Anda di halaman 1dari 43

‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

TOPIK 2: UKUR ARAS & UKUR KONTOR

1.0 KONSEP ASAS

Konsep asas Ukur Aras (rajah 1) berdasarkan kepada kedudukan garis ufuk yang
melalui alat aras dengan garis-garis aras yang melalui titik-titik di permukaan bumi
Konsep ini menerangkan kerja ukur aras dengan mengambil kira faktor kelengkungan
bumi. Jika tinggi ’a’ di titik A, dan tinggi ’b’ di titik B, dapat diukur dengan
menggunakan staf aras, maka beza tinggi di antara titik-titik tersebut boleh
dihitungkan, seperti berikut:

Δh = a – b

Jika aras laras bagi titik A diketahui, maka aras laras titik B boleh diperolehi melalui:

Aras laras B = Aras laras A + Δh

Rajah 2 menunjukkan pengukuran ketinggian mengabaikan faktor kelengkungan


bumi.

Paksi tegak

a Garis Ufuk/ Kolimatan Alat Aras b


c Kelengkungan
Garis aras melalui alat

Garis aras melalui alat B

B
Garis aras melalui alat A
Δh
Aras Purata Laut (Datum Aras) = 0 m Δ
A
A.LA
A.LB
Arah graviti

Rajah 1: Konsep asas Ukur Aras

30
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

2.0 DEFINASI

Ukur aras adalah proses pengukuran bagi menentukan beza tinggi di antara titik-
titik di atas mukabumi yang dirujuk kepada datum dengan menggunakan alat aras
dan setaf.

alat aras setaf


1.353 2.887

A
Beza
AL A = 100.000
Tinggi
= 1.534
B
ALB = 98.466m
Datum (Aras purata laut) = 0 m

Rajah 2:Pengukuran aras / beza tinggi antara dua titik

Katakan bacaan pada setaf di A adalah 1.353m dan pada B = 2.887. Beza tinggi A dan
B adalah 1.353 - 2.887 = -1.534. Ini bermakna titik B berada 1.534m di bawah titik A.
Dalam ukur aras, keadaan ini dinamakan sebagai ‘turun’ Jadi, jika Aras laras titik A =
100.000 maka Aras Laras titik titik B = 100.000 -1.534 = 98.466m.

3.0 TUJUAN UKUR ARAS

Antara kegunaan atau tujuan ukur aras dibuat adalah untuk perkara-perkara berikut.

1. Mendapatkan beza tinggi antara dua titik.


2. Membina Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (Temporary Bench
Mark) untuk sesuatu projek pembinaan.
3. Mendapatkan keratan rentas dan keratan memanjang yang menunjukkan profail
tanah terutamanya bagi projek laluan dengan itu segala perancangan akan dapat
dilakukan.
4. Menghasilkan peta kontor bagi sesuatu kawasan pembinaan
5. Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out)
6. Menanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti pengaliran air dan
sebaginya.

31
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

4.0 ISTILAH-ISTILAH UKUR ARAS

a. Garisan Aras
Ialah garisan mendatar yang selari dengan permukaan ufuk bumi. Contoh
yang paling senang dilihat ialah permukaan air disebuah tasik. Garisan ini
akan bersudut tepat dengan garis gravity bumi.

b. Aras laras
Ketinggian setiap titik di muka bumi diukur daripada permukaan datum (aras
purata laut)

c. Datum
Sebarang permukaan aras yang menjadi rujukan bagi ketinggian titik di
permukaan bumi. Biasanya dirujuk kepada aras purata laut (mean sea level –
MSL)

d. Batu Aras
Ianya juga dikenali sebagai (BM iaitu Bench Mark) merupakan titik rujukan
tetap dan kekal yang diketahui aras larasnya. Ianya satu binaan yang kekal,
stabil dan selamat dan kebiasaanya dibina di tepi-tepi jalan setiap 2km atau
berhampiran bangunan-bangunan kerajaan, persimpangan jalan dan
sebagainya.

Rajah 3: Batu Aras (Bench Mark)

e. Batu Aras Sementara


Ianya juga dikenali sebagai (TBM – Temporary Bench Mark) iaitu titik
rujukan aras laras yang dibina untuk kegunaan sementara di kawasan
pembinaan sehingga pembinaan itu siap.

32
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

f. Pandangan Belakang
Cerapan yang pertama diambil selepas alat aras didirisiapkan

g. Pandangan Antara
Cerapan yang diambil diantara pandangan belakang dan pandangan hadapan

h. Pandangan Hadapan
Cerapan terakhir sebelum alat aras dipindahkan

i. Titik Pindah
Titik kedudukan setaf di mana dua bacaan dibuat, iaitu pandangan belakang
dan pandangan hadapan diambil.

PB PA PH
PB PH

BM 1 Aras
Laras Titik
Arah kerja ukur aras Pindah TBM 1
= Aras
Laras
Rajah 4: Gambarajah menerangkan istilah Ukur Aras

j. Aras Lompat
Kerja pengukuran aras untuk menyemak satu siri pengukuran yang telah
dijalankan dari titik akhir ke titik mula

5.0 PERALATAN KERJA UKUR ARAS

Bagi menjalankan kerja ukur aras, alat-alat berikut adalah perlu.

33
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

AlatPITA
Aras Pita Ukur
UKUR ALAT ARAS SETAF ARAS

Gelembung
Setaf Staf
Aras
Kakitiga

Rajah 5: Peralatan Ukur Aras

5.1 Alat Aras


Berbagai jenis alat aras boleh digunakan untuk menjalankan ukur aras.
Pemilihan alat aras adalah bergantung kepada faktor kos, masa dan ketepatan
pengukuran. Walaubagaimanapun, secara umumnya alat aras boleh dibahagi
kepada 4 jenis utama, iaitu ;
1. Alat aras Dompot (Dumpey Level)
2. Alat aras Jongkit (Tilting Level)
3. Alat aras Automatik
4. Alat aras Digital

Rajah 6: Alat Aras dan Kakitiga

34
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Tiub gelembung udara


paksi pugak
paksi tiub
gelembung
kanta
mata

teropong paksi ufuk

skru kaki pelaras


garisan plumbab

Rajah 7: Keratan rentas binaan asas alat aras

5.1.a Alat aras Dompot/Dempak (Dumpy Level)


Alat aras dompot adalah sejenis alat lama yang jarang digunakan lagi. Alat ini
mengandungi gelembung udara terletak di kiri teleskop/teropong dan dilaras
menggunakan tiga skru tapak

Rajah 8: Alat Aras Dompot

5.1.b Alat aras Jongkit (Tilting Level)


Alat aras ini sama sebagaimana alat aras dompot kecuali ia mempunyai
tambahan skru penjongkit dan gelembung aras jitu, yang digunakan untuk
melaraskan alat aras dengan lebih jitu setiap kali alat dihalakan ke pandangan
lain. Mula-mula pengarasan dibuat sebagaimana alat aras dompot. Tetapi
sebelum bacaan setaf diambil, terlebih dahulu dipusingkan skru penjongkit
untuk pengarasan jitu. Kebanyakan alat menggunakan gelembung ‘U’ bagi
pengarasan jitu. Dalam keadaan aras, gelembung kiri dan kanan akan
membentuk huruf ‘U’ bila skru penjongkit dipusing.

35
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Rajah 9: Gelembung U bagi alat aras jongkit dan Alat aras jongkit jenis sokia

5.1.c Alat aras Automatik


Alat aras ini dinamakan sebegitu kerana ia berupaya untuk melaras dengan
sendirinya setelah di laraskan secara kasar berpandukan kepada gelembung
aras bulat. Sistem alat aras ini direkabentuk supaya prizam di dalamnya akan
bertindak balas terhadap graviti bumi untuk menjadi dalam kedudukan datar.

