Anda di halaman 1dari 6

Alatan Kerja Bata

Alatan Fungsi
Sudip bata
i. Digunakan untuk menggaul mortar dan meratakan mortar pada
tembok
ii. Digunakan untuk mengangkat mortar dari papan mortar, melepa
dan meratakan mortar di atas dinding
Alat aras spirit
i. Digunakan untuk mengukur aras, pugak dan jajaran tembok

Baldi kerja
i. Digunakan untuk menyukat bancuhan konkrit dan mortar
ii. Untuk membekalkan mortar dalam proses pembinaan tembok
bata

Kereta sorong (wheelbarrow)


i. Digunakan untuk mengangkat mortar atau bahan-bahan ke
kawasan kerja

Penyodok
i. Digunakan untuk mencedok bahan binaan seperti pasir, simen,
batu baur dan lain-lain

Tukul bata (club hammer)


i. Digunakan bersama bantalan
ii. Digunakan untuk memotong bata bersama bantalan
iii. Digunakan untuk merobohkan kerja-kerja simen
2

Bantalan
i. Digunakan bersama tukul bata (club hammer)
ii. Digunakan untuk memotong bata

Mesin pemotong bata


i. Digunakan untuk memotong bata dan jubin.

Benang dan kapur


i. Digunakan dalam kerja merancang tanda kerja bata pada
permulaan kerja untuk mendapatkan kelurusan tembok yang
hendak diterap.

Sesiku pemidang
i. Digunakan untuk mendapatkan sudut tepat 900 dalam
pembinaan

Mesin penggaul simen


i. Digunakan untuk menggaul mortar dan konkrit semasa kerja

Pemaras keluli
i. Digunakan untuk melepa mortar ke permukaan tembok, dalam
kerja melepa permukaan tembok.

Pemaras kayu
i. Digunakan dalam kerja melepa, untuk meratakan mortar semasa
melepa pada keluasan yang kecil.
3

Pin dan benang


i. Digunakan untuk mendapatkan kelurusan semasa membina
dinding yang panjangnya melebihi 5B .

Pemaras kayu panjang


i. Digunakan untuk meratakan permukaan mortar, terutama dalam
kerja melepa permukaan yang besar

Pemegang mortar (hawk)


i. Digunakan untuk meletakkan mortar semasa membuat kerja-
kerja melepa dan kemas ikat.

Berus bata (masonry brush)


i. Digunakan untuk membersihkan permukaan tembok dari lebihan
mortar supaya tembok yang telah siap diterap kelihatan kemas.
ii. Digunakan untuk membersihkan permukaan tembok sebelum
kerja-kerja melepa dijalankan.

Tolok ketinggian (gauge rod)


i. Digunakan untuk memastikan tiap-tiap lapisan bata mempunyai
tebal yang sama
4

Jenis Bata Potong

Jenis bata potong Bentuk


Bata penutup

Bata kerat ½

Bata kerat ¾

Bata kerat ¼

Bata kerat serong

Kaedah Memotong Bata

1. Alatan yang diperlukan untuk memotong bata adalah:


a. Mesin pemotong bata
b. Bantalan
c. Tukul bata (club hammer)
d. Guni pasir
2. Langkah memotong bata adalah seperti berikut:
a. Ukur dan tandakan pada bata saiz yang dikehendaki (bata penutup atau bata
kerat).
b. Potong tempat yang telah ditanda dengan menggunakan mesin pemotong
bata. Buat lurah di bata tersebut. (Lurah : ruang setelah bata dipotong, tetapi
masih belum terbelah).
5

c. Letakkan bata di atas guni pasir (BUKAN di atas lantai).


d. Letakkan bantalan di lurah pada bata yang telah dipotong.
e. Ketukkan tukul bata pada bantalan untuk memisahkan bata yang telah
dipotong.

Mortar

1. Mortar adalah pelekat yang digunakan untuk mengikat bata.


2. Terdapat pelbagai jenis mortar yang digunakan dalam kerja pembinaan. Jadual di
bawah menunjukkan jenis-jenis mortar, bahan campuran serta nisbah bancuhannya.

Nisbah Kegunaan
Bil Nama mortar Bahan bancuhan
bancuhan
Melicinkan
Dempul simen Simen - permukaan lepaan
1

Mortar simen Simen + pasir 1:3 atau 1:6 Menerap bata


2
Latihan menerap
Mortar kapur Simen + kapur 1:3 atau 1:6 bata dan latihan
3 melepa

Mortar kompo Simen + kapur + pasir 1:1:6 Melepa


4

3. Air TIDAK termasuk dalam nisbah bancuhan mortar. Air digunakan dalam bancuhan
mengikut kesesuaian bancuhan mortar.
4. Langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa membancuh mortar adalah:
a. Jangan memegang kapur dengan tangan semasa membancuh mortar.
b. Semasa menuang simen atau debu kotor, pastikan tidak melawan arah angin
supaya debu tersebut tidak disedut sewaktu pernafasan.
6

Jenis-jenis Ikatan Bata

1. Ikatan Sisi Bata


2. Ikatan Inggeris
3. Ikatan Flemish
4. Ikatan Kepala Bata

Prinsip Kerja Bata

Perbezaan tembok berlekap dan tembok tidak berlekap.

1. Prinsip dalam kerja penerapan bata ialah:


a. Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak
yang terus-menerus pada tembok.
b. Mengikut jenis ikatan yang telah ditetapkan.
2. Bagi prinsip yang pertama, iaitu bagi tembok yang mempunyai sambungan tegak
yang berterusan, kekuatan dan kestabilan tembok adalah kurang. Oleh itu,
sambungan sebegini haruslah dielakkan dalam kerja bata.

Anda mungkin juga menyukai