Anda di halaman 1dari 18

[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]

[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

WAN MALYANA BINTI WAN MOHAMAD

D20151071240

KAJIAN TERHADAP KESEDIAAN UNTUK PERLAKSANAAN DASAR TEKNOLOGI


HIJAU DALAM KALANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN : KAJIAN KES DI
MAJLIS PEMBANDARAN KOTA BHARU (MPKB)

Penyelia:

Dr. Nor Kalsum Binti Md Isa

Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris

HGR3023 Metodologi Penyelidikan Dalam Geografi

Semester 1, 2017/2018
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

KAJIAN TERHADAP KESEDIAAN UNTUK PERLAKSANAAN DASAR TEKNOLOGI


HIJAU DALAM KALANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN : KAJIAN KES DI
MAJLIS PEMBANDARAN KOTA BHARU (MPKB)

1.0 PENGENALAN

Fenomena pemanasan global serta perubahan cuaca dan iklim menyumbang kepada kesan
yang negatif terhadap alam serta manusia. Masalah imbangan haba yang tidak stabil akan
mendorong berlakunya pemanasan global. Fenomena ini dikaitkan dengan dua mekanisme
penting yang mendorong berlakunya kejadian pemanasan global iaitu kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon. Aktiviti manusia itu sendiri yang menyumbang kepada peningkatan
masalah kesan rumah hijau serta masalah penipisan lapisan ozon. Jika dilihat dari sudut
imbangan bahangan matahari, proses pemindahan haba yang mana melalui proses serakan,
proses serapan, proses pantulan dan proses Albedo mendorong untuk pengekalan suhu bumi
yang sesuai. Namun, apabila banyak gas-gas rumah hijau di ruangan atmosfera antaranya
majoritinya daripada gas karbon dioksida, metana, gas florin, nitrus oksida serta gas lain-lain
akan menyebabkan proses pemindahan haba ini akan terganggu dan menyebabkan lebihan
haba disimpan di permukaan bumi. Semakin banyak jumlah gas karbon dioksida di ruangan
atmosfera , semakin banyak haba yang dipantulkan kembali ke bumi.
Masalah penipisan lapisan ozon yang lebih sinonim dengan pelepasan gas
kloroflorokarbon ( CFC ) yang lazimnya dikaitkan dengan penggunaan penghawa dingin,
aerosol, peti sejuk dan lain-lain. Oleh hal demikian, penipisan lapisan ozon mendorong
kepada berbagai kesan negatif yang serius terhadap fizikal bumi serta manusia antaranya
berlakunya peningkatan suhu bumi menyebabkan pencairan ais di kutub yang mana
seterusnya akan menyebabkan penenggelaman kawasan tanah rendah disebabkan
peningkatan aras air laut. Oleh hal demikian, teknologi hijau telah diperkenalkan di negara
Malaysia bagi mengurangkan pelbagai masalah alam sekitar yang mana telah diutamakan
dalam empat sektor utama iaitu sektor tenaga, sektor bangunan termasuklah dari segi
pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan, sektor air dan pengurusan
sisa serta sektor pangangkutan. Bagi memastikan penglibatan setiap negeri yang baik, negara
telah memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau yang mana mendorong kepada perlaksanaan
Pelan Tindakan Teknologi Hijau. Oleh hal demikian, penekanan terhadap perlaksanaan
teknologi hijau sememangnya digalakkan kepada semua masyarakat demi menjamin
kelestarian alam sekitar selaras dengan usaha semua negara dalam menangani masalah
perubahan iklim.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

2.0 LATAR BELAKANG


Fenomena perubahan iklim telah menjadi perhatian bagi semua negara dunia. Bagi Negara
Malaysia, senario perubahan cuaca mula dapat dilihat. Hal ini diperolehi daripada tinjauan
cuaca daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (2017) menjangkakan jumlah hujan
bulanan pada September 2017 hingga Februari 2018 yang mana jumlah hujan bulanan
mempunyai peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah hujan jangka panjang. Hal ini
telah menimbulkan kebimbingan yang mana kadar ini sangat melebihi normal.

Masalah perubahan cuaca ini akan terus menjadi ancaman utama yang mana memberi kesan
yang buruk terhadap pertumbuhan ekonomi dan sosial yang meningkatkan ketidaksamaan
ekonomi (Portia, 2015 ). Persidangan Bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar Dan
Pembangunan telah dilaksanakan di Rio, Brazil pada 1992 yang mana hasilnya mendorong
kepada pembentukan prinsip untuk perniagaan dan kerajaan yang lebih cekap iaitu dari segi
corak pembinaan, penggunaan sumber alternatif, sistem pengangkutan awam dan juga
prihatin terhadap kekurangan air (Earth Summit, 1997).

Perkara tersebut dilancarkan bagi memastikan masalah perubahan cuaca dan iklim ini tidak
memberi kesan kepada kelangsungan penghasilan sumber makanan. Rentetan daripada
persidangan tersebut, Agenda tempatan 21 telah terbina yang mana angka 21 tersebut
menunjukkan kepada abad ke 21. Ia merupakan satu dasar mikro yang dihasilkan bagi
merealisasikan pembangunan yang lestari khususnya bagi mewujudkan perkongsian untuk
merancang dan melaksanakan tindakan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan
pembangunan lestari. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menyertai Agenda Tempatan 21
ini yang mana inisiatif ini menunjukkan langkah ke arah yang lebih positif untuk
pembangunan yang lestari. Tanggungjawab melaksanakan pembangunan lestari ini adalah
secara menyeluruh termasuklah melibatkan usaha bersama samada dari sektor swasta ataupun
pihak berkuasa tempatan (United Nations Sustainable Development, 1992).

