Anda di halaman 1dari 60

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pada era sekarang, industri pembinaan telah berkembang pesat di dalam negara kita. Secara umumnya di dalam industri pembinaan bagi pembinaan dinding, pembinaan tembok, tiang, tangga, jalan dan lain-lain. Bata merupakan bahan utama dan amat penting dalam sesuatu pembinaan. Secara amnya penggunaan bata di dalam industri pembinaan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis bata utama dan sering digunakan, bata tersebut adalah bata yang diperbuat daripada tanah liat dan bata yang diperbuat daripada pasir. Kedua-dua jenis bata ini mempunyai kekurangan dan kebaikannya yang tersendiri.

1.1.1 Pengenalan Bata

Bagi pembinaan bata yang diperbuat daripada pasir pula biasanya menggunakan mesin canggih yang direkakan untuk pembuatan bata. Mesin ini akan mengisar campuran seperti simen, pasir/debu kuari dan air. Melalui mesin tersebut bahan-bahan ini akan disebatikan supaya mendapat kualiti yang baik. Satu acuan bata akan digunakan setelah bahan-bahan tersebut dikisar. Campuran bahan tersebut akan dimasukkan kedalam acuan bata yang kemudiannya akan dikeringkan mengikut tempoh masa yang sesuai sebelum digunakan.

Bata pasir adalah bata yang paling lama dan senang diperolehi, murah dan digunakan bagi pembinaan yang melibatkan pembinaan kos rendah. Bata pasir ini melibatkan bancuhan 1 bahagian simen dan 3 bahagian lagi adalah pasir dan 5 bahagian adalah debu kuari berdasarkan Spesifikasi Piawai untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan. Pasir yang digunakan hendaklah mematuhi piawaian British 1200 dan hendaklah dari jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas dari sebarang selaput dan kekotoran yang lain. Pasir yang digunakan juga hendaklah mempunyai saiz maksimum yang boleh menembusi tapisan 4.8mm mengikut ayakan piawaian British.

Bata pintar tidak mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan bata tanah liat. Selain digunakan bagi pembinaan yang melibatkan kos rendah, bata pintar juga digunakan bagi pembinaan pagar, bangsal, kolam ikan, wakaf awam dan sebagainya. Bata pasir ini tidak boleh digunakan bagi penggunaan yang melibatkan pembinaan kos besar kerana tidak kukuh. Ini kerana bata pintar hanya mampu menanggung keupayaan galas beban yang rendah.

Kegunaan bata di dalam binaan adalah untuk membuat dinding bangunan, sama ada untuk menanggung beban ataupun mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung beban. Bata juga digunakan untuk membuat kaki lima jalan, membuat tembok penahan, membuat pagar dan tembok serta membuat pelapik pada dinding luar. Dimensi lazim bagi bata yang biasa adalah 225mm x 105.5mm x 75mm. Ukuran bata yang ditetapkan di dalam MS 7.6:1972, iaitu panjang 215mm, lebar 102.5mm dan tebal 65mm.

1.2

Penyataan Masalah

Pada zaman sekarang, masalah kekurangan bahan mentah dan kos yang tinggi dalam pembinaan menyebabkan sesetengah pihak mencari alternatif yang lain untuk menjimatkan kos dan mendapatkan keuntungan yang lebih. Seperti yang kita ketahui, penggunaan bata di dalam pembinaan dinding rumah semakin meluas kerana kos dan keselesaan. Ini terbukti dalam projekprojek yang menggunakan bata sebagai bahan utama di dalam pembinaan terutama untuk membina dinding.

Dua jenis bata yang baru digunakan dan terdapat dipasaran iaitu bata tanah liat berkunci dan bata pintar. Oleh itu, kami mengenalpasti beberapa aspek kelemahan yang terdapat pada kedua-dua jenis bata ini. Antara aspek-aspek yang dikenalpasti adalah kedua-dua jenis bata adalah terlalu berat ( 3 kg), kos pembuatan yang tinggi dan kekuatan bata yang tidak menentu dan banyak yang tidak mencapai kekuatan piawai yang ditetapkan oleh JKR dan SIRIM.

Walaupun bata pintar boleh didapati dengan harga yang murah berbanding dengan bata tanah liat berkunci tetapi bata pintar tidak mempunyai ciri-ciri kejuruteraan yang baik seperti tidak mempunyai daya kekuatan yang tinggi.Bata pintar juga mempunyai kadar resapan air yang tinggi kerana mempunyai liang rongga yang banyak berbanding dengan bata tanah liat berkunci.

Oleh yang demikian, kami berharap dapat mencipta sejenis bata pasir yang terdiri daripada seramik tanah liat sebagai bahan gantian dalam bancuhan bata pasir bagi mengatasi masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas.

1.3

Objektif

Objektif kajian ini ialah :a. Mengkaji prestasi kejuruteraan bata pasir yang mengandungi bahan gantian ( seramik tanah liat ) b. Membandingkan peratusan kadar resapan air antara bata pasir dengan bata pasir dicampur seramik.
c. Membandingkan nilai kekuatan mampatan bata pasir dengan bata pasir yang

dicampur dengan seramik. d. Membandingkan kos pengeluaran bata pasir dengan bahan gantian dan bata pasir yang sedia ada di pasaran.

1.4

Skop Kajian

Ujikaji ini dijalankan merangkumi kerja-kerja mendapatkan seramik daripada bahan terpakai untuk menghasilkan bata pasir serta ujian ke atas bata. Peratus yang digunakan ialah 2%, dan 4% seramik di tambah dalam campuran sedia ada.

