Anda di halaman 1dari 21

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1Pengenalan

Dalam kerja pembinaan, atap genting konkrit sangat popular dan digunakan secara
meluas terutama dalam bidang pembinaan. Atap genting konkrit diperbuat daripada
campuran konkrit halur, yang berukuran 267mm x 165mm atau 340mm x 245mm (Dcc1023
Civil Engineering Material Unit 6/28). Atap genting konkrit juga diperbuat daripada
campuran pasir, air, simen dan pigmen-pigmen tambah seperti pewarna. Ini kerana atap
genting konkrit mempunyai kos yang murah dan mudah diperolehi dalam pelbagai warna.
Namun begitu, terdapat kelemahan berlaku pada atap genting konkrit ialah atap jenis ini
adalah sukar untuk dikendalikan semasa pemasangan dan kekuatan atap genting yang tidak
menentu dan tidak mencapai tahap piawai yang telah ditetapkan. Kekuatan lenturan
merupakan ciri yang penting dalam struktur pembinaan atap genting. Dalam projek ini,
penghasilan atap genting konkrit bertetulang mengunakan gentian polipropelena menjadi
tumpuan utama terhadap kekuatan lenturan atap genting konkrit dan kajian dibuat
mengunakan bahan tambahan seperti gentian polipropelena dalam bancuhan atap genting
konkrit. Bahan yang digunakan dalam penghasilan atap genting konkrit bertetulang
mengunakan gentian polipropelena adalah pasir, simen, air, dan bahan tambahan yang
digunakan dalam kajian ini adalah polipropelena sebagai tetulang atap genting. Poliprolena
adalah sebuah polimer termo-plastik yang dibuat oleh industri kimia dan digunakan dalam
berbagai aplikasi dan polipropelena adalah sangat kukuh dan fleksibel, walaupun pada suhu
yang rendah. Perbezaan kekuatan atap genting konkrit dan atap genting konkrit bertetulang
mengunakan polipropelena akan dikaji dan dibincangkan. Perlaksanaan ujian sampel akan
dilakukan untuk mendapatkan kepingan atap gentian yang berkualiti.

1
1.2Penyataan Masalah

Pada zaman sekarang, masalah kekurangan bahan mentah, kos yang tinggi, pembaziran
dan pencemaran berlaku dalam pembinaan. Hal ini telah menyebabkan sesetengah pihak
mencari alternatif yang baru dalam menjimatkan kos dan mengurangkan pencemaran serta
mendapatkan keuntungan yang lebih. Seperti yang kita semua ketahui, penggunaan atap
genting konkrit di dalam pembinaan rumah semakin meluas. Ini terbukti dalam projek-projek
yang menggunakan atap genting konkrit sebagai penutup bumbung di dalam suatu bangunan.

Pelbagai jenis atap genting digunakan dan terdapat dipasaran contohnya seperti atap
genting tanah liat dan atap genting konkrit. Oleh itu, penyelidik mengenalpasti beberapa
aspek kelemahan yang terdapat pada kedua-dua jenis atap genting ini. Antara aspek-aspek
yang dikenalpasti ialah kedua-dua atap genting ini adalah sukar untuk dikendalikan semasa
pemasangan dan kekuatan atap genting yang tidak menentu dan banyak tidak mencapai
kekuatan piawai yang ditetapkan.

Walaupun atap genting konkrit boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan
berbanding dengan atap genting tanah liat. Akan tetapi, atap genting konkrit tidak
mempunyai ciri-ciri kejuruteraan yang baik seperti mudah pecah, berat dan sebagainya.

Oleh yang demikian, penyelidik berharap dapat menghasilkan sejenis atap genting konkrit
bertetulang yang terdiri daripada gentian polipropelena sebagai tetulang dalam bancuhan atap
genting konkrit bagi mengatasi masalah ini.

1.3Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk : -

i. Mendapatkan kekuatan lenturan atap genting konkrit bertetulang.


ii. Menentukan kadar resapan air pada atap genting konkrit bertetulang.
iii. Mendapatkan atap genting konkrit bertetulang yang lebih ringan daripada
sedia ada

2
1.4 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan merangkumi kerja-kerja mendapatkan gentian polipropelena


daripada pusat kitar semula untuk menghasilkan atap genting serta ujian ke atas atap genting.
Peratus yang digunakan ialah 10%, 20% dan 30% gentian polipropelena di tambah dalam
campuran sedia ada.