Rajah 10: Alat aras automatik.


Gelembung bulat perlu sekurang-
kurangnya berada di dalam
bulatan bagi membolehkan alat
mengaras dengan sendiri

Rajah 11: Gambar


Alat Aras Automatik
jenis Topcon

36
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

5.1.d Alat Aras Digital


Alat jenis ini masih belum digunakan dengan meluas di negara kita. Dengan
menggunakan konsep pantulan cahaya atau laser, bacaan aras akan dipaparkan
pada alat aras dalam bentuk berdigit. Kebaikan alat ini ialah teropongnya
mempunyai komponen yang boleh mengimbas kod-kod bacaan yang terdapat
pada setaf. Dengan itu, kesilapan yang berpunca daripada mencerap dan
membaca bacaan setaf dapat dielakkan.

Rajah 12: Alat Aras Digital dari dua


pandangan yang berbeza

5.2 Kakitiga alat aras


Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Kakitiga ini juga digunakan untuk alat
teodolit.

Rajah 13: Kakitiga alat aras

37
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

5.3 Setaf
Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan
dipendekan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambung-
sambung.Terdapat juga setaf soptwith iaitu dalam unit imperial.

Perhatikan bahawa setiap satu senggatan adalah


bersamaan satu sentimeter (1 cm). Dengan ini
bacaan boleh dibuat kepada 1 mm yang hampir.

1.3 Bacaan setaf sepatutnya


dibaca sebagai ialah 1.251

1.2 .

Rajah 14: Gambaran setaf dilihat melalui teropong alat aras


dan beberapa jenis staf aras

5.4 Staf Levell/ Gelembung setaf


Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul-
betul tegak. Selalunya dilekapkan pada sisi setaf. Gelembung udara pada
gelembung setaf dapat membantu ketegakan setaf

Rajah 15: Alat gelembung setaf

38
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

5.5 Pita ukur


Pita ukur juga digunakan untuk mengukur jarak dalam ujian dua piket. Ia juga
digunakan dalam kerja penghasilan kontor. Kaedah langkah digunakan untuk
mengukur jarak antara alat aras ke setaf. Pita ukur digunakan untuk mengukur
jarak selangkah. Jumlah jarak dikira dengan mengambil kira jumlah langkah.
Jarak antara pandangan belakang dan pandangan hadapan sebaik-baiknya
lebih kurang sama untuk mengelakkan selisih kolimatan alat.

Rajah 16: Pita Ukur

5.6 Buku Kerja Luar / Borang Pembukuan Ukur Aras


Buku kerja luar digunakan untuk merekod bacaan setaf dan membuat kiraan
aras laras. Pembukuan dan kiraan boleh dibuat dengan dua kaedah, iaitu
kaedah naik turun atau kaedah tinggi garis kolimatan(TGK).

6.0 PROSEDUR KERJA UKUR ARAS

Kerja Ukur Aras hendaklah dijalankan bermula dari satu titik rujukan (BM
@TBM). Kerja ukur yang bermula dan berakhir pada tanda aras yang sama
dipanggil Ukur Aras Gelung (Loop Levelling), manakala kerja ukur yang
bermula dan berakhir pada tanda aras yang berlainan dipanggil Ukur Aras
Memanjang (Longtidunal Levelling)

TBM1 = ?

BM1 =
32.171m
Ukur Aras Gelung

TBM1 =
BM1 = 38.456m
32.171m Ukur Aras Memanjang

Rajah 17: Jenis Kerja Ukur Aras

39
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Cerapan-cerapan Ukur Aras hendaklah dilakukan bermula dengan cerapan


pandangan belakang, kemudian pandangan hadapan. Jika terdapat sesuatu titik
yang berada di antara kedua-dua titik itu perlu diketahui aras larasnya, maka
hendaklah dicerap pandangan antara ke titik tersebut. Jarak antara pandangan
belakang dan pandangan hadapan hendaklah lebih kurang sama bagi
mengelakkan seliseh kolimatan.

Langkah-langkah kerjaukur aras adalah seperti berikut


a. Dirikan alat aras dan lakukan pelarasan sementara
b. Cerap ke setaf belakang dan catat bacaan PB
c. Kemudian cerap ke setaf hadapan dan catat bacaan PH
d. Pindah alat ke hadapan, kedudukan staf hadapan mesti tetap (jangan
diubah) kerana ia akan dicerap semula sebagai PB setelah alat
didirisiapkan; titik ini ialah titik pindah
e. Ulang langkah kerja (a) – (d) sehingga kerja ukur selesai. Kerja Ukur Aras
hendakah berakhir (tutup) di titik permulaan yang sama atau dimana titik
rujukan yang diketahui ketinggiannya.
f. Catatan: Jarak hendaklah diukur (guna kaedah langkah) dari permulaan
kerja hingga ke akhir untuk tujuan semakan kerja ukur

7.0 PERHITUNGAN ARAS

Semua data-data cerapan kerja ukur hendaklah dicatatkan di dalam buku


kerjaluar dan kerja hituangan dilakukan di buku yang sama. Terdapat dua
kaedah pembukuan dan hitungan aras iaitu:

a. Kaedah Naik-Turun (Rise and Fall)


b. Kaedah Tinggi Garis Kolimatan (TGK) (Height of Collimation)

7.1 Kaedah Naik Turun

PB PH
PB PH

Naik Turun
(+h) (-h)
C
A

Rajah 18: Konsep Kaedah Naik Turun

40
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Beza tinggi di antara titik-titik boleh dihitung seperti berikut

h = PB - PH

Beza tinggi positif (+h) menunjukkan permukaan menaik (mendaki) dan


beza tinggi negatif (-h) menujukkan permukaan menurun

Aras Laras pula dihitung seperti berikut:

Aras Laras B = Aras Laras A + h (Naik)


Aras Laras C = Aras Laras B - h (Turun)

Perhitungan dengan kaedah Naik Turun sesuai digunakan bagi kerja Ukur
Aras yang mempunyai banyak cerapan PB dan PH seperti kerja ukur untuk
menyediakan kawalan tegak.

Kaedah semakan hitungan dalam buku kerja luar boleh dilakukan seperti
berikut

 PB -  PH =  Naik -  Turun = Aras Laras akhir – Aras Laras mula

7.2 Kaedah Tinggi Garis Kolimatan (TGK)

PB Garis Kolimatan PH

A B

Rajah 19: Konsep Kaedah TGK

Tinggi Garis Kolimatan adalah ketinggian garis cerapan daripada permukaan


datum. Nilainya dihitungkan bagi setiap dirisiap alat dengan menggunakan
rumusan berikut

41
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Tinggi Garis Kolimatan (TGK) = Aras Laras A + bacaan PB

Aras Laras B = TGK – bacaan PH

Atau

Aras Laras B = Aras Laras A + PB - PH

Kaedah pembukuan TGK sesuai bagi kerja Ukur Aras yang mempunyai
banyak pandangan antara seperti dalam kerja ukur kontor dan keratan.

Kaedah semakan hitungan dalam buku kerja luar boleh dilakukan seperti
berikut:

 PB -  PH = Aras Laras akhir – Aras Laras mula

7.3 Had Seliseh Kerja Ukur Aras dan Pembetulan

Seliseh bagi sesuatu kerja ukur aras boleh diketahui apabila kerja ukur di tutup
(tamat) pada BM atau TBM yang diketahui ketinggiannya. Seliseh ini boleh
dihitungkan seperti berikut:

Seliseh Aras = Aras Laras akhir – Aras Sebenar

Pembetulan adalah terkumpul (accumulative) dan nilainya mempunyai tanda


positif (+) jika seliseh negatif (-) dan pembetulan negatif )-) jika seliseh positif
(+).

Seliseh yang diperolehi dari kerja ukur aras mestilah tidak melebihi had
seliseh yang dibenarkan. Had seliseh yang dibenarkan ditunjukkan dengan
rumus berikut

Had seliseh kerja = ± 20 D mm

Di mana D = jumlah jarak dalam km.

Jika seliseh adalah dalam had yang dibenarkan, ia mestilah dibahagikan sama
rata kepda semua cerapan utnuk memberikan aras laras akhir atau sebenar.

Pembetulan = Seliseh Aras _


Jum Bil. Pandangan Hadapan
Pembetulan nilai pembetulan adalah seperti berikut

Pembetulan cerapan stesen (PH) pertama = 1 X nilai pembetulan


Pembetulan cerapan stesen (PH) kedua = 2 X nilai pembetulan
Pembetulan cerapan stesen (PH) ketiga = 3 X nilai pembetulan
dan begitulah seterusnya

42
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

8.0 PEMBUKUAN DAN HITUNGAN UKUR ARAS

8.1 Kaedah Naik Turun

2.420 0.532
2.390 1.985 1.318 1.612
0.988 1.502 1.415 0.316

3 TBM2
1 B C F
A
TBM1 D E
2

Aras Pembetulan Aras Jarak Catatan


P.B P.A P.H Naik Turun Laras Laras
Sebenar
2.390 31.517 0 31.517 0 TBM1=31.517
1.985 0.405 31.922 0 31.922 A
1.318 0.667 32.589 0 32.589 B
0.988 1.612 0.294 32.295 -0.002 32.293 60 C (titik pindah)
1.502 0.514 31.781 -0.002 31.779 D
1.415 0.087 31.868 -0.002 31.866 E
2.420 0.316 1.099 32.967 -0.003 32.964 120 F (titik pindah)
0.532 1.888 34.855 -0.005 34.850 160 TBM2=34.850

Semakan
kiraan
PB= PH= N= T= ALa=
5.798 2.460 4.146 0.808 34.855
PH= T=0.808 Alm=
2.460 31.517
+3.338 +3.338 +3.338
Rajah 20: Hitungan ukur aras menggunakan kaedah naik turun

Hitungan seliseh :

Seliseh = Aras Laras Akhir – Aras Sebenar


= 34.855 – 34.850
= 0.005m @ 5mm

43
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Had seliseh yang dibenarkan = ± 20 D mm


= ± 20 0.16
= 8mm

Oleh itu seliseh 5mm masih berada dalam had seliseh yang dibenarkan (8mm)

Pembetulan = 0.005 = 0.0017m per PH


3

8.2 Kaedah Tinggi Garis Kolimatan

Aras Pembetul Aras Jarak Catatan


P.B P.A P.H TGK Laras an Laras
Sebenar
2.390 33.907 31.517 31.517 0 TBM1=
31.517
1.985 31.922 31.922 A
1.318 32.589 32.589 B
0.988 1.612 33.283 32.295 -0.002 32.293 60 C (titik
pindah)
1.502 31.781 -0.002 31.779 D
1.415 31.868 -0.002 31.866 E
2.420 0.316 35.387 32.967 -0.003 32.964 120 F (titik
pindah)
0.532 34.855 -0.005 34.850 160 TBM2=
34.850

PB= PH= ALa=


5.798 2.460 34.855
PH= Alm=
2.460 31.517
+3.338 +3.338

Jadual 1: Hitungan ukur aras menggunakan kaedah TGK

90 KAEDAH PEMBACAAN SETAF –SETAF TERBALIK

Setaf boleh dibaca dengan cara tegak (normal) atau dipegang secara terbalik
(invert). Selalunya kita memegang setaf secara tegak, tetapi untuk
mendapatkan aras laras lantai bawah sesuatu objek kita boleh gunakan kaedah
setaf terbalik.

44
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

JAMBATAN

PB PH

BM

Rajah 21: Setaf tegak (kiri) dan setaf terbalik (kanan)

Kaedah bacaan adalah sama, cuma angka-angka bacaan pada setaf akan
nampak terbalik. Nilai bacaan setaf terbalik mempunyai tanda negatif (-).
Oleh itu nilai beza tinggi bagi titik tersebut adalah

h = PB – PH
= PB – (-PH)
= PB + PH
Tinggi jambatan = BM + PB + PH

PB PA PH TGK Aras Laras Catatan


0.770 56.325 55.555 TBM1 = 55.555m
1.632 54.693 jalanraya
-2.417 58.742 bawah jambatan
-2.963 -3.167 56.529 59.492 bawah jambatan
-2.487 59.016 bawah jambatan
-3.104 -2.901 56.326 59.430 bawah jambatan
1.218 55.108 jalanraya
1.975 1.354 56.947 54.972 jalanraya
1.387 55.560 TBM1=55.555m
= -3.322 = -3.327 55.555
= -3.327 55.560
0.005 0.005

Jadual 2: Contoh pembukuan dan hitungan bagi setaf terbalik

10.0 PELARASAN ALAT ARAS.

Terdapat dua jenis pelarasan iaitu


a. Pelarasan sementara
b. Pelarasan tetap

45
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

10.1 Pelarasan Sementara


Pelarasan sementara adalah pelarasan yang perlu dilakukan setiap kali alat aras
didirikan, sebelum memulakan cerpan. Pelarasan ini dilakukan setelah alat
aras didirisiapkan di atas tanah dan memastikan alat aras betul-betul berada
dalam keadaan aras. Kaedahnya adalah seperti berikut:

Skru kaki pelaras Gel. Aras


1

2 3

Langkah 1 Langkah 2
Halakan teropong selari dengan mana- Pusing teropong 90 atau selari
mana dua skru kaki (2 & 3). dengan skru kaki no. 1. Pusingkan
Pusing kedua-dua skru kaki serentak skru kaki pelaras no. 1 (Jangan pusing
pada arah berlawanan sehingga skru 2 & 3) sehingga gelembung aras
gelembung aras berada di tengah-tengah berada di tengah-tengah.

Langkah 3
Pusing teropong 90 atau selari dengan Langkah 4
skru kaki (2 & 3) tetapi berlawanan arah Pusing teropong 90 atau selari
dengan langkah 1. dengan skru kaki no. 1 (berlawanan
Pusing kedua-dua skru kaki serentak arah dengan langkah 2). Pusingkan
pada arah berlawanan sehingga skru kaki pelaras no. 1 sehingga
gelembung aras berada di tengah- gelembung aras berada di tengah-
tengah. tengah (Sekali lagi …. Jangan pusing
skru 2 & 3).
Langkah 5 (Semakan) Jika gelembung masih tidak ditengah-
Pusing teropong 90 dan kembali ke tengah, ulangi langkah 1 – 4.
kedudukan asal. Sepatutnya Gelembung
aras akan berada di tengah-tengah pada
mana-mana arah. Rajah 22: Pelarasan sementara

10.2 Pelarasan tetap – Ujian 2 Piket

Pelarasan tetap adalah pelarasan yang hanya perlu dilakukan apabila didapati
keadaan pada binaan alat tidak lagi betul. Ini boleh ditentukan dengan
melakukan ujian ke atas alat aras tersebut, sebelum ianya digunakan. Ujian ini
dipanggil sebagai UJIAN DUA PIKET (TWO PEG TEST). Tujuannya ialah
untuk menentukan samada kedudukan garis kolimatan betul-betul ufuk setelah
gelembung diaraskan. Prosedur ujian dua piket adalah seperti berikut:

46
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

a. Buatkan Ujian dua piket untuk mendapatkan keupayaan alat aras


anda, seperti dalam rajah dibawah.