Protokol Kyoto adalah protokol yang terbentuk hasil daripada Persidangan Bangsa-bangsa
Bersatu ke 3 (COP3) pada tahun 1997 yang mana menjadikan tindakan protokol Kyoto
dijalankan pada 16 Februari 2005. Protokol ini salah satu usaha yang serius yang digunakan
dalam mengawal pembebasan gas rumah hijau yang mendorong kepada masalah pemanasan
global ( Hudson,2009). Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 15 (COP15) dilancarkan pada
2009 bagi menggantikan Protokol Kyoto. Dalam teras utama yang wujud dalam persidangan
ini iaitu berkaitan dengan Negara yang harus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,
mekanisma yang boleh digunapakai dalam mengurangkan masalah gas rumah hijau serta
bantuan data kepada negara yang sedang membangun untuk membolehkan Negara berarah
kepada ekonomi-karbon rendah. Malaysia juga tidak terkecuali dalam penyertaan
persidangan ini yang berlangsung di Denmark.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

Menurut Hudson (2009), semua negara secara kolektif perlu mengurangkan antara 50 hingga
90 peratus kadar pelepasan pada tahun 2050. Pada persidangan tersebut,Malaysia secara
sukarela untuk mengurangkan 40% kadar pelepasan gas rumah hijau. COP15 ini dijalankan
dari tempoh 2009 sehingga tahun 2005 yang mana hasilnya, Malaysia berupaya untuk
mengurangkan 35% kadar pelepasan gas rumah hijau. Diplomasi perubahan iklim diteruskan
kembali bagi menggantikan COP15 kepada COP21 yang dilancarkan di Paris pada tahun
2015. Malaysia akan mengurangkan sebanyak 45% kadar pelepasan gas rumah hijau yang
mana memerlukan lagi pengurangan sebanyak 10% memandangkan pada COP15 Malaysia
telah berjaya mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau sebanyak 35%.
Negara Malaysia sentiasa peka akan pelancaran setiap inisiatif dalam mewujudkan
pembandaran lestari sesuai dengan fokus utama dalam setiap diplomasi peruabahn cuaca
yang dilaksanakan. Menurut Rashida.et al, (2011), Teknologi Hijau yang telah dilancarkan
pada Julai 2009 adalah salah satu pendekatan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan
persekitaran yang lebih baik untuk rakyat. negara telah mengfokuskan empat sektor utama
dalam meningkatkan kemajuan yang signifikan iaitu sektor tenaga, sektor bangunan, sektor
air dan pengurusan sisa serta sektor pengangkutan (Kementerian tenaga, teknologi Hijau Dan
Air , 2011a)

Dasar teknolgi hijau kebangsaan turut ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMk10)
yang mana turut menyediakan hala tuju dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk
menikmati kualiti hidup yang baik dan persekitaran yang sihat tanpa pencemaran alam
sekitar. Usaha ini diteruskan dan diperbaiki dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMk11) dan
juga Rancangan Malaysia ke 12 (RMk12) bagi memastikan pembangunan yang lestari
tercapai.

Bagi beberapa kerajaan negeri dalam negara telah mengambil usaha untuk mencapai Dasar
Teknologi Hijau Negara yang diperkenalkan, iaitu melalui Pelan Tindakan Teknologi Hijau
yang dijalankan oleh negeri Selangor. Berdasarkan Kementerian Negeri Selangor (2016),
Pelan Tindakan Teknologi Hijau Selangor 2016-2018 merangkumi tujuh tindakan iaitu :

I. Perbandaran Hijau Melalui kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF)


II. Perolehan Hijau Kerajaan
III. Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (EV Charger)
IV. Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ Di PBT
V. Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku
VI. Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selagor
VII. Program Penghijauan Taman Industri.

Selain itu juga, negeri Melaka turut menunjukkan sambutan yang baik terhadap dasar
teknologi hijau Negara yang diperkenalkan pada tahun 2009. Kerajaan Melaka telah Majlis
Teknologi Hijau Malaysia Melaka pada 16 Mei 2011 bagi merealisasikan visi Melaka Negeri
Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Menurut Perbadanan Teknologi Hijau
Melaka (2017), pelan tindakan hijau di negeri Melaka menekankan kepada tujuh sektor
utama iaitu :
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

I. Tenaga
II. Pengurangan sisa
III. Rekabentuk Bandar
IV. Alam sekitar Bandar
V. Pengangkutan
VI. Kesihatan alam sekitar
VII. Air