Prestasi kejuruteraan yang dikaji melibatkan kekuatan mampatan, peratusan kadar resapan air dan tindakan kapilari ke atas batu-bata. Oleh itu terdapat 2 ujikaji yang akan dijalankan ke atas bata pasir yang mana telah ditambah dengan seramik dengan bata pasir yang biasa digunakan iaitu :

Ujian kekuatan mampatan Ujian kadar resapan air

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam. Definisi bata ialah bata merupakan masalah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Ukuran dan saiz bata tidak pernah bertukar semenjak dahulu lagi. Bata-bata yang dibentuk melalui tekanan biasanya mempunyai lekuk muka pada permukaan atas bata. Batu-bata yang diperbuat dengan mesin terdiri daripada tanah liat yang ditekan dengan alat penekan hidraulik. Batu-bata yang telah dibentuk akan dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata juga terdapat dalam pelbagai jenis. Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat,bata simen dan blok simen.

Bata pasir merupakan bata yang digunakan bagi pembinaan yang melibatkan pembinaan kos rendah sahaja pada kebiasaannya. Bata pasir ini melibatkan nisbah bancuhan 6:1 iaitu satu bahagian simen dan enam bahagian lagi pasir. Ini merujuk keada Spesifikasi Piawai untuk KerjaKerja Binaan Bangunan. Pasir yang digunakan hendaklah mematuhi Piawaian British 1200 dan hendaklah dari jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas dari selaput dan kekotoran yang lain. Pasir yang digunakan juga hendaklah mempunyai saiz maksimum yang boleh menembusi tapisan 4.8mm mengikut Piawaian untuk Kerja-Kerja Bangunan (JKR). Bata pasir tidak mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan bata tanah liat. Selain digunakan bagi pembinaan yang melibatkan kos rendah, bata pasir juga digunakan bagi pembinaan pagar, bangsal, kolam ikan, wakaf awam dan sebagainya. Bata pasir ini tidak boleh digunakan bagi penggunaan yang melibatkan pembinaan kos besar kerana kurang kukuh. Ini kerana bata pasir hanya mampu menanggung keupayaan galas beban yang rendah sahaja. Kegunaan bata pasir di dalam binaan biasanya untuk membuat dinding bangunan, samada untuk menanggung beban ataupun dijadikan sebagai dinding antara kerangka yang tidak menanggung beban yang tinggi. Bata juga digunakan untuk membuat kaki lima jalan, membuat tembok penahan, membuat pagar dan membuat pelapik pada dinding luar. Dimensi lazim bagi bata yang biasa adalah 225mm x 113mm x 75mm. Kegunaan bata di dalam binaan adalah untuk membuat dinding bangunan, sama ada untuk menanggung beban ataupun mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung beban. Bata juga digunakan untuk membuat kaki lima jalan, membuat tembok penahan, membuat pagar dan tembok serta membuat pelapik pada dinding luar.

Pada dasarnya, ukuran panjang bagi bata adalah dua kali ukuran lebarnya. Dimensi lazim bagi sesuatu jenis bata yang digunakan di Malaysia adalah seperti berikut :-

Panjang = 425 mm Lebar = 105.5 mm Tinggi = 275 mm

275mm

Rajah 2.1 : Dimensi bata pintar

Bata juga terdapat daripada jenis-jenis tertentu walaupun dibuat dengan bahan yang berlainan. Antaranya :-

a. b. c. d.

Bata biasa Bata permukaan Bata kejuruteraan Bata simen pasir

2.2

Bata pasir (common bricks)

Bata biasa adalah bata yang digunakan untuk dinding dalam dan juga untuk dinding yang tertentu sahaja di mana ianya tidak terdedah kepada pandangan awam.

2.3

Bata permukaan

Bata permukaan pula adalah sejenis bata yang mempunyai kekerasan yang cukup untuk menanggung beban-beban biasa. Bata permukaan digunakan untuk permukaan dinding luar yang tidak memerlukan kerja-kerja lepaan.

2.4

Bata kejuruteraan (engginering bricks)

Bata kejuruteraan pula diperbuat daripada tanah liat yang bermutu tinggi dan terpilih. Cara pembuatannya juga biasanya dikawal dengan teliti dan hasil bata ini

adalah satu pepejal yang kuat yang mampu menanggung beban yang lebih besar. Biasanya digunakan di dalam kerja bagi bata yang menanggung beban.

2.5

Ukuran atau saiz bata

Jenis bata yang baru dihasilkan dan digunakan di Terengganu ialah :

i. ii.

Bata tanah liat berkunci Bata pintar

2.5.1 Bata pintar

Bata ini pada asalnya dibuat dengan menggunakan 3 bahan asas dalam pembinaan bata iaitu simen, debu kuari dan pasir. Nisbah lazim bagi pembuatan bata ini adalah 1:3:5 bagi pembuatan bata pintar tempatan. Bagi bata jenis ini, kandungan air dalam setiap bancuhan perlulah dijaga dengan baik agar kandungan air di dalam bancuhan tidak berlebihan.

Bata pintar dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata pintar yang telah dibancuh daripada mesin akan dituangkan ke dalam acuan yang dibina menggunakan besi. Setiap acuan mengandungi sekurang-kurangnya 3 atau 4 petak acuan yang bersaiz panjang 425mm x 105.5mm x 275mm.

Bata yang telah dicetak atau yang telah diletakkan kedalam acuan seterusnya akan melalui proses pengeringan. Setiap bata yang telah siap diletakkan di dalam acuan akan dibiarkan atau dijemur dan diawet selama 2 minggu sebelum ianya sesuai digunakan bagi pembinaan.

pada era ini, kilang-kilang yang membuat bata pintar tidak lagi menggunakan acuan secara manual kerana setiap mesin pembuat bata pintar telah siap mengandungi acuan di dalam mesin tersebut. Ini telah memudahkan kerja-kerja pembuatan bata. Pengawetan bata dilakukan dengan cara menyiram air pada bata yang baru sahaja mengeras terutama pada musim panas.

Foto 2.1 : Proses menggaul pasir, debu kuari dan simen

Foto 2.2 : Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan untuk diterap

Foto 2.3 : Bata yang telah diterap

Foto 2.4 : Bata dibiarkan untuk proses pengeringan

Foto 2.5 : Bata yang telah matang untuk dijual

2.6

Tempurung Kelapa Sawit

Tempurung kelapa sawit adalah salah satu jenis hasil terbuang dalam pertanian. Tempurung kelapa swit adalah istilah yang di berikan ke atas tempurung yang terhasil dari pemprosesesan kelapa sawit yang terdapat di kilang pemprosesasan kelapa sawit.

2.6.1 Proses Penghasilan Tempurung Kelapa Sawit

Semasa pemprosesan kelapa sawit di lakukan buah dan tandan basah di masak dalam pesteril sebelum biji kelapa sawit di asingkan . kemudian tempurung di asingkan dari sabut lalu di pecahkan untuk mengeluarkan isirung nya. Sabut dan tempurung yang

telah di asingkan akan di keringkan. Tempurung akan di salirkan ke satu kawasan pemunggahan untuk di buang.

2.6.2 Sifat-Sifat Fizikal

Apabila tempurung kelapa sawit telah di keringkan , kerja-kerja pengasingan antara sabut dan tempurung di lakukan. Tempurung kelapa sawit mempunyai permukaan yang licin dan rata.bentuk tempurung kelapa sawit mempunyai plbagai jenis bentuk. Ini di sebabkan oleh proses penghancuran yang di jalankan untuk mendapatkan isirung nya. Warna tempurung kelapa sawit adalah coklat kehitaman dan berketumpatan 1.406 kg/m dan gravity tentunya adalah 2.08. (Mohd Rashid 1990)

2.6.3 Perbandingan Antara Pasir Sungai Dan Kelapa Sawit

Properties Maximum grain size, mm Shell thickness, mm (Average shell thickness = 2.0 mm) Specific gravity Bulk unit weight, kg/m3 Fineness modulus Los Angeles abrasion value, %

River sand 1.18

Oil palm shell (OPS) 12.5 0.5 - 3.0

2.45 1500-1550 1.40 -

1.17 500 - 600 6.08 4.90

Aggregate impact value, % Aggregate crushing value, % 24-h water absorption, %

3.89

7.51 8.00 33.0

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek semester akhir ini. Bagi melicinkan perjalanan projek akhir, metodologi haruslah disusun dengan sebaik mungkin.Dengan ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil akhir kajian akan menepati kehendak

permasalahan yang hendak di selesaikan. Justeru itu, amat penting untuk mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur metodologi kajian. Antara yang perlu dilakukan ialan dengan mendapatkan semua maklumat yang berkaitan dengan bata-bata yang terdapat dipasaran dan bata-bata yang banyak digunkan dalam pembinaan. Langkah berikutnya ialah proses penghasilan bata pasir yang diperbuat daripada debu kuari sebagai bahan ganti. Bata yang dihasilkan ini diuji bagi mendapatkan perbezaan dengan bata pasir biasa.

Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dijalankan untuk menyiapkan projek dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah seperti yang dinyatakan dibawah :-

i. ii. iii.

kajian literature menghasilkan bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit melaksanakan ujian-ujian prestasi terhadap bata yang telah dihasilkan.

3.2

Kajian Literatur

Pada peringkat awalan projek, kajian-kajian literature iaitu kajian yang terdahulu adalah termasuk pengumpulan maklumat dari sumber-sumber seperti internet dan sumber-sumber yang berhubungkait dengan ujian yang kami jalankan.Pengumpulan

maklumat daripada kajian literatur amat penting terutama sebagai langkah awalan kajian. Ia juga dapat mengenal pasti permasalahan-permasalahan utama yang berkaitan dengan bata (kajian yang dibuat).

3.2.1 Proses Menjalankan Soal Selidik

Sepertimana amalan sesetengah penyelidik yang lain, kaedah yang biasa digunakan dalam menyampaikan soal selidik adalah melalui kaedah temuramah dengan setiap pihak yang berkenaan.

3.2.1.1 Kaedah Temuramah

Dalam kaedah ini, satu hari yang telah ditetapkan akan dibuat atau dijalankan. Proses temuramah ini dijalankan dengan pihak yang terlibat. Pihak yang terlibat akan diajukan soalan tentang perkara-perkara yang ingin ditanyakan,yang berkaitan dengan projak yang akan dijalankan.

Mengenal Pasti Masalah, Menentukan Tajuk, Objektif, Skop Kajian FASA 1

Sorotan kajian / Kajian literatur

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelaksanaan Kajian

FASA 2

Kerja-kerja Pemantauan

Mengambil Bacaan Bagi Analisa Data

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Analisa Data

FASA 3

Kesimpulan & Cadangan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

FASA 4

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

3.3

Kaedah-kaedah Untuk Menghasilkan Bata Pintar Yang Menggunakan tempurung kelapa sawit Sebagai Bahan tambah.

3.3.1 Penyediaan Bahan-bahan

Bata ini dibuat daripada bahan campuran debu kuari, pasir dan simen dengan nisbah 1:3:5 bagi bata kawalan. Bagi bata 10% tempurung kelapa sawit bahan yang digunakan ialah debu kuar,pasir, tempurung kelapa sawiti dan simen dengan nisbah 1:1:3:5. manakala bagi bata 20% tempurung kelapa sawit, bahan yang digunakan ialah debu kauri, pasir dan simen serta tempurung kelapa sawit dgn nisbah 1:2:3:5.

3.3.1.1 Mendapatkan Debu Kuari

Debu kuari telah diperolehi dari JKR Kauri Bukit Penggorak, km 25 Jalan Kuantan, Kemaman, 26080 Kuantan. . Debu kuari dihasilkan secara berperingkat-peringkat. Langkah pertama, bom atau bahan letupan yang telah dikhaskan untuk memecahkan batu kuari dijalankan dari bukit. Kemudiannya, jentera pengorek digunakan untuk mengangkut batu kuari dan dibawa ke tempat pemprosesan debu kuari menggunakan dumper. Dumper ini boleh memuatkan batu kuari dari 15 hingga 30 tan batu kuari dalam satu-satu masa.

Batu kuari ini terbahagi kepada bebrapa jenis iaitu :-

i ii iii iv v

batu kuari 6 x 9 hardcore crusher run chipping 3/8 (10mm) debu kuari 6mm

Batu kuari yang paling besar adalah bersaiz 6 x 9 . Batu kuari ini tidak diproses sebaliknya terus dijual. Batu kuari ini digunakan dalam pembinaan temboh penahan seperti tembok gabion, retaining wall, dan tembok penahan. Selain itu batu kuari saiz ini juga digunakan dalam pembinaan culvert dan longkang.

Batu kuari yang bersaiz 3 x 5 ke bawah akan dibawa ke mesin pemprosesan. Batu kuari yang bersaiz 2 inci kebawah akan dijual terus ke pembeli. Batu kuari saiz ini digunakan sebagai

bahan dalam pembinaan jalan raya. Bagi pembinaan lebuh raya batu kurai yang digunakan adalah berbeza dan ianya melalui mesin pemprosesan yang telah dikhaskan.

Selepas itu, batu kuari yang bersaiz ( 3 x 5) x (2 x 10) akan masuk melalui mesin secondary crusher. Batu kuari yang bersaiz 4 inci ke bawah akan melepasi mesin secondary crusher ini.

Batu kuari yang bersaiz 2 x 4 kemudiannya akan dituang masuk kembali kedalam mesin territory crusher. Mesin territory crusher ini menghasilkan batu kuari yang bersaiz 1 inci ke bawah melepasinya.

Selain daripada digunakan sebagai bahan dalam pembinaan jalan raya, lebuh raya, tembok penahan, tembok gabion, retaining wall, culvert, batu kuari juga digunakan sebagai bahan dalam bancuhan konkrit. Batu kuari yang digunakan dalam bancuhan konkrit adalah bersaiz 20mm.

Bagi pembinaan jalanraya batu kuari dicampur dalam bancuhan premix. Batu kuari yang digunakan dalam bancuhan ini adalah bersaiz inci dan bahan-bahan lain yang digunakan ialah pasir , simen, bitumen, dan debu kuari. Debu kuari ini dijual mengikut tan. Harga kuari pula dijual bergantung kepada kaedah yang dilalui semasa penghasilannya. Semakin rumit kaedah yang digunakan semasa penghasilan kuari ini semakin tinggi nilai harganya. Mengikut harga semasa sekarang debu kuari dijual pada harga RM 19.80 setan dan harga penghantaran pula dikira mengikut jarak penghantaran.

3.3.1.2 Simen Portland

Dalam kajian ini kami menggunakan simen Portland biasa. Ini kerana kami menyedari bahawa simen jenis paling banyak terdapat dalam pasaran dan sesuai untuk

kegunaan biasa. Simen ini diperakui dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh SIRIM.

3.3.1.3 Air

Air yang digunakan dalam ujikaji ini adalah air bersih yang bebas dari sebarang kekotoran seperti bahan terampai, bahan-bahan organik dan garam-garam terlarut. Sumbersumber air ini diperolehi dari paip-paip air yang disediakan.

3.3.1.4 Mendapatkan Tempurung Kelapa Sawit.

Tempurung kelapa sawit telah di perolehi daripada kilang kelapa sawit di perindustrian jerangau, Terengganu. Tempurung kelapa sawit di perolehi daripada proses pemecahan buah kelapa sawit segar untuk menghasilkan minyak kelapa sawit.

Setelah buah kelapa sawit di masukkan kedalam mesin pemerahan. Setelah buah di mesin, tempurung akan di asingkan melalui mesin penyingkiran. Tempurung akan terasing sekali dengan sabut. tempurung telah diasingkan sabut dan tempurung kelapa sawit untuk mendapatkan tempurung yang berkualiti dan sempurna.

Saiz tempurung kelapa sawit adalah diantara 5 cm hingga 15 cm. bentuk tempurung kelapa sawit tidak sekata dan mempunyai permukaan yang kesat. Tempurung kelapa sawit juga mempunyai kekuatan yang tinggi kerana sukar untuk dipecahkan melalui hentakan biasa.

Foto 3.1: tempurung kelapa sawit dari kilang

Foto 3.2: saiz tempurung kelapa sawit

3.3.2 Kaedah penyediaan kotak bentuk

Kotak bentuk bata pintar dihasilkan menggunakan besi. Kotak bentuk telah tersedia di milang pembuatan bata pintar. Kotak bentuk bata pintar mempunyai 2 saiz. Kecil dan besar.

3.3.3 Kaedah Penyediaan Sampel Bata

Campuran simen dan pasir serta debu kuari dibancuh bagi menghasilkan bata kawalan manakala campuran simen, pasir dan debu kauri serta tempurung kelapa sawit dibancuh bagi menghasilkan bata 10% tempurung kelapa sawit, 20% tempurung kelapa sawit dan 30%

tempurung kelapa sawit. Bancuhan ini akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk untuk proses pemadatan menggunakan mesin pemadat. Selepas itu kotak bentuk akan dibuka dan bata akan dibiarkan matang sebelum menjalani ujian-ujian prestasi kejuruteraan.

3.3.3.1 Menentukan saiz pasir dan debu kuari

Saiz pasir yang digunakan dalam bancuhan bata pasir biasa dan bata pasir yang menggunakan bahan tambah debu kuari akan ditentukan terlebih dahulu sebelum dibancuh. Saiz pasir dan debu kuari yang digunakan ialah melepasi ayakan 2.36mm.

Foto 3.3 : Proses ayakan pasir dan debu kuari dilakukan

3.3.3.2 Menyediakan sample bata

i.

Peralatan dan bahan-bahan disediakan di kilang pembuatan.

Peralatan untuk menyediakan bata pasir yang berada dipasaran sekarang dan bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah disediakan. Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses penyediaan bata ialah :Jadual 3.1 : Peralatan dan bahan-bahan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Peralatan dan bahan-bahan Skop Baldi sudip Kotak bentuk Debu kuari Pasir Simen Portland biasa Air Tempurung kelapa sawit Mesin pembacuhan bata pintar

ii.

Bagi menyediakan bata

Untuk bata pintar yang berada dipasaran sekarang, campuran simen dan pasir serta debu kuari disediakan. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 3:5 iaitu 1 bg simen dan 3 bagi pasir dan 5 debu kuari.

Untuk bata yang menggunakan, 10% tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu

kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 1:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 1 bagi tempurung kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari.

. Untuk bata yang menggunakan, 20% tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 2:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 2 bagi tempurung kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari Untuk bata yang menggunakan, 30% tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 3:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 3 bagi tempurung kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari iii. Proses menggaul campuran

Campuran simen dan pasir serta debu kuari di masukkan kedalam mesin pembancuh. dan 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit dimasukkan secara beasingan dengan bancuhan baru. Campuran ini digaul dengan air menggunakan mesin pembancuh. Nisbah bancuhan ini akan digaul sehingga sekata sebelum dimasukkan kedalam kotak bentuk.

Foto 3.9 : Proses menggaul bancuhan

iv. Proses memasukkan bancuhan ke dalam kotak bentuk

Bancuhan bahan-bahan yang lembab akan disalirkan melaliu mesin sebelum \diisikan ke dalam penggetar.. kotak bentuk dan dipadatkan menggunakan mesin

Foto 3.10 : Bancuhan dimasukkan ke dalam kotak bentuk

vi. Meratakan permukaan bata

Semasa kerja pemadatan dijalankan, permukaan bata dihasilkan dengan sempurna sehingga permukaan bata yang rata dan berkualiti. Keempat-empat campuran akan diratakan permukaanya.

Setelah keempat-empat campuran tadi siap diratakan pada permukaanya, sampel bata tadi akan dibiarkan semalaman untuk mengeras dengan sempurna.

viii.

Proses Mengawet Selepas semalaman sampel bata tadi dikeringkan dan mengalami proses pengerasan yang sempurna, bata akan di sembur dengan air, agar ia mengeras dengan kehdiran air..

Foto 3.11 : Proses mengawet

3.4.4

Ujian prestasi terhadap bata

Kajian ini akan dilakukan dengan beberapa siri ujian seperti :-

i. ii. iii.

ujian kekuatan mampatan ujian kadar resapan air ujian penurunan

3.4.4.1

Ujian kekuatan mampatan

Ujian kekuatan mampatan dilakukan untuk mendapatkan kekuatan sampel bata tersebut. Ujian ini dilakukan berdasarkan BS 5628 : Part 1: 1992. Sampel yang digunakan ini adalah sampel bata yang telah mencapai usia 7 hari dan 14 hari. Prosedur untuk ujian kekuatan mampatan dengan menggunakan mesin mampatan pada kadar tekanan tertentu berdasarkan saiz konkrit adalah seperti berikut :-

i.

Setiap bata telah mencapai usia selama 7 hari akan ditimbang terlebih dahulu sebelum menjalani sebarang ujian.

ii.

Sebelum meletakkan bata diatas pelantar mesin, pelantarnya dipastikan terlebih dahulu bersih dan tiada kekotoran seperti kesan tinggalan konkrit yang pecah.

iii.

Ujian dimulakan dengan beban mampatan yang dikenakan secara automatic.

iv.

Bagi usia-usia seterusnya, prosedur seperti diatas turut dijalankan.

Foto 3.12 : Ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atas bata ( ujian kiub)

3.4.4.2

Ujian Resapan Air

Ujian resapan adalah salah satu ujian yang digunakan dalam menentukan peratus penyerapan air pada bata pintar mahupun bata yang mengandungi bahan tambah tempurung kelapa sawit. Ujian resapan ini lebih rumit dilakukan berbanding ujian-ujian lain kerana banyak langkah-langkah kerja yang perlu diikuti. Ujian ini haruslah dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur kerja yang betul supaya tidak berlaku sebarang ralat yang akan mempengaruhi keputusan bacaan yang diambil.

Kaedah ujian resapan air :-

i.

lapan biji bata pintar biasa di sediakan iaitu duabiji bata simen kawalan , dua biji bata 10% tempurung kelapa sawit, dua biji bata 20% tempurung kelapa sawit , dua biji bata 30% tempurung kelapa sawit

ii. iii.

Kesemua biji bata tersebut ditimbang dan di catat. Selepas di timbang kesemua biji bata tersebut direndam kedalam air selama 48 jam.

iv. v.

Selepas 48 jam bata-bata tersebut dikeluarkan dan ditimbang. Nilai bacaan dicatat.

Foto 3.13 : Proses rendaman bata

Foto 3.14 : Bata ditimbang

3.4.4.3

Ujian Penurunan

Ujian penurunan dijalankan bagi memastikan proses pembuatan bata pintar dijalankan mengikut prosedur yang betul. Ujian penurunan biasanya dijalankan untuk kerja konkrit biasa. Walaubagaimanapun dalam projek akhir ini kamu juga menjalankan ujian penurunan mengikut prosedur berikut:

Langkah Kerja Ujian Penurunan.

i.

Kon disediakan dengan sempurna, lapisan pertama bancuhan bata pintar piawaian dimasukkan kedalam kon tersebut

ii. iii. iv. v. vi.

Bancuhan di poadatkan dengan menggunakan rod pemadat sebanyak 25 kali hentaman. Seterusnya, lapisan kedua dimasukkan kedalam kon tersebut dan dipadatkan. Setelah sempurna, lapisan ketiga di masukkan dan di padatkan sebanyak 25 kali. Bancuhan diratakan dan kon ditarik secara secara selari. Kon diletakkan di sebelah bancuhan dan penurunan yang berlaku diukur untuk mendapatkan keputusan.

vii.

Langkah ujian penurunan di ulang untuk bancuhan bata pintar dengan bahan tambah 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit.

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISA KAJIAN

4.1

Ujian Kekuatan Mampatan

Ujian ini dijalankan keatas bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dan bata pintar biasa yang telah berusia 7 hari. Tujuan utama ujian ini diadakan adalah untuk mencari kekuatan mampatan bata didalam menanggung beban. Bata yang baik mampu menanggung beban pada tekanan yang tinggi. i. Untuk 7 Hari

Jadual 4.1 : Data untuk ujian kekuatan mampatan hari ke-7

Perkara Penerangan a Jenis Bata Bata pintar asal

Sampel Bata 7 Hari Bata 10% tempurung kelapa sawit Bata 20% tempurung kelapa sawit tempurung Bata 30%

kelapa sawit b Dimensi (mm) 390 x 195 x 95 95 c d Jisim (kg) Beban kegagalan 450 maksima (kn) e Kekuatan mampatan 20.00 (MPa) 21.91 27.06 33.33 493 609 750 7.695 7.161 95 7.161 95 7.995 390 x 195 x 390 x 195 x 390 x 195 x

Ketumpatan (kg/m

2.280

2.130

2.122

2.357

Graf Perbandingan Kekuatan Mampatan


50
Kekuatan Mampatan (MPa)

40 33.33 30 21.91 20 10 0 1 Masa (7 Hari)


Bata Kawalan Bata 10% T.K.S Bata 20% T.K.S Bata 30% T.K.S

27.06 20.00

Rajah 4.1 : Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari ke-7

ii.

Untuk 14 Hari

Jadual 4.2 : Data untuk ujian kekuatan mampatan hari ke-14

Perkara Penerangan a Jenis Bata Bata pintar asal

Sampel Bata 14 Hari Bata 10% tempurung kelapa sawit Bata 20% tempurung kelapa sawit tempurung Bata 30%

kelapa sawit b Dimensi (mm) 390 x 195 x 95 95 c Jisim (kg) 7.215 7.203 95 7.11 95 8.110 390 x 195 x 390 x 195 x 390 x 195 x

Beban kegagalan 535 maksima (kn) 332 479 770

Kekuatan mampatan 23.77 (MPa) 14.75 21.28 34.22

Ketumpatan (kg/m

2.227

2.134

2.071

2.403

Graf Perbandingan Kekuatan Mampatan


50
Kekuatan Mampatan (MPa)

40 30 20 10 0 1 Masa (14 Hari)

34.22 23.77 14.75

21.28

Bata Kawalan Bata 10% T.K.S Bata 20% T.K.S Bata 30% T.K.S

Rajah 4.2 : Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari ke-21

4.2

Ujian Resapan Air

Ujian resapan adalah salah satu ujian yang digunakan untuk tujuan mengukur berat air yang diserap oleh bata pintar asal, bata 10% tempurung kelapa sawit dan bata 20% tempurung kelapa sawit serta 30% tempurung kelapa sawit dalam masa 48 jam.

i.

Keputusan Ujian Resapan Air Untuk Hari Ke-7

Jadual 4.3 : Data ujian resapan air untuk hari ke-7 Sampel Bata Perkara Penerangan ( 7 Hari ) Bata 30% Bata 10% tempurung a) Jenis Bata Bata Kawalan 390 x 195 x 95 b) Dimensi (mm) Jisim Sebelum 7.495 c) Resapan (kg) Jisim Selepas 7.701 d) Resapan (kg) Jumlah Kadar 0.009 e) Resapan (kg) 0.20 0.08 0.14 7.241 7.291 8.060 7.161 7.150 7.971 kelapa sawit 390 x 195 x 95 Bata 20% tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95 tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95

Peratus 1.12 f) Resapan (%) 2.67 1.11 1.95

Graf Perbandingan Peratus Penyerapan Air 5

3 Peratus Penyerapan air 2.67

1.95

1.11 1

1.12

0 1 Masa (7 Hari) Bata Kawalan Bata 10% TKS Bata 20% TKS Bata 30% TKS

Rajah 4.4 : Graf perbandingan peratus penyerapan air pada hari ke-7

ii.

Keputusan Ujian Resapan Air Untuk Hari Ke-14

Jadual 4.4 : Data ujian resapan air untuk hari ke-14

Sampel Bata Perkara Penerangan ( 14 Hari ) Bata 30% Bata 10% tempurung a) Jenis Bata Bata Kawalan 390 x 195 x 95 b) Dimensi (mm) Jisim Sebelum 7.395 c) Resapan (kg) Jisim Selepas 7.695 d) Resapan (kg) Jumlah Kadar 0.18 e) f) Resapan (kg) Peratus 0.30 4.05 0.10 1.41 0.14 1.98 2.30 7.161 7.191 7.995 7.061 7.050 7.811 kelapa sawit 390 x 195 x 95 Bata 20% tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95 tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95

Resapan (%)

Graf Perbandingan Peratus Penyerapan Air 5

4.05 4

Peratus Penyerapan air

2.30 2 1.41 1 1.98

0 1 Masa (14 Hari) Bata Kawalan Bata 10% TKS Bata 20% TKS Bata 30% TKS

Rajah 4.5 : Graf perbandingan peratus penyerapan air untuk hari ke-14

4.3

Ujian Penurunan

Ujian penurunan merupakan salah satu ujian untuk kerja konkrit. Untuk mendapatkan hasil ujian prosedur ujian akan dijalankan sekepas bancuhan siap di bancuh ubtuk mendapatkan kebolejkerjaan penurunan. Hasil yang di peolehi dicatit dalam jadual di bawah.

Kebolehkerjaan Tarikh Kiub Penuangan Perlu Dijalankan Pemadatan) Standard 10% 20% 30% 30/09/2009 30/09/2009 30/09/2009 30/09/2009 7/10/2009 7/10/2009 7/10/2009 7/10/2009 50 55 58 70 ricih ricih ricih benar Tarikh Ujian (Penurunan/Factor Jenis Penurunan

4.3.1 Gambar Keputusan Ujian Penurunan

Foto 4.1 runtuhan benar

Foto 4.2 runtuhan ricih

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1

Pengenalan

Perbincangan yang dibuat adalah hasil dapatan yang diperoleh serta beberapa masalah yang timbul dan perbincangan tersebut dikumpul bagi membuat satu diskusi penyelesaian yang kukuh berkaitan dengan semua masalah yang berlaku. Melalui perbincangan yang dibuat satu

altenatif atau pendekatan yang baru mungkin dapat diwujudkan bagi memberi satu petunjuk bagi memastikan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan bijak.

Berikut adalah perbincangan mengenai hasil daripada dapatan yang diperolehi serta masalah yang timbul semasa kajian yang telah dijalankan mengenai kekuatan serta ketahanan yang ditanggung oleh bata pintar biasa berbanding dengan bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah. Pengambilan data yang dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang timbul dan cara penyelesaiannya.

Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati ketahanan yang ditanggung oleh bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit 10% dan 30% adalah lebih kuat berbanding dengan bata pintar biasa yang terdapat dipasaran. Melalui kajian ini, kami mendapati bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit adalah mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan bata pintar biasa.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang dikesan terdapat pada bata pasir yang menggunakan bahan ganti debu kauri berbanding dengan bata pasir biasa.

i.

Kadar resapan air yang rendah

Ujian resapan air menunjukkan bahawa bata yang mengandungi 10% tempurung kelapa sawit megandungi sifat resapan air yang rendah berbanding dengan bata yang mengandungi 30% tempurung kelapa sawit dan bata pintar biasa. Ini menunjukan bahawa bata ini dapat bertahan kukuh walaupun terdedah kepada lembapan. Malah, kandungan resapan

air yang rendah boleh mencegah daripada pertumbuhan kulat dan mencegah daripada kegagalan struktur binaan.

ii.

Kekuatan Mampatan yang tinggi

Bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit 30% adalah lebih kukuh berbanding dengan bata pintar biasa yang terdapat dipasaran. Hal ini kerana melalui ujian kekuatan mampatan yang kami jalankan, daya mampatan yang dikenakan ke atas bata pasir biasa adalah lebih rendah berbanding dengan bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit.

Tahap kebolehkerjaan bata pasir biasa juga adalah lebih rendah berbanding dengan bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit. Ini

bermakna bata pintar dengan tempurung kelapa sawit dapat menanggung beban yang lebih besar berbanding dengan bata pintar biasa

5.2

Tiada perubahan Harga

Melalui kajian yang dijalankan, hasil yang diperolehi mengatakan bahawa bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit adalah sama berbanding dengan bata pintar biasa tanpa menjejaskan ciri-ciri asalnya. Hal ini kerana harga tempurung kelapa sawit adalah percuma kerana ia adalah hasil buangan pertanian.

Walaupun harga bata pintar dengan tempurung kelapa sawit tiada perubahan tetapi ia memiliki kelebihan berbanding dengan bata pintar biasa.

