Anda di halaman 1dari 16

BAB 1

PENGENALAN

1.1

PENGENALAN
Bab ini mengandungi beberapa bahagian yang penting yang akan

menerangkan amalan kitar semula di kalangan penduduk Bandaraya Miri, Sarawak.


Antaranya ialah latar belakang kajian, pernyataan masalah, matlamat dan objektif
kajian, persoalan kajian, latar belakang kawasan kajian, skop kajian, pendekatan
kajian, kaedah kajian, hasil akhir kajian dan kepentingan kajian.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN


Konsep pembangunan mampan bermula dikenali ramai apabila Laporan

Bruntland pada tahun 1987 membantu orang ramai memahami prinsip-prinsip


pembangunan mampan. Kemudiannya, pada tahun 1992, Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengadakan Sidang Kemuncak Rio di Brazil dan dalam persidangan
tersebut mencadangkan strategi-strategi tindakan ke arah pembangunan yang lestari.
Ini juga merangkumi inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan komuniti yang harmoni
dan sejahtera, pembangunan bandar dan komuniti hijau bagi menangani dan
mengurus kemerosotan kualiti alam sekitar, perubahan iklim dan masa hadapan yang
carbon-constrained (World Commission on Environment and Development, 1987).

Perubahan iklim merupakan salah satu isu-isu alam sekitar yang diambilkira
dalam

persidangan

tersebut.

Nolon

(2009)

berpendapat

bahawa

inisiatif

pembangunan mampan harus bermula dari peringkat tempatan dahulu untuk


mencapai matlamat strategi nasional dalam mengurangkan pengeluaran karbon
dioksida. IPCC (2015) memberi kenyataan mengenai ramalan bahawa menjelang
tahun 2100, purata suhu global akan meningkat dalam lingkungan 1 hingga 4 ,
takungan air hujan akan meningkat, terutamanya di kawasan tanah tinggi pada
musim salji dan juga paras air laut dijangkakan akan meningkat dalam lingkungan
20-140 sm. Ini terbukti apabila fenomena perubaban iklim telah mengakibatkan
fenomena cuaca yang melampau di negara kita seperti suhu global yang semakin hari
semakin meningkat, fenomena kemarau yang kritikal, dan banjir kilat. Menurut
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (2013), takungan air hujan
meningkat sebanyak 2-11% seluruh Malaysia di beberapa kawasan Sabah, Sarawak
dan beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia setiap tahun. Di sebalik
peningkatan itu, ada juga penurunan takungan air hujan di kawasan tengah
Semenanjung Malaysia dan di kawasan timur Sabah sebanyak 5 hingga 6 % setiap
tahun. Oleh itu, perlunya inisiatif dari pihak ramai untuk membantu dalam mengurus
fenomena-fenomena tersebut.

Konsep pembangunan mampan seterusnya dijelaskan dan dikembangkan


kepada konsep pembangunan hijau atau kejiranan hijau. Berke (2008)
menjelaskan bahawa kejiranan hijau ini merupakan ideologi perancangan yang
menjurus kepada keharmonian antara manusia dengan sistem alam sekitar, kesihatan
manusia, pembaharuan dan kesejahteraan rohani sejagat, alam bina yang berdayahuni
dan juga komuniti yang mendapat bahagian yang adil dan saksama. Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa (2012) pula menerangkan bahawa pembangunan
kejiranan hijau akan membantu dalam pengurangan pengeluaran karbon, serta kesan
pulau haba, dan justeru membuatkan persekitaran hidup yang berkualiti tinggi.
Secara amnya, kejiranan hijau ini dapat membantu dalam perubahan iklim di negara
kita.

Antara inisiatif kejiranan hijau yang seringkali dibuat di kebanyakan bandarbandar ialah program kitar semula. Ling, Hamidi dan Suffian (2014) mengatakan
bahawa mengitar semula ialah sesuatu inisiatif yang membantu dalam memulihkan
semula nilai ekonomi bahan-bahan dan tenaga-tenaga daripada sisa buangan yang
selalunya dibuang. Otitoju dan Seng (2014) pula menyatakan bahawa mengitar
semula ini lebih sesuai dijadikan alternatif lain untuk mengurangkan pengunaan
tapak pelupusan dan insinerator. Pengurusan sisa pepejal menjadi salah satu cabaran
utama di setiap negara-negara yang membangun. Penjanaan sisa pepejal dijangkakan
untuk mencapai 585 ton pada tahun 2010 (Agamuthu, Fauziah, Khidzir, 2009).
Faktor utama yang menjadi halangan dalam pengurusan sisa pepejal ialah kos
pengurusan yang terlalu tinggi, dari mulanya kutipan sisa pepejal senginggalah
pengangkutan sisa tersebut ke tapak pelupusan (Dermawan, 2012). Jadual 1.1
menunjukkan jumlah tapak pelupusan yang ada di Malaysia.
Jadual 1.1 : Jumlah tapak pelupusan di Malaysia
Negeri