Beberapa negeri telah mengadakan pelan tindaka teknologi hijau sendiri bagi menyahut dasar
teknologi hijau Negara yang diperkenalkan sejak dari tahun 2009 yang mana bagi
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia terutama bagi pelepasan gas rumah
hijau di ruangan atmosfera sekaligus dapat memastikan kelangsungan kelestarian alam
terjaga dengan baik.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Kajian ini dilakukan yang melibatkan pihak Majlis Pembandaran Kota Bharu (MPKB)
sebagai responden yang digunakan dalam kajian ini. Terdapat beberapa faktor yang difikirkan
pengkaji sehingga tercetusnya idea untuk menjalankan kajian ini. Faktor pertama iaitu Dasar
Teknologi Hijau Negara yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Julai 2009
dan mempunyai kriteria-kriteria penting dalam teknologi hijau yang mana dapat
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia terhadap alam
sekitar. Bagi mencapai dasar yang telah dilancarkan ini, beberapa negeri telah mengambil
inisiatif dalam menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara. Sebagai contoh, negeri Selangor
telah mengadakan Pelan Tindakan Teknologi Hijau yang akan mewujudkan pembandaran
hijau melalui Kerangka Bandar Rendah Karbon serta Program Penghijauan Taman Industri
selaras dengan usaha ke arah pembangunan yang mampan. Bagi negeri Kelantan pula, tiada
inisiatif dari pihak berkuasa tempatan yang menjurus ke arah usaha pembangunan yang
mampan selaras dengan usaha Negara yang memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau Negara
ini.

Faktor kedua, jika kesediaan perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau dalam kalangan pihak
berkuasa tempatan di Kelantan kurang memberangsangkan, pada masa akan datang
berkemungkinan ia akan menyebabkan pelbagai masalah alam sekitar berlaku. Perkara ini
pasti akan menjejaskan pelbagai perkara termasuklah kualiti hidup penduduk serta kualiti air
dan udara turut terjejas. Hal ini demikian kerana, kesan negatif aktiviti manusia tidak dapat
diminimumkan. Jika pihak berkuasa tempatan tidak mengambil usaha dalam melaksanakan
juga Pelan Tindakan Teknologi Hijau, kelestarian alam sekitar tidak dapat dikekalkan dan
pelbagai masalah alam sekitar akan berlaku disebabkan tiada langkah awal yang diambil.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

4.0 PERSOALAN KAJIAN

1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan pihak berkuasa tempatan


untuk perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau ?

2) Menilai tahap kesediaan untuk perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau dalam kalangan
pihak berkuasa tempatan ?

3) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pihak berkuasa tempatan dalam


perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau.

5.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Matlamat Kajian


Kajian ini bermatlamat untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan dengan kesediaan
mengenai perlaksanaan dasar teknologi hijau. Selain itu juga, faktor-faktor yang mendorong
kepada tahap kesediaan perlaksanaan dasar teknologi hijau juga ingin dikenalpasti dan ingin
melihat masalah-masalah yang akan dihadapi pihak berkuasa tempatan jika perlaksanaan
dasar teknologi hijau ini dilaksanakan.

5.2 Objektif Kajian


1. Mengenalpasti tahap kesediaan untuk perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau
dalam kalangan pihak berkuasa tempatan.

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan pihak


berkuasa tempatan untuk perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau.

3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pihak berkuasa tempatan


dalam perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau.

6.0 DEFINISI OPERASI

6.1 Sikap
Menurut Aiken (2000), sikap merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif
ataupun negatif terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep ataupun seseorang. Menurut
Rashid (2001), sikap memberi maksud kesan yang khusus kepada tingkah laku, daya usaha,
kesedaran dan minat. Meller (1986) pula menyatakan, sikap adalah gambaran sejauh mana
seseorang itu menyukai atau tidak menyukai sesuatu. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada
sikap pihak berkuasa tempatan (MPKB) terhadap perlaksanaan dasar teknologi hijau.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

6.2 Pengetahuan
Menurut Abdul Hamid (2004) pengetahuan adalah suatu peringkat dalam bentuk kebenaran,
prinsip dan maklumat. Ia berkaitan dengan perkara yang sudah dialami ataupun pengalaman
baru yang diperolehi. Oleh itu, dalam kajian ini pengetahuan ditafsirkan sebagai maklumat
sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan (MPKB)berkaitan dengan perlaksanaan dasar
teknologi hijau.

6.3 Kebergunaan
Menurut Davis (1989), kebergunaan dalam Technology Acceptance Model (TAM) merujuk
kepada produktiviti kerja, prestasi dan keberkesanan. Dalam kajian ini, kebergunaan merujuk
kepada produktiviti kerja, prestasi, keberkesanan terhadap pekerja berkuasa tempatan
(MPKB).

6.4 Kemudahgunaan
Keberkesanan ditakrifkan sebagai tahap kepercayaan pengguna bahawa dengan
menggunakan system tidak memerlukan usaha yang banyak (Davis,1989;Davis, Bagozzi &
Warshaw, 1989). Dalam kajian ini, kemudahgunaan dapat dilihat kepercayaan pihak berkuasa
tempatan (MPKB) dalam waktu bekerja seharian.

6.5 Dasar Teknologi Hijau


Berdasarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (2011b), teknologi hijau
merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam semulajadi dan meminumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia.

