Anda di halaman 1dari 2

1. Pengenalan 70-80% kandungan konkrit terdiri dari agregat. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanlasakan konkrit.

Pilihan agregat yang sesuai untuk tujuan sesuatu pembinaan memerlukan kefahaman mengenai sifat-sifat agregat. Sifat-sifat ini boleh diketahui melalui ujikaji-ujikaji 2. Pembahagian Agregat Agregat dibahagikan kepada dua bagian utama - Agregat Halus (pasir) dan Agregat Kasar (batu kelikir). Pasir untuk saiz nominal agregat yang kurang dari 5mm dan batu kelikir adalah agregat yang mempunyai saiz nominal yang lebih dari 5mm. 3. Pasir Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari kotoran kimia. Pasir terkilang (pasir dari pecahan batu kelikir besar) boleh digunakan sebagai bahan ganti. Untuk menjamin mutu konkrit yang dihasilkan, pasir sungai atau terkilang ini mesti memenuhi syarat-syarat pengeredan. Penggredan pasir dilakukan melalui Analsisi Ayak (BS410:1969). Piawai lain (BS882: Bahagian 2: 1973) menggariskan had-had pengredan dalam empat zon. Zon 1 menggambarkan kandungan pasir yang kasar dan zon 4 menggambarkan kandungan pasir yang halus. Pasir mempunyai ketumpatan disekitar 2,700kg/m3. 4. Agregat Kasar Agregat kasar boleh didapati dari sumber natural atau artificial. Sumber natural biasanya dari kumpulan Granit atau Batu Kapur (BS812: Bahagian 1: 1975). Kumpulan batu ini digunakan untuk pembinaan biasa. Ketumpatan bandingan agreat biasa ini dalam julat 2,500-2,700 kg/m3. Untuk pembinaan konkrit berat, Barit (Barium Sulfat) yang boleh didapati dari sumber asli boleh digunakan. Ia mempunyai ketumpatan bandingan 4,2004,300kg/m3. Agregat berat digunakan untuk konrit yang terdedah kepada sinar-X, sinar gamma atau rektor nuklear. Agregat artificial boleh didapati dari bahan buangan industri. Bebola besi untuk konkrit berat, klinker atau jermang hasil pembakaran untuk konkrit ringan. Umumnya agregat ringan mempunyai kekuatan yang rendah, dan agregat berat mempuyai kekuatan yang tinggi. 5. Ujian-ujian untuk Agregat Kualiti konkrit bergantung kepada saiz (penggredan), jenis agregat dan kandungan (kuantiti) yang digunakan. Ujian makmal yang perlu dilakukan ialah o Ujian analisis ayak o Graviti tentu o Keliangan o Penyerapan o Kandungan lembapan o Bendasing dan organik o Bentuk dan permukaan

1. Ujian ayak Ujian terpenting. Agregat diambil melalui proses 'quartering' supaya sample mewakili longgokan agregat yang ingin digunakan.

Contoh pengiraan Analisis ayak

Anda mungkin juga menyukai