Anda di halaman 1dari 20

Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:

-Tenaga sumber alam semulajadi: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk
pembangunan bahan bakar alternatif atau sumber tenaga yang boleh diperbahurui.

-Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semua tahap pembangunan. Dari pemilihan bahan
bangunan hingga pemilihan lokasi bangunan. Lokasinya Di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala
Lumpur iaitu bangunan Kementerian Kerja Raya. Selain itu, bangunan berkonsepkan teknologi
hijau adalah Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, Johor, Bangunan Dato'
Abdul Rahman Andak , Kota Iskandar, Johor. Sebagi contoh konsep yang ditekan dalam Ibu
Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor adalah seperti 'Vertical Fin' keadah penggunaannya adalah
bagi kemasukan cahaya dalam bangunan.

-Selain itu konsep teknologi hijau boleh diprektikkan di tepi pantai dan kuala sungai dengan
penanaman pokok bakau bagi menggelak hakisan air yang lebih mesra alam dan mengekalkan
ekosistem sediaada.

-Penggunaan tenaga sola yang meluas dikawasan luar bandar dan pendalaman seperti di Sabah
dan Serawak. Walaupun pembinaannya agak mahal tapi ia adalah usaha kerajaan meningkatkan
taraf hidup di sana. Banyak juga jalanraya menggunakan lampu berunsurkan tenaga sola
terutamanya di kawasan selekoh.

-Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer atau
satu per milyar meter. Nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang
nanoteknologi.

-Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam dan hanya mengembangkannya
sesuai dengan susunan yang lebih teratur.

Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasinya semakin meningkat. Ini
menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Gaya hidup manusia
yang mahukan kehidupan lebih baik seperti rumah, bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain
menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi semakin meningkat. Pengurusan sumber
semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara
berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan
sebagainya menyebabkan pencemaran. Jika pengurusan sumber semula jadi ini tidak diuruskan
dengan baik, ia turut menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Justeru, masyarakat
dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga.
Kedua-dua isu ini harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis
amatlah penting. Berdasarkan keperluan ini, teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi
hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga
dan menangani perubahan cuaca. Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat
berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita
boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada
alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan
meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk,
peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti
persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk
digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan,
menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia
adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.
Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air
dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan
pembangunan mapan. Pembangunan mapan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa
kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Ia adalah berasaskan empat tunggak
iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah
untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna
tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara.
Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Seperti
kita semua sedia maklum, pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. Dunia
dikatakan semakin hari semakin panas. Kenaikan elemen suhu di seluruh dunia ini berkait rapat
dengan aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan sistem bumi khususnya sistem
atmosfera. Fenomena pemanasan global Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global
memberi makna wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba. Input haba diterima oleh sistem
bumi berlebihan berbanding outputnya. Justeru, kenaikan suhu pada semua skala sama ada mikro
atau makro. Mengikut Profesor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika
Syarikat: 'Terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah Celsius pada setiap lima
tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan
meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah Celsius.' Pemanasan global terjadi melalui dua
mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga penipisan lapisan ozon. Walaupun
terdapat punca semulajadi, tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbang terhadap kedua-
dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida.
Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' adalah alternatif tepat dalam menangani
masalah kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa
kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca.
Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan
dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Seperti yang kita tahu, teknologi hijau
adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi
menangani impak negatif aktiviti manusia seperti pengeluaran asap hitam yang membahayakan
oleh kilang, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semula jadi,
pencemaran sungai, pelepasan karbon ke udara dan sebagainya. Teknologi hijau adalah teknologi
rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada. Untuk menggalakkan
pembangunan aktiviti teknologi hijau, kerajaan telah menyediakan insentif berikut: 1) Dalam
Bajet 2010 memperuntukkan RM1.5 billion sebagai pinjaman mudah kepada pengeluar serta
pengguna Teknologi Hijau di seluruh Negara melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
(GTFS); 2) Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24
Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan
perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan; 3) Pembeli rumah yang
memperoleh sijil GBI daripada pemaju hartanah diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara
pindah milik; dan 4) Jumlah pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi
memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian ini adalah layak bagi pembeli yang menyempurnakan
perjanjian jual beli mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40615

1.0 Pengenalan

Konsep teknologi hijau diperkenalkan adalah kerana istilah hijau merupakan antara
perkataan paling sensasi pada ketika ini khususnya dalam konteks pembangunan,
teknologi dan inovasi. Teknolog hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi
produk, peralatan, serta sistem bagi memelihara alam sekitar dan alam semula jadi di
samping dapat mengurangkan kesan negatif yang dilakukan oleh manusia pada masa
sekarang yang hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja. Menurut Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dukungan tinggi terhadap dasar hijau ini diharap tidak disalah
tafsirkan kepada dukungan warna parti politik dan masyarakat juga perlu mendokong
konsep teknologi hijau ini untuk membawa negara Malaysia ke satu tahap yang lebih
tinggi dan terkenal di serata dunia dengan perkenalan konsep ini.

Antara kriteria yang terkandung dalam konsep teknologi hijau ini ialah ianya mampu
meminimumkan degradasi kualiti persekitaran dan mempunyai pembebasan Gas
Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar. Selanjutnya, teknologi hijau ini juga
selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat serta lebih baik
untuk semua hidupan di muka bumi ini. Selanjutnya, teknologi hijau juga mampu
menjimatkan tenaga dan sumber asli seterusnya menggalakkan pembaharuan
terhadap sumber-sumber asli.