7.0 LIMITASI KAJIAN


Mana-mana kajian yang dijalankan pengkaji pasti akan mempunyai batasan tertentu. Dalam
kajian ini, limitasi yang akan wujud adalah seperti berikut :

7.1 Masa
Tempoh masa yang digunakan dalam mengjalankan kajian ini dalam lingkungan 2 semester
iaitu setahun sahaja. Dalam tempoh tersebut, masa yang terhad tidak mencukupi untuk
mengkaji aspek kebergunaan dan kemudahgunaan yang memberi kesan terhadap
pengetahuan dan sikap pihak berkuasa tempatan (MPKB) dalam kesediaan perlaksanaan
dasar teknologi hijau. Responden yang terlibat juga hanya dari kalangan pekerja di Majlis
Pembandaran Kota Bharu (MPKB) sahaja, jika peruntukan masa yang lebih panjang kajian
ini boleh melihat tahap kesediaan perlaksanaan dasar teknologi hijau dalam kalangan pihak
berkuasa tempatan secara menyeluruh di negeri Kelantan.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

7.2 Perbelanjaan
Dalam setiap kajian yang dijalankan, peruntukkan kewangan sememangnya diperlukan
memandangkan setiap kos perjalanan dan kos lain-lain adalah ditanggung sendiri. Bagi
mendapatkan data daripada badan- badan atau agensi tertentu, ia pasti melibatkan kos.

7.3 Kefahaman responden terhadap borang soal selidik


Latar belakang responden yang berlainan tahap pendidikan akan menyebabkan masalah
kefahaman dalam sesi menjawab borang soal selidik bagi sesetengah responden sahaja. Hal
ini akan menyebabkan, pengisian jawapan dalam boring soal selidik disalah isi menyebabkan
borang soal selidik rosak.

7.4 Kejujuran respoden


Limitasi yang biasa yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah berkaitan dengan kejujuran
respoden sewaktu mengisi borang soal selidik. Bagi sesetengah responden yang mengambil
jalan mudah, mereka hanya sekadar isi dan tidak memahami atau membaca sepenuhnya
pernyataan di setiap item di dalam borang selidik.

8.0 REKABENTUK TEORI/ REKABENTUK KONSEP

Input Proses Output

kebergunaan

Pihak berkuasa Sikap dan Perlaksanaan dasar Kesediaan


tempatan (MPKB) pengetahuan teknologi hijau perlaksanaan
dasar teknologi
hijau
kemudahgunaan

Rajah 1.0 : Reka bentuk konsep kajian menggunakan teori TAM

Rajah 1.0 di atas menunjukkan reka bentuk konsep kajian yang mana menggambarkan
keseluruhan perjalanan kajian ini. Melihat kepada reka bentuk konsep kajian ini, dapat
dilihat tiga peringkat yang digunakan iaitu input, proses dan output. Pihak berkuasa tempatan
(MPKB) adalah digunakan sebagai responden dalam kajian ini yang mana mewakili
peringkat input, manakala kebergunaan dan kemudahgunaan teknologi hijau memberi kesan
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

kepada pengetahuan dan sikap sebagai pemboleh ubah tidak bersandar manakala dasar
teknologi hijau sebagai pemboleh ubah bersandar yang mana berada di peringkat proses.
Menurut Mohd Noah (2002), pemboleh ubah bersandar merupakan faktor yang diperhatikan
dan diukur untuk menentukan kesan pemboleh ubah tidak bersandar.Seterusnya, peringkat
terakhir iaitu kesediaan perlaksanaan dasar teknologi hijau dalam kalangan pihak berkuasa
tempatan sebagai di peringkat output atau juga dikenali sebagai hasil.

9.0 SOROTAN LITERATUR

Dalam bahagian ini perbincangan akan menfokuskan kepada kajian-kajian lepas yang
mengfokuskan aspek-aspek tertentu yang telah dijalankan serta model yang digunakan dalam
kajian ini.
9.1 Teknologi Hijau
Berdasarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (2011b), teknologi hijau
merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam semulajadi dan meminumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia. Manakala kupasan daripada Kamarudin, Mohd Fazli, Md Nor Hayati, Ismi Rajiani,
dan Norhana (2011), menyatakan teknologi hijau ialah satu inisiatif menggabungkan pelbagai
kaedah dan bahan-bahan tertentu, daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra
alam iaitu yang bebas daripada sumber-sumber pencemaran seperti pembebasan karbon
dioksida. Pandangan tentang teknologi hijau bagi Farahwahida, Arieff Salleh, Salwa, Siti
Hajar, & Teh Ubaidah (2013) pula menyatakan teknologi hijau didefinisikan sebagai
gabungan sains alam sekitar dan teknologi dijadikan komponen utama untuk diaplikasikan
kepada penghasilan produk dan sistem yang bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif
kepada alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia. Pandangan menurut Kamarudin et al.
(2011), menjelaskan teknologi hijau sebagai satu inisiatif yang menggabungkan pelbagai
kaedah dan bahan-bahan yang tertentu, daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk
mesra alam iaitu yang bebas daripada sumber-sumber pencemaran seperti pembebasan
karbon dioksida. Berdasarkan beberapa pandangan berkaitan dengan teknologi hijau
berdasarkan kajian yang lepas, dapat disimpulkan bahawa teknologi hijau ini merupakan
penghasilan ataupun pengaplikasi beberapa kaedah ataupun produk yang mesra alam tanpa
menjejaskan alam sekitar dengan pembebasan gas-gas rumah hijau ataupun gas-gas yang
menyebabkan masalah alam sekitar yang lain.

