Anda di halaman 1dari 26

TUGASAN INDIVIDU

GMGA 3033
OPERASI DASAR AWAM

Tajuk
“Isu Tapak sampah haram cemar Sungai Rinting”
(Dasar Pengurusan Sisa Pepejal 2016)

Nama Pensyarah :
Encik Husain Bin Mahmood

Nama Nombor Matrik


Mohd Yusup Bin Mohd Ariff 249124

Tarikh : 7 Januari 2021


Semester Oktober 2020/2021
Senarai Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

1.1 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016 3

1.2 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 4


(Pindaan) 2016
1.3 Objektif dasar 6
2.0 Isu “Pembuangan Sampah Secara Haram” di 6
Malaysia
3.0 Punca pembuangan sampah secara haram 10
3.1 Kepadatan tapak pelupusan sampah 10
3.2 Kekurangan penyampaian maklumat melalui 13
saluran media
3.3 Tahap pendidikan masyarakat kurang 13
4.0 Kesan permasalahan terhadap masyarakat 14
4.1 Kesihatan masyarakat terjejas 14
4.2 Kesan visual yang negatif 15
5.0 Cadangan mengatasi masalah semasa proses 16
penggubalan dasar
5.1 Merealisasikan kesejahteraan kehidupan 16
masyarakat
5.2 Kajian terhadap keberkesanan pendidikan 17
pengurusan sampah
5.3 Penambahbaikan terhadap Akta Pengurusan 18
Sisa Pepejal 2016
6.0 Kesimpulan 20
Rujukan
Lampiran
1.0 Pengenalan

Sisa sampah sarap (municipal solid waste) dianggap sebagai bahan yang tidak berguna

dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika

disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-

tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau

sebaliknya. Walaupun sampah sarap dapat dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan

hidung, namun tanpa pengawalan dan pengurusan oleh pihak bertanggungjawab boleh

memberikan masalah yang serius kepada alam sekitar (Sandy, 2017). Oleh itu,

tanggungjawab penting harus diberi oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan

kerja-kerja pelupusan sisa yang dilakukan memberi kesan pencemaran alam sekitar yang

minimum.

Pengurusan bagi pengasingan sampah menjadi langkah penting yang perlu

diamalkan juga oleh masyarakat dalam mengawal krisis global ini yang berpunca daripada

pertambahan sisa pepejal iaitu adalah dengan mengasingkan sisa pepejal sebelum

membuangnya ke dalam tong. Menurut Abdullah (2019), satu peraturan di bawah. Akta

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bermula 1 September

2015 telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk mewajibkan pengasingan sisa pepejal di

rumah bagi beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka,

Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Proses pengasingan sampah ini boleh dikelaskan

kepada beberapa bahagian sisa yang biasanya dihasilkan atau dibuang dari rumah iaitu

kertas, plastik, tin logam, kaca, sisa fabrik, sisa elektrik, sisa kebun dan sisa berbahaya.

Kerajaan memperkenalkan langkah ini juga untuk membantu mencegah pencemaran alam

1
sekitar. Sisa pepejal bercampur berkemungkinan mempunyai bahan membahayakan

kesihatan persekitaran sekiranya terus dibuang ke tapak pelupusan sampah. Bukan itu

sahaja, pengasingan awal turut memudahkan masyarakat memupuk budaya kitar semula

kerana mengasingkan sisa pepejal rumah mengikut kategori bahan yang biasanya boleh

dikitar semula seperti kertas, tin dan juga kaca.

Sampah atau sisa pepejal adalah salah satu daripada tiga masalah utama alam

sekitar yang dihadapi. Pada tahun 1993, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) telah melancarkan program kitar semula yang menjadi dasar kerajaan untuk

mengurangkan pencemaran alam akan tetapi ianya tidak berjaya dilaksanakan. Kemudian,

pada 2 Disember 2000, sekali lagi KPKT telah melancarkan program yang sama dengan

menitikberatkan kriteria yang merangkumi objektif dan sasaran. Objektifnya adalah untuk

memupuk tabiat kitar semula dan 3R (program kitar semula) dalam masyarakat Malaysia

manakala sasarannya adalah untuk mencapai sasaran fizikal peningkatan sebanyak 1

peratus (%) dalam pengitaran semula sisa pepejal setiap tahun (Wee, 2004).

