Anda di halaman 1dari 36

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

1.0

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta salam keatas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah S.A.W ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya telah dapat menyiapkan tugasan ukur aras bagi modul Ukur Kejuruteraan. Walaupun menghadapi masalah dan kesukaran dalam usaha untuk melaksanakan tugasan ini, namun saya bersyukur dengan izin Allah S.W.T serta berkat kesabaran dan kesungguhan diri ini disamping sokongan yang tidak terhingga kepada keluarga serta tenaga pengajar, maka tugasan ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Saya juga ingin merakam ucapan setinggi terima kasih kepada penyelaras kursus Encik Mohammad Irwan Bin Busrah kerana dengan tunjuk ajar, bantuan, pendapat dan dorongan daripada beliau membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan dan juga mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak diatas segala bantuan, sumbangan dan sokongan untuk menyiapkan tugasan ini.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.0 2.1

JUSTIFIKASI Ilmu Ukur Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik tersebut dipelot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk mukabumi semulajadi atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Dalam erti kata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

2.1.1 Pengkelasan Ilmu Ukur Pengkelasan ilmu ukur boleh dibahagikan berdasarkan :

PENGKELASAN ILMU UKUR

Tujuan mengukur

Penggunaan alat - alat ukur utama

Berdasarkan Kepada Tujuan Mengukur. a. Ukur Satah Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan kedudukan titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah, permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai bagi kawasan yang mempunyai keluasan dalam lingkungan tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat yang wujud tidak memberikan kesan terhadap ketepatan pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas merupakan unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini bermaksud satah yang berada dalam keadaan tepat atau normal terhadap garis graviti.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

b. Ukur Geodetik Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi diambil kira dalam kerjakerja hitungan dan konsep tentang geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang. Dengan menggunakan peralatan yang moden dan canggih pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan sesebuah negara. Jaringan yang dihasilkan dari ukuran geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran. Berdasarkan Kepada Alat Ukur Yang Utama. a. b. c. d. e. Ukur Rantai Ukur Kompas Ukur Aras Ukur Meja Ukur Tiodolit

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1

Cabang-Cabang Ilmu Ukur Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan mengikut tujuan seperti berikut :-

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1.1 Ukur Kejuruteraan

Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerja rekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan menegak.

Tujuan Ukur Kejuruteraan Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut :a. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam. Setting out struktur binaan kejuruteraan awam kepada parameter-parameter yang ditetapkan. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja kejuruteraan.

b.

c.

Jenis - Jenis Ukur Kejuruteraan a. b. c. d. e. f. g. Ukur kawalan mendatar. Ukur kawalan menegak. Penandaan (monumenting). Kerja-kerja setting out untuk jalan, landasan keretapi, talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dan sebagainya. Cross-sectioning dan profiling Kontur dan butiran Pengawalan deformasi struktur-struktur binaan seperti bangunan, jambatan empangan, pelabuhan dan sebagainya.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1.2

Ukur Kadaster

Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah (Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak Bab 81) Jenis-Jenis Ukur Kadaster a. b. c. d. e. f. g. Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah mukim, bandar dan seksyen. Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan kampung. Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum). Pengambilan balik tanah bermilik. Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah. Pecah bahagi bangunan (Strata) Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran-pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.

Tujuan a. b. Pengeluaran surat hak milik Merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti : - jalan - taliair - landasan keretapi - takungan air dan sebagainya. Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti : - sekolah - masjid - tanah perkuburan dan sebagainya. Ukur Kawalan

c.

d.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1.3

Ukur Hidrografi

Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknikteknik dan peralatan yang digunakan. 2.1.4 Ukur Topografi

Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1.5 Ukur Geodetik

Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi. Prinsip ukur geodetik adalah dari keseluruhan kepada sebahagian. Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan itu kemudiannya akan dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil daripada kerja ukur geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.

2.1.5

Astronomi

Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas heavenly bodies seperti matahari, bulan dan bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk latitud dan longitud astronomi, seterusnya mendapatkan azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan, hasil perhitungan dan lain-lain data yang digunakan adalah dalam bentuk sudut.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1.6

Sistem Penentududukan Global (GPS)

Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan. Satelit tersebut berada dalam edaran orbit di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat kordinat jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

2.1.7

Fotogrametri

Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah 1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan alat-alat stereoskop dan stereoplotter. Susunan foto-foto udara yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara juga digunakan untuk menyediakan peta. 2.1.8 Penderiaan Jauh

Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu. Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran (imageri) kawasankawasan di permukaan bumi. Imegeri-imegeri dari airborne dan space borne boleh digunakan untuk menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur

TUGASAN 2 UKUR ARAS

10

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

3.0

PENGENALAN Ukur aras adalah nama yang diberi kepada proses mengukur beza tinggi antara dua titik. Ukur aras banyak kegunaannya dalam ukur kejuruteraan. Ia digunakan dalam semua peringkat projek pembinaan daripada ukur tapak binaan awalan sehingga pemancangan akhir. Peralatan khas yang dikehendaki untuk menjalankan ukur aras ialah alat aras optik dengan kakitiga dan staf aras.

3.1

Prinsip Ukur Aras Kedudukan dua titik di atas permukaan bumi boleh ditentukan dengan pengukuran sudut dan jarak. Maklumat kedudukan titik ini masih dikira tidak lengkap jika data perbezaan ketinggian antara dudatitik ini tidak diketahui. Oleh itu, pengukuran bagi menentukan perbezaan ketinggian antara titik di atas permukaan bumi yang dipanggil ukur aras perlu dijalankan. Prinsip ukur aras adalah bahawa dengan penggunaan alat ukur aras, kita akan dapat membentuk satu garis pandangan, iaitu garis kolimatan bagi alat ini yang terletak dalam suatu satah ufuk melalui bebenang ufuk bagi alat. Operasi ukur aras lebih terletak kepada menentukan jarak pugak dari garisan ini kepada titiktitik yang ukuran tinggi atau perbezaan ketinggian berkait antara satu sama lain. Bagi alat aras yang betul betul terlaras, garis kolimantan bertindih dengan garis mengufuk yang terletak dalam satah mengufuk. Jika ketinggian satah ini diketahui, ketinggian titik titik di atas tanah juga boleh diperolehi.

Dalam rajah di atas, alat aras di diri siap di titik I1. Bacaan R1 dan R2 direkodkan pada kedudukan staf yang dipegang secara tegak di atas tanah, masing masing di titik A dan B. Jika, tatakala itu, aras terlaras titik A (RL a) diketahui, aras terlaras garisan kolimatan pada kedudukan alat I1 diperoleh dengan menambahkan bacaan staf di A kepada RL a. Aras terlaras ini dikenali sebagai Tinggi aras kolimatan (TGK) atau aras kolimantan. Dengan demikian, Aras kolimatan di I1 = RL a + R1

TUGASAN 2 UKUR ARAS

11

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Daripada rajah yang berikut, ia boleh di lihat bahawa untuk memperolehi aras terlaras titik B (RL b). Bacaan staf R2 mesti ditolak daripada aras kolimatan, dengan itu, = aras kolimatan R2 = (RL a + R1) R2 = RL a + (R1 R2) Oleh kerana arah ukur aras daripada A ke B, bacaan staf di A, R1, dikenali sebagai pandangan belakang (PB) dan di B, R2, pandangan hadapan (PH). Daripada ungkapan di atas bagi RL b dan menimbangkan rajah berikut,beza ketinggian antara A dan B diberi oleh (R1 R2) dalam magnitud dan tanda. Seterusnya, oleh kerana R1 lebih besar daripada R2, maka (R1 R2) adalah positif. Ini bermakna bes staf mesti telah ternaik daripada A ke B dan ungkapan (R1 R2) ini dekenali sebagai naik Merujuk kepada rajah yang berikut,anggap alat aras kini dipindahkan ke titik baru I2 untuk mendapatkan aras terlaras titik C. Bacaan R3 adalah bacaan pertama diambil pada staf yang masih lagi berada di titik B tetapi mukanya di pusingkan menghadap I2. Ia menjadi pandangan belakang bagi kedudukan I2 dan pandangan hadapan R4 diambil pada staf titik C. Di titik B, kedua dua bacaan PH dan PB telah direkodkan secara berturutan, setiap bacaan daripada kedudukan alat yang berlainan. Titik seperti ini dipanggil titik alih (TA). Daripada bacaan bacaan staf yang diambil di I2, terlaras titik C (RL c) dikira daripada RL c = RL b + (R3 + R4) Beza ketinggian antara B dan C diberikan maginitud dan tanda oleh (R3 + R4). Dalam Kes ini, oleh kerana R3 lebih kecil daripada R4, (R3 - R4) ini dikenali sebagai turun. Dari segi praktik, PB adalah bacaan pertama diambil selepas alat didirisiap dan sentiasa pada titik yang diketahui atau terkira aras terlarasnya. Sebarang bacaan yang diambil antara PB dan PH daripada kedudukan alat yang sama dikenali sebagai pandangan antara (PA).

RL b

TUGASAN 2 UKUR ARAS

12

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

3.2

Kegunaan Ukur Aras Antara kegunaan ukur aras adalah :-

Mendapatkan beza tinggi antara dua titik.

Mendirikan Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (Temporary Bench Mark) untuk sesuatu projek pembinaan. Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya.

Menghasilkan peta kontor bagi sesuatu kawasan pembinaan.

Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out)

Menanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

13

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

3.3 3.3.1

Istilah Istilah Dalam Ukur Aras Garisan Aras Garisan mendatar yang selari dengan permukaan ufuk bumi. Contoh yang paling senang dilihat ialah permukaan air di sebuah tasik. Garisan ini akan bersudut tepat dengan garis graviti bumi. Aras Laras (Reduced Level) Aras laras bagi sesuatu titik adalah ketinggian (ukuran tinggi) baginya yang telah diukur dengan merujuk kepada suatu permukaan aras tetap yang dikenali sebagai datum atau aras kiraan untuk sesuatu titik. Ianya samada berada di sebelah atas atau bawah datum tersebut.

