti yang telah dirancang.Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan
ke atas 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan didapati penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada soalan yang diajukan untuk
melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang baik
disebabkan oleh minat terhadap aktiviti yang dijalankan.Minat di sini boleh dijadikan
satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang.Minat telah didefinisikan
sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukandan keseronokkan yang
diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumbermotivasi secara langsung.
Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukansesuatu aktiviti dengan
senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminatdengan apa yang
dilakukan ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif dan
masalah-masalah lain akan timbul. Minat merupakan faktor utama dalam
memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu berjaya atau sebaliknya. Dalam jadual di

bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar bukan disebabkan


oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya.Dapatan ini
mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar
akankepentingan penglibatan pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam
membantu peajar untuk ke IPTA dan IPTS.
Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
Bil

Item

Tidak Setuju (%)

Setuju (%)

1.

Sentiasa hadir dalam


perjumpaan Kokurikulum

10

37

2.

Menyukai aktiviti kokurikulum


yang diadakan

10

50

3.

Berminat dan menyertai semua


aktiviti kokurikulum

13

33

4.

Hadir kerana terpaksa

67

17

2. Masalah Penglibatan Pelajar


Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan
situasi yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku
terutamanya bagi sekolah-sekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para
pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang di adakan sehingga terdapat sekolah untuk
mengatasi masalah tersebut terpaksa menjalankan aktiviti kokurikulum pada sebelah
pagi iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan waktu persekolahan
terpaksa dilanjutkan untuk mengganti masa P&P tersebut.
Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan
dengan penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
Ini berdasarkan kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar
mengatakan bahawa waktu kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan
adalah sesuai danaktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu
senggang/riadah pelajar ituiaitu sebanyak 40 peratus setuju dengan kenyataan
tersebut. Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang
dilaksanakan sama setiap tahun dan mereka berpendapatan perlu ada perubahan
dan juga menambah aktiviti yang bersesuaian dengan mereka terutama aktiviti yang
bersifat outdoor yang agak mencabar.Kurangnya masalah penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan juga mungkin ada kaitan dengan
kesedaran para pelajar tentang kepentingan dan sumbangan-sumbangan yang
diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang disertainya terutama dalam proses
pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat daripada respons yang
diperolehi dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui dari aktiviti
kokurikulum yang disertai oleh mereka telah memberi peluang kepada mereka untuk
berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada dari etnik
yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga berpendapat bahawa kegiatan
kokurikulum juga telah menjadikan mereka menjadi seorang yang lebih
berdikari, bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari
etnik yang sama atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini
mengakui bahawa banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan
penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga
mengatakan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti
yang disertai.Jadual di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang bersetuju dan
sangat bersetuju dengan pernyataan berkenaan.
Kepentingan Dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum Kepada Para Pelajar
Bil
1.

2.

3.
4.

Item
Penyertaan dalam aktiviti
kokurikulum
memberi peluang untuk
bergaul dengan rakan sama /
lain etnik.
Aktiviti kokurikulum telah
menjadikan merekalebih
berdikari, bertanggungjawab
dan bekerjasama dengan
orang lain.
Aktiviti kokurikulum telah
banyak memberi banyak
manfaat dan faedah.
Aktiviti kokurikulum juga
telah memberi pengetahuan
dan kemahiran yang baru.

Setuju (%)

Sangat Setuju (%)

47

30

47

50

40

33

53

30

3. Cadangan-Cadangan Meningkatan Penyertaan Dan Penglibatan Pelajar.

Kecemerlangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan


akademik semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah
aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk
bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum. Kecemerlangan pelajar bukan
sahaja diukur dari segikecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan
emosi (EQ). Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan
di tambah dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar
berpeluang dan dapat menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan. Selain dari itu, para pelajar juga mencadangkan agar menambah
baikkan dan menaik taraf padang sekolah.Bagaimana pun, sebahagian besar pelajar
mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk aktiviti outdoor seperti perkhemahan,
jungle tracking, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti yang mencabar
diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar disamping diadakan pertandinganpertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kawat kaki
juga pertandingan antara kelab dan persatuan.
Rumusan
Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan
penglibatan serta minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di
pengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan
yang lengkap. Di samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi
penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersamasama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para
pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti
kokurikuum yang diceburinya disamping yang paling penting ialah guru juga harus
mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut.Jelaslah, aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai signifikannya yang
tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI sebagaimana
yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara.Kokurikulum juga merupakan
sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar didalam kelas. Kokurikulum
sukan dan permainan misalnya merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran
pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Kokurikulum merupakan suatu komponen pendidikan yang sangat penting.


Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti, konsep, ciri-ciri,
falsafah,matlamat serta objektifnya tersendiri.
RUJUKAN
1.Abdul Shukur Abdullah. 1997. Pengurusan Ko Kurikulum
. Fajar Bakti.
2.Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah (1990)
3.Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah
(1989),Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982)
5.Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.
DBP.Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai