Anda di halaman 1dari 5

UJIAN CINCIN & BOLA

PENGENALAN
Titik kelembutan didefinisikan sebagai purata suhu di mana bahan bitumen dilembutkan dan
jatuh ke bawah pada jarak 25mm di bawah berat bola keluli. Secara umumnya, dengan bahan jenis ini,
kelembutan tidak berlaku pada masa yang tertentu. Semakin suhu meningkat, bahan bitumen secara
beransur akan berubah daripada rapuh kepada lembut. Oleh sebab itu, penentuan titik kelembutan
harus dibuat dengan kaedah tetap dan tertutup jika keputusan hendak dibandingkan.
Kaedah ini dijalankan dengan membentuk satu spesimen di dalam cincin logam dengan
dimensi 15.875 mm diameter dalam dengan ketebalan sebanyak 2.38 mm dan 6.35 mm kedalaman.
Cincin ini kemudiannya diletakkan di atas plat logam dalam air yang dipanaskan dan keluli bola yang
berdiameter 9.5 mm dan seberat 3.5 gram diletakkan di tengah pusat spesimen. Titik lembut adalah
dianggap sebagai suhu bendalir apabila bola menembusi spesimen dan menyentuh plat di bawahnya.

OBJEKTIF
Untuk menentukan suhu kelembutan ( softening point) bitumen

PERALATAN

Thermometer
Air
Bikar
Bola
Cincin
Penunu bunsen

TEORI
Apabila suhu bitumen meningkat keadaan pepejal bitumen akan bertukar kepada keadaan cecair
iaitu kekerasan bitumen akan bertukar menjadi lembut setelah bitumen di panaskan.Sebelum bitumen
di gaul dengan batu baur untuk di jadikan bahan turapan jalanraya keadaan bitumen mestilah lembut
supaya ianya senang di kendalikan dalam kerja-kerja menurap. Cara yang paling mudah melembutkan
bitumen ialah dengan memanaskannya.
Keadaan kelembutan bitumen ialah paras suhu bitumen itu berada ketika ianya sedang di uji di
bawah pengaruh yang tertentu. Bagi bitumen, ujian yang lazim di jalankan ialah ujian cincin dan bola.
Adalah di ketahui bahawa bitumen gred keras mempunyai paras suhu kelembutan yang tinggi
berbanding dengan bitumen jenis lembut.

CARA KERJA
1) Bitumen dituangkan ke dalam sepasang cincin dan kedua-dua cincin itu diletakkan di atas
tempat pemegangnya. Satu termometer juga diletakkan di bahagian tengah pemegang cincin
itu.
2) Kemudian alat kelengkapan itu dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air suling yang telah
disejukkan padasuhu 5C. Suhu ini dikekalkan selama 15minit.
3) Sebiji bola keluli diletakkan (garis pusat = 9.53 mm) di atas setiap cincin yang mengandungi
contoh bitumen dengan menggunakan alat pengepit.
4) Air yang berada di dalam bikar di paraskan dan kacau dengan perlahan-lahan. Kenaikan suhu
dan kelakunan kedua-dua biji bola itu diperhatikan sejurus bitumen mula melembut. Suhu
dicatat apabila setiap bola itu jatuh dari tempat permulaan hingga ke paras plat pada jarak 2.5
cm.
5) Seterusnya, dua bacaan suhu di ambil apabila kedua-dua bola tersebut mula menyentuh
bahagian plat setinggi 2.5 cm dari tempat permulaan bola itu jatuh dan purata suhu di kira
kepada 0.2 C yang terdekat.
6) Ujian ini hendaklah dijalankan semula jika perbezaan suhu antara kedua-dua bola lebih
daripada 1C.

DATA UJIAN CINCIN DAN BOLA.


Bebola
Bebola A
Bebola B
Purata

Suhu(C)
44
45
44.5

ANALISIS DATA
Contoh pengiraan
Purata
= 44 + 45
2
= 44.5 C
Keputusan : suhu kelembutan bitumen adalah pada 44.5 C.
Suhu ini akan diplotkan pada nomograph untuk mendapatkan penetration index (PI) untuk bitumen
yang diuji.
Ujian ini haruslah dijalankan bersama ujian penusukan bagi mendapatkan nilai PI bitumen tersebut.

