Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Terdapat banyak jenis kemasan yang boleh digunakan untuk kemasan lantai. Ini boleh
dipasangkan sama ada sebagai suatu lapisan jubin yang disusun atas lantai konkrit dan
kemudian dilekatkan dengan turapan simen kepadanya. Untuk memilih lantai dan dinding
yang betul – betul sesuai, beberapa faktor perlu dipertimbangkan, iaitu jenis lantai, lantai atas
atau bawah, jenis dinding, cuaca, penyaman udara, keperluan, untuk menghindarkan dari
keadaan berhabuk, beban, lalulintas di atas nya, dan belanja penyelenggaraan. Juga
perhitungan mestilah dibuat mengenai keselesaan, harga, warna dan kualiti bahan kemasan
itu sendiri.

Penjubinan digunakan sejak lama dahulu, tetapi hanya di bangunan-bangunan tertentu


sahaja mungkin kerana kosnya tinggi dan ianya merupakan bahan import dari luar. Berbagai
ukuran, bentuk dan rekabentuk serta warna yang dibekalkan dan kini lebih unik keluarannya.
Dulu bahan ini lebih dikenali sebagai marmar. Perubahan pada masa kini berlaku dengan
taraf hidup turut bertambah maju. Kini terdapat berbagai jenis jubin di pasaran untuk
memudahkan pelbagai kehendak. Selain itu juga, jubin bukan lagi di kategorikan sebagai
bahan mewah kerana harganya begitu kompetetif, hasil dari persaingan harga pengilang.

Kemahiran memasang jubin adalah perlu untuk memenuhi matlamat utama untuk
menampakkan permukaan kemasan yang cantik. Begitu juga dengan kemahiran memilih
bahan dan alatan untuk memastikan kerja pemasangan jubin dilakukan secara berkualiti.
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja-kerja terakhir yang
menentukan kecantikannya. Terdapat beberapa kemasan mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Ada beberapa jenis kemasan yang boleh dilakukan pada setiap bangunan
berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan. Pemilihan jenis kemasan hendaklah
dilakukan dengan cermat supaya mutu kemasan terjamin dan dapat menjimatkan kos.

2.0 OBJEKTIF

i) Menyediakan permukaan untuk kerja pemasangan jubin seluas 1m x 1m.

ii) Merancang tanda tapak pemasangan jubin dengan kaedah yang betul.

iii) Memasang jubin mengikut kaedah dan cara yang betul.

iv) Melakukan kerja dengan berhati-hati serta selamat.

1
3.0 BAHAN DAN PERALATAN

3.1 Bahan

Bahan Kegunaan
Mozek 20mm x 20mm

Digunakan pada kemasan pada tiang tempat duduk

Jubin

Digunakan pada kemasan permukaan tempat duduk

Mortar

Digunakan untuk melekatkan Jubin dan mozek

3.2 Peralatan

Peralatan Kegunaan
2
Tile cutter

Digunakan untuk memotong Jubin dan mozek

Baldi kuning

Digunakan untuk meletakkan mortar

Span

Digunakan untuk kerja kemasan permukaan mozek


dan jubin yang telah siap dipasang

Sudip Digunakan untuk meratakan mortar pada bahagian


permukaan yang hendak dipasangkan mozek dan

3
jubin

Mixer

Digunakan untuk membancuh mortar

Sekop

Digunakan untuk mengambil mortar

4.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

4.1 PERATURAN KESELAMATAN AM

4
Pelajar mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini.

Peraturan tersebut ialah:

(i) Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

(ii) Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari
pensyarah.

(iii) Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari
bengkel

(iv)Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

(v) Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan
mencukupi.

(vi) Labelkan semua peralatan dan bahan. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika
berlaku kemalangan. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.
Pastikan bahan dan peralatan dan bahan dijaga baik dan sempurna.

4.2 PERATURAN KESELAMATAN DIRI

Pelajar mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini.