Oleh itu, dengan mengambil pendekatan yang berbeza maka pada Oktober tahun
2010, Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam telah memperkenalkan konsep
Teknologi Hijau ini untuk membangunkan negeri Melaka yang terkenal sebagai tapak
warisan dunia dan bandaraya bersejarah bagi menjadikan Melaka ke arah Negeri
Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020 seperti yang disarankan oleh Datuk Seri Najib
Razak dalam pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) pada 24 Julai
tahun lalu.

Memandangkan Melaka salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak


tempat-tempat menarik seperti A Famosa, Melaka Raya, River Cruise dan pelbagai
lagi. Teknologi ini sebenarnya berpotensi besar dalam memacu pembangunan negara
terutamanya dalam bidang pelancongan. Contonya, dengan konsep Bandar Teknologi
Hijau Melaka yang diperkenalkan dengan identiti Melaka sebagai Tapak Warisan
Dunia, tidak mustahil ianya berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari
negara-negara luar untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah pusat
pelancongan yang harus dikunjungi.

Dengan pelaksanaan konsep teknologi hijau sebegini maka peluang pekerjaan


terbuka luas kepada rakyat tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Di samping itu, masyarakat juga dapat mempromosikan barangan-barangan buatan
Malaysia ke peringkat antarabangsa jika dijual kepada pelancong asing yang
datang berkunjung ke Malaysia seterusnya dapat memperkenalkan Malaysia ke
peringkat global.

1.1 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang terdapat adalah untuk mengetahui persepsi pelajar UTeM
terhadap konsep bandar teknologi hijau Melaka sebagai pusat pelancongan, untuk
menimbulkan kesedaran pelajar UTeM tentang peranan dan konsep bandar teknologi
hijau Melaka serta mempromosi Bandar Teknologi Hijau Melaka sebagai pusat
pelancongan.

2.0 Kajian Literatur

Dalam kajian ini, beberapa tempat telah dikunjungi sepertu perpustakaan dan pusat
komputer UTeM bagi mendapatkan input-input yang berguna melalui penyelidikan
buku-buku yang kami kehendaki dan melayari internet.

Antara buku yang diselidiki untuk mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini
ialah buku yang berjudul Budaya Inovasi. Buku ini menceritakan mengenai komponen-
komponen yang penting bagi merealisasikan Konsep Bandar Teknologi Hijau
Melaka yang sedang giat dijalankan pada masa sekarang dengan memastikan
kehijauan sesuatu teknologi itu berada pada tahap yang sebenar. Antara
komponennya ialah kesan kepada alam sekitar, konsep teknologi hijau yang
digunakan perlulah bebas daripada unsur-unsur pencemaran untuk memelihara alam
sekitar yang pada masa kini amat membimbangkan. Seterusnya, memberi manfaat
kepada pengguna. Konsep teknologi hijau yang direncanakan juga perlu memberi
jaminan keselesaan dan keselamatan kepada masyarakat untuk menggunakannya
seterusnya memelihara keindahan yang dicipta melalui konsep teknologi hijau.
Selain itu, konsep teknologi hijau juga perlu menjadi pemangkin kepada kehidupan
lestari. Teknologi Hijau yang dibangunkan perlulah dapat menaikkan semangat
masyarakat untuk memajukan dan mendisiplinkan diri serta menjaga persekitaran
mereka daripada tercemar dengan memulihara konsep teknologi hijau yang telah
dilakukan untuk membangunkan sesebuah negeri. Naskah ini telah diterbitkan oleh
UTM pada tahun 2010 yang ditulis oleh Naib Canselor Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia.
Selain daripada kajian mengenai buku-buku di gedung ilmu, kajian juga dibuat
melalui melayari laman sesawang. Mengikut laman sesawang ini, Ketua Menteri,
Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata selepas mendapat pengiktirafan negeri maju
2010, kerajaan negeri memberi tumpuan ke arah bandar teknologi hijau dalam
tempoh 10 tahun untuk mengisi wawasan 2020. Menurutnya lagi, teknologi yang
akan diterokai oleh kerajaan negeri akan memberi faedah besar dari segi
peningkatan kualiti hidup rakyat dan menjamin kualiti alam yang sekitar yang
lebih mampan.

Di samping itu, menurut berita daripada akhbar Utusan Malaysia pada 21 Julai
2011 pula, kerajaan telah menganjurkan beberapa budaya yang menggalakkan
masyarakat supaya mendokong konsep teknologi hijau yang dibangunkan.
Antaranya, budaya berbasikal dalam kalangan kakitangan dan masyarakat di
seluruh negeri. Budaya ini telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.
Ali Rustam untuk menunjukkan betapa kerajaan negeri Melaka mengambil serius
dalam pelaksanaan konsep teknologi hijau ini. Sebagai buktinya, seramai 600
peserta terdiri daripada pelbagai masyarakat berbilang kaum di DUN Ayer Molek
telah menyertai program mengayuh basikal mengelilingi sekitar kawasan tersebut
meliputi jarak sejauh 30 kilometer. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer
Molek, Datuk Md. Yunos Husin berkata, usaha menggalakkan berbasikal sebagai
budaya harian penduduk di DUN tersebut bertujuan menyokong usaha kerajaan
negeri ke arah merealisasikan Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Berdasarkan kajian literatur yang dilakukan, didapati konsep teknologi hijau yang
diperkenalkan di Melaka telah mencapai tahap memberangsangkan seperti yang
diharapkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Dato Seri Ali Rustam yang
merupakan pengasas kepada konsep ini. Melalui kajian ini juga didapati
mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dan pembangunan bangunan-
bangunan yang berkonsepkan teknologi hijau yang telah didirik

