Anda di halaman 1dari 10

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN

SGDU4162 PENGURUSAN KOKURIKULUM

TUGASAN 2

Aspek Pengurusan Kokurikulum dalam Pendidikan yang Perlu Ditambahbaik

PENSYARAH :

Encik Zolkefli Bin Bahador

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK

NURUL NAFISAH BINTI CHE KHALIB 829734


Pengenalan

Bidang kokurikulum menjadi aspek wajib yang perlu dipelajari oleh semua murid sama

seperti dengan bidang kurikulum. Kemenjadian murid semestinya mempunyai hubungan

yang berhubung kait antara kedua-dua bidang ini (Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib

Asimiran, 2013). Kebiasaannya, aktiviti kokurikulum yang dijalankan membantu murid

untuk mempelajari sesuatu yang bukan daripada akademik di bilik darjah untuk membantu

mereka menguasai apa yang tidak ada di bilik darjah. Banyak faedah sebenarnya yang boleh

diperolehi daripada aktiviti kokurikulum ini antaranya seperti memupuk potensi kemahiran

murid, meningkatkatkan nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan pelajar serta memberi

peluang serta ilmu baharu. Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga ingin

melahirkan individu pelajar yang mempunyai kekuatan dari segi jasmani, rohani, emosi dan

juga intelektual. Kemahiran paling besar yang dapat dilihat sekiranya murid menyertai

aktiviti kokurikulum adalah mereka akan memperoleh kemahiran bersosial yang paling tinggi

(Norlena Salamuddin, Mohd Taib & Nur Asmara Diana, 2011). Hal ini dapat dilihat semasa

murid menyertai aktiviti, mereka dapat bergaul semasa sendiri dengan rakan, berkongsi idea

dan pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Wujud kolaborasi antara murid dengan guru

serta murid dengan murid yang lain (Izham Mohd Hamzah & Norziana Ayob, 2015). Oleh

itu, banyak manfaat yang dapat diperolehi khususnya kepada murid dan juga pihak

pengurusan iaitu guru dan sekolah.

Jika dilihat dari segi pengurusan kokurikulum sekolah yang dijalankan ula, perkara

ini menjadi indikator terpenting yang perlu dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab

sekolah bagi memastikan aktiviti kokurikulum dapat berlangsung dengan lancar, sistematik

dan terancang. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah merangkumi pentadbir dan guru

perlulah memastikan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dijalankan dengan sebaik

mungkin. Ibu bapa juga tidak terkecuali dalam memberi dorongan serta memastikan

1
anak-anak mereka sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini bagi

memastikan matlamat negara untuk melahirkan modal insan berkredibiliti, kuat dari segi

mental, rohani, intelek dan emosi dapat tercapai (Omardin, 2002). perbincangan,

perancangan, pengurusan dan pelaksanaan merupakan elemen penting yang perlu dilihat oleh

pihak pengurusan dalam memastikan objektif serta matlamat sesebuah aktiviti tercapai.

Dalam memastikan pencapaian aktiviti sekolah berjalan dengan lancar sepertimana

yang dirancang, beberapa aspek pengurusan kokurikulum dilihat dan dikenalpasti untuk

dibincangkan. Pelbagai cadangan dan usaha untuk penambahbaikan juga dikesan perlu untuk

penambahbaikan. Pengurusan yang berkesan menjadi faktor titik tolak yang menjurus kepada

murid di sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum dengan jayanya. Pencapaian murid

yang cemerlang dalam apa jua bidang juga dipengaruhi oleh aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan di sekolah serta pengurusan yang sistematik oleh sekolah dan guru.

Konsep Kokurikulum

Menurut Yahya Don dan Ibrahim (2019), kokurikulum merujuk kepada suatu kegiatan yang

dilaksanakan di sekolah yang melibatkan semua murid merangkumi kegiatan badan

beruniform, persatuan dan aktiviti sukan. Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian

kurikulum sekolah. Aktiviti ini juga merupakan kegiatan yang dijalankan selain daripada

akademik iaitu apa sahaja yang diajar di dalam kelas dimana kegiatan ini juga dianggap

separuh daripada pendidikan. Selain itu menurut Shiamila Chupramaniam dan Nordin Yunus.

(2021), perancangan yang berstruktur dan teratur akan berlaku sebelum sesuatu aktiviti

kokurikulum dijalankan melibatkan aktiviti di luar bidang akademik misalnya. Perkembangan

dan potensi seseorang murid dapat dilihat sepanjang aktiviti di dalam dan luar bilik darjah

dijalankan. Dengan ini, potensi mereka dapat dibantu untuk menyeimbangkan kebolehan

murid dalam semua aspek termasuklah perkembangan kemahiran kendiri. Tambahan lagi,

2
aspek perkembangan mental dan fizikal pelajar juga dapat ditingkatkan. Dalam erti kata lain,

aktiviti kokurikulum menjadi satu kegiatan yang turut sama membantu proses pengajaran dan

pembelajaran murid di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, peluang dapat diberikan

kepada murid untuk mengukuhkan lagi kemahiran, potensi, pengetahuan, pengalaman dan

nilai-nilai yang baik semasa mempelajari sesuatu dalam kegiatan kokurikulum.

Seterusnya, melalui aktiviti kokurikulum yang disertai, matlamat dapat dicapai

dengan apabila pelajar dapat sedar akan pentingnya penglibatan kokurikulum ke atas diri

mereka. Dalam pada itu, sumbangan terhadap keseimbangan aspek rohani, jasmani, mental

dan juga emosi dapat dipupuk. Hubungan yang kukuh dan erat antara murid dengan murid

dan murid dengan guru juga dapat dilihat. Tarikan yang baik dan kemajuan disiplin yang

tinggi melalui kegiatan kokurikulum juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Sudah

semestinya aktiviti kokurikulum ini banyak faedah dan manfaatnya khususnya kepada murid

sekolah.

Aspek Pengurusan Kokurikulum di Sekolah

Aspek Ketepatan Pelaksanaan Kokurikulum

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah akan diteliti melalui perancangannya yang rapi dan

sistematik adalah perlu untuk membolehkan pelajar lebih menerima peluang di luar bilik darjah.

Hal ini kerana aktiviti kokurikulum dilihat banyak dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dan bilik darjah. Nor Anisa Musa, Nor Aniza Ahmad & Mohd

Syaubari Othman (2020) menyatakan bahawa, peluang yang luas dapat diperolehi pelajar

adalah seperti pengalaman, kemahiran, mengembangkan potensi dari segi kebolehan mereka

sendiri, bersosial dan banyak nilai yang baik dapat dipelajari. Jika pengurusan kokurikulum

mempunyai perancangan yang sistematik, maka pelaksanaan kegiatan kokurikulum dapat

berlangsung mengikut objektif yang ditetapkan serta matlamat pelaksanaan akan tercapai.

Pembangunan dan peningkatan intelektual murid juga akan dapat dibina berdasarkan penerapan

3
elemen kemahiran baharu, pengamalan, nilai murni yang baik serta pengetahuan yang tinggi

adalah penting untuk diterapkan. Namun demikian, pengurusan kokurikulum masih perlu melihat

akan kekurangan dari sudut aspek ketepatan dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah ini.

Aspek ini perlu ditambah baik lagi agar memastikan kelancaran aktiviti berjalan dengan

efisien lagi. Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah guru sebagai pembimbing

haruslah memberi sokongan yang terbaik kepada pelajar dalam usaha menarik minat mereka

untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Guru sebagai pembimbing boleh memberi sokongan dari

segi masa kepada pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum (Zuraida Zulkapli, 2013). Pada

kebiasaannya, badan beruniform di sekolah seperti Pergerakan Pengakap, Kadet Polis, Puteri

Islam dan lain-lain hanya dapat meluang masa yang banyak menyertai kem perkhemahan yang

dianjurkan. Namun, bagi kelab persatuan misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Seni Visual

hanya menjalankan aktiviti dalam tempoh yang singkat sahaja. Hal ini mengekang murid untuk

merasa peluang dan menyertai aktiviti kelab persatuan dengan tempoh masa yang lama. Justeru,

pihak pengurusan sekolah haruslah menetapkan masa yang lebih dengan memberi peluang

kepada murid yang daripada kelab persatuan menyertai kem, bengkel, ceramah dan lain-lain lagi

inisiatif supaya masa yang diberi adalah fleksibel dan mencukupi untuk murid menerima ilmu

kokurikulum.

Aspek Pengurusan Persatuan, Badan Beruniform dan Sukan

Penyertaan bagi semua aktiviti kokurikulum adalah wajib. Pihak pengurusan kokurikulum

sekolah haruslah memastikan semua pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah dengan

sebaik mungkin. Menurut Sheila Michael & Abdul Said Ambotang, (2019), gerak kerja

pengurusan kokurikulum yang efisien membantu keberhasilan penyertaan semua murid dalam

aktiviti kokurikulum. Sekurang-kurangnya setiap murid haruslah mengambil bahagian dalam

setiap satu kelab yang dianjurkan. Seperti yang sedia maklum, aktiviti kokurikulum mengandungi

4
tiga bahagian iaitu kelab persatuan, badan beruniform dan sukan permainan. Kelab persatuan

terdiri daripada kelab bahasa Melayu, bahasa Inggeris, pendidikan Moral, Seni Visual dan

lain-lain lagi. Badan beruniform pula terdiri daripada pergerakan pengakap, kadet remaja sekolah,

bulan sabit merah dan banyak lagi manakala sukan permainan pula terdiri daripada aktiviti

permainan seperti badminton, bola jaring, boling dan lain-lain lagi (Nur Izza & Wan Hanim.,

2014). Kesemua aktiviti dalam setiap kelab yang disertai ini adalah wajib bagi semua murid.

Namun begitu, ketidakhadiran murid ke dalam aktiviti kokurikulum memperlihatkan

wujudnya kegagalan daripada pengurusan kokurikulum itu sendiri yang dapat dilihat daripada

banyak sudut masalah. Antaranya murid mungkin berasa bosan, aktiviti tidak menarik dan

sebagainya. Justeru itu, penambahbaikan yang efisien dapat dilaksanakan. Antaranya ialah

pengurusan kokurikulum haruslah menyediakan kemudahan peralatan yang mencukupi untuk

memberi peluang kepada semua pelajar menggunakan kemudahan yang disediakan sepenuhnya.

Sebagai contoh, pengurusan kokurikulum wajib menyediakan bilik khas serta peralatan cukup

untuk aktiviti yang akan dijalankan nanti. Selain itu, pihak pengurusan kokurikulum haruslah

mencari inisiatif dengan menghubungi semua agensi atau pihak yang terlibat mengikut bidang

kokurikulum supaya dapat menjalankan lebih banyak aktiviti serta program kepada murid (Sang,

2008). Hal ini bagi meningkatkan peluang dengan kepelbagaian aktiviti yang disediakan untuk

murid menerima ilmu serta pengalaman yang berkesan. Bukan hanya aktiviti seperti ceramah

oleh pihak sekolah sahaja dapat dijalankan, akan tetapi program luar misalnya yang lebih banyak

dapat dilaksanakan.

Aspek Pentaksiran Kokurikulum

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah. Oleh

demikian, untuk menjayakan sesuatu pentaksiran yang berkualiti di sekolah, guru seharusnya

mempunyai pengetahuan dan kesediaan yang tinggi dalam menjalankan pentaksiran. Menurut

5
Menurut Yusof Boon dan Mohd Musa (2011), kesediaan guru untuk melalui satu anjakan

perubahan yang baru terhadap sistem pentaksiran di sekolah merupakan elemen penting

dalam merealisasikan pentaksiran berasaskan sekolah. Guru diberi kuasa atau autonomi untuk

melaksanakan pentaksiran ini. Namun begitu, isu guru tidak berkemahiran dan tidak

kompeten dengan tugas pentaksiran menjadi bahan perbincangan yang utama pada masa kini.

Mengikut Rohaya Talib dan Mohd Najib (2008), untuk menjadikan sesuatu pentaksiran yang

lebih berkualiti masalah kompetensi guru dalam bidang pentaksiran hendaklah diatasi dengan

sewajarnya.

Sehubungan dengan hal ini, guru perlu melengkapkan diri dan sentiasa bersedia

dengan segala faktor sama ada dari segi mental, emosi dan kefahaman dalam mengharungi

dunia pendidikan yang semakin mencabar. Sistem pendidikan yang sering kali mengalami

perubahan menyebabkan terdapat sebilangan guru yang ketinggalan dengan

maklumat-maklumat terkini. Tan Ai Mei (2010) menjelaskan bahawa PAJSK merupakan

salah satu pentaksiran yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. PAJSK

mempunyai lima komponen yang perlu ditafsir oleh guru pendidikan jasmani, guru-guru

penasihat unit beruniform, kelab atau persatuan dan sukan atau permainan (1M1S). Antara

komponen PAJSK ialah Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK), Body Mass