Tapak

Tapak

Pelupusan yang

Pelupusan yang

Jumlah

tidak beroperasi
23
7
6
5
11
16
12
1
1
2
14
14
12
7
0
131

37
15
19
7
18
32
29
2
3
21
63
22
20
7
1
296

beroperasi
Johor
14
Kedah
8
Kelantan
13
Melaka
2
Negeri Sembilan
7
Pahang
16
Perak
17
Perlis
1
Pulau Pinang
2
Sabah
19
Sarawak
49
Selangor
8
Terengganu
8
WP Kuala Lumpur
0
WP Labuan
1
Jumlah
165
Sumber: www.maeko.com.my (2016)

Disebabkan peningkatan dalam jumlah hasil sisa pepejal di Malaysia, jumlah


tapak pelupusan juga turut meningkat sehinggakan jumlah tapak pelupusan yang
3

tidak beroperasi semakin mengejar jumlah tapak pelupusan yang beroperasi. Untuk
mengurangkan penambahan tapak pelupusan di Malaysia, kerajaan Malaysia, melalui
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (kini digelar Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), telah memulakan
kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh negara pada tahun 2000.
Kempen ini merupakan kempen kedua program perintis kitar semula pada peringkat
kebangsaan selepas tahun 1993. Otitoju dan Seng (2014) juga menyatakan bahawa
sekiranya pihak berkuasa ingin program kitar semula di kawasan mereka lebih teratur
dan berjaya dilaksanakan, nilai dan tabiat pengasingan sisa buangan haruslah
dipupuk sekali.

Banyak bandar-bandar yang telah melaksanakan inisiatif program kitar


semula ini. Namun, banyak yang kurang mendapat sambutan dari penduduk. Namun
begitu, ada juga di antaranya mendapat sokongan yang padu dari pendudukpenduduk setempat. Antaranya ialah Subang Jaya, Pulau Pinang dan Miri. Di Miri,
Majlis Bandaraya Miri dipilih sebagai wakil pihak berkuasa tempatan(PBT) di Sabah
dan Sarawak oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, bersama dengan tiga PBT di Malaysia
seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Daerah Kerian dan Majlis
Perbandaran Kuantan, untuk menjalankan projek perintis Local Agenda 21 pada
tahun 2000.

Ketika pelaksanaan projek perintis, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM)


telahpun membuat keputusan untuk menjalankan kempen kitar semula supaya dapat
membantu dalam pengurangan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Boleh dikatakan
bahawa pihak MBM menjadi penjana idea kepada pihak-pihak yang lain yang
memberi kerjasama dalam perlaksanaan kempen ini seperti 59 organisasi-organisasi
kerajaan dan badan bukan kerajaan serta agensi-agensi pengumpulan. Pelaksanaan
kempen tersebut juga mendapat sokongan daripada kerajaan tempatan dan pusat
pemprosesan iaitu Malaysian Newprint Industries Sdn Bhd dan Syarikat Sanyin
(Chong, 2003).

Pihak Berkuasa
Tempatan

59 Organisasi
Kerajaan dan
Swasta

Majlis Bandaraya
Miri

42 buah sekolah
Rukun Tetangga
(NGO)
Pusat MembeliBelah
Stesen Petrol
Jabatan Kerajaan
Persatuan
Masyarakat

Penjual

Agensi pengumpulan

Rajah 1.1 : Pihak-Pihak Yang Bekerjasama Dalam Pelaksanaan Kempen Kitar


Semula.
Sumber: Adaptasi pengkaji dari kajian Chong (2002).