Oleh itu, setiap dasar yang digubal mempunyai matlamat yang tersendiri kerana

matlamat merupakan satu bentuk justifikasi wujudnya sesuatu dasar. Dasar Pengurusan

Sisa Pepejal Negara 2016 telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk mewajibkan

pengasingan sisa pepejal di rumah bagi beberapa negeri dilihat kerajaan mempunyai

peranan untuk menjadikan negara Malaysia bersih dan mempunyai persekitaran yang

damai untuk kehidupan rakyat sejagat (Shan, 2015). Oleh itu, jelaslah bahawa matlamat

kerajaan dalam memperkenalkan sesuatu dasar dalam sesebuah negara adalah untuk

2
menjamin kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Namun demikian, tidak semua

objektif sesuatu dasar itu akan tercapai. Sudah pastinya wujud beberapa kekangan dan

kelemahan yang dihadapi oleh pihak pembuat dasar dalam memastikan segala matlamat

yang dibuat tercapai. Kelemahan melalui dasar yang diwujudkan telah menyebabkan

masalah pembuangan sisa sampah yang semakin hari semakin sukar

dibendung. Lantaran itu, perbincangan dalam penulisan ini akan menyentuh isu-isu

berkaitan pembuangan sisa sampah yang berleluasa berlaku disebabkan beberapa

kekangan dan kelemahan yang wujud melalui pelaksanaan dasar oleh pihak kerajaan.

1.1 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2012), Dasar Pengurusan Sisa Pepejal

Negara (Dasar PSPN) bermatlamat untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal

secara menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mampan dan diterima masyarakat yang

mementingkan pemeliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan

menjamin kesihatan awam dan melaksanakan pengurusan sisa pepejal berdasarkan

hierarki pengurusan sisa yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R,

rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam 2015 diwujudkan supaya dapat memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan

Persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai pengurusan sisa pepejal dan

pembersihan awam (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2020). Jabatan Pengurusan

Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai agensi di bawah Kementerian Perumahan dan

3
Kerajaan Tempatan (KPKT). Pengurusan sisa pepejal telah dirancangkan dan sebuah

JPSPN ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 untuk melaksanakan langkah-

langkah dan mentadbir Dasar PSPN, perancangan dan pengurusan secara holistik. JPSPN

berperanan untuk mencadangkan dasar, pelan dan strategi, menjalankan fungsi pengawal

seliaan, memberikan lesen dan kelulusan serta menetapkan piawai, spesifikasi dan kod

amalan. Manakala, PPSPPA ditubuhkan secara rasminya di bawah KPKT pada 1 Jun

2008. PPSPPA berfungsi sebagai pelengkap menjayakan Dasar PSPN. PPSPPA

berperanan untuk memperkenalkan, mempromosi dan melaksanakan dasar, strategi serta

menguatkuasakan undang-undang dan peraturan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, 2020).

1.2 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Pindaan) 2016

Penambahbaikan keatas DPSP adalah berpandukan kepada pencapaian yang terjadi di

DPSP (2006), Kajian Pelan Strategik bagi Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (2005)

serta kajian Pengurusan Sisa Pepejal Malaysia (2006). Di samping itu, kajian

penampahbaikan DPSP turut mengambilkira inisiatif-inisiatif berkaitan pengurusan sisa

pepejal yang dikemukakan didalam Dokumen Rancangan Malaysia Ke11 (2016-2020)

serta inisiatif-inisiatif yang dikemukakan didalam Laporan Makmal Pengurusan Sisa

Pepejal 2015 (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2016). Rajah 1.2 dibawah

menunjukkan dasar Pengurusan Sisa Pepejal 2016 yang telah dipinda oleh pihak kerajaan.

4
Rajah 1.2 : Dasar Pengurusan Sisa Pepejal 2016
Sumber: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2016)

DPSP yang ditambahbaik mempunyai dua (2) matlamat seperti berikut:

a) Mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos

efektif, mapan dan diterima masyarakat yang mementingkan pemeliharaan alam

sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam.

b) Melaksanakan PSP berdasarkan waste management hierarchy yang memberi

keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R, rawatan perantaraan dan

pelupusan akhir.