2.1 Kempen Berbasikal Semakin Popular

Budaya berbasikal dalam kalangan kakitangan dan masyarakat di seluruh negeri ini
semakin menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri
Mohd. Ali Rustam. Terbaharu, Kelab Basikal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer
Molek dan Kayuhan Hijau telah dilancarkan bagi menggalakkan penduduk di kawasan
tersebut menjadikan aktiviti berbasikal sebagai budaya harian.

Seramai 600 peserta terdiri daripada pelbagai masyarakat berbilang kaum di DUN Ayer
Molek telah menyertai program mengayuh basikal mengelilingi sekitar kawasan
tersebut meliputi jarak sejauh 30 kilometer.

2.2 Honda teruskan Kempen Bumi Hijau

Honda Malaysia Sdn. Bhd. meneruskan lagi usaha menyokong Kempen Bumi Hijau
kerajaan negeri apabila memperuntukkan RM50,000 untuk menanam lebih 380 pokok
melalui dua fasa sekitar negeri itu tahun ini. Pengurus Besar Kanannya, Datuk Azhar
Abd. Wahab berkata, ia menunjukkan sokongan syarikat itu terhadap pelbagai usaha
yang dilakukan kerajaan negeri ke arah mencapai sasaran negeri bandar teknologi
hijau menjelang 2020.

Menurutnya, usaha terbaharu itu adalah susulan selepas Honda memberikan empat
unit kereta mesra alam, Insight untuk kegunaan empat pihak berkuasa tempatan negeri
ini pada April lalu.

Hari ini, kami mahu bergerak seiring dengan usaha kerajaan negeri terhadap kempen
bumi hijau dan telah menaja 280 pokok daripada pelbagai jenis yang jarang ditemui hari
ini untuk generasi akan datang, katanya.

Menurut Azhar, antara spesies pokok hutan yang ditanam pada program fasa pertama
itu adalah kapur, jelutong, kembang semangkuk dan tongkat ali.

Fasa pertama program ini adalah menanam pokok-pokok hutan untuk tatapan generasi
20 atau 30 tahun akan datang manakala pada fasa kedua 21 Julai ini, sekali lagi kami
akan menanam 100 batang pokok di sepanjang tebing Sungai Melaka, katanya.

Selain penanaman pokok, program itu turut melibatkan kerja gotong-royong


membersihkan kawasan yang disertai kakitangan MBMB serta kira-kira 200 kakitangan
kilang Honda di Alor Gajah.

Sementara itu, Md. Yunos berharap, lebih banyak pihak swasta tampil dalam membantu
kerajaan negeri menjayakan program hijaukan bumi.

2.3 Pemimpin Di Melaka Berbasikal Ke Pejabat Setiap Khamis

Setiap Khamis bermula hari ini, semua pemimpin di negeri termasuk Ketua Menteri
akan berbasikal ke pejabat bagi mempraktikkan konsep Bandar Teknologi Hijau yang
kini giat dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Khamis dipilih memandangkan
pada hari tersebut merupakan Hari Bertemu Pelanggan berbanding Jumaat iaitu Hari
Kebajikan.

Semua pemimpin termasuk ahli- ahli Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan ketua-
ketua jabatan termasuk saya sendiri akan berbasikal ke pejabat setiap hari Khamis.

Bagi wakil rakyat pula, mereka boleh berkayuh basikal ke Kompleks Jawatankuasa
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) dan terus bertemu rakyat, katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri di sini, semalam.
Usaha itu, kata beliau, bersempena dengan sambutan Hari Berbasikal yang
diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi mempergiatkan usaha memperkenalkan
Melaka sebagai negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.

2.4 Biodiesel Mula Dijual Di Melaka

Semua kenderaan berdiesel milik kerajaan negeri akan beralih penggunaanya kepada
minyak biodiesel kelapa sawit B5 yang mula dijual di 107 stesen minyak di seluruh
negeri bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu diambil selaras dengan
matlamat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Melaka sebagai negeri berteknologi
hijau.
Menurutnya, penduduk negeri ini juga disaran menggunakan minyak itu yang diadun
dengan lima peratus biodiesel kerana selain menjimatkan ia juga mementingkan
penjagaan alam sekitar.

Usaha ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api malah mengurangkan
masalah suhu panas yang melanda negeri ini sejak kebelakangan ini, katanya.