3.3.2

3.3.3 Batu Aras (Bench Mark BM) Batu aras adalah suatu titik rujukan tetap yang terletak di atas permukaan bumi di mana arasnya telah diketahui nilai ukuran tingginya dengan merujuk kepada datum tertentu. Datum rujukan biasanya adalah aras purata laut (Mean Sea Level - MSL). 3.3.4 Batu Aras Sementara (Temporary Bench Mark TBM) Batu aras sementara adalah titik-titik tetap tetapi bersifat kurang kekal dan dibentuk berdekatan kepada tapak ukur bagi menjimatkan kerja-kerja rujukan kepada batu aras yang mungkin terlalu jauh. Pandangan Belakang Cerapan yang pertama diambil selepas alat aras didirisiapkan pada satu-satu kedudukan atau bacaan setaf pertama yang diambil di atas satu titik yang diketahui ukuran tingginya. Pandangan Antara Cerapan yang diambil di antara pandangan belakang dan pandangan hadapan. Pandangan Hadapan Cerapan terakhir sebelum alat aras dipindahkan kepada kedudukan titik yang lain atau bacaan setaf yang diambil di atas satu titik di mana ukuran tingginya hendak ditentukan. 3.3.8 Titik Pindah Titik kedudukan setaf di mana dua bacaan dibuat iaitu pandangan belakang dan pandangan hadapan diambil.

3.3.5

3.3.6

3.3.7

TUGASAN 2 UKUR ARAS

14

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.0

PERALATAN UKUR ARAS Alat yang digunkan dalam kerja ukur aras ialah alat aras, kaki tiga, staf, gelembung staf, plat staf, pita ukur, pancang jajar, panah rantai, piket kayu dan peralatan merekod.

4.1

Alat Aras Berbagai jenis alat aras boleh digunakan untuk menjalankan ukur aras. Pemilihan alat aras adalah bergantung kepada faktor kos, masa dan ketepatan pengukuran. Walaubagaimanapun, secara umumnya alat aras boleh dibahagi kepada 4 jenis utama, iaitu :-

Alat aras Dompot (Dumpey Level)

Alat aras Digital

ALAT ARAS

Alat aras Jongkit (Tilting Level)

Alat aras Automatik

TUGASAN 2 UKUR ARAS

15

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.1.1 Alat aras Dompot (Dumpey Level) Alat aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianya terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat aras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :1. Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan. 2. Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak plat.

Tiub Gelembung Kanta Mata Teleskop

Skru Pemfokus Plat Atas Skru Gerak Perlahan Ufuk Skru Kakitiga

TUGASAN 2 UKUR ARAS

16

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.1.2

Alat aras Jongkit (Tilting Level) Pada alat ini, teleskop dilekatkan secara tetap pada plat atas dan boleh dijongkitkan sedikit dalam satah pugak terhadap pagsi yang terletak di bawah teleskop menggunakan skru penjongkit. Setiap kali sebelum bacaan setaf diambil, skru penjongkit dipusingkan bagi memastikan teleskop alat aras betulbetul ufuk. Kebanyakan alat menggunakan gelembung U di mana dalam keadaan aras, gelembung kiri dan kanan akan membentuk huruf U bila skru penjongkit dipusing.

Cermin Tiub Pembalikan Gelembung Teleskop Kanta Mata

Skru Pemfokus

Skru Gerak Skru Jongkit Perlahan Ufuk Skru Kakitiga

Gelembung U Alat Aras Jongkit

TUGASAN 2 UKUR ARAS

17

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.1.3

Alat Aras Automatik Bagi alat aras automatik, tiub gelembung tidak lagi digunakan untuk mengsetkan garis kolimatan mengufuk. Sebagai ganti, garis kolimatan ini dihalakan melalui sistem kompensator yang membolehkan garis kolimatan berkenaan berkeadaan mengufuk apabila dipandang melalui teleskop, walaupun paksi optik tiub teleskop tidak mengufuk. Namun, alat aras ini perlu diaraskan lebih kurang 15 daripada garis tegak bagi membolehkan kompensator berfungsi. Pengarasan boleh diperolehi dengan mengaraskan gelembung bulat yang terletak di atas plat atas dengan menggunakan skru kakitiga.

Gelembung bulat perlu sekurang kurangnya berada di dalam bulatan bagi membolehkan alat mengaras dengan sendiri

TUGASAN 2 UKUR ARAS

18

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.1.4 Alat Aras Digital

Penggunaan alat aras digital di dalam kerja pengukuran ketinggian di negara ini adalah semakin meluas. Ia sangat berkejituan tinggi dan mudah dikendalikan bagi menjalankan kerja ukur aras kelas satu dan dua serta kawalan deformasi. Dengan menggunakan setaf yang khusus, ketinggian dan jarak dapat ditentukan secara elektronik. Oleh yang demikian, kesalahan membaca setaf dan catitan dalam buku kerjaluar yang sering berlaku ketika menggunakan kaedah konvensional dapat dielakkan. Berdasarkan konsep pantulan cahaya atau laser, bacaan aras akan dipaparkan pada skrin paparan alat aras dalam bentuk digital. Segala cerapan samada jarak atau ketinggian yang diambil akan disimpan dalam ingatan yang terbina pada alat ataupun sistem kad ingatan PCMCIA (PCMCIA Memory Card System). 4.1.4 Kakitiga Alat Aras Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras. Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala bagi alat aras automatik, permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

19

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.1.5

Setaf Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambungsambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial. Setiap satu senggatan adalah bersamaan satu sentimeter (1 cm). Dengan ini bacaan boleh dibuat kepada 1 mm yang hampir

1.3

Bacaan setaf sepatutnya dibaca sebagai ialah 1.253m

1.2

4.1.6

Gelembung Setaf (Staf Buble)

Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul-betul tegak. Selalunya dilekapkan pada sisi setaf. Gelembung udara pada gelembung setaf dapat membantu kepugakan setaf.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

20

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

4.1.7 Pita Ukur

Digunakan untuk mengukur jarak dari alat aras ke setaf. Jarak antara pandangan belakang dan pandangan hadapan sebaik-baiknya lebih kurang sama untuk mengelakkan selisih kolimatan alat.

4.1.8 Buku Kerja Luar / Borang Pembukuan Ukur Aras

Buku kerja luar digunakan untuk merekod bacaan dan membuat kiraan aras laras. Pembukuan dan kiraan boleh dibuat dengan dua kaedah, iaitu kaedah naik turun atau tinggi garis kolimatan (TGK).

TUGASAN 2 UKUR ARAS

21

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

5.0

KERJA LAPANGAN Kerja di lapangan meliputi kerja pelarasan sementara, pencerapan dan pembukuan.

5.1

Pelarasan Sementara Alat Aras Pelarasan sementara alat aras dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu :

Mendiri Siap Alat Aras


1

Pelarasan Alat Aras


2

Memfokus Alat Aras


3

5.1.1

Mendiri Siap Alat Aras Langkah langkah mendiri siap alat aras : a) Dirikan kaki tiga di atas tanah pada ketinggian yang sesuai (pastikan plat permukaan kaki tiga hampir mendatar). b) Tekan kaki tiga ke dalam tanah bagi mengukukhkan kedudukannya.

c) Buka pentup bahagian atas kaki tiga.

d) Keluarkan alat aras daripada kotak dengan memegang rangkanya dan dipasangkan di atas plat permukaan kaki tiga.

e) Ketatkan alat aras pada kaki tiga dengan menggunakan skru pengapit.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

22

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

5.1.2

Pelarasan Alat Aras Pelarasan alat aras terbahagi kepada dua iaitu :-

PELARASAN ALAT ARAS

Pelarasan Sementara Pelarasan Tetap

Pelarasan Sementara Ia melibatkan kerja-kerja memasang, mengaras alat aras dan memfokus teleskop. Pelarasan ini perlu dilakukan setiap kali alat aras di dirikan. Langkahlangkah bagi melakukan pelarasan sementara adalah seperti berikut : Langkah 1
Skru Kaki Pelaras Gelembung Aras

Halakan teleskop selari dengan mana-mana dua skru kaki (2 & 3). Pusing keduadua skru kaki serentak pada arah berlawanan sehingga gelembung aras berada di tengah-tengah.

Langkah 2
1

Pusing teleskop 90 atau selari dengan skru kaki no. 1. Pusingkan skru kaki pelaras no. 1 (Jangan pusing skru 2 & 3) sehingga gelembung aras berada di tengah-tengah.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

23

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Langkah 3
1

Pusing teleskop 90 atau selari dengan skru kaki (2 & 3) tetapi berlawanan arah dengan langkah 1.Pusing kedua-dua skru kaki serentak pada arah berlawanan sehingga gelembung aras berada di tengah-tengah.

Langkah 4

Pusing teleskop 90 atau selari dengan skru kaki no. 1 (berlawanan arah dengan langkah 2). Pusingkan skru kaki pelaras no. 1 sehingga gelembung aras berada di tengah-tengah. Jangan pusing skru 2 & 3.

Langkah 5 (Semakan) Pusing teleskop 90 dan kembali ke kedudukan asal. Sepatutnya gelembung aras berada di tengah-tengah pada mana-mana arah.

Langkah 6 Jika gelembung masih tidak di tengah-tengah, ulangi langkah 1 4.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

24

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Pelarasan Tetap Ia adalah pelarasan terhadap alat aras itu sendiri. Pelarasan tetap dilakukan apabila bacaan yang diambil pada alat aras didapati kurang tepat ( terdapat ralat). Pelarasan tetap alat aras jongkit perlu disemak untuk memastikan bahawa garis kolimatan berkeadaan selari dengan tangen utama. Oleh itu, apabila gelembung aras berada di tengah-tengah tiub, maka garis kolimatan adalah mengufuk. Jika garis kolimatan tidak disetkan betul-betul mengufuk, maka seliseh kolimatan terwujud dalam alat aras ini. Kaedah biasa bagi menyemak dan melaraskan alat aras adalah dengan membuat Ujian Dua Piket atau Ukur Aras Salingan.

5.1.3

Memfokus Alat Aras Langkah langkah memfokus alat aras : 1. 2. 3. 4. 5. Halakan teropong pada satu objek yang cerah. Laraskan kanta mata sehingga ulir silang jelas kelihatan. Halakan teropong ke satu arah staf. Laraskan skru pemfokus sehingga staf jelas kelihatan. Laraskan skru gerak perlahan supaya ulir silang berada di tengah tengah staf. 6. Pastikan tidak terdapat beza lihat antara imej staf dan ulir silang. Jika terdapat beza lihat, laraskan kanta mata semula.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

25

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

5.2

Pencerapan Dan Pembukuan Kaedah Pencerapan Ukur Aras Setelah selesai kerja pelarasan sementara alat aras, kerja kerja pencerapan dan pembukuan bolehlah dimulakan dengan mencerap staf di batu aras atau batu aras sementara den seterusnya mencatat bacaan staf untuk mendapatkan pandangan antara dan pandangan hadapan. Pastikan semua bacaan dicatat dalam ruangan yang betul. Maklumat seperti batu aras, rantaian dan titik pindah juga dicatatkan dalam ruangan catatan. Gambar rajah berikut menjukan profil atau kerataan membujur kerja ukur aras yang menunjukkan kedudukan alat aras, staf dan juga semua maklumat yang perlu dicatat dalam jadual pembukuan.

Profil atau kerataan membujur kerja ukur aras


Pandangan Belakang 1.600 Pandangan Antara 1.185 1.790 1.290 2.275 3.000 3.290 2.510 1.980 2.180 2.970 2.380 3.025 2.452 Pandangan Hadapan Naik Turun Aras Laras Rantaian (m) 0 10 40 70 90 100 120 140 160 180 200 210 Catatan BA 1, AL =10.750 m Titik A Titik B Titik C, TP1 Titik D Titik E Titik F Titik G, TP2 Titik H Titik I Titik J BA 2, AL =8.315 m

TUGASAN 2 UKUR ARAS

26

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Dengan merujuk kepada rajah dan jadual yang berikut, pembukuan boleh dibuat dengan prosedur berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Diri siapkan alat aras pada titik stesen P. Pastikan staf di BA 1 boleh di baca. Lakukan kerja mengaras dan memfokus. Letakkan staf di BA1 dan ambil bacaan serta catatkan dalam ruangan pandangan belakang dalam jadual kerja ukur aras. Pilih titik A dan dapatkan bacaan staf. Catatkan dalam ruangan pandangan antara. Seterusnya , pilih titik B dan dapatkan bacaan staf. Bacaan ini juga dicatatkan dalam ruangan pandangan antara. Pindahkan alat aras ke titik stesen Q tetapi staf masih ditegakkan di titik C. Diri siapkan alat aras sekali lagi dan dalam keadaan gelembung berada di titik tengah tengah bulatan, dapatkan bacaan pada titik C dan catatkan bacaan pada ruangan pandangan antara. Lakukan proses ini pada semua titik sehingga dapat bacaan pada BA2. Catatkan bacaan staf pada ruangan pandangan hadapan. Catatkan jarak atau rantaian antara staf dalam ruangan rantaian.

7. 8. 9.

Kaedah Pembukuan Ukur Aras Pembukuan boleh dibuat sama ada dengan kaedah naik dan turun ataupun tinggi kolimatan. Pembukuaan kaedah naik dan turun Jadual di bawah menujukan contoh pembukuan kerja ukur aras keedah naik dan turun. Pembukuan ini dibuat berasarkan profil atau kerataan membujur seperti yang ditunjukan di bawah.

Pandangan Belakang 1.600

Pandangan Antara 1.185 1.790

Pandangan Hadapan

Naik

Turun

Aras Laras

1.290 2.275 3.000 3.290 2.510 1.980 2.180 2.970

2.452

3.025

2.380

Rantaian (m) 0 10 40 70 90 100 120 140 160 180 200 210

Catatan BA 1, AL =10.750 m Titik A Titik B Titik C, TP1 Titik D Titik E Titik F Titik G, TP2 Titik H Titik I Titik J BA 2, AL =8.315 m

Jadual menunjukan contoh pembukuan kerja luar ukur aras kaedah naik dan turun.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

27

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Pembukuan Kaedah Kolimatan Jadual di bawah pula menunujukkan contoh pembukan kerja ukur aras kaedah tinggi kolimatan. Pembukuan ini dibuat berdasarkan profil atau kerataan membujur jalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Pandangan Belakang 1.600

Pandangan Antara 1.185 1.790

Pandangan Hadapan

Tinggi kolimatan

Aras Laras

1.290 2.275 3.000 3.290 2.510 1.980 2.180 2.970

2.452

3.025

2.380

Rantaian (m) 0 10 40 70 90 100 120 140 160 180 200 210

Catatan BA 1, AL =10.750 m Titik A Titik B Titik C, TP1 Titik D Titik E Titik F Titik G, TP2 Titik H Titik I Titik J BA 2, AL =8.315 m

Jadual menunjukan contoh pembukaan kerja luar ukur aras kaedah tinggi kolimatan.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

28

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

6.0

KERJA MEJA Kerja meja meliputi pelarasan sementara aras laras, semakan aritmetik, semakan ketepatan kerja ukur aras dan pemplotan.

6.1

Menghitung Aras Laras Kaedah Naik Dan Turun Dalam kaedah ini, aras laras setiap titik dihitung berdasarkan beza tinggi antara dua titik. Dalam keadaan naik, aras laras diperoleh dengan mencampurkan nilai beza tinggi yang bertambah dengan aras laras titik sebelumnya. Sebaliknya jika terdapat beza tinggi yang berkurangan aras laras pada titik itu diperoleh dengan menolak nilai beza tinggi yang berkurangan itu daripada aras laras titik sebelumnya. Berdasarkan profil kerja ukur aras dalam rajah yang diterangkan, nilai naik atau turun dan aras laras bagi setiap titik dapat ditentukan.

Pandangan Belakang 1.600

Pandangan Antara 1.185 1.790

Pandangan Hadapan

Naik

Turun

0.145 2.452 0.605 0.636 0.985 0.725 0.290 0.265 0.530 0.200 0.790 2.380 7.830 0.590 1.800 4.230 -2.430

1.290 2.275 3.000 3.290 2.510 1.980 2.180 2.970 5.400 7.830 -2.430

3.025

Aras Laras 10.750 11.165 10.560 9.925 8.940 8.215 7.925 8.190 8.720 8.520 7.730 8.320 8.320 10.750 -2.430

Rantaian (m) 0 10 40 70 90 100 120 140 160 180 200 210

Catatan BA 1, AL =10.750 m Titik A Titik B Titik C, TP1 Titik D Titik E Titik F Titik G, TP2 Titik H Titik I Titik J BA 2, AL = 8.315 m Ralat sebenar = 8.320 m 8.315 m = 0.005 m

a.

Bacaan staf pada BA 1 = 1.600 m Bacaan staf pada titik A = 1.185 m Oleh itu, beza tinggi antara BA 1 dengan titik A, = 1.600 m 1.185 m = 0.415 m Ini menunjukkan titik A lebih tinggi daripada BA 1, Nilai positif (+ve) ini dicatatkan dalam rauang naik. Dapatkan nilai aras laras pada titik A. Aras laras pada titik A = Aras laras di BA 1 + naik = 10.750 m + 0.415 m = 11.165 m Catatkan nilai aras laras pada titik A dalam ruang aras laras.

b.

c.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

29

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

d.

Seterusnya, dapatkan nilai aras laras pada titik B Bacaan staf pada titik A = 1.185 m Bacaan staf pada titik B = 1.790 m Oleh itu, beza tinggi antara A dan B = 1.185 m 1.790 m = 0.605 m Ini menunjukkan titik B lebih rendah daripada titik A. Nilai negatif (-ve) ini dicatatkan dalam ruang turun. Dapatkan nilai aras laras pada titik B Aras laras pada titik B = aras laras pada titik A + Turun = 11.165 m + (- 0.650 m) = 11.165 m 0.605 m = 10.560 m Hitungan nilai naik atau turun dan aras laras bagi titik titik C, D, E dan seterusnya. Catatkan nilai yang diperoleh dalam ruangan seperti ditunjukkan.

e.

f.

g.

Menghitung Aras Laras Kaedah Tinggi Kolimatan Dalam kaedah ini, aras laras setiap titiik dihitung dengan menggunakan tinggi kolimatan. Tinggi kolimatan diperoleh dengan mencampurkan aras laras titik pertama dengan bacaan pandangan belakang atau titik pindah. Aras laras seterusnyadiperoleh dengan menolak bacaan pandangan antara atau pandangan hadapan daripada tinggi kolimatan.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

30

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

6.2

Semakan Aritmetik Langkah yang seterusnya ialah membuat semakan artimetik iaitu menyemak sama ada kiraan naik dan turun serta aras laras yang dihitung tadi tepat atau tidak. Semakan artimetik juga boleh dibuat melalui kaedah naik turun dan kaedah tinggi kolimatan.

Semakan Artimetik Kaedah Naik Dan Turun Semakan artimetik bagi kaedah naik dan turun dilakukan dengan mendapatkan hasil tolak jumlah pandangan belakang dan jumlah pandangan hadapan, jumlah naik dengan jumlah turun, dan aras laras titik akhir dengan aras laras titik pertama. Seterusnya, bandingkan ketiga tiga perbezaan ini. Jika perbezaan yang diperoleh sama, ini bermakna kiraan yang telah dibuat adalah tepat.