5
1.3 Objektif dasar

a) Pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan kos efektif yang meliputi kutipan dan

pengangkutan, rawatan perantaraan dan pelupusan.

b) Pengurangan sisa pepejal isi rumah, komersial, perindustrian, keinstitusian, awam

dan pembinaan melalui 3R.

c) Perkhidmatan yang efisien dan kos yang efektif melalui penswastaan, kawal

seliaan yang cekap dan standard yang seragam.

d) Pemilihan teknologi yang telah terbukti, mampu bayar dari segi capex & opex

serta mesra alam.

e) Menjamin pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan awam.

f) Pewujudan perundangan dan institusi bagi pengurusan sisa pepejal.

2.0 Isu “Pembuangan Sampah Secara Haram” di Malaysia

Masalah longgokan sampah bukanlah satu isu baru yang hendak diperkenalkan kepada

rakyat di negara ini. Isu ini turut berlaku secara global dalam dunia serba canggih pada

masa kini. Menurut Fiqrurazi (2015), hasil kajian yang dilakukan oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kira-kira terdapat lima belas juta kilogram sampah

sehari yang dihasilkan didalam negara ini. Hal ini bermakna dalam tempoh sembilan hari

sahaja, sampah yang dihasilkan boleh memenuhi satu ruang tempat pembuangan sampah

yang sedia ada. Pada masa kini, negara Malaysia mempunyai 289 tapak pelupusan

sampah dan setiap satunya merangkumi keluasan antara 20-150 hektar ekar. Keadaan ini

pastinya tidak dapat menampung jumlah sampah yang dihasilkan kerana tapak pelupusan

6
sampah yang sedia ada ini mempunyai kadar kitaran tarikh luput untuk digunakan.

Dengan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari adalah tidak menentu, adalah sukar

untuk menjangkakan sejauh manakah keberkesanan tapak pelupusan ini boleh digunakan

kerana jumlah sampah yang dihasilkan semakin bertambah (Hasnah Ali et al.,2012).

Menyorot kes yang pernah berlaku di negara ini, salah satu kes longgokan di

kawasan perumahan pernah berlaku di Parit Semerah, Pontian, Johor Darul Takzim yang

dilaporkan akhbar yang ditulis oleh Asyikin (2012). Kawasan taman perumahan disitu

telah mengalami masalah longgokan sampah di sepanjang Jalan Parit Semerah. Masalah

ini telah berlaku selama kira-kira dua bulan. Pelbagai jenis sampah telah dibuang dan

dilonggokan di tepi jalan di kawasan perumahan terbabit. Masalah longgokan sampah ini

telah menjadi semakin meruncing. Selain itu hasil longgokan sampah ini bukan sahaja

menjejaskan pemandangan, tetapi menyebabkan sampah bertaburan di atas jalan raya

akibat pembakaran sampah atau digeledah oleh anjing liar. Keadaan ini pastinya

mengundang bahaya kepada para pengguna jalan raya yang mengunakan jalan tersebut

terutamanya pemandu motosikal. Longgokan di susur masuk ke kawasan perumahan itu

menimbun sehingga menyukarkan orang ramai melalui kawasan tersebut.

Masalah ini juga berlaku akibat ketiadaan penyediaan tong sampah yang disediakan

di kawasan perumahan mereka selain ditambah dengan sikap penduduk tempatan yang

tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di tepi

jalan. Keadaan ini dilihat sehingga sampah yang berlonggokan disitu ibarat kawasan

7
pembuangan sampah rasmi. Kesan yang berlaku longgokan sampah ini telah

menyebabkan bau busuk yang timbul serta mencemarkan kawasan tepi jalan Parit

Semerah yang merupakan jalan kedua terpenting untuk ke Bandar Pontian. Selain itu

punca lain berlakunya masalah ini apabila kawasan tanah lapang di Jalan Dato Itam yang

sebelum ini menjadi lokasi pembuangan sampah penduduk mula dipagar bagi tujuan

pembangunan. Keadaan ini menyebabkan segelintir penduduk mengambil inesitif

membuang sampah di tepi jalan.