Dengan usaha ramai, pada tahun 2009, Majlis Bandaraya Miri telah mendapat
satu pengiktirafan dari Jabatan Alam Sekitar iaitu Bandar Lestari: Anugerah Alam
Sekitar dalam kategori khas iaitu Kategori Program Kitar Semula. Justeru itu, kajian
ini akan menerokai kejayaan program kitar semula yang dijalankan di bandaraya
tersebut dan mengkaji semula peranan penduduk setelah kejayaan pihak kerajaan
tempatan dalam melaksanakan program kitar semula tersebut. Hasil kajian ini
dijangka boleh menjadi suatu penanda aras bagi PBT dan komuniti di bandar-bandar
lain.

1.3

PERNYATAAN MASALAH
Isu pembangunan yang pesat pada masa kini mempunyai perkaitan dengan

isu pengurusan sisa pepejal yang sukar untuk diselesaikan sehingga sekarang
(Yaacob et. al., 2015). Penjanaan sisa pepejal dijangkakan untuk mencapai 585 ton
pada tahun 2010 (Agamuthu, Fauziah, Khidzir, 2009). Di Semenanjung Malaysia
sahaja, penjanaan sisa pepejal meningkat dari 16, 200 tan setiap hari pada tahun 2001
ke 19, 100 tan setiap hari pada tahun 2005 (Ghasismi et. al., 2010). Jumlah sisa
pepejal yang terhasil diramalkan akan terus meningkat sejajar dengan peningkatan
penduduk dengan amalan pembuangan sisa pepejal yang tidak terkawal. Jadual 1.2
menunjukkan jumlah penduduk di daerah-daerah utama di negeri Sarawak pada
tahun 2000 dan 2010. Jadual 1.3 pula menunjukkan jangkaan kadar kitar semula di
Malaysia pada tahun 2001 sehingga tahun 2020. Peningkatan di kedua-dua jumlah
penduduk dan jumlah sisa buangan di negara ini jelas menunjukkan bahawa
peningkatan penduduk memberi kesan kepada peningkatan jumlah sisa pepejal di
negara ini.

Jadual 1.2 : Jumlah Penduduk di Daerah-Daerah Utama di Negeri Sarawak pada


tahun 2000 dan 2010
Bandar
Tahun 2000
Tahun 2010
Peratus Peningkatan (%)
Kuching
509,374
617,887
1.9
Sibu
218,106
247,995
1.3
Bintulu
143,429
189,146
2.8
Miri
228,231
300,543
2.8
Sumber: Sarawak Facts and Figure 2014, State Planning Unit, Chief Ministers
Department (2014).

Jadual 1.3 : Jangkaan Kadar Kitar Semula di Malaysia pada Tahun 2001 sehingga
Tahun 2020.
Tahun
Jumlah Sisa pepejal dijana (tan/hari)
Kadar Kitar Semula (%)
2001
160, 600
3
2002
164, 615
4
2003
168, 730
5
2004
172, 949
6
2005
177, 272
7
2006
181, 704
8
2007
186, 247
9
2008
190, 903
10
2009
195. 676
11
2010
200, 567
12
2011
205, 582
13
2012
210, 721
14
2013
215, 989
15
2014
221, 389
16
2015
226, 924
17
2016
232, 597
18
2017
238, 412
19
2018
244, 372
20
2019
250, 481
21
2020
256, 743
22
Sumber: Implementation of the semi-aerobic landfill system (Fukuoka method) in
developing Countries: A Malaysia cost analysis oleh Chong et. al (2005)

Sekiranya sisa buangan semakin bertambah hari demi hari, maka tapak
pelupusan sampah juga turut terjejas, dan kebarangkalian yang tinggi sekiranya tapak
baru akan dibuka dan akan mengulangi proses yang sama. Dengan jumlah penduduk
di Bandaraya Miri yang semakin meningkat sebanyak 2.8% setiap tahun dari tahun
2000 hingga ke tahun 2010, sudah semestinya memberi tekanan kepada persekitaran
bandar untuk menguruskan sisa pepejal dengan lebih efektif lagi. Ng (2002)
menyatakan bahawa peningkatan urbanisasi, populasi dan aktiviti-aktiviti ekonomi
akan mengubah gaya hidup penduduk dan seterusnya akan membawa tekanan
kepada isu-isu yang kritikal seperti kedayahunian bandar (urban livability),
pengurusan bandar, kemampanan bandar tersebut dan ini termasuk isu pengurusan
sisa pepejal.