Semakan Artimetik Kaedah Tinggi Kolimatan Semakan artimatik bagi kaedah tinggi kolimatan dibuat dengan membandingkan perbezaan antara jumlah pandangan belakang ditolak dengan jumlah pandangan hadapan, dengan bacaan aras laras akhir ditolak dengan bacaan aras laras pertama. Sekiranya hasil ditolak ini sama, maka pelarasan aras laras yang dihitung tadi adalah tepat.

Semakan Ketepatan Kerja Ukur Aras Setelah semakan aritimetik dilakukan, tugas selanjutnya ialah menyemak sama ada kerja ukur aras itu tepat atau tidak. Untuk mengetahui sama ada kerja ukur itu tepat atau tidak, ralat sebenar dan ralat yang dibenarkan perlu dihitung. Kedua dua ralat ini dibandingkan. Jika ralat sebenar lebih kecil daripada ralat yang dibenarkan, kerja ukur itu boleh diterima.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

31

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Kebaikan Dan Keburukan Dua Kaedah Pembukuan Kaedah Naik Dan Turun Kebaikan Keburukan

1) Setiap aras laras dikira dari 1) Kaedah yang banyak aras laras yang pengiraan sebelumnya. Oleh yang 2) Satu kaedah yang tidak demikian, semakan kira-kira sesuai digunakan sekiranya yang betul mempastikan banyak bacaan diambil semua aras laras adalah daripada setiap kedudukan betul pengiraannya. alat. 2) Kaedah yang lebih disukai kerana ia boleh menyemak semua aras laras Kaedah Ketinggian Kolimatan (TGK) Kebaikan Keburukan

1) Kaedah pengiraan yang 1) Satu kaedah yang tidak cepat sekiranya banyak boleh menyemak semua pandangan antara diambil aras laras titik perantaraan. kerana pengiraan yang 2) Kesalahan-kesalahan sedikit sahaja diperlukan. dalam aras laras yang 2) Satu kaedah yang sangat berasingan boleh berlaku sesuai untuk kerja ukur tanpa dibuat semakan. aras pemancangan dan 3) Tidak sesuai untuk kerja kerja-kerja kontur. yang melibatkan banyak pengiraan

TUGASAN 2 UKUR ARAS

32

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

7.0

KESIMPULAN Melalui tugasan ini yang bertajuk ukur aras, antara kesimpulan yang saya dapat diperolehi ialah saya dapat memahami konsep dan kaedah menjalankan pengukuran bagi mendapatkan perbezaan ketinggian antara titik-titik di atas permukaan bumi. Melalui tugasan ini saya dapat mengenali tujuan dan keperluan menjalankan ukur aras. Ukur aras adalah nama yang diberi kepada proses mengukur beza tinggi antara dua titik. Ukur aras banyak kegunaannya dalam ukur kejuruteraan. Ia digunakan dalam semua peringkat projek pembinaan daripada ukur tapak binaan awalan sehingga pemancangan akhir. Peralatan khas yang dikehendaki untuk menjalankan ukur aras ialah alat aras optik dengan kakitiga dan staf aras. Prinsip ukur aras adalah kedudukan dua titik di atas permukaan bumi boleh ditentukan dengan pengukuran sudut dan jarak. Maklumat kedudukan titik ini masih dikira tidak lengkap jika data perbezaan ketinggian antara dudatitik ini tidak diketahui. Oleh itu, pengukuran bagi menentukan perbezaan ketinggian antara titik di atas permukaan bumi yang dipanggil ukur aras perlu dijalankan. Kedudukan dua titik di atas permukaan bumi boleh ditentukan dengan pengukuran sudut dan jarak. Maklumat kedudukan titik ini masih dikira tidak lengkap jika data perbezaan ketinggian antara dudatitik ini tidak diketahui. Oleh itu, pengukuran bagi menentukan perbezaan ketinggian antara titik di atas permukaan bumi yang dipanggil ukur aras perlu dijalankan. Melalui tugasan ini, saya juga dapat mengetahui kegunaan ukur aras iaitu, Mendapatkan beza tinggi antara dua titik, Mendirikan Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (Temporary Bench Mark) untuk sesuatu projek pembinaan. Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya. Menghasilkan peta kontor bagi sesuatu kawasan pembinaan, Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out) danMenanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air.

Dalam kerja ukur aras beberapa istilah digunakan bagi mendapatkan ukuran dan memudahkan kerja pencerapan. Antara istilah istilah yang digunakan adalah Garisan Aras, Aras Laras (Reduced Level), Batu Aras (Bench Mark BM), Batu Aras Sementara (Temporary Bench Mark TBM), Pandangan Belakang, Pandangan Antara, Pandangan Hadapan dan Titik Pindah. Peralatan dalam kerja ukur aras terdiri daripada alat aras, kaki tiga, staf, gelembung staf, plat staf, pita ukur, pancang jajar, panah rantai, piket kayu dan peralatan merekod.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

