Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Bengkel adalah tempat (bangunan atau ruangan) untuk perawatan / pemeliharaan dan
merupakan sebuah ruang bekerja. Penting bagi sesebuah bengkel untuk mempunyai segala
kelengkapan peralatan, mesin dan bahan yang diperlukan bagi memastikan sesebuah bengkel
dapat menjalankan fungsinya menepati seperti objektif penubuhannya.
Laporan ini menceritakan tentang peralatan-peralatan, bahan dan kemudahan yang
terdapat di Bengkel Paip dan Pengukuran, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

PERALATAN TANGAN DAN PERALATAN MESIN (HAND TOOLS & MACHINE


TOOLS)
Peralatan
PVC Cutter

Deskripsi
Fungsi : untuk memotong paip
PVC/poli dengan tepat dan cepat
Cara kendalian : apit pemotong
paip PVC/poli pada batang paip
yang hendak dipotong dan pusing
disekelilingnya. tambah tekanan
perlahan-lahan

Tube Cutter

Fungsi : memotong tiub kuprum


Cara kendali : Tiub kuprum dimasukkan antara
roda pemutar dengan bilah pemotong.
Ketatkan sehingga bilah pemotong menekan
sedikit pada tiub kuprum. Pusingkan pengetat
mengikut arah jam. Pusingkan pemotong tiub
sehingga bilah pemotong memotong tiub
mengelilingi tiub kuprum.

Pipe Reamer (Straight Reamer)

Fungsi : membesarkan lubang diameter paip


Cara kendali : Letakkan reamer di bahagian
atas lubang paip. Pusing perlahan-lahan
mengikut arah jam sehingga alat untuk
membesarkan lubang tersebut berpusat dalam
lubang. Alih keluar reamer dari lubang paip
dengan memusing ke arah jam dan angkat
reamer pada masa yang sama.

Pipe Wrench

Fungsi : mencengkam dan


memutarkan batang paip.
Cara kendalian : rahangnya
dilaraskan untuk mencengkam
batang paip. Tidak sesuai untuk
melonggarkan atau mengetatkan
bahagian kepala pili, nat atau
penyambung yang tepinya rata

Flaring Tools

Fungsi : membuat suar (flare) pada tiub atau


paip
Cara kendalian :
Paip diletakkan pada bar pemegang paip
mengikut saiz suar yang diinginkan.

Ketatkan nut supaya tiub dipegang dengan baik


sebelum disuar.

Benamkan skru flaring yang berbetuk kon ke


dalam tiub. Pusingkan pemulas yoke dan
biarkan skru kon berpusing dan menghasilkan
suar (flare) di dalam tiub/paip.

Belt Wrench

Fungsi : membuka sambungan paip


Cara kendalian :
Menggunakan tali yang terdapat pada alat belt
wrench, ikatkan pada paip, ketatkan.

Seterusnya pusingkan belt wrench sehingga


sambungan paip terbuka

Adjustable Pipe Wrench

Fungsi : melonggarkan atau


mengetatkan nat pada pili dan
penyambung.
Cara kendalian : rahangnya
dilaraskan untuk disesuaikan
dengan saiz benda kerja

Pipe Cutter- One Wheel & Double

Fungsi : Memotong paip besi bergalvani

Roller

dengan tepat dan cepat


Cara kendali :
Pusingkan skru pemulas ke arah lawan jam
bagi tujuan membuka bahagian bingkai rahang
alat. Kemudian paip diletakkan ditengahtengah antara roda pemotong dengan roda
pemandu seperti dalam rajah di bawah.

Ketatkan dibahagian pemulas sehingga paip


dicengkam dengan baik. Alat kemudian
dipusingkan sehingga paip terpotong.

Tristand Yoke Vise

Fugsi

memegang

dan

mengapit

batang

paip

besi

bergalvani

supaya

tidak

bergerak

semasa

memotong, mengulir dan melakukan


kerja-kerja pemasangan.

Cara kendalian : Dirikan tristand sehingga


keadaannya

stabil.

Seterusnya,

pemulas

dipusingkan ke arah lawan jam untuk


membuka bahagian rahang. Paip kemudian
dimasukkan dan pemulas dipusingkan ke arah
jam sehingga kemas dan paip tidak dapat
bergerak.