2.5 Seminar Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi

Tiga bangunan hijau akan diwujudkan bagi menggambarkan secara fizikal bahawa
teknologi hijau sedang dilaksanakan di Melaka. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd
Ali Rustam berkata tiga bangunan itu akan dibina di satu kawasan seluas 1.36 hektar di
Gapam di sini, tidak lama lagi melibatkan kos keseluruhan RM3.5 juta dan dijangka siap
dalam tempoh setahun. Sebuah bangunan bernilai RM2 juta diperbuat daripada bahan
kitar semula seperti botol manakala sebuah lagi adalah pejabat Perbadanan Hang Tuah
Jaya dan Teknologi Hijau (RM500,000) dan sebuah Restoran Green City (RM1 juta),
katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Melaka Maju Negeri Bandar
Teknologi Hijau di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini,
Selasa. Mohd Ali berkata apabila siap, tiga bangunan itu akan menggunakan
sepenuhnya teknologi hijau termasuk tenaga solar yang dijana melalui sistem penal
solar yang dipasang pada bumbung bangunan tersebut.

Beliau berkata teknologi hijau yang dapat meminimumkan impak negatif kepada alam
sekitar, disasarkan mampu menjana pendapatan tinggi kepada penduduk Melaka
menjelang tahun 2020. Katanya beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan bagi
memastikan sasaran Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun
2020 tercapai. Seminar dua hari, yang membincangkan mengenai teknologi hijau,
dihadiri lebih 200 peserta termasuk 20 pakar dalam bidang itu, bagi mendapatkan hala
tuju dan pelan pembangunan untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

2.6 Guru Perlu Tambah Ilmu Teknologi Hijau


Golongan pendidik sama ada di peringkat rendah atau menengah di negeri ini digesa
memperkayakan ilmu pengetahuan mengenai teknologi hijau dengan menghadiri
seminar atau program berkaitan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penglibatan guru amat penting
dalam memberikan kefahaman kepada para pelajar mengenai teknologi hijau selaras
dengan usaha kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai negeri Bandar Teknologi
Hijau menjelang 2020.

Menurutnya, setiap masyarakat dari pelbagai lapisan umur perlu faham mengenai
teknologi baru yang akan diperkenalkan itu bagi memastikan keberkesanan ketika
dilaksanakannya kelak.

Dalam menjayakan misi ini, setiap masyarakat mempunyai peranan masing-masing


dan perlu turut menyumbang ke arah menjayakannya, justeru itu semua mesti benar-
benar faham mengenai teknologi hijau ini, katanya.

3.0 Metodologi Kajian

Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan


memastikan kaedah pengumpulan data untuk penyelidikan kajian yang digunakan
bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, dalam
bab ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-kaedah kajian yang digunakan
untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.
Bab ini juga akan menyentuh aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, tempat (lokasi)
kajian, sampel kajian dan cara kerja kajian.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian deskriptif. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kesefahaman
pelajar UTeM terhadap Konsep teknologi Bandar hijau Melaka sebagai pusat
pelancongan. Menurut Mohd. Majid (2000), kajian deskriptif adalah penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena dan kaedah ini tidak memerlukan
usaha untuk mengawal sesuatu olahan. Kajian korelasi akan memberi penekanan
kepada penentu dan melihat sejauh manakah hubungan antara pembolehubah (Mohd.
Majid, 2000). Tuckman (1998), menjelaskan bahawa kajian bentuk kolerasi melibatkan
pengumpulan data atau lebih set data daripada satu kumpulan responden untuk
menentukan hubungan di antara set data tersebut.

Berdasarkan rasional yang diberi maka kajian deskriptif berbentuk kajian tinjauan
didapati sesuai dan dipilih sebagai reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini.
Reka bentuk ini dapat memberi gambaran yang komprehensif bagi sesuatu
pembolehubah yang dikaji dengan menggunakan peratusan. Maklumat-maklumat yang
dianalisa dan diinteprasi daripada data-data mentah menggunakan kaedah statistik
diskriptif dan statistik inferensi dipercayai dapat menjawab objektif kajian yang menjadi
fokus kajian ini.

3.2 Sampel Kajian

Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada
populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin
(1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Sampel adalah penting
kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Responden yang terpilih
adalah terdiri daripada semua jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Responden
kajian ini juga terbahagi kepada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Responden
dipilih secara rawak untuk menjalani kajian ini.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, medium yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah borang
soal selidik. Ini kerana, borang ini sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat
berdasarkan kepercayaan, perasaan dan kehendak individu itu sendiri. Menurut Mohd.
Majid, 2000, soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang
besar. Setiap soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik adalah seragam
dan piawai terhadap semua responden. Dengan itu, maklum balas yang diterima
daripada responden tidak akan dipengaruhi dengan arahan tambahan atau penyataan
tambahan.

Dalam kajian ini, jenis soal selidik yang digunakan ialah soal selidik jawapan dipilih.
Soal selidik jenis ini mempunyai soalan atau penyataan berserta dengan cadangan
jawapan atau gerak balas. Responden perlu membaca dan memahami penyataan dan
memilih jawapan paling sesuai berdasarkan cadangan jawapan yang diberi.

Penggunaan soal selidik dipilih adalah disebabkan soal selidik jenis ini mudah
diuruskan. Soalan yang dikemukakan dan cadangan jawapan yang diberi memudahkan
responden menjawab dengan cepat dan tepat. Soal selidik jawapan juga tidak
memerlukan responden untuk memberikan idea-idea tambahan. Selain itu, maklumat-
maklumat yang diperoleh melalui soal selidik jawapan ini lebih tersusun dan jelas. Hal
ini memudahkan penganalisisan data dilakukan.