Prestasi kejuruteraan yang diuji melibatkan kekuatan lenturan, pembandingan berat dan
penilaian penyerapan air ke atas atap genting yang diubahsuai. Oleh itu, terdapat 3 ujikaji
yang akan dijalankan ke atas atap genting konkrit yang mana telah ditambah dengan tetulang
mengunakan gentian polipropelena dan atap genting konkrit yang biasa digunakan, iaitu : -

i. Ujian kekuatan lenturan.


ii. Ujian penilaian penyerapan air.
iii. Ujian perbandingan berat.

1.5 Kepentingan Kajian

Dari hasil kajian yang dilakukan : -

i. Mengenalpasti kadar campuran yang sesuai untuk atap gentian yang dihasilkan
mempunyai kekuatan lenturan, kelasakan, dan kekuatan ikatan yang memuaskan.
ii. Pengetahuan terhadap ciri-ciri gentian polipropelena dan ciri-ciri matrik tentang
kualiti atap genting yang dihasilkan dipengaruhi oleh nisbah air-simen, nisbah
simen-pasir, peratus gentian polipropelena yang diguna samada secara isipadu
ataupun berat, bentuk gentian polipropelena yang diguna samada isipadu ataupun
berat, bentuk gentian polipropelena dan kaedah pembuatan atap genting.
iii. Kesan keadaan cuaca terhadap atap genting yang bertetulang kan gentian
polipropelena.
iv. Untuk memastikan atap gentian jenis ini mempunyai kelasakan yang memuaskan
dalam keadaan cuaca semulajadi.
v. Untuk mendapatkan atap genting yang berkualiti, dan ujian-ujian seperti ujian
mampatan, ujian kekuatan hentaman, ujian penilaian penyerapan air dan ujian
ketelapan perlu dilakukan terhadap produk yang dihasilkan.

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kemunculan atap genting konkrit dalam kerja pembinaan pada tahun 1961 telah
membuka era baru dalam teknologi pembinaan. Bahan-bahan utama atap genting konkrit
adalah pasir, air, dan simen. Ia bukan sahaja dapat menghasilkan atap genting yang kukuh
malah kos menghasilkan atap genting yang murah dah mudah. Kajian-kajian yang dijalankan
oleh ahli penyelidik juga telah menghasilkan berbagai-bagai penemuan yang menjadikan atap
genting sebagai bahan yang berpontensi dalam industri pembinaan.

2.2 Atap Genting

Penutup bumbung biasanya disebut atap. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk
menutup bumbung ada pelbagai jenis dan kaedah pemasangannya berbeza-beza di antara satu
jenis dengan jenis lain. Walau bagaimanapun, tujuan utama memasang penutup pada binaan
bumbung ialah untuk melindungi bahagian dalam bangunan daripada terdedah dengan cuaca
seperti hujan, panas, sejuk dan sebagainya. Penggunaan setiap jenis penutup bumbung pula
bergantung pada beberapa faktor seperti jenis bangunan, curam bumbung, reka bentuk dan
sebagainya. Bangunan jenis kekal dan rumah jenis mewah biasanya menggunakan atap
genting yang mempunyai kualiti ketahanan yang baik serta nilai-nilai seni yang indah.
Terdapat beberapa jenis atap genting yang terdapat dipasaran iaitu atap genting konkrit dan
atap genting tanah liat. Atap genting diperbuat daripada daripada tanah liat atau konkrit. Atap
genting yang diperbuat daripada tanah liat lebih mahal berbanding atap genting yang
diperbuat daripada konkrit kerana sifat-sifat semula jadi yang ada padanya seperti warna yang
asli dan sebagainya.( Teknologi Binaan Bangunan / Jahiman Badron )

4
2.2.1 Atap Genting Konkrit

Atap genting konkrit diperbuat daripada campuran konkrit halur, yang berukuran
267mm x 165mm atau 340mm x 245mm (Dcc1023 Civil Engineering Material Unit 6/28 ) .
Atap genting konkrit juga diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan bahan tambah
seperti pewarna . Atap genting konkrit adalah lebih murah dan mudah dari genting tanah liat
kerana proses penghasilannya tidak memerlukan proses pembakaran. Atap genting konkrit ini
boleh dihasilkan dalam pelbagai warna. Ini kerana atap genting konkrit mempunyai kos yang
murah dan mudah diperolehi dalam pelbagai warna.