Jadual 5.1 : Kos penyediaan bata

Bata 10% Perkara Bata Kawalan Bata 10% TKS Bata 10% TKS TKS Harga Pasir ( RM ) Harga simen(rm) 2.48 3.60 2.48 3.60 2.48 3.60 2.48 3.60

Harga bahan tambah(RM) Kos buruh Jumlah harga 24 biji 43.20 (RM) Harga sebiji bata 1.80 (RM) 1.80 1.80 1.80 43.20 43.20 43.20 1.20 1.20 1.20 1.20 -

5.3

Masalah Berkaitan Data

Terdapat satu masalah yang berlaku pada data ujian kekuatan mampatan untuk hari ke 14 iaitu kadar mampatan untuk bata pintar 10 % dan 20% bahan tambah tempurung kelapa sawit lebih rendah berbanding bata pintar asal adalah disebabkan oleh perlaksanaan kerja yang tidak mengikut spesifikasi ujian. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh kerja pemadatan yang tidak sempurna. Kadar kekuatan mampatan mungkin berbeza jika kerja ujian dijalankan dengan sempurna.

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, walaupun kajian ini terdapat banyak kekurangan seperti sukar untuk mendapatkan data-data terperinci mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit, kajian perintis ini serba sedikit dapat menjadi lanjutan kepada kajian-kajian seterusnya pada masa akan datang mengenai potensi tempurung kelapa sawit di pintar biasa di pasaran berbanding dengan hasil campuran yang telah kami jalankan.Kajian sebegini semestinya memerlukan masa yang panjang dan peringkat demi peringkat terutamanya bagi mendapatkan kaedah terbaik bagi memperbaiki sifat tempurung kelapa sawit yang telah sedia ada dan kegunaanya di dalam bancuhan bata pintar.

Setelah banyak ujikaji yang telah kami jalankan, kami dapat membuktikan bahawa penggunaan tempurung kelapa sawit dalam membuat bancuhan bata pintar adalah berjaya dari segi kekuatan mampatan, kadar resapan air. Hasil yang kami tunjukkan ialah ketahan bancuhan bata pintar dengan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah adalah lebih kuat dan tahan daripada bancuhan bata yang biasa digunakan. Malah ia lebih tahan lasak berbanding daripada bata pintar biasa.

Secara keseluruhannya, ujikaji kami menepati dengan objektif kami iaitu bagi membandingkan kekuatan bata pintar biasa dengan bata pintar yang mengandungi tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah. Perbandingan antara bancuhan bata pintar biasa dengan bancuhan bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit dapat membuktikan bahawa kekuatan bancuhan dengan bahan ganti adalah lebih kuat, tahan lasak dan lebih mesra alam setelah melalui pelbagai ujikaji yang telah kami jalankan.

6.2

Cadangan

Setelah selesai menjalankan kajian ini, kami percaya bahawa kadar penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar dapat diperluaskan lagi penggunaanya dengan adanya kajian-kajian sampingan yang lain

kerana telah terbukti bahawa penggunaan tempurung kelapa sawit ini membawa banyak kebaikan.

Selain itu, kami juga berharap agar pihak yang berminat bagi melanjutkan dan memperincikan lagi kajian kami ini. Ini kerana penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah didalam bancuhan bata pintar telah terbukti dari segi kekuatannya dan kami harap

dapat dikomersilkan pada satu hari kelak. Namun begitu, kami berharap kajian yang lebih terperinci mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit ini dijalankan terlebih dahulu.

Selain itu, kami juga berharap agar ada pihak yang berminat untuk membuat kajian mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan tempurung kelapa sawit ini dalam industri pembinaan atau dalam penghasilan produk baru. Disini kami dapat membandingkan kekuatan antara kedua-dua sampel tersebut dan menjalankan ujian-ujian seperti yang dijalankan dalam kajian ini bagi menguji bata tersebut.

Hasil daripada kajian yang kami jalankan ini diharap dapat dijadikan panduan bagi penyelidik yang lain dalam menjalankan kajian mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit ini. Daripada pengamatan kami, kami dapati bahawa tempurung kelapa sawit ini mempunyai nilai komersil yang tinggi dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang belum dicungkil lagi rahsianya oleh para penyelidik.

Selain itu, kami juga berharap agar ada lebih kajian tentang bata pintar dengan bahan tambah ini. Kajian untuk meringankan bata pintar dengan bahan ganti lain atau bahan tambah lain. Ini kerana bata ini mempunyai beban yang tinggi. Kajian lain juga perlu diadakan agar

menjadikan bata pintar ini satu bata IBS yang berkualaiti dan mempunyai banyak kelebihan dengan bata-bata IBS yang lain.

7.0

RUJUKAN

7.1

Mat Lazim Zakaria ( 2005 ) Bahan Dan Binaan , Dewan Bahasa Dan Pustaka ( M.S 86-93 )

7.2

Industrial Building System ( Pembinaan Pasang Siap ) En. Amran, Site Engineer Wakaf Tapai, Terengganu

7.3

Institute Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia, MS 76:1972, Specification For Brick And Block Clay Part 2 . Metric Units ( M.S 46 ) Di cetak dan diterbitkan oleh Institute Standard Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia.

7.4 7.5

Approved To British Standard BS 3921 : 1974 Neville, A.M. (2004), properties of concrete , fourth and final edition, pearson education limited

7.6

Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 (1994), Penerbitan Pustaka, Dewan Bahan Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (M.S 85-92)

7.7

Hang Seng Quarry, Paka, Terengganu

( information about quarry dust)

Anda mungkin juga menyukai