33

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

Berbagai jenis alat aras boleh digunakan untuk menjalankan ukur aras. Pemilihan alat aras adalah bergantung kepada faktor kos, masa dan ketepatan pengukuran. Walaubagaimanapun, secara umumnya alat aras boleh dibahagi kepada empat jenis utama, iaitu; Alat aras Dompot (Dumpey Level), Alat aras Jongkit (Tilting Level), Alat aras Automatik dan Alat aras Digital. Kerja meja Kerja di lapangan meliputi kerja pelarasan sementara, pencerapan dan pembukuan. Pelarasan alat aras terbahagi kepada dua iaitu; Pelarasan Sementara dan Pelarasan Tetap. Pelarasan Sementara melibatkan kerja-kerja memasang, mengaras alat aras dan memfokus teleskop. Pelarasan ini perlu dilakukan setiap kali alat aras di dirikan. Langkah-langkah bagi melakukan pelarasan sementara adalah seperti berikut. Manakala Pelarasan Tetap adalah pelarasan terhadap alat aras itu sendiri. Pelarasan tetap dilakukan apabila bacaan yang diambil pada alat aras didapati kurang tepat ( terdapat ralat ). Pelarasan tetap alat aras jongkit perlu disemak untuk memastikan bahawa garis kolimatan berkeadaan selari dengan tangen utama. Oleh itu, apabila gelembung aras berada di tengah-tengah tiub, maka garis kolimatan adalah mengufuk. Setelah selesai kerja pelarasan sementara alat aras, kerja kerja pencerapan dan pembukuan bolehlah dimulakan dengan mencerap staf di batu aras atau batu aras sementara den seterusnya mencatat bacaan staf untuk mendapatkan pandangan antara dan pandangan hadapan. Pastikan semua bacaan dicatat dalam ruangan yang betul. Kerja meja meliputi pelarasan sementara aras laras, semakan aritmetik, semakan ketepatan kerja ukur aras dan pemplotan. Dalam kaedah ini, aras laras setiap titiik dihitung dengan menggunakan tinggi kolimatan. Tinggi kolimatan diperoleh dengan mencampurkan aras laras titik pertama dengan bacaan pandangan belakang atau titik pindah. Aras laras seterusnyadiperoleh dengan menolak bacaan pandangan antara atau pandangan hadapan daripada tinggi kolimatan. Semakan artimetik iaitu menyemak sama ada kiraan naik dan turun serta aras laras yang dihitung tadi tepat atau tidak. Semakan artimetik bagi kaedah naik dan turun dilakukan dengan mendapatkan hasil tolak jumlah pandangan belakang dan jumlah pandangan hadapan, jumlah naik dengan jumlah turun, dan aras laras titik akhir dengan aras laras titik pertama. Manakala, Semakan artimatik bagi kaedah tinggi kolimatan dibuat dengan membandingkan perbezaan antara jumlah pandangan belakang ditolak dengan jumlah pandangan hadapan, dengan bacaan aras laras akhir ditolak dengan bacaan aras laras pertama. Oleh itu, kerja ukur adalah sangat penting dalam sektor pembinaan dan perancangan pembinaan. Kerja ukur aras dibuat untuk mendapatkan aras ketinggian, kecuraman dan sebagainya. Peralatan yang sesuai perlulah digunakan dalam kerja ukur aras. Kerja lapangan dan kerja meja merupakan proses untuk mendapat aras utuk sesuatu kawasan.

TUGASAN 2 UKUR ARAS

34

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

8.0

RUJUKAN

Saya juga merujuk beberapa bahan untuk mendapatkan maklumat antaranya ialah: Beberapa sumber yang saya mengunakan untuk mendapatkan maklumat antaranya ialah: SUMBER BUKU 1. Ilmu Ukur Untuk Jurutera Kamaruzaman Abd. Rashid, Anuar Ahmad & Shahidah Mohd. Ariff Penerbit UTM, ISBN 983 9585 81 9 2. Asas Ukur Kejuruteraan Ab. Hamid Mohamed Penerbit UTM, ISBN 967 950 -054-3 3. Buku Teks Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 Dewan bahasa dan pustaka ISBN 978 983 46 0968 9

SUMBER INTERNET http://www.wikihow.com/Prepare-a-Foundation http://www.jupem.gov.my/index.php http://azamansaidin.blogspot.com/2010/01/kerja-kerja-merancang-tanda-dan.html http://www.scribd.com/doc/78380782/TEKNOLOGI-BINAAN-2012 http://ukurkejuruteraan.blogspot.com/2011/08/nota-ukur-kejuruteraan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Ilmu_ukur

TUGASAN 2 UKUR ARAS

35

UKUR KEJURUTERAAN 1 (M01-03-04)

9.0

LAMPIRAN

SOALAN TUGASAN 2 TAJUK UKUR ARAS

1.

PENGENALAN - Prinsip Ukur Aras - Penggunaan PERALATAN UKUR ARAS KERJA LAPANGAN

2. 3.

4. 5.

KERJA MEJA KESIMPULAN

6.

RUJUKAN

TUGASAN 2 UKUR ARAS

36

Anda mungkin juga menyukai