9.2 Penerimaan Teknologi Hijau


Penerimaan teknologi hijau dalam satu-satu agensi atau badan-badan tertentu amat penting
untuk dilihat sebagai aspek untuk mengenalpasti sokongan-sokongan lain. Kupasan daripada
kajian Kamaruddin et al. (2011) mendapati, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada
penerimaan teknologi hijau di Malaysia seperti faktor permintaan dalam sektor tenaga hijau,
bangunan hijau, dan teknologi hijau nano dan green chemistry serta bergantung kepada
sistem inovasi negara, sokongan institusi dan penerimaan masyarakat. Tambahan pendapat
daripada Kamaruddin et al. (2011), iaitu pengenalan terhadap teknologi hijau adalah
penyelesaian terbaik dalam memenuhi permintaan tenaga yang yang semakin meningkat
dalam kekangan kemerosotan alam.Selain itu, Wan Nadzri, Zulkifli & Dani (2012),
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

beranggapan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan mapan dan
turut digunakan dalam pemprosesan sumber semula jadi untuk keperluan manusia bagi
meningkatkan kualiti hidup. Berdasarkan beberapa idea daripada penulis berkaitan dengan
penerimaan teknologi hijau berdasarkan kajian lepas, dapat dilihat penerimaan teknologi
hijau ini bergantung kepada faktor-faktor yang tertentu yang mana setiap faktor tersebut
mempunyai peranan yang penting terhadap kelestarian pembangunan yang selari dengan
aspek kualiti hidup penduduk.

9.3 Manfaat perlaksanaan Teknologi Hijau


Perlaksanaan teknologi hijau ini pasti akan mendatangkan pelbagai manfaat yang tersendiri.
Oleh hal demikian, sebelum tertubuhnya dasar teknologi hijau, diplomasi antara Negara lain
dalam usaha untuk menjaga alam sekitar telah dilaksanakan bermula tahun 1992. Idea
daripada Farahwahida et al. (2013), beranggapan bahawa teknologi hijau ini member manfaat
kepada ekologi samada manfaat kepada alam sekitar dan juga kepada kesihatan manusia.
Perkara ini disokong oleh Riberu (2002), yang mana yelah menyatakan bahawa ekologi itu
sendiri merujuk kepada satu bidang ilmu yang melibatkan hubungan makhluk hidup dengan
persekitarannya dan saling bergantungan antara satu sama lain. Idea yang lebih berkaitan
dengan manfaat teknologi hijau ini dapat dikesan daripada kupasan Tsai, Lin, Lee, Chang, &
Hsu, (2013) yang mana telah menyenaraikan empat perspektif kelestarian alam sekitar yang
terdiri daripada kualiti persekitaran, pengurangan kos, kecekapan tenaga dan pemeliharaan
sumber. Kelestarian ini dapat dicapai apabila perlaksanaan teknologi hijau ini dilakukan.
Berdasarkan idea-idea para penulis atau pengkaji berkaitan dengan manfaat perlaksanaan
teknologi hijau ini berdasarkan kajian-kajian yang lalu iaitu manfaat perlaksanaan teknologi
hijau ini adalah meluas dan tidak terhad kepada alam sekitar sahaja, bahkan kepada manusia
juga memperoleh manfaatnya yang sama terutama dalam aspek kesihatan. Hal ini demikian,
kelestarian alam sekitar yang baik akan mencorakkan aspek kesihatan serta kualiti hidup
manusia semakin terjamin.

9.4 Kepelbagaian Aplikasi Teknologi Hijau


Sektor yang ditekankan dalam teknologi hijau di Malaysia adalah sektor tenaga, sektor
bangunan, sektor air dan pengurusan sisa serta sektor pengangkutan. Keempat-empat sektor
ini merangkumi idea yang meluas dalam pengaplikasian teknologi hijau. Bagi zulkiflee &
Waiz ( 2011), E-gain peramalan adalah kaedah menggunakan teknologi asing untuk meramal
kesan cuaca masa depan di sebuah bangunan. Dengan menyesuaikan panas berdasarkan
ramalan cuaca, sistem penggunaan berlebihan menghilangkan panas, sehingga mengurangkan
pengambilan tenaga dan pembebasan gas rumah kaca. Bagi idea Shahril (2015) pula,
menghasilkan seterika berteknologi hijau yang mana menggunakan pearuh. Perkara ini dapat
mengurangkan kadar kecederaan ringan yang disebabkan oleh seterika yang biasa berlaku
semasa penggunaan seterika. Selain itu sifat seterika itu sendiri yang ergonomik menjadikan
ia dalam keadaan yang selamat dan selesa. Berdasarkan idea-idea yang dijelaskan
berdasarkan kajian lepas, dapat dirumuskan bahawa kepelbagaian aplikasi dapat dilakukan
dalam semua perkara yang berasaskan teknologi hijau yang mana ia dapat mengurangkan
masalah pencemaran dan juga mesra alam.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

9.5 Model Penerimaan teknologi


Pendapat Lee (2009), Model Penerimaan Teknologi (TAM) merupakan model yang paling
berpengaruh dalam kajian berkenaan dengan penerimaan teknologi maklumat. Norazah &
Ramayah (2010), turut berpendapat bahawa Model Penerimaan Teknologi ini dapat
mencadangkan bahawa apabila pengguna dipersembahkan dengan sesuatu inovasi baru,
beberapa pembolehubah mempengaruhi keputusan mereka bagaimana dan bila akan mereka
gunakan. Pendapat Davis (1989), menyatakan bahawa Model Penerimaan Teknologi ini
merupakan model yang digunakan untuk meramal penerimaan pengguna terhadap teknologi
berdasarkan dua pembolehubah iaitu kebergunaan dan juga kemudahgunaan. Berdasarkan
pandangan penulis atau pengkaji kajian yang lepas, dapat disimpulkan bahawa, penggunaan
Model Penerimaan teknologi (TAM) adalah model yang paling sesuai digunakan dalam
menjalankan kajian ini. Rajah di bawah menunjukkan Model Penerimaan Teknologi (TAM)
yang dibina oleh Davis.