Dalam kajian ini, borang soal selidik mempunyai dua bahagian. Bahagian-bahagian
tersebut adalah Bahagian A iaitu soal selidik maklumat diri dan Bahagian B soal selidik
tentang persepsi responden terhadap Bandar teknologi hijau.

Pengukuran adalah penting dalam setiap penyelidikan yang dijalankan. Namun


persoalan yang sering ditimbulkan adalah kebolerpercayaan iaitu sejauh manakah
sesuatu pengukuran itu boleh memberikan skor yang sama apabila diguna berulangkali
ke atas responden yang sama dan kesalahan iaitu adakah pengukuran itu mengukur
apa yang perlu diukur. Menurut Babbie (1992), kebolehpercayaan adalah penting dalam
menentukan samada sesuatu teknik yang diguna akan menghasilkan keputusan yang
sama jika diguna berulangkali kepada responden yang sama.

Kebolehpercayaan dirujuk sebagai ketekalan teknik pengukuran yang digunakan.


Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan mampu memberi skor yang hampir
hampir sama berulang kali. Menurut Mohd. Majid (2000), kebolehpercayaan sesuatu
alat pengukuran boleh ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan.
Indeks kebolehpercayaan adalah pekali yang menunjukkan sesuatu alat ukur (Mohd.
Majid, 2000).

Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrument kajian yang diuji menggunakan kaedah
bentuk persamaan (equivalent-forms method) yang mana soal selidik telah diberikan
kepada 50 orang respoden dan hasil kajian tersebut telah dianalisis mengikut bilangan
dan peratusan dengan menggunakan Microsoft Excel 2013.

4.0 Hasil Kajian

Soal selidik diagihkan kepada 50 orang responden yang merangkumi pelbagai latar
belakang.

Rajah 1: Jantina responden

Berdasarkan rajah 1, terdapat 50 responden, 24 (48%) orang dari responden tersebut


merupakan perempuan manakala 26 (52%) orang dari responden tersebut merupakan
lelaki.

Rajah 2: Bangsa responden

Dari rajah 2, 8% (4) daripada mereka merupakan bangsa India, 32% daripada mereka
berbangsa Cina dan 60% daripada responden tersebut merupakan bangsa Melayu.

Rajah 3: Melaka wajar mengamalkan konsep teknologi hijau

Berdasarkan rajah 3, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 62%,
orang yang setuju pula ialah 30%, manakala tidak pasti dan tidak setuju 4% dan tiada
sangat tidak setuju.

Rajah 4: Melaka dikenali sebagai bandar teknologi hijau


Berdasarkan rajah 4, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 26%,
orang yang setuju pula ialah 40%, manakala tidak pasti 28% dan sangat tidak setuju
6% serta tiada yang tidak setuju.

Rajah 5: Amalan konsep teknologi hijau dapat meningkatkan


kualiti kehidupan penduduk

Berdasarkan rajah 5, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 24%,
majoriti orang yang setuju pula ialah 52%, manakala tidak pasti 6% dan masing-masing
tiada yang tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Rajah 6: Amalan konsep teknologi hijau dapat menarik


lebih banyak pelancong asing

Berdasarkan rajah 6, majoriti peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah
50%, orang yang setuju pula ialah 44%, manakala tidak pasti 6% dan masing-masing
tiada yang tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Rajah 7: Jumlah aplikasi konsep teknologi hijau di Melaka amat mengagumkan

Berdasarkan rajah 7, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 14%,
orang yang setuju pula ialah 46%, manakala tidak pasti 28% dan masing-masing tiada
yang tidak setuju dengan sangat tidak setuju 6%.

Rajah 8: Konsep teknologi hijau yang diamalkan memberi manfaat kepada rakyat

Berdasarkan rajah 8, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 36%,
orang yang setuju pula ialah 40%, manakala tidak pasti 18%, tidak setuju 6% dan
tiada yang sangat tidak setuju.

Rajah 9: Saya kerap menggunakan kemudahan teknologi hijau

Berdasarkan rajah 9, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 34%,
orang yang setuju pula ialah 26%, manakala tidak pasti 22%, tidak setuju 14% dan
sangat tidak setuju 4%.

Rajah 10: Kejayaan Melaka sebagai pusat pelancongan yang terkenal banyak
dipengaruhi oleh konsep teknologi hijau yang diamalkan
Berdasarkan rajah 10, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 22%,
orang yang setuju pula ialah 36%, manakala tidak pasti 34, tidak setuju 6% dan sangat
tidak setuju 2%.

Rajah 11: Amalan teknologi hijau hanya membazir masa dan tidak diperlukan

Berdasarkan rajah 11, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 8%,
orang yang setuju pula ialah 4%, manakala tidak pasti 4%, tidak setuju 22% dan sangat
tidak setuju 52%.

Rajah 12: Bandar Melaka berpesat membangun disebabkan


amalan teknologi hijau

Berdasarkan rajah 12, peratus orang yang sangat setuju dengan soalan ini ialah 8%,
orang yang setuju pula ialah 18%, manakala tidak pasti 34% dan tidak setuju 10% dan
sangat tidak setuju 4%.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, didapati bahawa majoriti responden bersetuju
dengan setiap soal selidik yang berkaitan dengan konsep Bandar Teknologi Hijau
Melaka sebagai pusat pelancongan. Contohnya, bagi soalan yang berkaitan dengan
Negeri Melaka wajar mengamalkan konsep teknologi hijau, terdapat 31 responden
daripada 50 responden sangat setuju dengan persoalan yang dikemukakan dalam
kertas soal selidik. Hampir 62% responden bersetuju dengan persoalan tersebut.