Rajah 2.1 Contoh atap genting konkrit

2.3 Polipropelena

Polipropilena pertama kali dipolimerisasikan oleh Dr. Karl Rehn di Hoechst AG,
Jerman, pada 1951, yang tidak menyadari pentingnya penemuan itu. Ditemukan kembali pada
11 Maret 1954 oleh Giulio Natta, Polipropilena pada awalnya diyakini lebih murah daripada
polietilena. Polipropilena atau polipropena (PP) adalah merupakan satu polimer termoplastik,
yang dibuat oleh industri kimia dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi,
termasuklah pembungkusan makanan, tekstil, bahagian-bahagian plastik dan pelbagai jenis
bekas barang yang boleh diguna pakai kembali, peralatan makmal, pembesar suara,
komponen-komponen automotif , dan polimer nota bank. Satu polimer penambahan yang
dibuat daripada monomer propilena, ia tahan lasak dan luar biasa berketahanan tinggi kepada
banyak pelarut-pelarut kimia,dan asid. Ciri-ciri polipropelena adalah sangat kukuh dan
fleksibel, walaupun pada suhu yang rendah. Hal ini membolehkan polipropelena digunakan
sebagai pengganti berbagai plastik kejuteraan seperti ABS( acrylonitrile butadiene styrene).
Polipropelena menjimatkan kos dan mudah diperolehi dalam pelbagai bentuk. Polipropelena
mempunyai plastik yang lut (jelas) atau berwarna dengan menggunakan pigmen tambah
seperti pewarna. Polipropelena mempunyai takat lebur ~160 C (320 F), seperti yang

5
ditentukan oleh Differential Scanning Calorimetry (DSC). Polipropilena biasanya digunakan
untuk plastik percetakan di mana ia disuntik ke dalam acuan dalam keadaan lebur,
membentuk pelbagai bentuk yang kompleks pada suhu tinggi dan kos yang rendah. Hasilnya
boleh menjadi penutup botol, botol, dan lain-lain. Kebanyakan barang-barang dari plastik
untuk makmal perubatan atau boleh dibuat daripada polipropilena kerana ia boleh menahan
haba dalam autoklaf. Hal ini, polipropelena sesuai untuk dijadikan sebagai bahan untuk
membuat kajian.

Rajah 2.2 Contoh simbol dan rumus bagi plastik polipropelena

Gentian polipropelena dikeluarkan di dalam pelbagai bentuk dan mempunyai sifat


yang berbeza. Kelebihan utama genting-genting ini adalah ketahan terhadap alkali, darjah had
cair nisbi yang tinggi (165) dan harga bahan mentah yang rendah. Keburukan bagi gentian
ini adalah rintangan api yang rendah, sensitif terhadap matahari dan oksigen, matriks.
Kekurangan ini tidak semestinya kritikal. Pembenaman di dalam matriks memberikan satu
lapisan penutup, membantu meminimumkan darjah kepekaan kepada api dan kesan
persekitaran .Sifat-sifat mekanik, terutamanya modulus keanjalan dan ikatan boleh diperbaiki
dan gentian istimewa untuk kegunaan bersama matriks bersimen telah pun dihasilkan dan
dijual secara komersial. (Rencam bersimen bertetulang gentian / Arnon Bentur)

Rajah 2.3 Contoh plastik polipropelena yang dipilih.

6
2.3.1 Termoplastik

Termoplastik (dalam bahasa Greek Termo bermaksud haba atau panas dan plassein
bermaksud membentuk) ialah bahan sintetik yang boleh dibentuk mengikut keinginan
ataupun keperluan dalam julat suhu tertentu.Ia juga turut dikenali sebagai Plastomer. Proses
pembentukkan termoplastik ini adalah satu proses yang boleh berpatah balik. Ini bermaksud
bahan ini boleh dipanaskan atau disejukkan berulang kali.Termoplastik mempunyai ciri-ciri
fizikal yang berlainan daripada Duroplastik dan Elastomer. Termoplastik dibentuk dari
molekul-molekul panjang. Jika termoplastik kita panaskan, maka molekul-molekul panjang
akan lebih berjarak dalam lingkungan keseimbangan dan bahan tersebut akan menjadi
lembut. Termoplastik ialah plastik yang mudah menjadi lembut apabila dipanaskan kerana
takat leburnya yang rendah tetapi akan menjadi keras apabila disejukkan. Ia bersifat fleksibel,
mudah dibentuk, ringan dan lengai terhadap bahan kimia. ( Kejuruteraan dengan Polimer /
Peter C Powel )

Rajah 2.4 Struktur polimer termoplastik

7
2.4 Simen

Simen adalah sejenis bahan pengikat yang dihasilkan melalui sebatian kimia yang
berbentuk serbuk halus yang berwarna kelabu. Apabila dicampur dengan air, serbuk ini akan
menjadi sesuatu likatan yang berupaya mengikat bahan-bahan seperti pasir batu kerikil untuk
menjadi suatu jisim yang padat dan keras yang dinamakan konkrit.