Dalam isu dan permasalahan yang hendak dibincangkan ini adalah berdasarkan

daripada artikel akhbar Berita Harian yang diterbitkan pada 11 November 2020 iaitu

“Tapak Sampah Haram Cemar Sungai Rinting.” Menurut Amanina (2020), isu yang

seringkali menjadi buah mulut orang ramai ini sudah jemu didengar dan masalah ini tidak

ada penghujungnya. Dalam kes ini, penduduk di kawasan Sungai Randing, Pasir Gudang

itu menyuarakan kebimbangan disebabkan timbunan sampah yang terlalu banyak

sehingga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Selain itu juga, pembuangan

bahan seperti barangan pembinaan, sisa boto racun, sisa habuk dapat memberi kesan

kepada kesihatan penduduk. Keadaan air sungai yang semakin kotor juga menyebabkan

pencemaran air. Rajah 2.0 dibawah menunjukkan keratan akhbar bagi isu “Tapak Sampah

Haram Cemar Sungai Rinting.”

8
Rajah 2.0 : Artikel akhbar “Tapak sampah haram cemar Sungai Rinting”
Sumber : Berita Harian (2020)

Dalam akhbar tersebut juga ada menyebut tentang suara penduduk terhadap

langkah pihak berkuasa untuk memantau keadaan sungai dan membuat aduan untuk pemasangan batu

penghadang bagi mengelak individu tidak bertanggungjawab dari memasuki kawasan tersebut. Namun

demikian, hanya pihak bomba turun padang melihat kawasan Sungai Rinting. Temboh yang dimohon masih

belum dibuat. Penduduk juga memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan susulan dengan masalah

tersebut dan membuat siasatan dari mana sisa buangan tersebut datang. Di sini dapat dilihat bahawa dasar

yang dibuat semestinya mempunyai kelemahan dimana kebajikan masyarakat masih tidak diberi perhatian

oleh pihak yang seyang sepatutnya.

9
3.0 Punca pembuangan sampah secara haram

3.1 Kepadatan tapak pelupusan sampah

Didapati tapak pelupusan sampah adalah sangat kritikal pada masa kini kerana tapak

sedia telah penuh. Mahu atau tidak mahu, sisa pepejal terpaksa dibuang secara terbuka

(open dumping) di atas tapak sedia ada yang telah penuh. Dilema ini hanya akan

berakhir apabila loji insinerator boleh digunakan dengan secepat yang mungkin. Pada

tahun 2010, satu kajian telah dilakukan dimana kemudahan sedia ada di tapak

pelupusan sampah di Teluk Cempedak adalah tidak memuaskan. Didapati tapak

pelupusan sampah ini tidak dipagar, sampah yang semakin banyak dan melimpah ke

jalan raya. Terdapat juga haiwan liar iaitu anjing yang mencari sisa makanan

(Mohmadisa, Hashim & Khalizul, 2010). Sepatutnya sesebuah tapak pelupusan

sampah perlu dipagar, ada pintu masuk serta tanda amaran bahawa kawasan tapak

pelupusan sampah adalah kawasan larangan. Yang pasti, tapak pelupusan sampah ini

tidak mampu untuk menampung jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah dengan

sebuah jentolak untuk menguruskannya.

Dr. Latifah Abdul Manaf, pensyarah alam sekitar dari Universiti Putra

Malaysia (UPM) berkata, pembukaan tapak pelupusan baru juga sukar akibat saingan

dengan keperluan infrastruktur lain (perumahan dan industri) kerana tanah yang

terhad. Hal ini ekoran kerana kesukaran untuk mencari kawasan yang sesuai bagi

tapak pembinaan (Azwan, 2009). Tapak pelupusan sedia ada yang wujud di Malaysia

10
adalah sebanyak 162 ini dilihat masih berkurangan ekoran lambakan sampah sarap

yang semakin meningkat di negara. Jadual 3.1 dibawah menunjukkan kategori tempat

pelupusan sisa sampah di mengikut negeri pada tahun 2020.

Kategori Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Mengikut Negeri Pada Tahun 2020

Negeri Sanitari Bukan Sanitari

Johor 1 13

Kedah 1 6

Kelantan - 11

Melaka 1 -

Negeri Sembilan 1 7

Pahang 2 14

Perak - 16

Perlis - 1

Pulau Pinang 1 1

Sabah 1 18

Sarawak 3 46

Selangor 3 5

Terengganu - 9

11
Wilayah Persekutuan Kuala - -
Lumpur

Wilayah Persekutuan Labuan - 1

Jumlah 14 148

Jadual 3.1 : Kategori Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Mengikut Negeri


