Anda di halaman 1dari 8

BENGKEL PAIP

(DCC 1012)

LAPORAN BENGKEL PAIP


MENANDA,MEMOTONG DAN MEMBENANG PAIP BESI BERGALVANI

NAMA

: AMIN MUQRI BIN ROSLI

NO. MATRIK : 16DKA16F1027


KURSUS

: DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA1C)

PENSYARAH : PUAN NOOR LIZA BINTI RAMLI


TARIKH

: 31 JULAI 2016

PENGENALAN
Pengajian kerja paip domestik merupakan salah satu mata pelajaran vokasional yang akan
diperkenalkan di sekolah sebagai salah satu aliran baru dalam sesi pengajian sekolah harian
biasa pada tahun 2005.Mata pelajaran ini secara umumnya diwujudkan bertujuan untuk
memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sistem perpaipan domestik dan kerja-kerja
yang bersangkutan dengan sistem ini yang lebih menjurus kepada aspek kemahiran asas dan
amali.

Salah satu komponen mata pelajaran yang perlu difahami dan dikuasai dalam bidang ini ialah
mengetahui dan mengenali pelbagai jenis dan fungsi peralatan serta kelengkapan utama bagi
kerja-kerja paip asas.Kerja kursus ini disediakan sebagai panduan dan pengenalan kepada
alatan tersebut yang disertakan bersama gambar bagi memberikan lebih pemahaman serta
penerangan mengenai menanda,memotong dan membenang paip besi bergalvani.Kerja kursus
ini juga disediakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran seseorang individu itu.

OBJEKTIF
Untuk mempelajari dan menguasai kaedah memotong paip dengan cara
yang betul serta dapat menggunakan peralatan yang disediakan dengan
kaedah yang betul.
Untuk mengetahui cara bagi membenang paip besi bergalvani dengan
menggunakan pembenang paip.
Supaya dapat mengetahui cara-cara menggunakan alatan yang telah
diberikan dengan betul semasa melakukan kerja-kerja tersebut.
Dapat meningkatkan kecekapan seseorang dalam bidang kemahiran bagi
menanda,memotong dan membenang paip besi bergalvani.

BAHAN YANG PERLU :

PAIP BESI BERGALVANI

ALATAN-ALATAN YANG DIGUNAKAN :

APIT G

PEMBENANG PAIP

PEMOTONG PAIP BERODA

KIKIR RATA

PEMANCUT MINYAK

PITA UKUR

LANGKAH-LANGKAH MENANDA,MEMOTONG & MEMBENANG :


1. Paip besi bergalvani diukur menggunakan pita ukur dalam 20cm panjang kemudian
ditanda menggunakan pen atau pensil.

2. Paip besi bergalvani diletakkan pada apit G sebelum memulakan proses memotong.
Pastikan paip besi tersebut diapit dengan kuat dan kemas.

3. Proses memotong besi bergalvani perlu dilakukan menggunakan pemotong paip


beroda.Sebelum memulakan proses memotong dan semasa memotong paip besi,
minyak pelincir akan di tuangkan ke kawasan yang hendak dipotong.Ini bertujuan
untuk melancarkan pemotongan besi.

4. Selepas itu,bahagian yang dipotong akan dikikir menggunakan kikir


luar dan kikir dalam.Ini bertujuan bagi mengemaskan dan membuang lebihan-lebihan
besi yang tertinggal semasa proses pemotongan tadi.

5. Seterusnya,gunakan pembenang paip bagi proses membuat benang dan letakkan


sedikit minyak untuk menjaga mata pengasah pembenang paip tersebut.

Hasilnya :

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI KETIKA MELAKUKAN KERJA


PAIP TERSEBUT :
1. Alat pembenang paip di bahagian pengulir luar itu agak longgar dan mudah
terkeluar apabila melakukan kerja membenang paip.Hal ini secara tidak langsung
akan merumitkan kerja serta melambatkan kerja tersebut.
2. Ketika membenang juga,bekas-bekas lebihan besi hasil daripada proses
membenang akan tersangkut pada bahagian pengulir luar.Hal ini akan merumitkan
seseorang yang melalukan kerja membenang paip tersebut.
3. Bahagian mata pengulir alat pembenang paip agak tumpul dan tidak tajam.Hal ini
akan mengakibatkan bahagian paip yang telah dibenang tidak kelihatan
sempurna/elok.Hasil kerja tidak memuaskan hati.

Anda mungkin juga menyukai