PERBINCANGAN

1. Apakah yang di maksudkan tentang keadaan kelembutan bahan bitumen?


Keadaan kelembutan bitumen adalah keadaan di mana bitumen hilang kekerasan dan
kekuatannya untuk menampung daya. Keadaan ini berlaku apabila bitumen di kenakan
tindakan haba yang cukup. Suhu di mana bitumen mula menjadi lembut pula di namakan titik
kelembutan.
2. Sebutkan beberapa kegunaan ujian cincin dan bola?
Menentukan nilai gred bitumen dan nilai ini membolehkan kita menggunakannya
mengikut kesesuaiannya terhadap suhu dalam kerja pembinaan jalan raya.
Untuk menentukan suhu kelembutan (softening point) asfalt ketika ia mula cair dan jatuh
melalui jarak yang di tetapkan. Nilai ini penting untuk memudahkan kita mengerjakan
campuran asfalt dalam kerja pembinaan.
Untuk menentukan ciri kerentahanan suhu bitumen, iaitu suhu di mana bitumen mula
melembut. Ini akan memberikan maklumat mengenai kelasakkan bitumen di bawah
pengaruh suhu.
3. Apakah faktor-faktor yang menjejaskan perbezaan keputusan yang di perolehi dari ujian
cincin dan bola?
Kawalan suhu ujian yang tidak sempurna dan baik. Ini adalah di sebabkan kekonsistenan
bitumen boleh berubah dengan cepat apabila perubahan suhu berlaku.
Cincin tidak di letakkan dengan mendatar dan menyebabkan bebola tersangkut pada
pemegang sehingga condong pada kedudukannya.
Suhu air sukar di tetapkan pada 5 C selama 5 minit.
Bebola besi mungkin berkarat dan mengenakan daya geseran ke atas permukaan besi
dengan sampel bitumen. Ini melambatkan pergerakkan bebola ke dasar plat besi.
Ralat pada bacaan termometer yang terjadi disebabkan mata pencerap tidak berada di
kedudukan yang betul sewaktu membaca suhu.

KESIMPULAN
Hasil daripada ujikaji yang dijalankan didapati suhu kelembutan bitumen adalah pada suhu 44.5 C.
Bacaan suhu bola A adalah 44 C dan bola B adalah 45 C. Perbezaan kedua dua bacaan suhu adalah
1 C dan bitumen adalah jenis bitumen lembut kerana suhu kelembutannya adalah rendah.

CADANGAN DAN KOMEN

Bitumen yang dipadatkan dalam cincin hendaklah dipadatkan dengan betul dan diselaraskan
dengan ketebalan cincin. Bitumen yang melebihi ketebalan cincin hendaklah dibuang.
Pastikan kedua dua bitumen yang dipadatkan sama tebal dan padat bagi mengelakkan ralat
pada suhu kelembutan bitumen kerana jika perbezaan suhu kedua dua bitumen melebihi 1
C, ujikaji haruslah diulang semula.
Pastikan peralatan ujian cincin dan bola berada dalam keadaan bersih sebelum memulakan
ujikaji kerana akan menjejaskan data yang diperolehi.
Peralatan juga haruslah dibersihkan menggunakan minyak yang disediakan untuk membuang
sisa bitumen yang terlekat pada peralatan.
Pelajar yang mencatat bacaan suhu haruslah fokus dan teliti kerana bacaan suhu diambil
sebaik sahaja bola menyentuh plat dan ujikaji ini adalah sangat cepat.
Kedudukan mata sewaktu membaca suhu pada termometer juga haruslah berada pada
kedudukan yang betul kerana boleh mempengaruhi hasil ujikaji.

RUJUKAN
Nota Rujukan Kejuruteraan Jalan Raya Dan Lalulintas , ( Highway And Traffic Engineering ),
Diploma Kejuruteraan Awam, DDA3443, University Teknologi Malaysia.
Pengenalan Pembinaan Jalan Raya Berbitumen, Mohamed Rehan Karim, Meor Othman
Hamzah, Asri Hasan. Dewan Bahasa Dan

Pustaka (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Kuala

Lumpur, 1991
Labsheet makmal jalan raya & lalulintas
Nota kejuruteraan jalan raya dan lalulintas, DDA3443, Nor Afzan Nizan Bt Md Aris, Kolej
Antarabangsa IKIP.

LAMPIRAN

Cara Membersihkan Peralatan Ujian

Anda mungkin juga menyukai