Kitar semula merupakan salah satu alternatif yang lebih baik untuk
mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sampah. Ini kerana tapak pelupusan
sampah akan hanya membawa masalah-masalah yang lain seperti pencemaran udara,
air dan juga tanah (Otitoju dan Seng, 2014). Tapak pelupusan sampah juga
memerlukan kos pembinaan dan operasi yang tinggi, manakala amalan kitar semula
hanya memerlukan dedikasi dan disiplin. Amalan mengitar semula juga membantu
dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, pengurangan kerosakan alam sekitar,
menjimatkan tenaga, pemuliharaan sumber dan juga menjimatkan kos pembuangan
dan kutipan sampah tersebut (Foo, 1997). Selain itu, sekiranya diuruskan dengan
baik, amalan kitar semula ini juga boleh menambahkan peluang pekerjaan (Gupta
dan Kasewa, 1996).

Walaupun sikap penduduk-penduduk di Malaysia terhadap kitar semula ini


bertambah baik, tetapi hanya beberapa orang sahaja mengamalkannya (Theng dan
Raihani, 2007). Menurut kajian Isa et. al. (2005) di Nibong Tebal, Pulau Pinang,
hanya 77.1% dari 60 responden beliau yang mengamalkan amalan kitar semula.
Melalui kajian Ho dan Ali (2012), hanya 56% daripada responden mereka
mengamalkan kitar semula di rumah mereka. Meskipun respon program kitar semula
di kawasan-kawasan kajian tersebut memberansangkan, namun tidak semua
responden yang mengamalkan kitar semula. Pandangan orang ramai dalam
pengurusan sisa pepejal sangat penting untuk mengkaji dan menjalankan strategistrategi pengurusan sisa pepejal di peringkat PBT (Otitoju dan Seng, 2014).

MBM juga berusaha dalam memberi kesedaran kepada penduduk-penduduk


bandar tersebut demi menjayakan projek perintis ini dengan cara pengedaran risalah,
penyediaan tong kitar semula, dan juga poster-poster pelaksanaan kempen ini di
seluruh kawasan bandaraya tersebut. Namun begitu, sejauh manakah kesedaran
penduduk terhadap peranan mereka dalam kempen ini setelah 10 tahun pelaksanaan
kempen tersebut meskipun MBM berjaya mendapatkan anugerah Bandar Lestari:
Anugerah Alam Sekitar dalam kategori khas iaitu kategori Kitar Semula?

1.4

MATLAMAT KAJIAN
Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti penglibatan MBM dalam

pelaksanaan program kitar semula di Miri. Selain itu, matlamat kajian ini juga untuk
menentukan tahap kesedaran dan penglibatan penduduk di sekitar kawasan kajian
terhadap kempen kitar semula berdasarkan amalan seharian melalui kadar jumlah
penduduk yang mengitar semula bahan-bahan yang tertentu, dan juga melalui kadar
jumlah amalan-amalan yang seringkali dibuat untuk mengurangkan sisa-sisa pepejal
domestik mereka.

1.5
i.

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti tahap pemahaman penduduk di taman perumahan Lutong
Baru dalam perlaksanaan program kitar semula di Miri.

ii.

Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan program kitar semula ini dalam


aspek amalan pengurangan sisa dan amalan kitar semula di kalangan
penduduk di taman perumahan Lutong Baru.

iii.

Menerangkan kepentingan-kepentingan inisiatif kempen kitar semula dalam


aspek sosial, ekonomi, dan alam sekitar.

1.6

i.

PERSOALAN KAJIAN

Apakah peranan dan pemahaman penduduk bandaraya Miri dalam


perlaksanaan program kitar semula di Miri?

ii.

Bagaimanakah keberkesanan program kitar semula ini dalam aspek alam


sekitar dan juga aspek amalan pengurangan sisa dan amalan kitar semula di
kalangan penduduk di taman perumahan Lutong Baru?

iii.

Apakah kepentingan-kepentingan inisiatif kempen kitar semula dalam aspek


sosial, ekonomi, dan alam sekitar?

1.7

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN


Kajian ini memberi tumpuan kepada salah satu kawasan perumahan utama di

mana kempen kitar semula dijalankan di seluruh kawasan Bandaraya Miri di bawah
bidang kuasa MBM, iaitu Lutong Baru. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini
merupakan kawasan tumpuan pembangunan-pembangunan baru seperti kawasan
komersil dan perumahan. Ini disebabkan kawasan-kawasan di sekitar taman
perumahan ini merupakan kawasan perindustrian minyak dan gas yang menjadi
ekonomi utama di bandaraya tersebut seperti Sarawak Shell Berhad, Petronas
Carigali, dan Dayang Enterprise. Miri telah dipilih untuk menjalankan projek perintis
Local Agenda 21 serta telah berjaya mendapat anugerah dalam pelaksanaan program
kitar semula, tetapi kawasan ini juga mempunyai potensi dalam menjadi penanda
aras kepada bandar-bandar lain di Malaysia untuk menjalankan program kitar semula
di kawasan mereka.