Index (BMI), sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. PAJSK adalah sebagai panduan

untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan jasmani, sukan,

kokurikulum dan ekstra kurikulum. Oleh hal yang demikian, pendedahan awal mengenai

PAJSK seharusnya diberi kepada guru kerana mereka merupakan tunjang utama dalam

menjayakan dan melaksanakan PAJSK. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah

adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan

penilaian dan keperluan sesebuah sekolah. Penambahbaikan dilihat dapat dicadangkan iaitu

6
kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan

diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila

markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid

ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Kesimpulan

Aktiviti kokurikulum merupakan ilmu pengetahuan tambahan yang wajib dipelajari oleh

semua murid. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum amatlah penting bagi

memfokuskan kepada pembentukan jati diri murid yang berjaya dalam semua aspek dan

bidang pendidikan. Kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan dan dilaksanakan menjadi

pendorong serta usaha yang dominan dilakukan pihak guru dan sekolah ke arah menjadikan

murid berkredibiliti, berilmu pengetahuan, berketerampilan dan bertanggungjawab. Intipati di

dalam aktiviti ini semestinya memberi banyak faedah kepada pelajar supaya dapat

diaplikasikan oleh mereka ke alam pekerjaan kelak kerana proses yang dilaksanakan semasa

aktiviti berlangsung kebanyakannya adalah secara praktikal. Menghadapi pelbagai cabaran

dalam pengurusan kokurikulum bukan menjadi satu halangan kepada semua pihak yang

bertanggungjawab, malah perlu dijadikan sebagai panduan untuk mencari strategi serta

langkah penambahbaikan terhadap sistem pengurusan kokurikulum. Apa sahaja yang perlu

diperbaiki haruslah dilaksanakan oleh pihak guru dan sekolah. Setiap aktiviti yang dijalankan

dianjurkan oleh pihak pengurusan kokurikulum sekolah ini sudah pastinya menjadi platform

terbaik kepada kecemerlangan hidup murid kelak. Sepertimana yang ditetapkan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), maka lahirlah sebuah generasi negara yang unggul

dan berilmu pengetahuan dalam semua bidang yang diceburi pada masa kini dan akan datang.

7
Rujukan

Akta Pendidikan. (1996). Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah
dan Sekolah Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (2), 1-9.

Izham Mohd Hamzah & Norziana Ayob. (2015). Peranan Pengetua dalam Pengurusan
Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon
Keramat. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (2), 129-138.

Nor Anisa Musa, Nor Aniza Ahmad & Mohd Syaubari Othman. (2020). Penerapan
Pembentukan Sahsiah Melalui Modul Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Di Malaysia.
Journal International Social Science and Humanities, 4(2), 55-69.

Norlena Salamuddin, Mohd Taib & Nur Asmara Diana. (2011). Teachers’ Competency in
School Extracurricular Management. World Applied Sciences Journal, 15, 49-55.

Nur Izza & Wan Hanim. (2014). Leadership of Technical Students Through Co-Curriculum
Activities in University. Journal of Management Policies and Practices, 2(2), 39-43.

Omardin Ashaari. (2002). Pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan.

Rohaya Talib & Mohd Najib Abd Ghafar. (2008). Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen
Bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah Di Malaysia.
Kertas Kerja: Seminar Penyelidikan.

Sang, M. S. (2008). Pengurusan Kokurikulum dan Pendidikan Sukan. Puchong: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Sheila Michael & Abdul Said Ambotang. (2019). Hubungan Pengurusan Kokurikulum
dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(7), 202-207.

Shiamila Chupramaniam & Nordin Yunus. (2021). Hubungan antara Pengurusan dan
Penglibatan Guru dengan Motivasi Murid dalam Kokurikulum di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Daerah Temerloh, Pahang. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities , 6(7), 267-276.
Tan Ai Mei. (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru,
Isu dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise. Kuala Lumpur. Tesis
Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Yahya Don & Ibrahim. (2019). The Effectiveness of Teacher Leadership and Students
Involvement in Co-CurricularActivities in Malaysia Secondary School. Borneo
International Journal of Islamic Studies, 1(2), 129-145.

8
Yusof Boon & Mohd Musa (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.
Skudai. Projek Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Zuraida Zulkapli. (2013). Kajian kemenjadian murid di Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru, Johor. Laporan projek Ijazah Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai