Anda di halaman 1dari 12

BANGUNAN HIJAU

PENGENALAN

APA ITU BANGUNAN HIJAU

Green Building atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang
bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi,
selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. . Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap
kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Selain menjimat dan mengurangkan kos operasi
dan memulihara alam sekitar ianya dapat meningkatkan nilai hak milik bangunan tersebut.

Suatu bangunan dianggap telah menerapkan konsep bangunan hijau apabila berhasil melalui
suatu proses evaluasi untuk mendapatkan sertifikasi bangunan hijau. Di dalam evaluasi tersebut tolak
ukur penilaian yang dipakai adalah Sistem Rating (Rating System ).

Sistem Rating ( Rating System) adalah suatu alat yang berisi butir-butir dari aspek yang dinilai
yang disebut rating dan setiap butir rating mempunyai nilai (point). Apabila suatu bangunan berhasil
melaksanakan butir rating tersebut, maka mendapatkan nilai dari butir tersebut. Kalau jumlah semua
nilai (point) yang berhasil dikumpulkan bangunan tersebut dalam melaksanakan Sistem Rating (Rating
System) tersebut mencapai suatu jumlah yang ditentukan, maka bangunan tersebut dapat disertifikasi
pada tingkat sertifikasi tertentu.

Di negara kita, system rating yang ada ialah Green Building Index (GBI) by Green Building
Sdn Bhd, GreenPASS by CIDB dan pHJKR ( Penarafan Hijau JKR) oleh Jabatan Kerja Raya
Malaysia. Green building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan
The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang bertujuan untuk memberi penarafan
kepada bangunanbangunan yang dibina secara mampan.

Berikut ialah ciri-ciri bangunan yang diiktiraf sebagai green building adalah berdasarkan kepada kriteria
berikut iaitu
BANGUNAN HIJAU

a. Bangunan yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient) dapat dilakukan
melalui penggunaan tenaga solar atau penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable
energy), home office connectivity dan bangunan perlulah mempunyai system penyelenggaraan
yang mampan (sustainable maintenance)

b. Indoor environmental quality melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan
keselesaan akustik (acoustic comfort) di dalam bangunan berkenaan. Sustainable site planning
and management yang mana antara lain melihat kepada sistem pengurusan air larian
(stormwater management);

c. Sumber penggunaan material - melihat kepada jenis material yang digunakan, di mana
menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar semula dan bagaimana pembinaan
melaksanakan construction waste management;

d. Penggunaan air yang efisien menggalakkan penggunaan rainwater harvesting, penggunaan


semula air (water recyling) dalam sistem bangunan serta water efficient in landscaping and
water efficient fittings ; dan

e. Aspek inovasi bangunan dalam reka bentuk serta inisiatif environmental design yang
digunakan di dalam mereka bentuk
BANGUNAN HIJAU

TUJUAN

Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar,
penghuni dan bangunan itu sndiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau direka bentuk
dan dibina :

Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir.
Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk tujuan pengcahayaan, kesegaran
dalam bangunan ( penyaman udara ), dan sebagaimya secara berkesan dan tidak membazir. Selain itu,
bangunan ini menggalakkan penggunaan tenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semula
jadi yang lebih bersih dan berkualiti.

Melindungi penghuni daripada mengalami building sick dan meningkatkan produktiviti para
pekerja yang bekerrja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan merujuk kepada
bangunan itu mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada di dalamnya yang mengalami sakit.
Hal ini berlaku apabila ruang keerja yang tertutup dan tiada pengudaraan dari luar bangunan boleh
menyebabkan penghuni mengalami masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas.
Kebanyakan bangunan yang dibina masa kini menggalakkan penghuni memasang penyaman udara
untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang sama, udara ini tidak diganti
dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh penyaman udara.

Mengurangkan pencemaran, pembaziran dan masalah alam sekitar. Penjimatan penggunaan


tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlaku apabila struktur bangunan yang
dibina ini dibentuk semata-mata untuk mengurangkan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap
kaca yang boleh menggalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak
langsung, haba haba uang dibebsakan lampu elektik dapat dikurangkan.
BANGUNAN HIJAU

KEBAIKAN BANGUNAN HIJAU

Bangunan hijau direka bentuk atas beberapa kebaikan kepada penmilik bangunan,
penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau :

Kebaikan kepada alam Kebaikan kepada ekonomi Kebaikan kepada kesihatan


sekitar dan komuniti
Meningkatkan dan melindungi Mengurangkan kos operasi. Meningkatkan kualiti udara,
ekosistem dan kepelbagaian terma dan bunyi di persekitaran.
hidupan.
Meningkatkan kualiti udara dan Meningkatkan nilai aset dan Meningkatkan keselesaan dan
air. keuntungan. kesihatan penghuni bangunan.
Mengurangkan pembuangan Meningkatkan produktiviti dan Mengurangkan masalah
bahan tercemar. kepuasan pekerja. infrastuktur tempatan.
Melindungisumber asli Mengoptimumkan prestasi kitar Meningkatkan kualiti hidup.
seulajadi. hidup ekonomi.

Kos kitar hidup bangunan lebih rendah kerana kurang melakukan penyelenggaraan mesin-
mesin dan pralatan bangunan.
Mengurangkan liabiliti bangunan.
Lebih mesra alam.
Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakan elemem
semulajadi biasanya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunan yang tertutup kerana lebih
nyaman dan selesa.
Kos reka bentuk bangunan yang lebih jimat.
BANGUNAN HIJAU

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM BANGUNAN HIJAU

Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para pereka bentuk bangunan cuba
mencari kaedah alternatif dalam mereka bentuk infrastuktur mementingkan keselesaan dan kesihatan
penghuninya. Akhirnya dengan memasukkan elemen semulajadi ke dalam rekaan bangunan, bangunan
hijau berjaya dihasilkan. Sehingga kini bangunan hijau masih dalam kajian bagi menambah baik fungsi
dan keberkesanannya kepada penghubi dan alam sekitar.

Di dalam bangunan hijau terdapat semua yang diperlukan oleh penghuninya, malah bangunan
hijau turut kurang kerja-kerja penyelenggaraan, lurang penggunaan tenaga elektrik, udara dalam
bangunan yang segar dan sentiasa berlaku peredaran udara dalam dan luar bangunan, kurang peggunaan
air dan banyak lagi. Pembinaan bangunan hijau ini perlulah dibuat dari peringkat awal lagi iaitu ketika
proses reka bantuk bangunan tersebut. Pengurusan elemen hijau juga perlu diwujudkan agar ianya
berterusan memainkan peranan dalam mewujudkan bangunan hijau.

Contoh reka bentuk berkonsepkan bangunan hijau

Tingkap Dan Pintu Kaca

Penggunaan kaca dalam pembinaan terutamanya bangunan pencakar langit sudah tidak asing lagi bagi
kita. Hampir kebanyakan bangunan yang ada di serata dunia menggunakan kaca, sebagai contoh
Menara Berkembar Petronas, Malaysia (KLCC). Di dalam rekaan bangunan hijau, kaca dapat
mengurangkan penggunaan pengcahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik.
BANGUNAN HIJAU

Rumah bertingkap kaca

Foto di atas menunjukkan sebuah rumah di mana tingkapnya diperbuat daripada kaca. Dengan
penggunaan tingkap kaca ini, lampu elektrik tidak perlu dipasangkan pada waktu siang kerana cahaya
matahari yang memancar masuk ke dalam rumah sudah memadai untuk menerangi ruang dalam rumah
berkenaan. Di dalam bangunan hijau yang bertingkap kaca juga, penggunaan langsir amat tidak
digalakkan kerana langsir ini akan meminimakan cahaya yang masuk ke dalam ruang itu. Tambahan
lagi, kaca senang dibersihkan kerana licin dan berkilat

Tumbuh-tumbuhan

Elemen utama dalam bangunan hijau ialah tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan adanya tumbuh-
tumbuhan, seolah-olah merekalah nadi bangunan itu. Tumbuh-tumbuhan sangat berguna kepada
manusia kerana mereka berperanan menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Selain itu,
meletakkan tumbuh-tumbuhan hijau dalam bangunan dapat menyegarkan pandangan penghuninya.
Tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan kepanasan dalam bangunan iaitu dengan membebaskan
wap-wap air ketika proses fotosintesis.Mengikut kajian sains, tumbuhan hijau mampu mengurangkan
tekanan di tempat kerja.
BANGUNAN HIJAU

Tumbuhan hujau dalam bangunan

Selain itu juga, kebanyakan bangunan besar pada masa sekarang menggunakan rumput-rumput
hijau sebagai pelindung atap daripada cuaca panas terik. Rumput-rumput yang ditanam ini mampu
menyejukkan persekitaran dalam bangunan.Dengan menggunakan rumput dan pokok-pokok yang kuat
menyerap air, air hujan yang turun dan jatuh ke atas bumbung akan diserap. Air ini juga
digunakansebagai sumber air untuk kegunaan dalam bangunan. Mekanisme ini berlaku apabila air hujan
ini diserap ke dalam tanah dan disalurkan ke dalam tangki yang tersimpan di bawah bangunan. Tangki
ini mampu menyimpan air pada kuantiti yang banyak. Oleh itu, penjimatan air dapat dikurangkan
berbanding bangunan yang menggunakan air dari syarikat bekalan air bersih

Rumput hijau yang ditanam diatas bangunan


BANGUNAN HIJAU

Tenaga Solar Sebagai Sumber Tenaga Elektrik

Pada masa jangka masa pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat mahal kerana kos
pembelian dan pemasangannya. Tetapi pada masa jangka panjang, tenaga solar amat menjimatkan
kerana tenaga ini boleh diperbaharui dan sangat sesuai digunakan di negara yang mengalami hujan dan
panas sepanjang tahun.Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini kebiasaannya dipasang di atas atap atau
di satu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari pancaran matahari.

Tenaga solar dipasang di atas bumbung rumah

Penggunaan Bahan Kitar Semula

Bahan kitar semula merupakan satu bahan buangan yang digunakan semula untuk kegunaan
lain. Kaedah kitar semula ini dapat mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam semula jadi.
Sebagai contoh, air yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk atau air yang keluar dari mesin
basuh boleh digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.

Penggunaan Cat Warna Cerah

Penggunaan cat pada bangunan juga mempengaruhi kadar penyerapan haba matahari. Warna
cerah mampu memantulkan haba lebih tinggi berbanding warna gelap. Secara tidak langsung, warna
bangunan mempengaruhi kadar kepanasan dalam bangunan.
BANGUNAN HIJAU

Bukaan Berlubang Pada Bangunan

Rumah Melayu Tradisional merupakan suatu contoh bangunan yang mempunyaiciri-ciri


bangunan hijau. Rumah ini lebih sejuk jika dibandingkan rumah konkrit.Rumah Melayu Tradisional
mempunyai siling yang tinggi dan mempunyai bukaan pada dindingnya(kerawang).Foto di bawah
menunjukkan rekabentuk rumah melayu awal 40an-60an.

Secara teorinya, rumah melayu mempunyai kerawang bagi membenarkan udara panas keluar
dari rumah. Manakala udara sejuk akan masuk ke dalam rumah melayu bukaan lain seperti pintu,
tingkap dan bukaan lain. Di kebanyakan tempat peranginan pesisir pantai, elemen pintu mempunyai
celah-celah boleh mengizinkan angin laut masuk ke dalam bangunan walaupun pintu ditutup pada
waktu malam.