Pada Tahun 2020
Sumber : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2020)

Menurut Yusri (2020), penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di

negara ini mencatat peningkatan 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018,

berbanding 19,000 tan pada 2005. Berdasarkan angka dikeluarkan Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang rakyat

dianggar menghasilkan 1.17 kilogram (kg) sampah sehari pada 2018, berbanding

0.8kg (2005). Berdasarkan laporan yang sama, peratusan sisa plastik direkodkan

meningkat 20 peratus pada 2018, berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan

sampah adalah sisa makanan, manakala sisa plastik (13.2 peratus) dan lampin pakai

buang (12.1 peratus). Menjelang 2020, dijangkakan Malaysia menghasilkan 30,000

tan sisa pepejal sehari, malah bagi setengah majlis perbandaran, sudah

menghasilkan lebih daripada biasa menjadikan jumlah melebihi 30,000 tan sisa

pepejal (Ismail, 2017) Statistik ini dilihat paling ketara yang menyebabkan tapak

pelupusan sampah negara semakin berkurang adalah disebabkan penghasilan

sampah yang semakin meningkat.

12
3.2 Kekurangan penyampaian maklumat melalui saluran media

Media memainkan peranan yang cukup penting dalam memberikan maklumat

dan mempengaruhi pemikiran rakyat serta mengambil kira kepentingan dan dasar

yang ditetapkan oleh kerajaan. Menurut andaian ini, ketiadaan maklumat

mengenai pelbagai aspek akan menyebabkan masyarakat tidak dapat memenuhi

tanggungjawabnya terhadap isu pembuangan sampah yang semakin berleluasa ini.

Lasswell (1948), seorang saintis politik mencadangkan pembentukan sebuah model

analisis fungsi media yang boleh membimbing pemikiran mengenai perkara

tersebut. Media, menurut beliau, menyediakan pengawasan keadaan sekeliling

dan kolerasi komponen masyarakat berhubung dengan keadaan sekeliling.

Menurut beliau lagi, media harus mengawal, membentuk, dan membantu

masyarakat memahami dunia di sekeliling mereka dan bertindak sebagai penggerak

sosialisasi.

3.3 Tahap pendidikan masyarakat kurang

Punca yang seterusnya, kurang pendidikan menyebabkan masih ramai yang belum

faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita.

Mereka juga tidak tahu apakah akibatnya atau kesannya kepada kesihatan kita. Di

samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan pihak penguatkuasa

yang kurang tegas walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada

pelaksanaannya maka sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar yang

13
serius pada hari ini. Shaharudin (2015) berpendapat bahawa pembuangan sampah

merata-rata juga disebabkan sikap kurang prihatin terhadap kesan yang mungkin

timbul akibat pembuangan sampah terhadap ekosistem lain terutama sungai dan

marin yang akan tercemar dan mengakibatkan kepupusan hidupan akuatik. Ia sudah

pasti akan menjejaskan pula kehidupan dan kesejahteraan masyarakat kerana tidak

lagi dapat menikmati hasil yang disediakan melalui perkhidmatan ekosistem sungai

dan marin itu.

4.0 Kesan permasalahan terhadap masyarakat

4.1 Kesihatan masyarakat terjejas

Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah merata-rata tempat akan

menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak

kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai

penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya,

pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak di

dalam air dan boleh menyebabkan penyakit demam denggi kepada orang sekeliling

serta boleh membawa maut (Fiqrurazi, 2015). Tambahan pula, kesan pembuangan

sampah boleh mewujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap

yang membuang rata-rata atau tidak menguruskan dengan baik akan berbau busuk

serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat makanan

ternakan. Ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan

14
busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling perumahan

itu.

4.2 Kesan visual yang negatif

Kesan pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat ini dapat memberikan kesan

visual yang negatif (Kementerian Pembangunan Brunei Darussalam, 2020). Ianya

juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan juga boleh memberikan

gambaran bahawa penduduk di kawasan itu tidak pembersih walaupun hanya

disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja, sepertimana peribahasa

“kerana nila setitik rosak susu sebelangga”. Oleh yang demikian, setiap

individu perlu mengelakkan daripada membuang sampah dimerata-rata tempat atau

ditempat yang bukan dikhaskan. Menjaga kebersihan sesuatu kawasan tersebut

adalah penting untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan keselesaan bersama.