Miri, yang mempunyai populasi seramai 234,541 pada tahun 2010, telah
berjaya mendapat gelaran Bandar Lestari: Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2009
dalam kategori Kitar Semula. Antara kriteria-kriteria penilaiannya ialah inisiatif
ekologi, pentadbiran alam sekitar, persekitaran fizikal, perkhidmatan alam sekitar
10

dan pendidikan dan kesedaran (Pereira et. al., 2008). Meskipun kempen ini
dijalankan di peringkat perbandaran, PBT tidak memaksa untuk penduduknya
mengitar semula. Kebanyakan penduduk Miri mengitar semula secara sukarela. Ini
menggambarkan kejayaan MBM dalam memberi kesedaran kepada penduduk Miri.
Ng (2002) menyatakan lebih daripada 45% daripada sisa buangan di kawasan
Kuching, Sarawak ialah sisa buangan domestik. Sekiranya potensi-potensi bahanbahan buangan domestik dimanfaatkan, maka sisa-sisa buangan tersebut dapat
diasingkan, dikitar semula, diguna semula malah, dibaiki semula. Pengeksploitasian
potensi bahan-bahan ini memberikan manfaat yang lebih baik daripada penggunaan
bahan-bahan mentah yang semakin berkurangan.

1.8

SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada penduduk-penduduk di kawasan

perumahan di Bandaraya Miri kerana mereka merupakan sumber-sumber utama


dalam penjanaan sisa buangan domestik serta pengguna-pengguna produk yang
terakhir. Skop kajian adalah lebih kepada pengulasan semula kempen kitar semula di
Miri sekaligus melihat kepada pelaksanaan program kitar semula di negara-negara
membangun. Kajian ini juga bertujuan untuk membuat soal selidik mengenai sikap
penduduk terhadap pelaksanaan kitar semula di sekitar Miri.

11

1.9

i.

PENDEKATAN KAJIAN

Peringkat Kajian Awalan


Pertama, kajian ini dimulakan dengan mengenalpasti masalah dan isu-isu
dalam kawasan kajian, iaitu amalan kitar semula di kalangan penduduk taman
perumahan Lutong Baru. Seterusnya ialah mendapatkan matlamat dan objektif
kajian.

ii.

Peringkat Kajian Literatur


Dalam peringkat ini, pada mulanya akan mendapatkan pembacaan
selanjutnya dari buku-buku, jurnal-jurnal dan artikel-artikel jurnal mengenai isu-isu
amalan pengasingan sampah dan kitar semula secara amnya. Kemudian akan
menjurus kepada fungsi dan peranan MBM dan penduduk kawasan kajian dalam
pelaksanaan kempen kitar semula. Seterusnya akan mendapatkan kajian-kajian kes
dari negara-negara membangun yang berjaya dalam pelaksanaan program kitar
semula di negara mereka.

iii.

Peringkat Kajian Metodologi dan Pengumpulan Data


Peringkat ini memberi perincian terhadap langkah-langkah metodologi kajian
ini serta justifikasi terhadap langkah-langkah tersebut. Pada peringkat ini, teknikteknik asas yang digunakan untuk menjalankan kajian ini akan dijelaskan dengan
lebih lanjut. Peringkat ini juga akan menjelaskan jenis-jenis data yang akan dikumpul
seperti data-data kualitatif dan data-data kuantitatif.

12

iv.

Peringkat Kajian Analisis dan Penemuan Kajian

Data-data kualitatif akan dianalsis melalui teknik pemerhatian, analisis isi,


dan juga analisis naratif. Bagi data-data kuantitatif, data-data tersebut akan dianalisis
melalui pengiraan statistik seperti teknik data infrensi dan teknik data deskriptif.
Peringkat ini akan membentangkan data dalam bentuk jadual, grafik dan carta untuk
menjelaskan penemuan data-data tersebut. Di sini, penemuan kajian akan dijelaskan
dengan lebih lanjut melalui pembentangan data-data tersebut.

v.

