Anda di halaman 1dari 2

JENIS-JENIS IBS

Sistem Konkrit Pratuang

Ia adalah antara jenis IBS yang paling diminati dalam industri pembinaan
negara. Terbahagi kepada dua jenis utama-struktur kerangka dan dinding
galas beban.

Komponen tipikal dalam struktur kerangka adalah rasuk, tiang, papak dan
dinding tidak galas beban. Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan di luar
tapak menggunakan mesin dan acuan. Jenis kedua pula sistem dinding galas
beban, menawarkan sestem yang lebih mudah iaitu papak dan dinding.
Kedua-kedua komponen itu boleh dikeluarkan di kilang atau diperbuat di
tapak dan antara jenis popular ketika ini menakala jenis pertama adalah
menjadikan struktur lebih fleksibel dan mapan.

Sistem Kerangka Keluli

Sistem ini terutamanya untuk kerangka bumbung begitu digemari di negara


ini. Keluli struktur sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya
digunakan dengan panel papak dan dinding kongkrit pratuang di dalam
penghailan struktur hibrid dengan masa cepat

Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu
keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam
pembuatan.

Ia menawarkan pemasangan tapak lebih pantas dan pengurangan tenaga


pekerja jika dibandingkan denga lain-lain jenis IBS.

Sistem Acuan

Sistem ini menjalankan proses pembinaan menggunakan suatu cara yang


sistematik dan berasaskan mekanikal. Mengguankan panel acuan yang boleh
digunakan semula, pembinaan konkrirt in-situ dapat dipertingkatkan. Ia
meninggikan kelajuan pembinaan melalaui perlerakan konkrit dengan pantas.

Kos pula dapat dikurangkan melalui pemiawaian saiz struktur dan


memastiakan pergerakan dan kitaran penkonkritan. Walaubagaimanapun,
dinding dan papak dapat dihasilkan serentak melalui penggunaan sistem
acuan terowong.

Kebanyakan daripada sistem acuan adalah berasaskan keluli tetapi sejak


kebelakangan ini sistem berasaskan aluminium dan plastik turut digunakan.

Sistem Kerangka Kayu

Kerangka kayu pasang siap adalah antara sistem IBS yang paling kurang
digunakan. Kebanyakan sistem tempatan adalah untuk pembinaan kerangka
bumbung. Penggunaan kayu pasang siap untuk komponen struktur yang lain
adalah hampir tidak wujud di Malaysia kecuali untuk wakaf dan beberapa
unit chalet khas.

Namun begitu, kerana rumah-rumah Melayu tradisional juga adalah


merupakan ?rumah pasang siap? daripada segi struktur dan fungsi melalui
penggunaan tanggam tanpa paku dan kebolehalihannya, adalah dijangkan
bahawa penyedia sistem pasang siap kayu tempatan akan turut menghasilkan
produk selain kerangka bumbung di masa yang terdekat.

Sistem Blok

Pada asasnya ia adalah suatu jenis IBS yang berasaskan teknologi konkrit
pratuang. Sistem ini termasuk blok konkrit pratuang berongga, berkait dan
juga berbusa. Oleh kerana saiznya yang kecil jika dibanding secara relatif
dengan lain-lain komponen IBS, ia boleh diuruskan dengan mudah dan
mempunyai darjah toleransi yang tinggi.

Kebanyakan jenis blok tersebut juga boleh dibuat dengan mudahnya di tapak
dan mempunyai kos pengeluaran yang rendah.

Anda mungkin juga menyukai