Sebagai contoh, perbuatan membuang sampah ringan daripada kereta jika sering

berlaku juga akan menyebabkan keadaan persekitaran yang kotor seperti yang dapat

dilihat pada misalnya disepanjang jalan raya menuju pos-pos kawalan sempadan

ataupun ditempat penantian feri dan seumpanya. Memandangkan tempat-tempat ini

juga merupakan salah satu tempat pintu masuk ke negara kita ianya memberikan

gambaran awal yang tidak baik.

Tambahan lagi negara kita berusaha untuk memperomosikan industri

pelancongan di negara kita ini. Ianya adalah amat mendukacitakan apabila kita

15
melihat kawasan-kawasan riadah seperti pantai-pantai dan taman-taman peranginan

dicemari oleh sampah sarap yang disebabkan oleh pengunjung tempat itu sendiri.

Oleh yang demikian jika kawasan tersebut sudah dicemari oleh sampah maka ianya

tidak akan begitu menarik lagi dan untuk membersihkan kawasan-kawasan terpencil

seperti ini tidak mudah.

5.0 Cadangan mengatasi masalah semasa proses penggubalan dasar

Isu pembuangan sampah di merata tempat dalam kalangan masyarakat perlulah

ditangani segera. Cadangan penambahbaikan agar dasar ini dilaksanakan dengan

lebih efektif adalah dengan merealisasikan kesejahteraan kehidupan

masyarakat. Selain itu, semasa proses pembentukan dasar dibuat kerajaan haruslah

mengkaji tahap keberkesanan pendidikan pengurusan sampah oleh masyarakat.

Keperluan dan kepentingan pengurusan sampah yang paling efisien adalah penting

bagi menjamin kesejahteraan sejagat dan harus dipertingkatkan dari semasa ke

semasa. Selain itu, Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2016 juga perlu diteliti semula

keberkesananya terhadap masyarakat.

5.1 Merealisasikan kesejahteraan kehidupan masyarakat

Kesejahteraan masyarakat adalah dimana penduduknya dapat menikmati satu aras

kehidupan harmoni yang dapat diteruskan. Kelangsungan penduduk dalam

16
meneruskan kehidupan di dalam keadaan yang selesa, selamat dan sejahtera

dipengaruhi antara lain oleh aspek-aspek keselesaan berada di rumah dan keselesaan

berinteraksi dengan persekitaran mereka. Masyarakat yang mempunyai rumah yang

selesa dari aspek suhu dalaman dan luaran serta mempunyai aras ketersampaian yang

tinggi untuk berinterasi dengan kemudahan di persekitaran mereka disifatkan

mempunyai kualiti hidup yang lebih baik (Noraniza, Azlizan & Yusuf, 2011). Oleh

hal yang demikian, penyediaan infrastruktur yang melengkapi serta persekitaran

yang baik menjamin kesejahteraan hidup komuniti setempat. Berbalik kepada isu

yang dibincangkan, kerajaan haruslah menyediakan kelengkapan infrastruktur yang

mencukupi seperti tong sampah untuk proses kitar semula. Hal ini agar tidak

berlakunya timbunan sampah yang dibuang sesuka hati sehingga mencemarkan

sungai. Pembinaan tembok penghadang di kawasan Sungai Rinting juga harus dibina

supaya kawasan tersebut tidak diceroboh begitu sahaja untuk aktiviti pembuangan

sisa sampah secara haram. Kehidupan penduduk komuniti akan lebih terjamin kerana

keadaan kawasan penempatan yang bersih menjamin kesejahteraan hidup.

5.2 Kajian terhadap keberkesanan pendidikan pengurusan sampah

Pengasingan sampah di rumah akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal

yang dihantar ke tapak pelupusan, justeru, membantu meningkatkan jangka hayat

tapak pelupusan tersebut. Amalan 3R dan pengasingan sisa telah dikenalpasti

sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah

17
penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan. Menurut Shan (2015),

melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R dan pengasingan sisa pepejal isi

rumah ini adalah diharapkan komuniti akan menghargai sisa buangan sebagai satu

sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah

asli dalam pembuatan sesuatu produk. Ini secara tidak langsung akan dapat

memastikan sumber-sumber alam semula jadi diuruskan secara bijal dan lestari demi

kebaikan generasi masa hadapan dan alam sekitar. Lanjutan daripada perkara

tersebut, khususnya dalam memastikan segala maklumat dan informasi berkaitan

pengasingan sisa pepejal isi rumah disebarkan secara meluas dan berkesan kepada

semua lapisan komuniti, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (SWCorp) telah merangka Pelan Tindakan Kesedaran Awam Pengasingan