Setaf
a’4
a’3

a4

a’1 a’2

D
C
B
A 25m 25m 25m

Rajah 23: Ujian Dua Piket

b. Katakan satu garisan diterbitkan daripada a’3 dan selari dengan a’2 -
a’1 dan bertemu pada setaf di titik B sebagai a4 iaitu bacaannya yang
sebenar jika garisan cerapan benar-benar mendatar daripada titik D.
Maka a4 - a’ 1 = a’3 - a’ 2
a4 = a’ 1 - a’ 2 + a’3

Bagi kes diatas, jika a4 = a’4 ± 0.005; maka alat berkenaan baik; jika
tidak alat perlu dibuat pelarasan.

c. Setelah alat berkenaan dilaras (rujuk juruteknik berkenaan), alat


mestilah diuji semula untuk menyemak pelarasan yang dibuat. Sila
lihat contoh berikut:

47
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

CATATAN UJIAN SEBELUM UJIAN SELEPAS


PELARASAN PELARASAN

a’1 +1.613 +1.573

a’ 2 +1.515 +1.456

a’1 - a’ 2 +0.098 +0.117

a’ 3 +2.434 +2.424

a’ 4 2.571 (dibaca) 2.543 (dibaca)

a4 2.532 (dihitung) 2.541(dihitung)

Perbezaan 0.039 (tidak 0.002 (boleh


diterima) diterima)

Jadual 3: Bacaan pelarasan Ujian 2 Piket

11.0 MASALAH KHAS UKUR ARAS

11.1 Seliseh Kolimatan


Salah satu syarat dalam kerja ukur aras adalah garis pandangan/kolimatan
mestilah betul-betul mengufuk semasa cerpan dibuat. Masalah timbul jika
garisan pandangan tidak mengufuk kerana faktor binaan alat dan usia alat
yang lama.. Akibatnya akan timbul seliseh kolimatan (e)

Nilai seliseh kolimatan adalah berkadaran dengan jarak setaf dari alat. Sebab
tulah untuk mengelakkan seliseh kolimatan, jarak PH dan jarak PB mestilah
sama panjang

Rajah 24: Seliseh kolimatan (e)


diminimakan dengan jarak PH
dan PB yang sama
e e

Y
X A

48
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

11.2 Ukur Aras Salingan (Reciprocal Levelling)

Di dalam keadaan kerjaukur yang normal, jarak pandangan belakang dan


pandangan hadapan hendaklah sama bagi mengelakkan seliseh kolimatan.
Bagi kes tertentu keadaan tersebut tidak dapat dilakukan terutama di dalam
keadaan sesuatu kerja ukur terpaksa melintas sungai atau jalan raya yang
lebar. Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah ukur aras
salingan.

x2 y2

x1 y1

Y B

A X

Rajah 25: Ukur Aras Salingan melintasi sungai

Prosedur kerja adalah seperti berikut:


Dari rajah 25;
Alat di A
Baca staf di X danY, ukur A ke X
Bacaan di X = x1 dan di Y = y1
Alat di B:
Baca setaf di Y dan X . Jarak B ke Y = jarak A ke X
Bacaan di Y = y2 dan di X = x2

Beza tinggi pertama = x1 - y1 = h1


Beza tinggi kedua = x2 – y2 = h2

Beza tinggi muktamat, h = h1 + h2


2
h = ½ (x1 - y1) + (x2 – y2)

Aras Laras B = Aras Laras A + h

49
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Disebabkan jarak dari alat ke setaf tidak sama, akan ujud seliseh kolimatan. (e)

e = ½ (x2 – y2) - (x1 - y1) per L meter

di mana L = jarak ufuk antara X dan Y

Nota:
Kaedah alternatif untuk meyelesaikan masalah ini adalah dengan meletakkan setaf
betul-betul di atas paras air pada kedudukan X dan Y. Ini bermakna kedudukan setaf
di X dan Y adalah sama saja dan kaedah yang biasa boleh digunakan untuk kerja ukur
aras. Kaedah ini tidak sesuai jika jarak halangan terlalu panjang seperti dari pulau ke
daratan kerana ia akan mengakibatkan kesan kelengkungan bumi.

PB

PH

Paras air adalah


sama
B

A
X Y

Rajah 26: Kaedah lain Ukur aras dengan meletakkan staf di permukaan air

12.0 KEGUNAAN UKUR ARAS


Ukur aras berguna bagi kerja ukur yang memerlukan maklumat aras laras dan
beza tinggi titik di atas permukaan bumi. Dalam kerja-kerja kejuruteraan, ukur
aras banyak terlibat dalam kerja-kerja berikut:
a. Gambaran Keratan Memanjang dan Rentas
b. Penggambaran Garis Kontor
c. Kerja Penandaan
d. Penyediaan Kawalan Ketinggian

12.1 Gambaran Keratan Memanjang dan Rentas


Dalam merekabentuk kerja-kerja tanah seperti jalanraya, perparitan, jalan
keretapi, laluan paip dan sebagainya melibatkan dua maklumat penting iaitu
gambaran keratan memanjang dan keratan rentas. Maklumat keratan
memanjang dan rentas digunakan oleh jurutera untuk menghitung isipadu
tanah yang terlibat, permukaan cadangan, kecondongan sisi jalan dan
sebagainya.
Keratan memanjang ialah gambaran keratan garisan tengah contohnya
jalanraya yang menunjukkan ketinggian permukaan bumi sepanjang garis
tersebut.

50
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Keratan rentas ialah gambaran permukaan bumi yang merentasi jalanraya dari
tepi ke tepi. Berdasarkan gambaran rentas ini, isipadu tanah yang terlibat
dengan korekan dan timbusan dapat dihitung di antara satu rantaian (chainage)
ke rantaian lain. Rajah 27 menunjukkan hubungan antara keratan memanjang
dan keratan rentas bagi satu pengukuran aras.

Rajah 27: Hubungan antara keratan memanjang dan keratan rentas

51
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

12.2 Penggambaran Garis Kontor

Rujuk bahagian 15: Kaedah Pengukuran Kontor

12.3 Kerja Penandaan

Terdapat banyak kerja pembinaan -yang memerlukan maklumat aras laras


titik. Dalam kerja penanaman cerucuk misalnya, aras laras kepala cerucuk
perlu ditentukan dengan tepat untuk memastikan bangunan yang akan dibina
nanti mengikut aras reka bentuk yang dicadangkan. Rajah 28 menunjukkan
bagaimana aras laras kepala cerucuk ditentukan sebagaimana yang
dikehendaki dalam pelan reka bentuk.

Dirikan alat di X, dan baca staf di TBM (20.050m), katakan 1.350. Oleh itu,
TGK ialah 20.050 + 1.350 = 21.400 m.

Cerapkan cerucuk 1, 2, 3, 4... dan tandakan kedudukan garisan tenang pada


cerucuk-cerucuk tersebut.

Rajah 28: Gambaran penandaan cerucuk menggunakan kaedah ukur aras

Garisan ini menandakan aras laras 21.400 m. Jika aras cadangan setiap
cerucuk ialah 20.850, 20.850, 21.650, 21.650, maka kedudukan kepala
cerucuk dapat ditentukan.