Perceived usefulness

System design Altitude toward using Actual system use


features

Perceived ease of use

10.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi penyelidikan adalah merupakan kaedah, pendekatan atau pun cara yang
digunapakai dalam mendapatkan data-data penting untuk digunakan dalam mencapai objektif
dan matlamat kajian. Kaedah kajian yang sesuai dan sistematik akan mengarahkan kajian
untuk mencapai objektif yang diinginkan.
Bahagian ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan sepanjang kajian ini
dijalankan. Pengkaji telah merancang dengan teratur susunan kaedah yang sesuai dalam
melaksanakan kajian ini bagi memperolehi maklumat yang tepat. Pengkaji akan
menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif dalam menyiapkan kajian ini yang mana
ia lebih bersifat subjektif . Dalam bahagian ini juga, akan membincangkan dengan lebih
terperinci perkara yang penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam
melaksanakan kajian ini.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

I. Pengumpulan data
II. Instrumen kajian
III. Populasi dan persampelan
Metodologi kajian ini disusun dengan baik beserta dengan strategi yang tersusun bagi
mendapatkan data dan maklumat yang tepat bagi mencapai objektif dan matlamat kajian.

10.1 Peta Lokasi


Kajian ini dijalankan dengan memilih daerah Kota Bharu sebagai kawasan kajian yang mana
mengfokuskan kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pembandaran Kota Bharu
(MPKB) memandangkan fungsi Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan.

Rajah 2.0 : Peta Daerah Kota Bharu


Sumber :
https://www.google.com/maps/search/daerah+kota+bharu/@6.1272472,102.2265683,13z/dat
a=!3m1!4b1
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

10.2 Pengumpulan Data


10.2.1 Kaedah Pengumpulan Data

10.2.1.1 Data Primer


Menurut Umar (2003), data primer merupakan data yang diperolehi secara langsung di kajian
lapangan oleh pengkaji sebagai objek penulisan. Data primer ini diperolehi bagi mendapatkan
data-data baru yang belum diperolehi oleh mana-mana pihak lain lagi yang menjadi sumber
utama dalam memperoleh data. Data primer ini yang membantu kajian menjadi lebih tepat
memandangkan data primer ini diambil secara terus di kawasan kajian pengkaji. Dalam
kajian ini, data-data primer diperolehi daripada maklum balas borang soal selidik yang
diedarkan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan ( MPKB ) yang berada di daerah Kota
Bharu. Selain itu juga, data primer turut diperolehi melalui temu bual yang dilakukan
bersama responden secara tidak formal dan tidak berstruktur dalam mendapatkan maklumat
yang lebih dalam kajian yang dijalankan pengkaji.

10.2.1.2 Data Sekunder


Menurut Sugiyono (2005), data sekunder adalah data yang tidak langsung diperolehi kepada
pengkaji. Data sekunder ini diperolehi bagi menyokong data primer dari segi dapat
menjelaskan dan membuktikan tajuk kajian berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan. Data sekunder yang diperolehi dalam kajian ini diambil daripada laman web
rasmi seperti laman web Kementerian Tenaga, Teknologi Hiju Dan Air (KeTTHa) dalam
mendapatkan data-data sokongan untuk digunakan dalam kajian ini.

10.3 Instrumen Kajian


Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif serta
kuantitatif dalam mendapatkan data kajian. Terdapat beberapa instrumen kajian yang dipilih
oleh pengkaji untuk digunakan sepanjang kajian ini dilaksanakan seperti kaedah soal selidik,
kaedah pemerhatian serta kaedah temu bual yang berstruktur dalam mengukuhkan lagi
dapatan kajian yang diperolehi nanti.

10.3.1 Soal Selidik


Bagi pemerolehan data primer ini, pengkaji akan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Menurut Mohd Majid Konting (1990), instrumen soal selidik dianggap
sesuai dalam bidang pengumpulan data. Pembinaan item yang baik akan menghasilkan
borang soal selidik yang baik dan mudah difahami oleh responden. Setiap item yang akan
dijawab oleh responden akan menggunakan skala likert.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

10.3.2 Temu Bual


Kaedah temu bual juga akan digunakan oleh pengkaji dalam pemerolehan data primer yang
mana ianya penting diadakan bagi mendapatkan dan mengukur kebolehpercayaan soal
selidik. Pengkaji akan menggunakan pelbagai jneis kaedah temu bual dalam memperoleh
maklumat tambahan berkaitan dengan kajian. Ini termasuklah temu bual tidak formal, temu
bual formal dan juga separa formal. Kepelbagaian kaedah temu bual ini digunakan
bergantung kepada responden yang ditemu bual.