Simen Portland ialah sejenis simen yang paling banyal digunakan dalam kerja-kerja
binaan sama ada dalam kerja-kerja pembinaan rumah, jambatan, tembok penahan dan
sebagainya. Ia digunakan untuk membina struktur-struktur utama seperti tiang ,gelegar,
rasuk, lantai dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat mortar yang digunakan untuk
kerja-kerja menerap bata dan bongkah bangunan serta untuk melepa. Simen Portland boleh
didapati dalam pelbagai jenis seperti simen Portland untuk kerja umum, simen Portland cepat
mengeras, simen Portland relau letup dan sebagainya.

2.4.1 Simen Portland Biasa

Simen yang selalu digunakan ialah simen Portland Biasa. Ianya dibuat daripada tanah
liat dan batu kapur yang masing-masing dihancurkian menjadi debu sebelum dicampur
bersama-sama dengan air dan kemudian dipanaskan hingga ke suhu 1300C. campuran ini
dinamakan batu hangus. Batu hangus ini dikisar halus dengan sedikit campuran gypsum
untuk menjadi simen. Serbuk simen bertindak balas dengan air dan kandungannya berubah di
mana biji-biji simen tadi tercantum antara satu sama lain dan akan melekat kepada bahan-
bahan campuran lain dengan teguhnya. Simen tersebut akan mengeras secara perlahan-lahan
setelah dicampur dengan air. Untuk 30 minit hingga 1 jam pertama selepas dicampurkan
dengan air maka simen tadi tidak lag berbentuk plastik dan ini dipanggil pengerasan
permulaan. Lebih kurang 10 jam selepas ia dicampurkan dengan air maka simen tadi
menjadi pejal dan terus mengeras tujuh hari selepas ia dicampurkan, ianya akan bertukar
menjadi bungkah pejal. (Teknologi Binaan Bangunan/ Jahiman Badron )

8
Rajah 2.5 Contoh simen Portland biasa

2.5 Batu Baur

Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit.


Kandungannya meliputi di antara 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit.
Bahan yang biasa digunakan sebagai batu baur ialah seperti pasir, habuk kuari, batu grewel,
pecahan batu, sanga ( tahi leburan bijih ), batu hangus dan sebagainya. Batu-batu baur
hendaklah daripada bahan yang keras tahan lasak dan bersih. Bentuk dan tekstur pada
permukaan batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit. Batu-batu baur yang
bentuknya kasar dan tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen
lebih kuat berbanding batu baur yang berbentuk bulat dan licin. Batu baur dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu batu baur kasar dan batu baur halus.

2.5.1 Batu Baur Halus (Pasir)

Pasir sungai dan pasir laut merupakan batu baur halus yang paling sesuai digunakan
kerana ia bersih daripada sebarang kotoran kimia atau bahan-bahan lain yang boleh
menjejaskan kualiti konkrit.

Pasir terkilng yang dikenali m-sand merupakan gantian kepada pasir sungai yang
sukar diperolehi dalam kuantiti yang banyak. Pasir terkilang diperolehi daripada kuari
melalui melalui proses penghancuran pasir kasar ditapis dan digredkan. Pasir yang digredkan
biasanya mempunyai kualiti yang baik dan setanding dengan pasir sungai dan harganya yang
lebih murah.

9
Penggredan pasir adalah menggunakan ayak piawaian British BS 410: 1969. Saiz
ayak adalah 10mm, 4.76mm, 1.18mm, 600m, 300m, dan 150m.

Piawaian British BS 882: Bahagian 2:1973, telah menggariskan had-had penggredan


mengikut empat zon seperti berikut ; Zon 1, Zon 2, Zon 3, dan Zon 4. Lebih tinggi
zonnya,lebih halus saiznya.

Dalam pindaan BS 882:1983, pengelasan pasir dibahagikan kepada had keseluruhan,


had kasar, pertengahan dan halus. (DCC CIVIL ENGINEERING MATERIALS)

Rajah 2.6 Contoh batu baur halus (pasir)

2.6 Air

Air digunakan untuk membancuh konkrit mestilah bebas dari bahan-bahan yang
meninggalkan kesan seperti kelodak, tanah, asid organik yang lain seperti garam dan alkali.

Biasanya air yang digunakan untuk membancuh konkrit adalah air yang layak diminum atau
diambil dari sumber yang diluluskan. (DCC1023 CIVIL ENGINEERING MATERIALS)

Air memainkan tiga (3) peranan dalam kerja-kerja konkrit:-

i. Air menyebabkan simen (atau kapur) supaya tiap butir batu diliputi dengan rapat.
ii. Air memberikan kesenangan keja pada bancuhan konkrit.
iii. Air merupakan tindakbalas kimia dalam simen untuk mengikatkan semua batu dalam
bancuhan konkrit.

10
Rajah 2.7 Contoh air bersih

2.7 Kemasan

Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang


menentukan kecantikan sesebuah bangunan. Beberapa jenis kemasan yang boleh dilakukan
pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan, keadaan
persekitaraan dan juga pertimbangan kosnya.

2.7.1 Pewarna

Pewarna adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan
bahan-bahan binaan. Lapisan ini menggunakan warna solid naga iaitu merah dan permukaan
lapisan akan berkilat. Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan
bahan supaya tahan lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah
keselamatan.

Rajah 2.8 Contoh atap genting yang telah diwarnakan

11
BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan suatu kaedah dan teknik pelaksanaan projek yang
mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang
boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu penyelesaian yang
dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah
untuk memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian sesuatu tajuk. Dengan ini, setiap peringkat
perjalanan projek tidak akan terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2013), metodologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.
Metodologi juga bermaksud ilmu tentang kegiatan atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk
kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara
yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.

Rajah 3.1 menunjukkan carta alir dalam metodologi kajian.

12
MULA

TAJUK : PENGGUNAAN GENTIAN POLIPROPELENA


SEBAGAI TETULANG DALAM KEPINGAN ATAP
GENTING KONKRIT

KAJIAN LITERATUR

METODOLOGI KAJIAN

PERSEDIAAN BAHAN UNTUK


BANCUHAN DAN GENTIAN PENGUJIAN SAMPEL
POLIPROPELENA

KOTAK ACUAN

BANCUHAN BAHAN

SAMPEL

UJIAN UJIAN UJIAN PERBANDINGAN


LENTURAN PENILAIAN BERAT
PENYERAPA
N AIR
PENGUMPULAN DATA

ANALISIS

KESIMPULAN

TAMAT

Rajah 3.1 Carta Alir Metodologi

13
3.2 Persediaan Bahan Untuk Bancuhan Dan Gentian Polipropelena

3.2.1 Penyediaan Sampel bagi Gentian Polipropelena

Jumlah sampel yang disediakan untuk ujikaji ini adalah sebanyak 500gram secara
keseluruhannya. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah daripada plastik jenis
polipropelena yang bernombor PP 05. Sampel diambil daripada pusat kitar semula yang
berdekatan di kawasan Kulim. Gentian Polipropelena yang digunakan adalah berketebalan
sebanyak 0.5mm. Contoh gentian polipropelena yang digunakan ialah bekas makanan pakai
buang.

Rajah 3.2 merupakan contoh bekas makanan pakai buang yang bergentian polipropelena.

Rajah 3.2 Contoh plastik polipropelena

14
3.2.2 Penyediaan Sampel Gentian Polipropelena Dalam Bentuk Tetulang

Bekas makanan pakai buang yang bergentian polipropelena dibersihkan terlebih


dahulu sebelum digunakan. Kemudian dipotong sepanjang 0.3cm x 9cm dengan
menggunakan pisau. Polipropelena dalam bentuk tetulang yang telah dipotong dikumpulkan
bersama seberat 500gm. Berat keseluruhan sampel gentian polipropelena ditimbang
menggunakan penimbang yang disediakan di makmal. Tetulang polipropelena yang telah
ditimbang disimpan dalam bekas.

Rajah 3.3 ialah gentian polipropelena yang telah dipotong dalam bentuk tetulang.