Tristand Chain Vise

Fungsi :
Berfungsi sebagai kaki penahan bagi kerja
memotong paip
Cara kendalian :
Paip yang hendak dipotong diletakkan pada
kedudukan seperti dalam rajah di bawah.

Rantai kemudian diikat disekeliling paip.


Cangkukkan rantai pada saiz pencangkuk yang
berdekatan.

cangkuk
Pasangkan impact-driver ke dalam tempat
pemutar skru (feed-screw)

Biarkan impact driver berpusing sehingga paip


terpotong.

Ia juga boleh dipusingkan secara manual


dengan menggunakan pipe wrench.

Peddinghaus Matador Vice

Fungsi : memegang dan mengapit batang paip


besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa
memotong, mengulir dan melakukan kerjakerja pemasangan.
Cara kendalian :
Pemulas dipusing secara arah lawan jam untuk
membuka

rahang

ragum

(vise).

Paip

dimasukkan dan pemulas diketatkan dengan


memusingkannya mengikut arah jam.

Threading Machine

Fungsi

memotong,

membenang

dan

membesarkan lubang paip


Cara Kendalian :
Masukkan paip ke dalam Mesin Threading
supaya tandaan pemotongan terletak kira-kira
12 inci ke hadapan rahang mesin. Ketatkan
peranti di sekeliling paip dengan menggunakan

putaran lawan jam. Reamer diletakkan dalam


posisi UP. Pemotong paip ditarik ke bawah
seperti dalam rajah dibawah

Petik suis arah (directional switch) ke FOR


(forward). Genggam pemegang alat pemotong
paip dengan kedua dua belah tangan. Tekan
dan tahan suis kaki menggunakan kaki
kiri.Ketatkan
(Pandangan sisi threading machine)

handle

perlahan-lahan

dan

berterusan sehingga paip terpotong. Lepaskan


suis kaki dan keluarkan kaki dari perumah.
Angkat semula pemotong pada kedudukan
UP.

Fungsi : Pita PTFE digunakan pada sambungan

Pita Poly Tetra Fluoro Ethylene


(PTFE)

semua jenis paip yang berulir. Pita ini


berwarna putih dan lembut.
Cara kendalian : Lilitkan pita PTFE pada
hujung batang paip berulirmengikut putaran
jam. Lakukan penyambungan dan pusingkan
batang paip menggunakan perengkuh paip

Berus kikir
Fungsi : Berus kikir mempunyai hujung yang
kasar, keras dan tajam. Ia digunakan untuk
mengeluarkan gerigis-gerigis yang biasanya
terdapat pada kikir selepas digunakan. Ia juga
boleh digunakan untuk membersih mata
gergaji dan alat-alat yang terlekat sisa selepas
digunakan.
Cara kendalian :
Bahan
perpaipan

semasa

kerja

penyelenggaraan dan pemasangan akan disapu


untuk

membersihkan

bahagian-bahagian

tertentu paip selepas pemotongan atau ulir


dibuat.
Berus cat
Fungsi : Fungsi utamanya ialah untuk
mengecat tetapi ia boleh digunakan
untukpelbnagai tujuan didalam kerja
perpaipan.
Cara kendalian :
Bersihkan bahagian celahan alat dan
kelengkapan seperti mengeluarkan gerigis pada
celahan alat semasa membenang.

Soket pengecil
Fungsi : Digunakan untuk menyambungkan
batang paip dan alat kelengkapan perpaipan
yang sama diameter.
Cara kendalian :

Kikir bulat
Fungsi : mengikir dan membesarkan lubang di
kawasan bulat dan melengkung serta
membunag gerigis di hujung paip.
Cara kendalian :
Membuang gerigis dan besi tajam pada lubang
paip (bahagian dalam) selepas batang paip
dipotong dengan gergaji besi dan pemotong
paip beroda.

Kikir rata

Fungsi : untuk kerja-kerja menggegas am dan


membuang gerigis di hujung paip.
Cara kendalian : kikir digosok pada hujung
paip supaya permukaan menjadi rata.