52
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Cerucuk I dan 2 perlu dipotong pada 0.550 m ke bawah dari garisan tenang
yang ditanda tadi. Cerucuk 3 dan 4 perlu dipotong pada 0.250 m ke atas dari
garisan tenang yang ditandakan.

12.4 Penyediaan Kawalan Ketinggian

Penyediaan kawalan ketinggian merujuk kepada pemindahan titik yang


diketahui ketinggiannya (BM) ke titik yang hendak ditentukan ketinggian
(TBM). Contohnya jika satu kawasan pembinaan memerlukan maklumat
ketinggian di kawasan kerja, maka kerja-kerja penyediaan kawalan tegak iaitu
membina TBM di lakukan dengan melakukan kerja ukur aras memanjang dari
BM yang berhampiran ke kawasan kerja.

Prosedur pembinaan TBM adalah seperti berikut:

Seperti yang diketahui, tanda batu aras sementara(TBM) disediakan oleh


juruukur sendiri berhampiran dengan kawasan projek. Titik ini mempunyai
aras terlaras yang dirujukan kepada batu aras (BM).

TBM yang hendak disediakan perlu berada di atas tempat yang selamat dan
kekal. Berapa titik pindah perlu diadakan dalam terabas (looped) dari titik BM
ke TBM tersebut dan kembali semula ke BM. Kebiasaan kerja yang dilakukan,
bermula dari BM dan kembali ke BM untuk membuat semakan didalam
pengukuran aras.

TP3
TBM
TP2
Kawasan
kerja TP1

TP4
TP5
BM
TP6
Rajah 29: Kaedah pembinaan TBM bagi sesuatu kawasan kerja

13.0 PUNCA SELISEH UKUR ARAS

13.1 Faktor Alat


Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian mengenai alat ialah:
i. Alat mestilah berkeadaan baik dengan garisan kolimatnya betul-betul
mengufuk.Walau bagaimanapun, selisih ini dapat dihapuskan dengan
menjadikan jarak PB = PH.

53
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

ii. Gelembung udara perlu sensitif terhadap perubahan alat. Dengan ini,
sebarang ketidakarasan alat dapat diketahui dengan segera.
iii. Pastikan alat didirikan dengan teguh dan kemas, terutamanya di
kawasan tanah lembut. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang
pergerakan semasa cerapan dibuat.
iv. Senggatan staf mesti tepat. Pastikan jika staf dipanjangkan, senggatannya
adalah betul.
v. Staf didirikan betul-betui tegak dengan pertolongan gelembung staf.

13.2 Faktor Manusia

Pencerap (temasuk pemegang staf) juga memainkan peranan dalam


mengurangkan selisih yang terjadi. Antara kesilapan yang sering terjadi ialah:
i. Staf didirikan bukan di tempat yang betul-betul kuat dan stabil. Jika tempat
itu ialah titik pindah, ketidakstabilan mungkin berlaku akibat dan
penurunan tanah.
ii. Staf diangkat sebelum bacaan belakang diambil. Apabila diletakkan
semula untuk bacaan PB, mungkin staf itu tidak diletakkan betul-betul di
atas titik asal. Jika satu titik pindah menghasilkan selisih bacaan sebanyak
2 atau 3 mm dan katakan terdapat 10 titik pindah, maka selisih ini menjadi
20-30 mm.
iii. Pencerap tersalah baca staf. Ini berlaku mungkin kerana beliau kurang
pengalaman atau kurang mahir dengan sistem senggatan staf yang
digunakan.
iv. Pencerap tersilap merekod. Misalnya, 1.405 ditulis sebagai 1.504.
v. Kemasukan rekod di ruangan yang salah. Misalnya PH ditulis pada
niangan PA dan sebaliknya.

Untuk mengelakkan kesalahan akibat dari kecuaian ini, individu yang


membuat cerapan seharusnya mahir dalam mengendalikan alat dan bersikap
berhati-hati dalam setiap langkah kerja.

13.3 Faktor Persekitaran

Di samping faktor alat dan manusia, kesan dari persekitaran atau suasana alam
semulajadi harus juga diambil kira. Antara yang biasa terjadi ialah:
i. Angin boleh menyebabkan kesukaran untuk mendirikan staf supaya betul-
betul tegak. Ini terjadi terutamanya jika staf dipanjangkan sehingga 4 atau
5 m. Angin juga boleh menyebabkan alat bergoyang dan akan mengubah
ketinggian garisan kolimat. Jika berlaku perubahan alat, si pencerap perlu
memastikan supaya cerapan PB dan PH diulang semula.
ii. Matahari. Sinaran matahari boleh menyebabkan kesukaran untuk
membuat bacaan. Dalam cuaca panas terik, mungkin berlaku pembiasan
terutamanya jika garisan pandangan adalah rendah dan hampir dengan
permukaan tanah. Untuk mengelak masalah ini, pastikan jarak pandangan
tidak terlalu panjang dan ketinggian garisan kolimat tidak terlalu rendah,

54
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

seelok-eloknya tidak kurang dari 0.5 m dari permukaan tanah.


iii. Hujan. Jika hujan, tiada cara lain untuk mengatasinya kecuali berhenti
sahaja bekerja dan sambung semula selepas hujan berhenti.

14.0 KONTOR

Kontor didefinasikan sebagai garisan di atas pelan atau peta yang


menggambarkan garisan yang mempunyai titik ketinggian yang sama.

Sela kontor ialah perbezaan ketinggian antara garis kontor yang berturutan.
Sela kontor biasanya ditetapkan pada sesuatu pelan. Ianya bergantung pada
a. kegunaan peta atau pelan
b. skala
c. rupabentuk bumi
d. perbelanjaan terlibat

Sifat-sifat garis kontor

i jarak antara garis kontor bagi kawasan mendatar adalah jauh


ii. jarak antara garis kontor bagi kawasan cerun adalah rapat
iii. kawasan yang teratur kecerunannya mempunyai kontor yang selari
iv. kawasan yang tidak teratur kecerunan kontor tidak sama dan sangat
rapat
v. garis kontor tidak bersilang
vi garis kontor tidak boleh berhenti di satu tempat
vii garis kontor yang merentangi sungai atau parit akan berbentu V atau U

15.0 KAEDAH PENGUKURAN KONTOR

Kontur boleh dihasilkan dengan melakukan kerjaukur, samaada Ukur Aras,


atau pun Ukur Takimetri, bergantung kepada kegunaan kontur, keadaan
permukaan, dan keluasan kawasan yang hendak diukur. Sekiranya kontur
dihasilkan untuk tujuan Pelan Topografi,maka lazimnya, kaedah Ukur
Takimetri digunakan seperti di dalam kerja Ukur Butiran/ Topografi. Oleh
kerana kaedah Ukur Takimetri boleh mengukur kedudukan dan ketinggian
titik secara serentak, maka itu, ianya amat sesuai dijalankan bagi semua
keadaan kawasan.
Kegunaan kerja Ukur Aras untuk menghasilkan kontur adalah amat terhad
kerana ianya hanya dapat mengukur ketinggian titik sahaja, manakala,
kedudukan titik terpaksa diukur dengan kaedah lain seperti. Ukur Rantai atau
Ukur Terabas. menjadikan kerjaukur di padang lebih rumit dan lambat. Ianya
lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan kontur bagi kawasan yang kecil
dan untuk tujuan yang tertentu, seperti, isipadu kerjatanah.

Walau apa pun jenis kaedah yang digunakan, cara-cara kerjaukur kontur di
padang boleh dilakukan secara langsung, atau cara tidak langsung.