Sisa Pepejal 2015 bertujuan mendidik dan membudayakan amalan pengasingan sisa

pepejal di kalangan masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan komuniti yang

menghargai sisa buangan sebagai satu sumber, menjaga kebersihan persekitaran dan

memelihara kelestarian alam sekitar.

5.3 Penambahbaikan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2016

Kewujudan Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2016 yang memberi matlamat kepada

pihak kerajaan merupakan sesuatu yang boleh difahami dan diterima di peringkat

awal penggubalannya. Namun begitu, setelah dua belas tahun penggubalannya, maka

suatu pendekatan yang lebih progresif perlu dilakukan dan ianya tidak boleh lagi

18
berada di takuk yang lama. Justeru, akta ini harus diteliti semula agar

penambahbaikan dapat dilakukan segera.

Pemerkasaan terhadap pengurusan pembuangan sampah dan penguatkuasaan

untuk membantu masyarakat lebih prihatin dan berdisiplin terhadap pembuangan

sisa adalah perlu dipertingkatkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2016.

Dalam pada itu, sistem pengurusan sampah yang lebih rapi dan efisien perlu

dipertingkatkan. Satu kajian telah dilakukan di Pulau Pangkor pada tahun 2016 yang

melibatkan isu serta cabaran dalam pengurusan sisa sampah di kawasan tersebut.

Kajian mendapati masalah berlaku disebabkan pengurusan sumber manusia. Isu ini

berkitar tentang beberapa perkara seperti kekurangan tenaga kerja dari Majlis

Perbandaran Manjung (MPM), pekerja yang tiada kepakaran dan tidak diberi latihan

berhubungkait dengan kekerapan pertukaran jawatan menyebabkan pekerja tidak

sempat membentuk kemahiran yang secukupnya (Fatimah, Adeline & Rosta,

2016). Hal ini membuktikan bahawa prospek sistem pengurusan pihak pembuat

dasar masih lemah dan semakan keatas perkara tersebut harus dilakukan semula.

Tujuan semakan semula tersebut patutlah untuk memastikan keberkesanan Akta

Pengurusan Sisa Pepejal 2016 adalah untuk mencapai objektifnya seterusnya

kearah pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

19
6.0 Kesimpulan

Penghasilan dasar kerajaan memerlukan penyelidikan yang teliti bagi mengetahui

punca wujudnya masalah awam yang dihadapi. Penganalisis dasar bertanggungjawab

dalam membantu pihak pembuat dasar menghasilkan satu keputusan dasar yang lebih

bijak dan apabila dilaksanakan keputusan tersebut, ianya mampu mencapai hasrat

serta matlamat yang ditetapkan. Selain itu, proses pembuatan dasar awam merupakan

satu proses yang berbentuk kitaran (Utusan Borneo, 2020). Aspek perancangan juga

perlu diambilkira oleh penganalisis dasar bagi memastikan cadangan penyelesaian

yang disyorkan mengambilkira perubahan persekitaran yang berlaku di sekeliling.

Oleh sebab itu, isu pembuangan sampah secara haram yang tiada penghujungnya

masih berleluasa tanpa kaedah dan penyelesaian. Masyarakat mestilah berganding

tenaga bersama pihak pembuat dasar supaya masalah ini tidak berlarutan serta

matlamat dan objektif dasar dapat dicapai.

20
Rujukan

Abdullah, M. (2019, 8 Januari). Pupuk amalan pengasingan sisa pepejal di rumah.


Berita Harian Online. Retrieved Januari 8, 2019, from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/01/524858/pupuk-
amalan pengasingan-sisa-pepejal-di-rumah

Amanina, S. (2020, 11 November). Tapak sampah haram cemar Sungai Rinting.


Berita Harian (Selatan), h.25.

Asyikin, A. (2012, 1 November). Penduduk rimas longgokan sampah di tepi jalan.