Peraturan tersebut ialah:

(i) Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

(ii) Pakai baju bengkel, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.

(iii) Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan
hujungnya dimasukkan kedalam baju bengkel.

(iv)Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

(v) Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi
arahan pensyarah.

(vi)Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

5
(vii) Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti bengkel.

Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada pensyarah dengan segera.

4.3 PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

Pelajar mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini.

Peraturan tersebut ialah:

(i) Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk
menggunakannya.

(ii) Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada pensyarah tentang cara-cara menggunakan
peralatan elektrik.

(iii) Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

(iv)Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol
dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

(v) Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

(vi) Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada pensyarah dengan
segera.

5.0 LANGKAH PEMASANGAN JUBIN

i) Sebelum membuat kemasan, pastikan lantai sama rata.

6
ii) Untuk bancuhan pastikan menggunakan ratio yang betul supaya bancuhan
tidak terlalu cair atau pekat (1:2) (1 – Simen 2 – Pasir).
iii) Setelah siap bancuhan, susun jubin dari hujung dinding kanan ke kiri dan atas
ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran.
iv) Untuk melekat jubin, sila basahkan permukaan konkrit sebelum melekatkan
jubin.

v) Kemudian ambil bancuhan simen, letakkan pada lantai seterusnya tarik simen
dengan menggunakan “perata simen bergerigi” untuk meratakan sambil
menjadikan simen itu berombak.

7
vi) Letakkan jubin diatas simen berombak, seterusnya ketuk dengan
menggunakan kepala tukul bagi meratakan jubin tersebut.

8
vii) Bagi memastikan keseimbangan jubin tersebut, gunakan penimbang air bagi
mengetahui kecerunan jubin tersebut. Kemudian ulang proses yang sama
sehingga selesai.
viii) Untuk perhatian, pastikan kotoran diatas jubin dicuci dengan air menggunakan
span sebelum ia menjadi keras.
ix) Apabila siap setiap jubin yang dipasang, pastikan jubin dicuci sebelum
kotoran diatas jubin menjadi keras.

x) Selepas itu, bancuh simen grout (simen putih) dan penuhkan ruang – ruang
yang terdapat diantara jubin dan bersihkan permukaan jubin selepas simen
grout dirakam pada ruang - ruang jubin
xi) Biarkan sehingga kering supaya jubin lebih kuat dan tahan lasak.
9
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam pemilihan dalam pemasangan Jubin, kita haruslah mengambil kira
beberapa faktor iaitu rupa, pemilihan dalam rupa bentuk bahan seperti warna, jalinan
permukaan dan bentuk adalah penting bagi mencantikkan sesuatu kawasan. Seterusnya,
kelasakan (tahan lama), kelasakan boleh ditakrifkan sebagai tahan lama terhadap suhu,
pertukaran kelembapan, pereputan dan perlekatan pada asas yang baik. Keselesaan dan
keselamatan. Ini ditakrifkan pada lantai yang menyerap bunyi, rata, tidak licin, dan penebat
haba pengaliran. Penyerapan bunyi, pemasan lantai mestilah mempunyai sifat berikut supaya
ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising yang boleh mengganggu pengguna-pengguna di
suatu kawasan. contoh, kemasan yang kurang mengeluarkan bunyi ialah jubin gabus,
permaidani dan getah. Rintangan api, ia merupakan bahan yang tidak terbakar seperti
konkrit,jubin seramaik, dan jubin bata. Dari segi kebersihan, kemasan hendaklah tidak
menyerap kotoran dan senang dicuci. kerja pencucian tidak memerlukan bahan-bahan kimia
yang mahal contoh bahan kemasan seperti ini ilah jubin seramik dan terrazo. Harga juga perlu
dipertimbangkan kerana kemasan yang dipilih hendaklah bahan yang tidak mahal harganya
dan sesuai pada semua tempat.

10

Anda mungkin juga menyukai