55
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

15.1 Cara Langsung

Dengan kaedah ini, aras laras titik-titik kontur ditentukan terus di padang
denganrnembuat kerja-kerja perhitungan awal supaya data-data (bacaan-
bacaan setaf) yang diperlukan dapat disediakan. Di padang, kerja-kejaukur
dijalankan bagi menentukan aras titik-titik tersebut di atas tanah, dan
ditandakan dengan piket-piket kayu supaya kedudukannya dapat diukur
dengan pengukuran bearing dan jarak. Kemudian, kedudukan titik-titik kontur
itu dipelotkan dan garisan-garisan dilukiskan menghubungi titik-titik yang
mempunyai aras laras yang sama, bagi menghasilkan kontur

Kaedah ini tidak begitu praktikal digunakan, terutama sekali, bagi kawasan
yang luas dan berbukit-bukit kerana ia akan melibatkan banyak kerja-kerja
perhitungan awal.menjadikan kerjaukur di padang lebih rumit dan lambat,
untuk menentukan titik-titik kontur di atas tanah. Kebaikannya pula,
kedudukan garis-garis kontur adalah tepat, kerana ianya tidak ditentukan
dengan interpolasi, sebaliknya, diukur tepat dengan pengukuran bearing dan
jarak.
Kaedah ini biasanya lebih senang dilakukan dengan kerja Ukur Aras kerana ia
mempunyai garis kolimatan ufuk yang tetap. Jika, Ukur Takimetri digunakan,
kedudukan teropong hendaklah ditetapkan supaya ufuk. Ini adalah kerana
data-data awal yang diperlukan adalah bacaan-bacaan setaf, yang. dihitungkan
berdasarkan tinggi garis kolimatan.

Contohnya, bagi menentukan titik-titik kontur 31m, 32m, 33m, 34m, dan 35m,
dan titik yang mempunyai aras laras. Kerja-kerja perhitungan awal adalah
seperti berikut:

Tinggi garis kolimatan Kontor yang dikehendaki Bacaan setaf di titik kontor
(m)
A = 35.172 31 35.172 – 31 = 4.172
32 35.172 – 32 = 3.172
33 35.172 – 33 = 2.172
34 35.172 – 34 = 1.172
35 35.172 – 35 = 0.172

56
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

TGK=35.172 0.172 1.172 2.172 3.172 4.172


0.122

TBM A=35.050m
35
34

33
32
31
Rajah 30: Kaedah penggambaran kontor dengan cara langsung

15.2 Cara Tidak Langsung

Dengan kaedah ini, kontur tidak perlu ditentukan di padang, sebaliknya. akan
ditentukan dengan kaedah interpolasi semasa kerja-kerja pelotan di pejabat,
selepas kerjaukur dijalankan bagi mengukur titik-titik ketinggian. Titik
ketinggian (spot height) adalah mana-rnana titik di atas tanah yang
mempunyai nilai aras laras, yang digunakan untuk tujuan kontur.

Kebaikan kaedah ini ialah kerjaukur di padang dapat dijalankan dengan cepat
kerana ianya tidak memerlukan kerja perhitungan awal, dan setaf boleh
diletakkan di mana-mana, sebagai titik ketinggian. Keburukannya ialah garis-
garis kontur dilukiskan secara intepolasi, maka itu, kedudukan garis-garis
kontur adalah kurang tepat. Tetapi. Untuk tujuan pemetaan yang tidak
memerlukan ketepatan yang tinggi, kerja interpolasi garis-garis kontur adalah
memadai.

Terdapat tiga kaedah yang boleh dijalankan bagi menghasilkan kontur secara
tidak langsung. iaitu:
a. Kaedah Grid
b. Kaedah Keratan
c. Kaedah Kutub/jejarian

15.2.1 Kaedah Grid

Ini adalah satu kerja Ukur Aras yang dijalankan bagi mendapatkan kontur
untuk menunjukkan bentuk rupabumi sesuatu kawasan.. Di padang, kerja-
kerja Ukur Aras dijalankan dengan membuat cerapan-cerapan ke titik-titik
yang telah ditandakan dengan grid yang mempunyai ukuran. Setelah kerjaukur
selesai, nilai-nilai aras laras bagi titik-titik grid dihitungkan, dan kemudian,

57
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

garis-garis kontur dipelotkan dengan kaedah interpolasi. Kerja interpolasi


garis-garis kontur boleh dibuat dengan kaedah kiraan, atau anggaran dengan
menggunakan kertas geraf.

Prosedur kerja Ukur Aras Grid adalah seperti berikut:


a. Buatkan satu petak bergrid yang boleh meliputi keseluruhan kawasan
yang perlu diukur
b. Tandakan titik-titik grid mengikut sela grid yang sesuai mengikut keadaan
bentuk rupabumi.
c. Mulakan kerja ukur aras seperti biasa. dan cerap sebanyak titik-titik grid
yang boleh sebagai pandangan antara.
d. Setelah kesemua titik-titik grid dicerap, kerja ukur aras hendaklah ditutup
semula pada titik permulaan.

Rajah 31: penggambaran kontor kaedah grid

15.2.2 Kaedah Keratan Rentas

Kerja Ukur Aras ini dijalankan bagi menentukan aras laras titik-titik di atas
garis-garis keratan, samada, keratan bujur atau keratan rentas, untuk memberi
gambaran tentang bentuk rupabumi, atau, profil setiap keratan yang diukur.
Biasanya, kerjaukur ini dijalankan di dalam kerja-kerja pembinaan
kejuruteraan, seperti pembinaan lebuhraya, bagi menyediakan pelotan-pelotan
yang diperlukan untuk tujuan merancang dan merekabentuk laluan, bagi
menghitungkan keluasan setiap keratan dan isipadu kerja tanah bagi
potongan/timbusan, dan juga, bagi menghitungkan anggaran kos kerja-kerja
angkut tanah.

Kerja Ukur Aras hendaklah dijalankan selepas kedudukan titik-titik tengah


laluan

58
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

ditandakan di atas tanah, dengan piket rantaian ( pada sela yang tetap,
misalnya 50m), bagi menunjukkan laluan yang dipilih. Aras laras titik-titik
tengah di sepanjang laluan diperlukan bagi menghasilkan pelotan keratan
bujur yang dapat menunjukkan profil laluan yang dipilih. Garis keratan lintang
adalah garisan di titik rantaian yang serenjang dengan garis tengah laluan, dan
aras laras titik-titik di atasnya (di ambil pada sela yang tetap. misalnya, 5m kiri
dan kanan dan tengah laluan) diukur bagi menghasilkan pelotan keratan
lintang yang menunjukkan profil keratan bagi setiap rantaian.

Prosedur kerjaukur ini adalah seperti berikut:


a. Mulakan kerja Ukur Aras daripada TBM yang berdekatan.
b. Setelah mencerap pandangan belakang, cerap pula ke titik-titik di atas
garis keratan lintang, seberapa banyak yang boleh, sebagai pandangan
antara. Buatkan catatan bagi titik-titik pandangan antara mengikut no.
rantaiannya, sela ritik, dan sebelah kin atau kanan laluan, contohnya,
CH550-15L.
c. Setelah selesai mencerap pandangan-pandangan antara, cerap ke titik
tengah laluan sebagai pandangan hadapan. Kemudian, pindah alat ke
hadapan.
d. Ulangi cara-cara kerja seperti, b dan c, sehingga kerja selesai dan tamat di
TBM yang lain

Rajah 32: penggambaran kontor kaedah keratan rentas

15.2.3 Kaedah Jejarian


i. data-data tinggi titik diukur secara jejari, dengan titik B sebagai kutub.
ii. bering (arah) dicerap dengan kompas berprisma
iii. cerapan tinggi titik-titik boleh dilakukan dengan alat aras
iv. titik kontor ditentukan dari interpolasi titik-titik yang dicerap

59
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

v. sesuai dilaksanakan di kawasan terbuka untuk taman, bangunan dan


sebagainya

16.0 PEMPLOTAN KONTOR

Pengukuran kontor dengan kaedah tidak langsung memerlukan satu lagi


peringkat untuk memplot kontor di atas plan. Peringkat ini dinamakan
interpolasi atau tentuantara. Dalam kaedah tidak langsung, aras laras titik yang
terhasil adalah berbagai-bagai dan tidak semestinya sama dengan nilai kontor
yang dikehendaki dan kedudukan garisan kontor ini ditentukan secara
interpolasi. Interpolasi adalah satu proses bagi menentukan titik-titik
ketinggian di atas pelan atau plotan bagi garisan di antara beberapa titik yang
diketahui aras larasnya. Garisan kontor dilukis setelah proses interpolasi
selesai dilakukan di mana titik-titik yang mempunyai ketinggian yang sama
disambungkan hingga menjadi garis kontor.