Pintu mempunyai celah


BANGUNAN HIJAU

Selain itu juga, penggunaan kerawang pada sisi atap rumah juga dapat mengurangkan silau
matahari masuk ke dalam rumah. Di samping itu juga,kebanyakan Rumah Melayu Tradisional
mempunyai balkoni yang bertujuan mengurangkan cahaya matahari sampai ke dinding rumah. Hal ini
dapat mengurangkan haba panas matahari masuk ke dalam rumah.

TEKNIK MEMBINA BANGUNAN HIJAU

Di dalam proses membina rumah hijau terdapat beberapa teknik atau kaedah selain
menggunakan elemen bangunan hijau. Di antara teknik tersebut ialah;

i. Menentukan orentasi bangunan

Orentasi bangunan ini bermaksud kedudukan sisi bangunan itu, di dalam kajian pakar=pakar arkitek,
bagi memaksimumkum cahaya pasif datang dari luar (cahaya matahari ), orentasi bangunan ini perlulah
mengambil kira terbit dan terbenamnya matahari. Pada sisi bangunan ini, ruamg timgkap dan pintu
perlu diperbuat daripada kaca dan tidak dipasang tabir bagi memaksimumkan pengcahayaan masuk
kedalam bangunan. Secara tidak langsung, penjimatan penggunaan tenaga elektrik untuk memasang
lampu dapat dilakukan.

ii. Penggunaan bahan campur dalam penyediaan konkrit

Zaman serba moden pada masa kini, bangunan tinggi memerlukan konkrit sebagai asas pembinaan.
Sebagai contoh bangunan hijau ialah One Bryant Park,Manhattan, New York. Bangunan ini direka
bentuk oleh seorang arkitek yang telah bercadang memasukkan elemen hijau ke dalamnya. Elemen ini
bermula dari peringkat awal pembinaan lagi. sangat mengejutkan lagi, asas elemen bangunan ini ialah
besi yang diperbuat daripada campuran besi buang yang diproses menjadi besi bangunan yang
berkekuatan tinggi pada mampatan dan tegangan.Semasa dalam proses menghasilkan besi ini, sisa besi
akan turut terhasil. Lebih mengejutkan, sisa ini tidak dibuang begitu sahaja malah digunakan dalam
campuran penyediaan konkrit. Mengikut beliau, campuran ini boleh mengurangkan kadar pembebasan
karbon dioksida ke udara sekali gus dapat mengurangkan kesan rumah hijau.
BANGUNAN HIJAU

KONSEP DAN PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU

Reka bentuk yang berbeza dan menampilkan imej bangunan yang tersendiri. Uniknya,
bangunan ini sering menampilkan elemen kehijauan.

Laman PKNS, Shah Alam, Selangor

Bangunan Suruhanjaya Tenaga

Cyberjaya Community Recycling and Collection Centre


BANGUNAN HIJAU

Marvelane Home by The Lake

Heriot-Watt University Malaysia at Putrajaya

PENUTUP

Isu global yang paling hangat dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa ialah isu global
seperti global warming. Global warming berlaku disebabkan kerakusan manusia yang mengejar
pembangunan dan tidak mengutamakan peranan alam sekitar. Dalam beberapa dekad ini, barulah kita
menjalankan penyelidikan berkenaan bangunan hijau serta peranannya kepada manusia. Pada ketika ini
telah banyak bangunan hijau telah dibina dan masih dalam penyelidikan bagi menambah baik lagi
fungsi dan sumber-sumbernya. Penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tidak membazir boleh
mewujudkan bangunan hijau yang efektif. Dalam usaha mewujudkan suasana tempat kerja dan
kediaman yang selesa dan sihat, pembinaan tradisional kita pada hari ini perlu beralih arah dengan
memasukkan elemen bangunan hijau di dalam rekaan bangunan disamping pembangunan yang serba
pesat.

Anda mungkin juga menyukai