10.3.3 Pemerhatian
Pengkaji akan mengadakan kaedah pemerhatian ini selain daripada kaedah-kaedah yang
dinyatakan di atas bagi mendapatkan data pengkaji sendiri melalui penilaian dan pemerhatian
di kawasan kajian pengkaji. Pemerhatian yang dilakukan pengkaji adalah berdasarkan
perkara-perkara tertentu termasuklah aspek perbuatan dan kehidupan seharian tanpa
mempedulikan kehadiran pengkaji.

10.4 Populasi Dan Persampelan


Populasi ialah sekumpulan besar individu yang bakal dikaji memandangkan ia yang
mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Persampelan pula merujuk kepada proses
memilih sejumlah subjek yang ditetapkan daripada sekumpulan populasi untuk dijadikan
responden kajian. Dalam kajian ini, populasi penduduk ini terdiri daripada pihak Majlis
Pembandaran Kota Bharu ( MPKB) yang terdiri daripada pelbagai jantina, umur, tempoh
perkhidmatan, taraf pendidikan,, status dan beberapa perkara lagi yang diambil kira. Menurut
(MPKB,2018) seramai 956 orang pekerja tetap, 9 orang pekerja kontrak dan 132 orang
pekerja sambilan, menjadikan keseluruhan pekerja di MPKB adalah seramai 1097 orang.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan pekerja di Majlis Pembandaran Kota Bharu.

BIL KUMPULAN BILANGAN PENYANDANG


TETAP KONTRAK SAMBILAN
1. A 30 2 0
2. B 77 4 7
3. C 273 1 107
4. D 576 2 18
JUMLAH 956 9 132
Jadual 1 : Pekerja di Majlis Pembandaran Kota Bharu
Berdasarkan kepada jadual pekerja di Majlis Pembandaran Kota Bharu, kumpulan A merujuk
kepada pekerja yang bergred 41 hingga 54, kumpulan B merujuk kepada pekerja yang
bergred 27 hingga 40, kumpulan C merujuk kepada pekerja yang bergred 17 hingga 26 dan
kumpulan D merujuk kepada pekerja yang bergred 1 hingga 16. Pengkaji akan memilih
seramai 285 orang responden dari kalangan pihak majlis Pembandaran Kota Bharu (MPKB)
yang akan dipilih secara rawak dalam kajian yang akan dijalankan ini berdasarkan kepada
Krejcie Morgan.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

11.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi melihat kesediaan pihak berkuasa tempatan (MPKB) untuk
perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau yang mana penting untuk meminimumkan dan
mengurangkan kesan-kesan negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Perlaksanaan
Dasar Teknologi Hijau ini penting demi pembangunan yang mampan. Pengaplikasi teknologi
hijau dalan setiap sektor yang digariskan oleh kerajaan seperti sektor tenaga, sektor bangunan
termasuklah dari segi pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan,
sektor air dan pengurusan sisa serta sektor pangangkutan dapat memberi manfaat kepada
semua pihak antaranya :

11.1 Pihak Berkuasa Tempatan


Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat kesediaan pihak berkuasa tempatan dalam
perlaksaanaan dasar teknologi hijau di Kelantan. Dalam kajian ini, kesediaan perlaksanaan ini
diambil responden daripada pihak Majlis Pembandaran Kota Bharu (MPKB). Jika
perlaksanaan perlaksanaan dasar teknologi hijau dijalankan di MPKB, berkemungkinan
kesemua pihak berkuasa tempatan di Kelantan turut terlibat sama dalam perlaksanaan dasar
teknologi hijau sekaligus dapat menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan
sejak tahun 2009.

11.2 Masyarakat
Kepentingan kajian ini turut diperolehi kepada masyarakat, terutama kepada penduduk di
Kelantan yang mana apabila kesan negatif aktiviti manusia dapat dikurangkan, kelestarian
alam sekitar dapat dikekalkan. Persekitaran yang kurang tercemar, dapat meningkatkan
kesejahteraan masyarakat setempat.
12.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Perkara Kegunaan Bilangan kos Jumlah
Borang soal Diedarkan kepada responden 200 keping RM0.50 x RM100
selidik untuk mendapatkan data primer 200
Pengangkutan Digunakan semasa bergerak ke 7 Hari RM5 x 7 RM35
kawasan kajian untuk bertemu
responden
Buah tangan Diberikan kepada responden 200 bungkus RM0.60x 200 RM120
(keropok setelah selesai soal selidik atau
segera ) temu bual
JUMLAH KESELURUHAN RM225
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

13.0 RUJUKAN

Abdul Hamid, M, A. (2004). Andargogi : Maengajarorang Dewisa Pahang : PTS Publication