Kaedah interpolasi kontor boleh dilakukan dengan cara berikut;

16.1 Cara Grafik

Dua titik dengan ketinggian 1.70m dan 3.60m diplot (perbezaannya ialah
1.9m) dan akan dibuat kontor pada ketinggian 2m dan 3m

Dari rajah 34, tarik satu garis melalui salah satu titik dan bahagikan menjadi
19 unit (kerana beza 1.9m), garisan xy

3.60m – 1.70m = 1.90m

Satu unit misalnya 1 cm, 2 cm dsbnya

Sambungkan hujung titik y ke titik 3. 60m

Garis
kontor
Titik yang
dicerap

Arah cerapan
titik (jejari)

Rajah 33: penggambaran kontor kaedah jejarian/kutub

60
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

Untuk mendapat titik dengan ketinggan 2m, maka 1.70m + 0.3m = 2.0m.
Jadi harus dicampur 3 unit dari x (0.3m). Kedudukan 2m ditentukan dengan
menyambungkan selari dari kedudukan 3 unit ke titik 2m seperti garisan y ke
titik 3.60m

Untuk mendapat titik dengan ketinggian 3m, maka 1.7m + 1.3m = 3m. Jadi
harus dicampur 13 unit dari x(1.3m) atau 6 unit dari y. Kedudukan 3m
ditentukan dengan menyambungkan selari dari kedudukan 13 unit ke titik 3m
seperti garisan y ke titik 3.60m

3.60m

3.0m

2.0 m

1.70m
x
3 unit
13 unit y
19unit

Rajah 34: Memplot kontor cara grafik

16.2 Cara Skala

Cara ini sama dengan kaedah grafik, Cuma garisan grafik digantikan dengan
sekil atau pembaris. Nilai pada pembaris dtemukan dengan ketinggan kontor
yang dicari. Garisan selari dibuat sama seperti kaedah grafik.

61
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

3.60m

3.0m

2.0 m
pembaris
1.70m
17
20
30
36
Rajah 35: Memplot kontor cara skala

16.3 Cara Kiraan

Cara ini menggunakan kiraan untuk menentukan kedudukan titik kontor yang
dikehendaki. Dari rajah 36, katakan kaedah grid digunakan di mana saiz grid
adalah 5 cm di atas pelan. Katakan jarak titk kontor 3.0 adalah x dan titik
kontor 4.0 adalah y.

2.4 3.0 4.0 4.8


Hitungan jarak x dan y adalah:
x
y
x 0.6

5 2.4

5 cm 0 .6
x= X 5.0
2 .4
= 1.25 cm

5 cm Oleh itu jarak titik kontor 3.0 m


adalah 1.25 cm dari titik 2.4m
Rajah 36: Memplot kontor dengan cara kiraan

Kaedah yang sama digunakan untuk menghitung jarak titik kontor 4.0 m dari
titik 2.4m.

62
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

16.4 Cara Kertas Surih

Kaedah ini menggunakan kertas surih di mana garis jejarian dari satu pusat
dibuat seperti dalam rajah 37

Untuk mendapatkan kedudukan titik kontor yang dikehendaki, kertas surih


digerakkan supaya nilai pada kertas surih bertemu dengan nilai ketinggian
pada kedua titik. Apabila keadaan ini didapati, kedudukan garis kontor 3.0 dan
4.0 meter dicucuk dengan pin ke kertas pelotan.

Kertas
pelotan

Kertas surih

Rajah 37: Memplot kontor dengan cara kertas surih

Nota:
Perkembangan teknologi terkini membolehkan pemplotan kontor dilakukan
dengan perisian ukur seperti SDR MAP, TRPS, Civil Cad dan seumpamanya.
Kaedah manual ini membolehkan pelajar mengetahui konsep untuk
menghasilkan kontor.

63
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

LAMPIRAN 1

CONTOH CARA KERJA UKUR ARAS

1. Buat tinjauan kawasan dan kenal pasti titik untuk membina Batu Aras
Sementara (Temporary Bench Mark, TBM).

2. Jalankan kerja ukur aras daripada Batu Aras Sementara (TBM 1) hingga ke
TBM yang telah ditetapkan di kawasan tapak ukur masing-masing.

3. Kerja aras yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah ‘fly
levelling’.

4. Tentukan Aras laras untuk TBM 1 daripada Batu Aras (BM) yang mana
ketinggiannya telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Ukur.

5. Pengukuran aras daripada TBM 1 ke TBM yang terletak dalam kawasan ukur
terabas total station (contohnya TBM K2) atau kawasan berhampiran dengan
tempat kerja, dibuat dengan kaedah pergi-balik iaitu dari TBM 1 ke TBM K2
dan dari TBM K2 balik semula ke TBM 1 sebagai semakan. (Sila rujuk rajah
3)

Stesen 4

Stesen 3

Stesen 1

Stesen 2
(TBM K2) TBM 1

Rajah 3 : Pengukuran aras dari TBM 1 Ke TBM K2 dengan Kaedah Pergi-Balik

6. Seboleh-bolehnya letakkan alat aras di tengah-tengah antara 2 setaf aras (setaf


hadapan dan setaf belakang).

7. Baca bacaan setaf belakang di TBM 1 dan rekodkan dalam borang cerapan
Ukur Aras di ruangan pandangan belakang. Kemudian, halakan alat aras ke

64
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

setaf hadapan di titik pindah 1 dan rekodkan bacaannya dalam ruangan


pandangan hadapan. (Sila rujuk rajah 4)

Setaf
Setaf
pandangan
pandangan
hadapan
belakang
(TBM 1)

TBM K2 Alat
Titik pindah 2 Titik pindah 1 Aras TBM 1

Rajah 4 : Pengukuran Aras dari TBM 1 ke TBM K2 melalui titik pindah


yang telah ditetapkan.

8. Pindahkan alat setaf aras di TBM 1 ke titik pindah 2 dan setaf aras di titik
pindah 1 tidak perlu dipindahkan. Alat aras hendaklah berada di antara titik
pindah 1 dan titik pindah 2. (sila rujuk rajah 5)

Setaf Setaf
pandangan Alat pandangan
hadapan Aras belakang

TBM K2 TBM 1
Titik pindah 2 Titik pindah 1

Rajah 5 : Pengukuran Aras dari TBM 1 ke TBM K2 melalui titik pindah 1


dan 2.

10. Baca dan rekodkan bacaan setaf pada borang pembukuan (titik pindah 1
sebagai pandangan belakang dan titik pindah 2 sebagai pandangan hadapan).

