Anda di halaman 1dari 4

Kelemahan Dalam Pembinaan

Pembinaan bangunan ataupun jalan bukanlah satu senario yang baru di nagara kita. Terdapat
beberapa faktor menerumus sesebuah pembinaan kepada kegagalan dan keruntuhan pembinaan
yang semakin berluasan kini.
Antara faktor yang dikenalpasti adalah seperti yang disenaraikan dibawah:a.

Kekurangan modal dalam panambahan perubahan kerja

Kekurangan modal adalah antara faktor utama menyumbang kepada kegagalan atau keruntuhan
sesebuah projek. Sebagai contoh selepas penerimaan projek dilaksanakan terdapat penambahan
dari segi perubahan pembinaan atas alasan keselamatan pengguna. Longkang disekeliling
bangunan. mungkin sewaktu tawaran dibuat tiada kerja-kerja tersebut, tetapi sewaktu
pelaksanaan kerja-kerja tersebut terpaksa dilakukan bagi mengelakkan berkalunya banjir.
b.

Kerja tidak dibayar berdasarkan progres ditapak.

Perkara seperti ini kerap berlaku ditapak projek yang menyebabkan pihak kontrak tidak dapat
melaksanan dan meneruskan kerja mengikut jadual yang ditetapkan dan dirangka. Sebagai
contoh, progres kerja ditapak telah mencapai 65% namun pembayaran ditapak projek hanya
dibuat sebanyak 20%. Sebagai contoh, sekiranya projek ini nilai kontrak ini hanya RM 20 ribu,
nilai projek dibayar adalah RM 4 ribu tetapi sekiranya nilai kontrak projek adalah RM 20 juta
nilai projek dibayar adalah sebanyak RM 4 juta. Berapa ramai kontraktor yang mampu untuk
bertahan sekiranya ini berlaku.
c.

Bahan yang tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti

Sekiranya terdapat kualiti bahan tidak mengikut spesifikasi atau membina dengan mengunakan
bahan binaan yang rendah mutunya, ini yang menyebabkan berlakunya keruntuhan ditapak
projek. Sebagai contoh seperti bumbung runtuh, bangunan retak, jalan runtuh/ retak dan banyak
lagi.
d.

Pengawasan yang tidak berkesan

Sering berlaku ditapak projek berhubung dengan pengawasan yang tidak berkesan baik dari segi
yang dilantik mauhupun dari segi pengawasan yang diberikan terhadap jabatan atau pun
konsultan yang diberikan mahupun dilaksanakan. Banyak pihak terlibat dalam perkara ini.
Kontraktor
Masih lagi wujud dari pihak kontraktor melantik pihak yang tidak bertauliah untuk mengawasi
sesuatu projek. Jika nilai projek rendah mungkin perkara ini adalah tidak ketara risikonya tetapi

bila projek yang mempunyai nilai yang besar adalah sangat berisiko. Sebagai contoh meletakkan
seseorang yang mempunyai kelulusan bukan dalam bidang untuk menyemak kerja ditapak projek
pembinaan. Apa yang berlaku akan terdapat kepincangan bilamana semakan kerja-kerja tetulang
besi sebab kebanyakan saiz tetulang besi hampir sama, tetapi kegunaannya berbeza.
Pemantauan/jabatan/konsultan
Begitu jaga jika dalam pemantauan bagi sektor kerajaan. Ada segelintir kecil yang melantik
pihak yang tidak bertaulih untuk penjagaan projek. Sedangkan di negara ini terlalu banyak
peraturan dan undang-undang selain pelantikan pemantaun daripada agansi lain untuk menjadi
pemerhati. Justu itu, pihak bertanggunjawab perlu memastikan carta organisasi yang nyatakan
bersesuaian dengan keperluan peruntukan yang diperlukan.
Dalam beberapa situasi beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti beban kerja seseorang
pekarja. Adalah perlu pihak yang bertanggungjawab mengagihkan kerja mengikut aturan kerja.
Sekiranya perkara ini tidak dipertimbangkan adalah berkemungkinan besar terdapat pihak
tertentu yang berkepentingan sendiri dan lebih menjerumus kepada berlakunya rahsuah dalam
jabatan. Jika tidak, masakan seseorang melobi untuk membuat projek lain walupun dalam waktu
yang sama beliau mempunyai projek ditangan untuk disiapkan. Sedangkan masih ada lagi
pegawai-pegawai berkelayakan untuk mengisi tempat tersebut.
Perlantikan seseorang pegawai penguasa perlulah benar-benar bertauliah kerana memudahkan
pemantauan dan membuat keputusan selain jalan penyelesaian yang pro aktif. Sebagai contoh,
keperluan cerucuk ditapak projek. Sekiranya pegawai itu bertauliah, beliau sendiri akan
menyemak sama ada cerucuk perlu ditapak projek atau tidak, bergantung kepada struktur tanah.
Jika tanah itu adalah padat dan keras seperti di kebanyakan kawasan berbukit di negara ini,
cerucuk tidak diperlukan dan diganti dengan altenatif lain seperti pad footing yang dapat
menjimatkan kos projek.
e.