and Distributor Sdn. Bhd.
Aiken, L., R. (2000). Psychological Testing and Assessment, Ed, ke-10: Allyn & Bacon
Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance of
Information Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340.
Davis, F. D., Bagozzi, R. P. & Warshaw, P. R. (1989). User Acceptance Of Computer
Technology: A comparison of two theoretical models. Management Science, 35(2),
982–1003
Earth Summit (1997). UN Conference on Environment and Development (1992). Diperoleh
pada Oktober 9 2017 daripada http://www.un.org/geninfo/bp/enviro.html
Farahwahida, M. Y., Arieff Salleh, R., Salwa, M., Siti Hajar, M. S., & Teh Ubaidah, N.
(2013). Green Technology Management in The Muslim World. Jurnal Teknologi,
65(1), 107-115.
Google Maps (2017). Peta Daerah Kota Bharu. Diperolehi pada Oktober 8 2017 daripada
https://www.google.com/maps/search/daerah+kota+bharu/@6.1272472,102.2265683,
13z/data=!3m1!4b1
Hudson,V.(2009). The UN Climate Change Conference - December 2009 (COP 15).
Ibrahim, N. & Ali, H. (2013). Kepentingan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Dalam
Pertumbuhan Wilayah Di Malaysia. Prosiding PERKEM VIII, Jilid 2, 796-805
Jabatan Meteorologi Malaysia (2017). Tinjaun Cuaca Jangka Panjang. Diperoleh pada
Oktober 9 2017 daripada
http://www.met.gov.my/documents/10661/227957/tinjauancuaca.pdf
Kamaruddin Abu Bakar, Mohd Fazli Mohd Sam, Md Nor Hayati Tahir, Ismi Rajiani &
Norhana Muslan (2011). Green Technology Compliance In Malaysia For Sustainable
Business Development. Journal of Global Management 2(1): 55-65.
Kamaruddin Abu Bakar, Mohd Fazli Mohd Sam, Md Nor Hayati Tahir, Ismi Rajiani &
Norhana Muslan (2011). Green Technology Readiness In Malaysia: Sustainability For
Business Development. Working Paper Presented at 2nd International Conference on
Business and Economic Research Proceeding, organized by Conference Master,
Langkawi, Kedah
Kementerian Negeri Selangor (2016). Pelan Tindakan Teknologi Hijau Selangor. Diperoleh
pada Oktober 6 2017 daripada
http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1527
Kementerian tenaga, teknologi Hijau Dan Air (2011a).Sektor Utama Dasar Teknologi Hijau
Negara. Diperoleh pada Oktober 5 2017 daripada
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

http://www.kettha.gov.my/portal/index.php?r=kandungan/index&menu1_id=3&menu
2_id=75&menu3_id=95#.WgWuqflSzIU
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (2011b). Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.
Diperoleh pada Oktober 4 2017 daripada
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php?r=kandungan/index&menu1_id=3&menu
2_id=75&menu3_id=121#.WgYGlvlSzIU
Lee, M. (2009). Factors Influencing The Adoption of Internet Banking: An integration of
TAM & TPB with perceived risk & perceived benefit. Electronic Commerce
Research & Applications, 8(3), 130–141.
MPKB (2018). Statistik Pekerja di Majlis Pembandaran Kota Bharu.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohd Noah, S. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktik. Serdang :
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mueller, D,J. (1986). Measuring Social Attitudes, New York : teachers college.
Norazah Mohd Suki & T. Ramayah (2010). User Acceptance of the E-Government Services
in Malaysia: Structural Equation Modelling Approach. Interdisciplinary Journal of
Information, Knowledge, and Management, 5, 395-413.

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka ( 2017). Pelan Tindakan Hijau. Diperoleh pada Oktober
5 2017 daripada http://www.melakagreentech.gov.my/index.php/go-green/pelan-
tindakan-hijau
Portia,H. (2015). Understanding Climate Change Diplomacy. Diperoleh pada Oktober 6 2017
daripada http://www.isis.org.my/index.php/research-a-publications/publications/isis-
focus/if-2015/contents/2057-issue-no92015
Razidah, R., Sabere, S., Azlina, A., Hilmilia,S., Halim, Y., Zin, K. (2011). Greening
Government’s Office Buildings: Pwd Malaysia Experiences. Procedia Engineering
21.1056 – 1060
Riberu, P. (2002). Pembelajaran Ekologi. Jurnal Pendidikan Penabur, 1, 125-132
Shahril, I. (2015). Penggunaan Pearuh Dalam Penghasilan Seterika Berteknologi Hijau
(Green Iron).
Sugiyono (2005). Memahami Penelitian Kualitatif. Bandung : Alfabeta
Tsai, W.-H., Lin, S.-J., Lee, Y.-F., Chang, Y.-C., & Hsu, J.-L. (2013). Construction Method
Selection For Green Building Projects To Improve Environmental Sustainability By
Using An MCDM Approach. Journal of Environmental Planning and Management,
56(10), 1487-1510. doi:10.1080/09640568.2012.731385
Umar Hussein (2003). Metode Riset Komunikasi Organisasi Jakarta : PT Gramedia Pustaka
Utama.
[Wan Malyana Binti Wan Mohamad & D20151071240]
[Kajian Terhadap Kesediaan Untuk Perlaksanaan Dasar Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pihak Berkuasa Tempatan :
Kajian Kes Di Majlis Pembandaran Kota Bharu (Mpkb)]

United Nations Sustainable Development (1992). Agenda 21. Diperoleh pada Oktober 8 2017
daripada https://sustainabledevelopment.un.org/milestones/unced/agenda21
Wan Nadzri Osman, Zulkifli Mohd Udin & Dani Salleh 2012. Green Technologies And Their
Application In Malaysian Construction Industry. Working Paper Presented At The 3rd
International Conference on Technology and Operations Management, Bandung,
Indonesia
Zulkiflee, B., Waiz, K. (2011).Aplikasi Teknologi Smart-Fertigasi Untuk Program Pertanian
Bandaraya Shah Alam

Anda mungkin juga menyukai