Seterusnya, bagi soalan yang berkaitan dengan Negeri Melaka dikenali sebagai Bandar
Teknologi Hijau pula hanya 40% responden setuju dengan persoalan tersebut. Hal ini
bermakna pengetahuan am masyarakat Malaysia berkurangan dan pendedahan
terhadap pengamalan teknologi hijau berkurangan. Seterusnya, bagi soalan amalan
konsep teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti kehidupan penduduk seramai 24%
responden telah sangat setuju manakala 52% responden hanya setuju serta 6%
responden pula tidak pasti.

Di samping itu, bagi soalan amalan konsep teknologi hijau dapat menarik lebih banyak
pelancong asing ke Melaka pula terdapat 50% responden yang sangat bersetuju
dengan persoalan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Negeri Melaka mempunyai
pendapatan terbesar dalam industri pelancongan. Kenyataan tersebut tidak boleh
dinafikan kerana Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan negeri pelancongan tetapi
tidak seramai pelancong yang melancong ke negeri tersebut. Tambahan pula, bagi
soalan jumlah aplikasi konsep teknologi hijau di Melaka amat mengagumkan. Pekara
tersebut menunjukkan bahawa masyarakat kini menghayati konsep teknologi hijau yang
diamalkan di Bandar Melaka.
Rujukan

Angelo A. Calvello. (2009). Enviroment Alpha. USA: Wiley.

Lawrence Webber and Michael Wallace. (2009). Green Tech. USA: American
Management Association.

Michael F.Ashby. (2009). Materials and The Enviroment Canada. USA: Heineman.

Osman Attmann. (2009). Green Architecture Advancedand Marterials. Los Angeles,


USA: Mc Graw Hill.

http://issuu.com/anwar_towerplan/docs/melaka_experience_in_developing_and_manag
ing_green

http://www.melakagreentech.gov.my/2011/07/kempen-berbasikal-makin-popular/

MZ Zainudin, Teh Hsien Her, Kabelan A/L P.Manickavelu, Sunito A/L Ngah Man, Nur
Intan Athirah Abu Mansor, Nur Ain Nazifa Zakaria, Clera Vive Binti Syemlie, Hazali
Misbahulmuzim

PENDAHULUAN

-Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan
alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.
- Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai pengaplikasian ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang
kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam
sekitar.
- Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada.
- Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber
seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu
produk.

ISI (KEBAIKAN/MANFAAT)

1-Menjana Tenaga.
-Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-
lain yang bersumberkan alam semula jadi.
- Teknologi Hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidak bergantungan
tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga Negara.
Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai
keadaan dengan kos yang murah, selamat dan mesra pengguna.
- Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara-negara maju yang
telah berjaya membangunkan industri ini sejak sekian lama dan menjadi alternatif
sumber tenaga baru kepada masyarakat dunia.

2-Memulihara dan Meminimumkan Kesan kepada Alam Sekitar.

-Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup
rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan.
- Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar
adalah minima.
- Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
- Meningkatkan kualiti udara dan air.
- Mengurangkan pembuangan bahan yang tercemar.
- Melindungi sumber semula jadi

3-Ekonomi

- Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan


negara.
- Mengurangkan kos operasi.
- Meningkatkan nilai asset dan keuntungan.
- Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
- Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi
hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan
- Mengoptimumkan prestasi kitar hidup ekonomi.
- Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita
hasilkan.
- Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor
tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy.
- Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber
pertumbuhan ekonomi baru untuk negara Malaysia.
- Mengikut unjuran, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang
sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

4-Komuniti

-Meningkatkan kualiti udara,terma dan bunyi persekitaran.


- Contoh penggunaan kereta berenjin hybrid.
- Meningkatkan kelesaan dan kesihatan penghuni bandar.
- Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan.
- Meningkatkan kualiti hidup.
- Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu
bangunan hijau (green energy office atau GEO) berkonsepkan bangunan tenaga
rendah dan mesra alam, selain dilengkapi sistem building integrated photovoltaic
(BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain mengurangkan penggunaan
tenaga daripada sumber bahan api fosil.

ISI ( LANGKAH MEMAJUKAN TEKNOLOGI HIJAU)

1-DHTN

-Memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau Nasional (DHTN).


- DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan
negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan
teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran.

2-Kesedaran Awam

- Dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat


aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan
mengamalkan budaya hidup yang mesra alam.
- Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat
promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

3-Memajukan Pembekalan dan Penggunaan Teknologi Hijau.

- Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5
bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau.
- Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat
pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri
teknologi hijau.
- Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat
pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited
untuk memajukan industri ini.
- Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman
tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus.
- Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara.
- Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih
daripada 140 buah syarikat.

4-Memperkukuh Struktur Pelaksanaan dan Pembangunan Teknologi Hijau


- Berdasarkan Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga
Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara.
- Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan
pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan
piawaian dan mempromosi teknologi hijau.