Sinar Harian Retrieved November 1, 2012, from
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pendudukrimas-longgokan-sampah-
ditepijalan-1.50652.

Azwan, S.,A. (2009, 28 Disember). Kawasan pelupusan sampah negara semakin


kritikal? Bernama. Retrieved Disember 28, 2009, from
https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2009/12/28/kawasan-
pelupusan-sampah-negara-semakin-kritikal

Fatimah, I., Adeline, A.,H., Rosta, H. (2016). Pengurusan sisa pepejal di Pulau
Pangkor: Isu dan cabaran. Malaysia Journal of Society and Space, 14, 50-
63.

Fiqrurazi, A.S. (2015). Masalah longgokan sampah kawasan perumahan berteres


kajian kes:taman universiti, Skudai, Johor. Projek Ilmiah Ijazah Sarjana
Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah), Fakulti Geoinformasi Dan
Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia

Hasnah, A., Dody, D., Noraziah., Maznah, I., & Sarifah, Y. (2012). Masyarakat dan
amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komunito: Kes Isi
Rumah Wanita di Bandar Baru Bangi,Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ismail, I. (2017, 25 Mei). Teknologi tinggi urus sampah jana ekonomi. Berita Harian
Online. Retrieved Mei 25, 2017, from
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/05/286262/teknolog
i-tinggi-urus-sampah-jana-ekonomi

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2016). Dasar Pengurusan Sisa Pepejal
Negara 2016. Capaian 4 Januari 2021, dari

21
https://www.kpkt.gov.my/resources/index/user_1/mengenai%20kpkt/dasar/
dasar_jpspn_2016.pdf
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal. (2020). Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam. Capaian 4 Januari 2021, dari
https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/66
Kementerian Pembangunan Brunei Darussalam. (2020). Pembuangan sampah di
merata-rata tempat-kesannya kepada alam sekitar. Capaian 4 Januari 2021,
dari
http://www.mod.gov.bn/SitePages/Pembuangan%20Sampah%20Dimerata-
rata%20Tempat%20-%20Kesannya%20Kepada%20Alam%20Sekitar.aspx
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2020). PPSPPA berfungsi sebagai
pelengkap menjayakan Dasar PSPN. Capaian 4 Januari 2021, dari
https://www.kpkt.gov.my/
Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. In L.
Bryson(Ed.),The communication of ideas. New York: Harper.
Mohmadisa, H., Rosmini, I., & Khalizul, K. (2010). Isu dan pengurusan sisa pepejal
di Pulau Pangkor, Perak. Jurnal Perspektif, 3 (1), 78-94.
Noraniza, Y., Azlizan, T., & Yusuf, P. (2011). Impak pembangunan infrastruktur ke
atas pembangunan komuniti penduduk di daerah Pendang dan Kubang Pasu,
Kedah Darul Aman, Malaysia. Journal of Governance and Development, 7,
16-36.

Sandy, M.L. (2017, 2 Mac). Pembuangan sampah secara sembarangan terus


berleluasa. Utusan Borneo Online. Retrieved Mac 2, 2017, from
https://www.utusanborneo.com.my/2017/03/02/pembuangan-sampah-
secara-sembarangan-terus-berleluasa

Shaharudin, I. (2015, 5 Jun). Kesedaran alam sekitar rakyat kita masih rendah.
Berita Harian Online. Retrieved Jun 5, 2015, from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/06/59273/kesedaran-alam-
sekitar-rakyat-kita-masih-rendah

Shan, N.,L. (2015). Pelaksanaan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dalam
kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang. Projek Ilmiah
Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi
dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Utusan Borneo Online. (2020). Pelaksanaan dasar kerajaan untuk manfaat rakyat
diteruskan. Retrieved Februari 25, 2017, from
https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/27/pelaksanaan-dasar-
kerajaan-untuk-manfaat-rakyat-diteruskan

22
Wee, S.T. (2004). Pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Jurnal Sains Sosial. 2 (1), 9-
25.

Yusri, M. (2020, 2 Januari). Pembuangan sampah negara meningkat 100.75 peratus.


Berita Harian Online. Retrieved Januari 2, 2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643354/pembuanga
n-sampah-negara-meningkat-10075-peratus

23
Lampiran

Rajah 2.0 : Artikel akhbar “Tapak sampah haram cemar Sungai Rinting”

24

Anda mungkin juga menyukai