Rajah 3.3 Tetulang Polipropelena

3.2.3 Penyediaan Sampel Bancuhan Atap Genting

i. Simen
Simen yang digunakan dalam bancuhan atap genting ini adalah simen Portland jenis
Biasa ( Ordinary Portland Cement) dimana kadar kehilangan haba yang kurang semasa proses
penyejatan. Ciri-ciri simen yang berkualiti ini adalah tidak mengumpal dan tidak bercampur
dengan benda asing. Nisbah bancuhan yang digunakan adalah 1:4.

Rajah 3.4 ialah gambaran simen Portland jenis Biasa.

15
Rajah 3.4 Simen Portland Jenis Biasa

ii. Batu Baur Halus (Pasir)


Batu baur halus yang digunakan dalam bancuhan kajian ini adalah daripada pasir
sungai. Perkadaran batu baur halus ini ditentukan dengan ujian analisis ayakan sampel
mengikut piawai BS 812 yang keseluruhannya terdiri daripada zon halus dan zon sederhana.
Antara cirinya adalah tidak berkelodak dan perlulah bersih daripada sebarang kotoran yang
akan menjejaskan bancuhan atap genting ini.

Rajah 3.5 menunjukkan pasir yang telah diayak dan diletakkan dalam bekas yang
terlindung daripada kelembapan air.

Rajah 3.5 Pasir yang telah diayak

16
iii. Air
Ianya merupakan sumber yang penting dalam bancuhan. Air untuk bancuhan ini
diambil daripada bekalan terus yang dibekalkan oleh SADA. Air ini telah dirawat dan bebas
dari pencemaran bahan kimia, organik, selut, tanah liat, minyak dan sebarang bahan yang
merbahayakan. Penggunaan air yang tercemar dan tidak dirawat boleh memberikan kesan
terhadap bancuhan atap genting. Jumlah air yang akan digunakan diambil daripada nisbah
simen dan pasir. Ciri-cirinya adalah bersih dari kotoran dan kelodak. Sukatan air yang
digunakan dalam bancuhan atap genting diambil berdasarkan jumlah nisbah simen dan pasir.

Rajah 3.6 menunjukkan air mengikut paras sukatanyang telah ditentukan.

Rajah 3.6 Air mengikut sukatan yang ditentukan.

iv. Pewarna
Pewarna adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan
bahan-bahan binaan.Lapisan ini menggunakan warna solid naga iaitu merah dan permukaan
lapisan akan berkilat.Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan
supaya tahan lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan.
Bahagian luar atap genting diberi lapisan nipis yang berfungsi sebagai pewarna dan lapisan
kalis air. Lapisan finishing untuk kajian ini adalah menggunakan lapisan glaze di
permukaannya.

Rajah 3.7 adalah pewarna yang digunakan dalam campuran lapisan glaze bagi atap genting
konkrit bertetulang gentian polipropelena.

17
Rajah 3.7 Pewarna yang digunakan

3.2.4 Penyediaan Reka Bentuk Bancuhan

Penyediaan bahan reka bentuk bancuhan dilakukan di bengkel. Reka bentuk bancuhan
yang digunapakai adalah Kaedah Jabatan Kerja Raya iaitu nisbah 1:4. Reka bentuk bancuhan
yang digunakan adalah dengan nisbah air simen. Bahan tetulang polipropelena ditimbang
dengan ukuran berat yang ditetapkan iaitu 10%, 20% dan 30% daripada berat bancuhan.
Sudip dan baldi digunakan dalam penyediaan untuk menggaulkan simen, batu baur halus dan
air. Dimulakan dengan menuangkan pasir dan simen. Campuran ini digaulkering hingga rata
dan sempurna. Air dituang sedikit demi sedikit dalam campuran tadi hingga rata dan sebati.
Lakukan proses menggaulkan selama 2-3minit.

18
3.2.5 Penyediaan Jenis Bancuhan Dalam Ujikaji

Jadual 3.8 menunjukkan jenis bancuhan dan peratusan tetulang polipropelena dalam
bancuhan atap genting konkrit.

