Anda di halaman 1dari 8

GEOTEKNIK 2

PENGENALAN
Tembok penahan merupakan satu struktur yang direkabentuk dan dibina kahs untuk
menaggung beban ufuk dari tanah sementara menahan tanah-tanih daripada pergerakan
sisi ataupun runtuh. Oleh sebab itu, penyelesaian kepada masalah kegelinciran tanah ialah
dengan membina tembok penahan. Tanah dibelakang tembok penahan bermaksud
kesemua bahan yang berada dibelakang tembok, samada tanah tidak terganggu atau
tanah yang ditambak yang mana kesan dari bahan-bahan yang berada dibelakang tembok
tersebut akan menghasilkan tekanan kepada struktur (Whitney, 1957).
Tebal dan tinggi struktur bergantung kepada bahagian cerun yang perlu disokong
dan ciri-ciri tanah yang berada dibelakang tembok penahan. Faktor seperti beban diatas
tanah belakang tembok penahan juga perlu dititikberatkan. Perkataan beban disini
membawa maksud tanah atau bahan-bahan lain yang bergantung pada paksi mengufuk
pada bahagian puncak tembok (Whitney, 1957) seperti dalam . Struktur yang menyokong
permukaan tanah mengufuk pada bahagian teratas struktur selalunya dianggap mempunyai
beban mendatar (horizontal surcharge), tetapi anggapan tersebut adalah tidak benar
(Whitney, 1957). Maka, pemahaman tentang keadaan sebenar samada dari bentuk fizikal
ataupun anggapan adalah penting.
Kehadiran air merupakan salah satu ancaman kepasa semua jenis struktur binaan
termasuklah tembok penahan. Air bumi yang berkumpul dibelakang tembok akan
menghasilkan tekanan air liang. Tekanan ini perlu diambilkira semasa peringkat rekabentuk
dimana jumlah tekanan sebenarnya adalah lebih besar berbanding tekanan yang tehasil
dari tanah dibelakang tembok sahaja.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

TEMBOK GABION
Tembok gabion merupakan sangkar jarring berbentuk segi empat yang diisi dengan ketulan
batu sederhana besar. Batu yang digunakan ialah batu granit yang mempunyai saiz antara
300 mm hingga 600 mm. terdapat dua jenis sangkar jarring, sangkar jarring bersaiz 1m x
1m x 1m dinamakan gabion kotak. Gabion tilam pula melebihi lebar dan ketinggian yang
melebihi 1m tetapi ketebalannya kurang daripada 300 mm. kaki cerun dipotong bersesuaian
dengan saiz tapak tembok dan sangkar jarring di susun di atasnya sebelum dimasukan
batu granit. Tembok gabion biasanya disusun bertangga atau berbentuk hamparan supaya
lebih kukuh dan stabil.

Gambar menunujukan tembok penahan jenis gabion.


Lokasi gambar diambil : Kawasan Empangan Pedu, Padang Terap, Kedah.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

TEMBOK PENAMBAT
Penambat biasanyan dibina pada tanah cerun yang keras dan padat. Tembok penambat
tidak sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai faktor keselamatan kurang daripada
satu. Penambat atau sauh bumi terdiri daripada kabel atau bar keluli tegangan tinggi yang
dipanggil tedon. Satu hujung tendon ditanam di dalam tanah dengan mengunakan turapan
simen atau tanah berturap, manakala hujung yang satu lagi ditambat pada plat galas di atas
struktur yang akan disokong.

Gambar menunujukan tembok penahan jenis penambat.


Lokasi gambar diambil : Kawasan Empangan Pedu, Padang Terap, Kedah.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

SALIRAN
Air larian permukaan yang mengalir pada permukaan cerun perlu disalirkan dengan
sempurna untuk mengelakkan kegagalan ricih tanah. Sistem saliran yang tersusun dibina
untuk mengalirkan air melalui saliran pemintas pada kaki setiap tingkat cerun. Saliran
pemintas itu disambungkan pada saliran pemungut supaya air larian permukaan yang
masuk ke dalam saliran pemintas akan disalirkan ke saliran pemungut dan terus ke saliran
jalan. Saliran pemintas dibina secara bertingkat di sepanjang cerun untuk mengurangkan
kelajuan air larian permukaan yang disalirkan.

Gambar menunujukan tembok penahan jenis sistem saliran.