Penguatkuasaan undang-undang.

Dalam banyak hal, penguatkuasan undang-undang gagal dalam mengenalpasti, menjejak atau
mendakwa berlakunya rahsuah ditapak sesebuah projek-projek pembinaan dijalankan kerana
kurang pegawai-pegawai yang bertauliah membuat soal siasat.Kebanyakan pegawai yang
dilantik bukan dalam bidang yang berkaitan dan pihak kerajaan terpaksa melantik pihak
ketiga.Adalah lebih baik jika pegawai penguatkuasa yang dilantik terdiri daripada bidang yang
berkaitan kerana lebih mudah mengendalikan isu-isu berkaitan dan tidak terlalu bergantung
kepada pihak lain.
Sebagai contoh apabila terdapat projek-projek terbelengkalai. Dimana silapnya? Ciri-ciri yang
perlu disemak adalah seperti berikut:1. Adakah pegawai yang dipertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab untuk memantau
mengikut aturan kerja yang telah ditetapkan? Dari peringkat bawah seperti juruteknik sehingga
kepada peringkat pegawai penguasa projek yang memberi arahan.

2.

Adakah surat-surat amaran telah keluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan?

3.

Jika terdapat isu yang kritikal, adakah ia diselesaikan?

4. Adakah arahan yang dikeluarkan setara dengan skop kerja, kemampuan kontraktor @
konsultan yang dilantik serta dokumen kontrak yang telah termaktub?
f.

Keperluan Ilmu

Memang diketahui sejak kebelakang ini ramai yang telah mengemaskini taraf pendidikan
semata-mata untuk memastikan tidak ketinggalan dan memperolehi kedudukan yang lebih
selesa. Tapi tahukan anda dengan menambah ilmu pengetahuan ia adalah salah satu bagi
mengelakkan atau mengurangkan berlakunya projek-projek runtuh/terbelengkalai dapat di
elakkan.
Sebagai contoh GST 'Good & Services Tax' yang sedang diwar-warkan oleh kerajaan. Mungkin
secara rambang ramai yang terpinga-pinaga apakah kepentingan GST dalam pembinaan? Tapi
sedarkah anda bawa kehadiran GST dalam projek akan melibatkan dari segi kadar harga tendar
yang dianggarkan. Selain itu keadah dalam penglibatan pembayaran konsultan yang melebihi
RM 500,0000.00.
Selain itu, jika selepas seseorang bertauliah dan kemudian menambah ilmu pengetahuan dari segi
pentadbiran, kebarangkalian untuk projek pembinaan runtuh atau gagal adalah lebih rendah.
Sebagai contoh dalam kebanyakan klausa tendar memberi kuasa kepada Pegawai Penguasa
untuk membuat keputusan kerana pada pegawai penguasa itu terdapat senarai tugas dan bidang
kuasa yang telah diberi sejajar dengan tanggungjawab. Justu itu, keputusan yang dibuat akan
lebih bernas kurangkan kadar jenayah yang kemungkinan yang akan berlaku ditapak dan keadahkeadah pencegahan.
g.

Diskriminasi

Sekiranya diskriminasi berlaku, kebanyakan pagawai yang berkualiti dianggap gagal, tidak layak
diberi tanggungjawab, membebankan dan banyak lagi. Tetapi sejauh manakah perkara seperti ini
wujud? Sebagai contoh yang paling ketara sebelum seseorang pegawai berpindah ditempat yang
dinyatakan, cerita berkenaan pegawai tersebut telah sampai di tempat yang bakal tiba atau lebih
dikenali sebagai 'past a word'. Pandangan serong ditempat baru terus wujud walau pada
hakikatnya tidak seperti yang dinyatakan ataupun sebaliknya. Kerja dibidang pembinaan bukan
melaksanakan kerja bersorangan tetapi berkumpulan. Jika pemangkin untuk melakukan salah
laku tersebut adalah lebih banyak daripada melaksakan tugas mengikut garispanduan/peraturan,
maka sukar untuk membendung gejalah rahsuah.
FIKIR-FIKIRKAN.......!!!!!

Anda mungkin juga menyukai