65
‘Kejuruteraan Geomatik I Topik 2: Ukur Aras & Ukur Kontor

11. Ulangi langkah kerja 7 - 10 sehingga setaf berada di TBM K2. Setiap bacaan
direkodkan dalam borang cerapan Ukur Aras.

12. Setelah kerja ukur aras daripada TBM 1 ke TBM K2 diterima, lakukan kerja
ukur aras ke setiap stesen pada ukur terabas total station daripada TBM K2.
Ulangi langkah kerja 7-10 untuk mendapatkan aras laras bagi setiap stesen.

13. Dapatkan nilai Had Selisih Kerja. HSK = ( 20 √J) mm, atau ( 5 √ n)mm, di
mana J = jarak dalam km dan n = bilangan titik pindah.

14. Gunakan Kaedah Langkah atau Anggaran untuk mendapatkan nilai J (jarak).

15. Jika selisih kerja melebihi nilai HSK, Ukur Aras hendaklah dilakukan semula.
Pastikan nilai had selisih kerja (HSK) tidak melebihi nilai yang dibenarkan.

Sila lihat contoh pembukuan Borang Cerapan Ukur Aras

66
CONTOH KIRAAN 1: BORANG CERAPAN UKUR ARAS YANG TELAH DIISI

PB PA PH TGK Aras Pembetulan Aras Laras Jarak Catatan


Turun Naik Laras Sebenar
0.874 2.498 TBM (x)
1.345 1.470 0.596 1.902 0.000 1.902 TP1
2.530 0.817 0.528 2.430 -0.001 2.430 TP2
1.190 1.490 1.040 3.470 - 0.001 3.470 TP3
1.450 2.440 1.250 2.220 -0.001 2.219 TP4
1.112 0.945 0.505 2.725 -0.001 2.724 TP5
1.345 1.570 0.458 2.267 -0.002 2.265 TP6
1.752 1.265 0.080 2.347 -0.002 2.345 TP7
1.372 1.410 0.342 2.689 -0.002 2.687 TP8
1.421 1.610 0.238 2.451 -0.002 2.449 TP9
1.420 1.347 0.074 2.525 -0.003 2.522 TP10
1.410 1.372 0.048 2.573 -0.003 2.570 TBM(y)
1.482 0.072 2.501 -0.003 2.498

jum=17.221 jum=17.218 jum=2.617

17.221 selisih kerja : 2.617 selisih yang dibenarkan = 16.58 mm


-17.218 2.614 0.016 m
0.003 0.003
pembetulan : 0.00025

67
PB PA PH TGK Aras Pembetulan Aras Laras Jarak Catatan
Turun Naik Laras Sebenar
0.780 2.154 2.154 0 RM2
1.680 1.190 0.410 1.744 -0.002 1.742 60 TP1
1.203 1.764 0.084 1.660 -0.003 1.657 140 TP2
0.360 0.360 0.843 2.503 -0.005 2.498 180 TBM
1.610 1.260 0.900 1.603 -0.006 1.597 220 TP3
1.250 1.595 0.015 1.618 -0.008 1.610 300 TP4
0.705 0.545 2.163 -0.009 2.154 360 RM2

jum=6.883 jum=6.874 jum=1.394 jum=1.403

6.883 selisih kerja : 1.403 2.163


-6.874 -1.394 -2.154
0.009 0.009 0.009

pembetulan : 0.0015

CONTOH KIRAAN 2: BORANG CERAPAN UKUR ARAS YANG TELAH DIISI

68
LAMPIRAN 2

Latihan Ukur Aras

1. Sekumpulan pelajar Kejuruteraan Awam telah melakukan amali ukur aras untuk
membina satu kawalan tegak berhampiran Makmal Kejuruteraan Geomatik. Data-
data pengukuran ditunjukkan dalam dalam jadual di bawah. Anda dikehendaki
melengkapkan hitungan ukur aras tersebut bersama-sama semakan kiraan dan
semakan kerja.

Pandangan TGK Aras Pembetu Aras Laras Jarak Catatan


Laras lan Sebenar (m)
PB PA PH Naik Turun
1.235 0 TBM1=2.243m
1.441 1.432 40 TP1
1.260 1.117 80 TP2
1.425 1.222 120 TP3
1.061 1.332 160 TP4
1.401 1.513 200 TP5
1.959 1.393 240 TP6
1.290 1.111 280 TP7
1.356 1.474 320 TP8
1.192 1.204 360 TBM2
1.339 1.392 400 TP9
1.465 1.431 440 TP10
1.241 1.413 480 TP11
1.425 1.392 520 TP12
1.350 1.332 560 TP13
1.565 1.587 600 TP14
1.430 1.677 640 TP15
1.417 680 TBM1=2.243m

69
2. Rajah di bawah menunjukkan kerja ukur aras salingan yang melalui sebatang sungai
bagi titik A dan B. Jika diberi jarak ufuk AB = 57.98m, hitungkan:
a. Beza tinggi antara A dan B
a. Aras laras bagi B jika aras laras A ialah 8.473m
b. Seliseh kolimatan alat aras bagi jarak ufuk sejauh 60m

2.247 3.101

1.564 2.382

X A
B Y

3. Jadual di bawah menunjukkan nilai aras laras bagi kerja ukur aras dengan kaedah grid
untuk tujuan penggambaran kontor di suatu kawasan di Parit Raja. Dari nilai aras laras
tersebut, lakarkan bentuk kontor yang akan terhasil pada sela 30m, 31m, 32m dan 33m

29.8 30.9 31.6 31.5 30.2 29.3

30.2 31.4 32.2 32.7 31.3 30.3

31.5 32.7 33.7 33.2 32.2 31.7

31.8 32.4 33.9 33.6 32.7 31.1

30.1 31.2 32.3 31.4 31.1 30.1

29.7 30.5 31.8 31.3 30.8 29.1

70
Contoh jawapan soalan latihan 1

Pandangan TGK Aras Pembetulan ArasLaras Jarak Catatan


Laras Sebenar (m)
Belakang Antara Hadapan Naik Turun
1.235 3.478 2.243 0 2.243 0 TBM1=2.243m
1.441 1.432 0.197 3.487 2.046 0.00024 2.046 40 TP1
1.260 1.117 0.324 3.630 2.370 0.00048 2.370 80 TP2
1.425 1.222 0.038 2.408 0.00072 2.409 120 TP3
1.061 1.332 0.093 2.501 0.00096 2.502 160 TP4
1.401 1.513 0.452 2.049 0.001 2.050 200 TP5
1.959 1.393 0.008 2.057 0.001 2.058 240 TP6
1.290 1.111 0.848 2.905 0.002 2.907 280 TP7
1.356 1.474 0.184 2.721 0.002 2.723 320 TP8
1.192 1.204 0.152 2.873 0.002 2.875 360 TBM2
1.339 1.392 0.200 2.673 0.002 2.675 400 TP9
1.465 1.431 0.092 2.581 0.003 2.584 440 TP10
1.241 1.413 0.052 2.633 0.003 2.636 480 TP11
1.425 1.392 0.151 2.482 0.003 2.485 520 TP12
1.350 1.332 0.093 2.575 0.003 2.578 560 TP13
1.565 1.587 0.237 2.338 0.004 2.342 600 TP14
1.430 1.677 0.112 2.226 0.004 2.230 640 TP15
1.417 0.013 2.239 0.004 2.243 680 TBM1=2.243m

23.435 23.439 1.621 1.625 2.239


-23.439 -1.625 -2.243
- -0.004 -0.004
0.004

Pembetulan = 0.004/17 = 0.00024

71
72

Anda mungkin juga menyukai