Peringkat Cadangan dan Hasil


Akhir sekali, peringkat ini akan merumuskan keseluruhan kajian ini sekaligus

memberikan cadangan-cadangan untuk menambahbaik kajian ini. Peringkat ini juga


menekankan limitasi dan prospek-prospek di dalam kajian selanjutnya.

1.10
i.

KAEDAH KAJIAN
Borang Soal Selidik
Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik iaitu Bahagian A: Latar

belakang Responden yang bertanyakan mengenai tahap pendidikan, umur dan juga
mengenai bilangan isi rumah. Bahagian B pula bertanyakan amalan mengitar semula
dan juga amalan pengurangan sampah yang sering dilakukan oleh responden.
Bahagian C pula akan bertanyakan sejauh mana kesanggupan penduduk dalam
amalan kitar semula.

Kaedah persampelan ialah persampelan rawak mudah. Memandangkan kajian


ini mempunyai limitasi dalam mendapatkan data dalam jangka masa yang pendek
dan tidak mendapat perincian setiap penduduk seluruh bandaraya Miri, manakala
kawasan Lutong Baru telahpun dipilih yang mempunyai rata-rata 987 buah rumah.
Jumlah responden yang akan ditemubual ialah seramai 90 buah rumah, dan setiap
13

responden merupakan ketua keluarga di seisi rumah tersebut. Justeru itu, antara
kaedah menganalisis data yang akan dilakukan untuk kajian ini ialah kaedah analisis
diskriptif seperti jadual silang, dan analisis infrensi seperti ujian chi kuasa dua, ujian
korelasi Spearman, dan juga ujian korelasi Eta.

1.11
i.

HASIL AKHIR KAJIAN


Mendapatkan sejauh mana penglibatan dan pengetahuan penduduk terhadap
kempen kitar semula di Bandaraya Miri.

ii.

Memberi cadangan untuk menambahbaik kemudahan-kemudahan dan


perkhidmatan yang disediakan untuk memudahan penduduk di kawasan
kajian untuk mengamalkan amalan kitar semula.

iii.

Membantu dalam penjanaan rangka kerja yang dapat membantu dalam


pelaksanaan kempen kitar semula di bandar-bandar di Malaysia.

1.12

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini boleh memberi sumbangan dalam pernyataan masalah dan situasi

sebenar mengenai kesedaran dan tahap penglibatan penduduk di kawasan Lutong


Baru agar dapat membantu MBM dalam penyediaan selanjutnya dalam program kitar
semula di kawasan bandaraya tersebut. Selain itu, kajian ini dapat memberi
gambaran kepada PBT-PBT di kawasan-kawasan lain dalam membentuk rangka
kerja pelaksanaan kempen atau program kitar semula di kawasan mereka. Kajian ini
juga boleh membantu ahli-ahli pengkaji di masa akan datang dalam penyediaan
penyelidikan yang khusus untuk program kitar semula di Malaysia.

14

1.13

KESIMPULAN

Dalam bab ini, latar belakang kajian dan pernyataan masalah telah dijelaskan.
Selain itu, matlamat kajian, objektif kajian dan persoalan kajian juga dibincangkan.
Latar belakang kawasan kajian dan skop kajian telah dinyatakan melalui penerangan
mengenai Bandaraya Miri. Akhir sekali pendekatan kajian, kaedah kajian, hasil akhir
kajian dan kepentingan kajian juga turut dibincangkan.

15

Pernyataan Masalah

Permerhatian Awal

Matlamat dan Objektif Kajian

Persoalan Kajian

Skop Kajian
- Pengulasan semula kempen kitar semula di Miri.
- Kajian kes pelaksanaan program di bandar-bandar lain sama ada di
dalam Malaysia, mahupun di luar Malaysia.
- Soal Selidik mnengenai sikap penduduk terhadap pelaksanaan
kitar semula di Miri

Kajian Literatur
- Definisi pengurusan sisa pepejal.
- Konsep Kitar Semula.
- Pelaksanaan program kitar semula di Miri, Sarawak.
- Pelaksanaan program kitar semula di negara-negara maju
dan negara-negara membangun.

Pengumpulan Data
Data Primer
- Borang Soal Selidik Seisi
Rumah
- Teknik Pemerhatian
Analisis Data dan Penemuan Kajian

Cadangan dan Penutup


Rajah 1.2 : Proses Kajian

16

Anda mungkin juga menyukai