Bancuhan Peratusan dalam bancuhan atap genting konkrit

Kawalan Simen Portland + Batu baur halus + air

10% tetulang polipropelena Bancuhan atap genting + 10% tetulang polipropelena

20% tetulang polipropelena Bancuhan atap genting + 20% tetulang polipropelena

30% tetulang polipropelena Bancuhan atap genting + 30% tetulang polipropelena

Rajah 3.8 Jenis Bancuhan dalam setiap sampel

3.2.6 Penyediaan Sampel Kotak Bentuk

Penyediaan kotak bentuk untuk kajian ini adalah bersaiz 10cm x 10cm x 2cm. Kotak
bentuk yang digunakan adalah bersaiz lebih kecil daripada atap genting yang sedia ada di
pasaran. Kotak bentuk yang bersaiz lebih kecil ini bertujuan untuk memudahkan penghasilan
kepingan atap genting yang akan dijadikan sebagai sampel ujian. Kotak bentuk adalah
diperbuat daripada besi dan boleh dibuka di setiap penjuru sisi kotak bentuk. Hal ini adalah
untuk memudahkan kepingan atap genting dibuka dan dipisahkan daripada acuan.

10cm 2cm

10cm

Pandangan atas Pandangan sisi

19
3.3 Ujikaji Yang Dijalankan

Ujikaji ini dijalankan di makmal ujikaji Jabatan Kejuruteraan Awam PTSB. Ujian
yang dijalankan di makmal adalah ujian lenturan, ujian penilaian penyerapan air dan ujian
penimbangan berat atap genting yang sedia ada dan yang telah diubahsuai.

3.3.1 Ujian Lenturan

Kekuatan atap genting konkrit bertetulang menggunakan gentian polipropelena adalah


ditentukan dengan ujian lenturan. Ujian lenturan yang dilakukan dengan menggunakan mesin
lenturan di makmal. Setiap satu sampel diletakkan di atas mesin dan ujian lenturan
dijalankan. Ujian lenturan dimulakan dengan meletakkan sampel di rod sokongan dengan
permukaan yang betul. Silinder rod pusat adalah diletakkan di tengah antara sokongan rod. Ia
telah disesuaikan secara manual sehingga sedikit bersentuh permukaan sampel. Meter
penunjuk telah ditetapkan kepada sifar sebelum ujian dimulakan. Kemudian, ujian dijalankan
secara automatic dan akan berhenti di pecah.

Sesudah selesai ujian, data dicatat dan direkodkan dalam satu jadual. 3 ujian yang
ditambah tetulang polipropelena diuji dan pemilihan sampel yang paling tinggi kekuatan
lenturan dipilih.

20
3.3.2 Ujian Penilaian Penyerapan Air

Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kadar penyerapan air di
dalam atap genting konkrit yang sedia ada dan atap genting konkrit yang bertetulang gentian
polipropelena. Sebanyak 4 keping sampel yang digunakan dalam ujian penyerapan air. 3
sampel atap genting yang telah ditambah polipropelena dan satu sampel atap genting yang
sedia ada. Sampel-sampel direndam dalam air selama 18jam. Seterusnya dikeringkan dalam
oven selama tidak kurang daripada 24jam pada suhu 100 sehingga tiada perubahan berat,
iaitu semua lembapan di dalam sampel telah dihilangkan. Sebelum penimbangan dibuat ia
hendaklah disejukkan pada suhu makmal.

Sesudah ditimbang dan dicatat beratnya, sampel dimasukkan ke dalam takungan


pemanas. Sampel-sampel disusun di dalam takungan dengan rapi bagi memastikan air dapat
bergerak dengan bebas di sekeliling unit sampel. Air dalam takungan dipanaskan sehingga
mendidih dan dipertahankan selama 5 jam. Kemudiannya, dibiarkan sejuk pada suhu
makmal. Sampel-sampel dikeluarkan dan dilap kering air di permukaannya. Sampel
ditimbang dan penyerapan air dikira, iaitu peratus pertambahan berat sampel. Nilai
penyerapan air untuk setiap kadar campuran ialah purata 4 sampel yang diuji. Data ujian
penilaian penyerapan air dicatat di dalam jadual.

3.3.3 Ujian Penimbangan Berat

Sebanyak 4 sampel yang digunakan dalam perbandingan berat. 3 sampel yang


ditambah tetulang polipropelena dibandingkan dengan sampel yang tidak ditambah tetulang
polipropelena. Kesemua sampel ditimbang di atas alat penimbang berat yang terdapat di
makmal. Selepas sampel-sampel ditimbang, beratnya dicatat di dalam satu jadual dan
perbandingan berat sampel yang telah ditambah tetulang polipropelena dan sampel yang tiada
tetulang polipropelena dilakukan.

21

Anda mungkin juga menyukai