5-Mengekalkan Sumber Tenaga.

-Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang
2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus
setahun atau 45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan dating.

- Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947


megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030.
- Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti
dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh
diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk
menggantikan penggunaan minyak dan arang batu.
- Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang
timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional
untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian
Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama,
iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk
mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa.

6-Pembinaan Bangunan Hijau.

-Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunan hijau, dua galakan


fisikal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang
memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31
Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan
dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan.
-Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI
diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik.
- GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009.
- GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam.
- Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati
bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga,
kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari,
bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi.
- Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah
bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi
hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum.
KESIMPULAN

- Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan
(sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu
memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
- Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang
dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang
atau kualiti yang lebih baik dari sekarang

Artikel 1: Teknologi hijau


Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar
untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan
negatif aktiviti manusia.

Bidang tumpuan teknologi hijau


Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:
Tenaga: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk pembangunan bahan
bakar alternatif atau tenaga boleh diperbaharui.
Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semuanya daripada pilihan bahan
bangunan kepada lokasi bangunan.
Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala
nanometer atau satu per bilion meter. Nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi
hijau dalam bidang nanoteknologi.
Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam semulajadi. Ianya
dikembangkan mengikut kepada susunan yang lebih teratur.

Artikel 2: Teknologi Hijau


Teknologi ini bagaimanapun telah lama diamalkan contohnya menerusi penjanaan
kuasa hidro bagi penghasilan tenaga elektrik. Kesedaran untuk menggunakan
teknologi ini terus meningkat terutama dengan kemunculan isu pemanasan global
dan krisis minyak baru-baru ini.
Maksud: Teknologi hijau mempunyai banyak takrifan dan ia bergantung kepada skop
tertentu. Secara umumnya mengikut laman web carian Wikipedia, teknologi hijau
juga dikenali sebagai teknologi persekitaran dan teknologi bersih. Ia bermaksud,
penggunaan teknologi yang menjamin pengekalan alam semulajadi dan menjamin
persekitaran hidup manusia agar sentiasa bersih dan sihat.
Teknologi ini berkait rapat dengan pembangunan lestari, penggunaan tenaga boleh
diperbaharui, pencarian sumber tenaga baru dan pembuatan peralatan atau mesin
yang menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam. Meningkatkan
penggunaan tenaga solar dan memperkenalkan penggunaan tenaga daripada
sumber angin dan ombak juga akan menyumbang kepada penggunaan teknologi
hijau ini.
Sebagai sebuah negara pertanian, Malaysia seharusnya menggunakan kelebihan ini
bagi menghasilkan tenaga daripada hasil pertanian dan sisa buangan pertanian. Ia
secara tidak langsung akan menyokong penggunaan konsep 'sisa sifar' (zero
waste). Penghasilan tenaga daripada sisa buangan pepejal mesti terus ditingkatkan
untuk kepentingan alam sekitar. Teknologi ini banyak dilaksanakan di Jepun.
Sementara itu, konsep bangunan hijau (green building) yang menumpukan kepada
penjimatan tenaga, air dan bahan pembuatan haruslah dipertimbangkan untuk
dikuatkuasakan dalam pembinaan bangunan di negara ini. Penjimatan tenaga di
bangunan hijau banyak berdasarkan kepada reka bentuk dan penggunaan bahan
binaan termaju. Konsep ini telah diterima di beberapa negara maju seperti Jerman,
Amerika Syarikat dan Britain.
Dan sebagai negara pengeluar kenderaan selain mempunyai banyak kenderaan di
atas jalan raya, Malaysia juga mesti memikirkan dengan serius untuk
mengembangkan penggunaan enjin hibrid. Ia dapat menjimatkan penggunaan
bahan api dan mengurangkan pencemaran. Di samping itu, penggunaan kenderaan
berkuasa elektrik dan bahan api bio juga perlu diberi tumpuan.
Teknologi hijau juga akan membuka ruang kepada para penyelidik untuk meneroka
dan memantapkan lagi penyelidikan. Kita berharap dan percaya dengan iltizam
yang tinggi ke arah pelaksanaan teknologi hijau di samping mengekalkan
persekitaran hidup yang sihat akan memberi nilai tambah kepada pencapaian
ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.
Apa yang lebih penting ialah konsep teknologi ini mestilah disedari dan difahami
oleh semua rakyat. Promosi mengenai kepentingan dan kebaikan teknologi hijau ini
juga perlu diadakan sepanjang masa.