Lokasi gambar diambil : Loji Indah Water, Seberang Perai, Pulau Pinang.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

TERES
Teres merupakan kaedah menstabilkan cerun yang dilaksanakaan dengan cara memotong
cerun secara bertinggkat. Hal ini demikian bertujuan menyediakan permukaan yang rata
supaya cerun tinggi yang bertrusan. Biasanya pembinaan cerun ini akan diikuti dengan
penanaman rumput.

Gambar menunujukan tembok penahan jenis teres.


Lokasi gambar diambil : Lebuhraya Gerik - Jeli.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

TEMBOK PENAHAN KONKRIT


Fungsi utama pembinaan tembok penahan adalah untuk menyokong tanah supaya berada
dalam keadaan stabil di samping mengelakkan geliciran tanah berlaku pada cerun.
Biasanya, tembok penahan diperbuat daripada konkrit bertetulang. Tebal dan tinggi tembok
adalah bergantung pada bahagian cerun yang perlu disokong. Lubang leleh dibina pada
tembok penahan untuk mengalirkan air yang terkumpul di belakang tembok dan
mengurangkan tekanan air liang pada cerun tersebut. Kawasan di sekeliling laluan masuk
lubang leleh diletakan bahan berbutir tergred untuk memudahkan pergerakan air dan
memastikan lubang leleh tidak tersumbat.

Gambar menunujukan tembok penahan jenis penahan konkrit.


Lokasi gambar diambil : Kawasan Empangan Pedu, Padang Terap, Kedah.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

KESIMPULAN
Kesimpulan yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya telah mengetahui
jenis jenis tembok penahan yang digunakan untuk menstabilkan cerun. Cerun perlu
distabilkan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Hal ini demikian kerana banyak
kejadian tanah runtuh telah berlaku yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian
harta benda. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk menstabilkan cerun dan telah
dilakukan dan bergantung kepada kesuaian dan jenis tanah di kawasan cerun tersebut.
Sejajar dengan pembangunan negara kita yang sedang pesat membangun, bidang
Geoteknik memainkan peranan penting dalam pengendalian tanah. Pengurusan
pengendalian tanah yang baik merupakan faktor utama dalam merialisasikan lagi
pembangunan negara kita, Malaysia. Penekanan dan pemerhatian yang lengkap dapat
menjamin dari berlakunya pembaziran ruang tanah dan bencana yang tidak diingini seperti
tanah runtuh khasnya. Projek-projek pembangunan seperti pembinaan jalanraya,
pemotongan bukit dan pembinaan saliran adalah antara yang paling berisiko dalam
kegagalan struktur tanah dan perlu diberi perhatian sirius. Pengamatan tembok penahan
adalah satu langkah awal yang perlu dilakukan dalam mengembalikan kekuatan struktur
tanah.
Didalam sektor pembinaan, tembok penahan merupakan satu struktur binaan yang
berfungsi khas untuk menyokong ataupun menahan tanah secara menegak. Dari kemajuan
teknologi hari ini, tembok penahan tidak lagi terhad kepada ketinggian tertentu. Apa yang
membataskan penggunaan teknologi ini ialah kadar keekonomian sesuatu pembinaan.
Ianya harus di beri perhatian mendalam samada keuntungan ataupun kerugian. Namun
begitu, tiada pilihan lain untuk sesuatu projek yang mempunyai satu jalan penyelesaian
sahaja, maka faktor ekonomi akan diabaikan.

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

GEOTEKNIK 2

RUJUKAN
Sumber Internet
1. http://www.rockwoodwalls.com
tarikh : 25/08/2014 masa : 09:23 pm
2. http://www.geotextile.com
tarikh : 25/08/2014 masa : 10:07 pm
Sumber Buku
1. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4
ISBN : 978-983-46-0968-9
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Edisi : 2011
Unit 6 geoteknik m/s : 158 162
2. Teknologi Binaan Banguan / Tan Boon Tong
ISBN : 983-62-1370-8
Bab 14 pembinaan dinding dan tembok m/s 340 344
3. Kerja Batu Bata Dan Konkrit / Tan Boon Tong
ISBN : 984-32-2461-7
Bab 9 asas m/s 131 - 137

TUGASAN 1 TEMBOK PENAHAN

Anda mungkin juga menyukai