Artikel 3: Teknologi Hijau


Pelancaran Skim Pembiayaan Teknoloji Hijau (GTFS) berjumlah RM1.5 bilion akan
menggalakkan lagi pelaburan perniagaan dalam teknologi hijau, pembinaan hijau
dan inovasi. Teknologi hijau dapat membantu mengurangkan kesan perubahan
cuaca, salah satu penyebab utama bencana yang belum pernah terjadi
sebelumnya.
Mengikut Global Disaster Alert and Coordination System (GDACS), dalam tahun
2009 sahaja, dunia telah mencatatkan 133 bencana alam yang besar
mengorbankan beribu-ribu nyawa akibat kemarau, banjir, taufan, badai, saiklun
tropika, angin kuat dan gempa bumi.
Penerapan teknologi hijau Malaysia dapat mengekalkan dan memulihara sumber-
sumber asli di samping menyediakan tahap ekonomi baru negara. Perdana Menteri
menekankan empat sektor yang akan melaksanakan teknologi hijau iaitu tenaga,
pengangkutan, bangunan dan air selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara
yang dilancarkan pada 24 Julai tahun lepas.
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung asing dalam teknologi hijau untuk
memupuk pelaburan domestik dan penyertaan industri tempatan. Kajian dan
inovasi teknologi hijau ke arah komersial akan dipergiatkan, dan insentif yang
ditawarkan akan mewujudkan promosi besar-besaran dan kesedaran awam
memandangkan ia adalah sektor baru negara.
Air permukaan yang melimpah ruah dari sungai-sungai, tasik-tasik dan empangan-
empangan menjadikan bekalan air terawat amat murah di Malaysia jika
dibandingkan dengan bandaraya-bandaraya lain di Asia.
Namun, pemusnahan kawasan-kawasan tadahan air dan perlepasan berlebihan sisa
buangan pertanian, domestik dan industri turut menyumbang kepada degradasi
kualiti air sungai.
Pada tahun lepas sahaja, Puncak Niaga telah mengalami 1,433 kes pelanggaran
kualiti air di loji-loji rawatan airnya, mengakibatkan penutupan loji-loji ini. Sebagai
contoh pencemaran Sungai Labu dan Sungai Langat dengan bahan kimia ammonia
dan minyak diesel telah menyebabkan pemberhentian operasi LPA Salak Tinggi dan
Batu 11, Cheras pada bulan Julai tahun lepas, menyebabkan kesulitan kepada lebih
10,000 penduduk di sekitar Salak Tinggi dan 30,000 penduduk di sekitar Cheras.
Masalah pencemaran air sungai bukanlah perkara baru dalam episod bekalan air di
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Masalah pencemaran sumber air juga
dialami di beberapa negeri di Malaysia.
Jumlah kes pelanggaran kualiti air telah meningkat secara mendadak setiap tahun.
Pada tahun 1995, hanya 273 kes pelanggaran kualiti air yang dicatat oleh Puncak
Niaga berbanding sebanyak 1,483 kes pada tahun lepas. Median kos untuk merawat
air di Selangor dan di seluruh negara telah bertambah dari hanya 5 sen setiap m
pada tahun 1960-an kepada 31 sen setiap m pada masa kini.
Kos operasi yang tinggi menjadi persoalan kepada dua situasi, sama ada pengguna
sanggup membayar lebih atau pihak kerajaan sanggup berbelanja lebih untuk
sistem air. Namun begitu, kita sebagai 1Malaysia perlu memainkan peranan dalam
mengekalkan alam sekitar, khususnya aset yang amat berharga ini, sumber air.
Dalam kita menerokai sumber-sumber baru air seperti air bawah tanah, mencegah
pencemaran sumber-sumber air mentah adalah lebih murah dan boleh dilaksanakan
untuk jangka masa panjang.
Menurut Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), taburan
hujan tahunan Malaysia secara purata berjumlah sehingga 990 bilion m, di mana
550 bilion m dikategorikan sebagai limpahan permukaan, yang mengalir ke sungai-
sungai dan tasik-tasik. Jumlah besar ini adalah sumber air mentah tersedia untuk
kita nikmati dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara
sumber air ini.
Kesedaran atas isu-isu mengenai risiko, keselamatan, bekalan dan pengurusan
permintaan air semakin meningkat dalam semua sektor pembuatan, janakuasa,
pemprosesan makanan, pertanian, kertas dan minuman, dan ia hasil daripada
agenda teknologi hijau.
Sebagai syarikat perkhidmatan air bersepadu terunggul Malaysia dan tersenarai
dalam 50 syarikat air terunggul di dunia, Puncak Niaga menyambut baik langkah
kerajaan dalam menuju ke arah Teknologi Hijau, dan peruntukan dapat dibelanjakan
untuk memperbaiki infrastruktur sistem air.

Artikel 4: Teknologi Hijau


APABILA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Teknologi
Hijau sebagai antara pemacu baru untuk ekonomi negara, Cyberjaya diberi
penghormatan sebagai perintis bandar raya hijau.
*iGREET (Maklumat Mengenai Teknologi Hijau): Merupakan platform unggul bagi
mereka yang berkepentingan untuk berkongsi idea mengenai bagaimana untuk
mengambil kesempatan daripada infrastruktur hijau dan ekosistem holistik yang
dapat ditawarkan oleh ekosistem Cyberjaya. iGREET juga merupakan peluang yang
baik bagi para hadirin menjana peluang perniagaan dalam kalangan pemaju dan
penyewa sedia ada di Cyberjaya.
Seminar-seminar itu yang diadakan di Rumah Kelab Tasik Cyberjaya bertujuan
memperkenal pelbagai kemungkinan teknologi hijau kepada para pemaju dan
pemegang kepentingan di Cyberjaya.
Siri iGREET diperkenal bukan sahaja kerana status baru kami sebagai bandar raya
hijau perintis seperti yang disampaikan oleh kerajaan, tetapi juga sebagai inisiatif
tersendiri untuk memperjuang tanggungjawab ekologi bandar raya siber terkemuka
di Malaysia dan hab koridor raya multimedia Malays

Anda mungkin juga menyukai