Siku 90 sama
Fungsi : untuk mengubah arah sambungan
batang paip yang sama diameternya pada sudut
90

Paip besi galvani (BG)


Fungsi : Digunakan untuk perpaipan industri
dan loji hujung paip biasanya berulir.
Cara kendalian :

Tee sama
Fungsi : untuk membuat sambungan paip
bercabang yang sama diameternya

Puting heksagon
Fungsi : untuk sambungkan 2 jenis
penyambung / alat kelengkapan perpaipan
yang berdekatan yang sama diameter.

Soket penjodoh
Fungsi : untuk sambung paip yang sama
diameter tanpa memusingkan paip sedia ada.
Cara kendalian : paip yang sama diameter
disambungkan melalui soket penjodoh untuk
menambahkan panjang paip.

Palam
Fungsi : menutup hujung paip yang tidak
digunakan.
Cara kendalian : hujung soket yang berulir

diambungkan pada penyambung paip bagi


menutup laluan air.

Pita pengukur
Fungsi : mengukur panjang paip
Cara kendalian : letakkan hujung pita pada
alatan paip yang ingin diukur. Contohnya paip
besi bergalvani.

Pili berbibir
Fungsi : menyalurkan air dengan arah aliran air
secara mendatar dari bawah paip.

Nat penyambung
Fungsi : untuk mengetatkan sambungan paip
seperti yang terdapat pada sambungan tangki

Cara kendalian : nat disambungkan pada paip


yang berulir dan diketatkan dengan spanar bagi
mengelakkan air terkeluar melalui sambungan
dan mengemaskan sambungan pada paip.
Pili bertiang
Fungsi : untuk menyalurkan air dengan arah
aliran air secara menegak

Paip PVC ( polyvinyl chloride)


Fungsi : digunakan untuk paip agihan, paip
cuci dan paip limpah.
Cara kendalian : paip dibakar dengan jarak
tertentu sebelum dilenturkan dengan darjah

yang dikehendaki.

Penyuai soket injap

Fungsi : menyambung paip pada alat


kelengkapan paip.
Cara kendalian : penyuai soket dimasukkan
pada hujung paip yang berulir lalu diketatkan

PERATURAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL

i.

Kekemasan
Kekemasan atau rapi adalah asas pencegahan kemalangan. Pastikan kekemasan
tempat kerja sering terjaga dan keluarkan atau laporkan sebarang objek yang jelas
kelihatan tidak selamat atau mendatangkan kemudaratan. Pastikan terdapat
tempat atau ruang yang sesuai untuk sampah dan bahan buangan. Pembuangan
sampah secara merata-rata boleh membawa kepada kebakaran atau kemalangan.
Ruang kerja mestilah dibersihkan dan dikemaskan dahulu sebelum ditinggalkan.
Jadual pembersihan perlu dapat membantu dalam memastikan kekemasan ruang
kerja yang kekal.

ii.

Pengendalian Bahan
Begitu banyak kemalangan dan kecederaan berlaku disebabkan oleh cara mesin
atau bahan dikendalikan. Perlu diberi perhatian pada bucu-bucu yang tajam,
serpihan dan paku. Tarik keluar atau paku di ketuk dahulu sebelum memberi pada
rakan sekerja yang lain atau sebelum membuangnya ke mana-mana. Jangan
membawa muatan atau bahan sehingga ianya mengganggu pandangan. Minta
bantuan apabila mengangkat beban berat atau sekiranya dirasakan perlu. Hati-hati
apabila berjalan. Ambil kira lalu lintas dan orang yang bekerja di atas. Bersihkan
perjalanan sekeliling atau gunakan laluan yang telah disediakan. Apabila lulus
tempat di mana cip atau debu terbang kira-kira, memusingkan kepala anda
jauh. Jika boleh menjauhi kawasan berbahaya.

iii.

Elektrik
Elektrik boleh mencederakan atau membunuh tanpa amaran. Jika menggunakan
alat kuasa mudah alih, contohnya threading machine, sentiasa periksa perkara
berikut: Adakah plug yang dalam keadaan baik, bersih dan kering?
Adakah plug 110 volt? (lihat plat maklumat pada alat).
Adakah mesin dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan?

iv.

Kebakaran
Alat memadam kebakaran digunakan dalam keadaan kecemasan. Pastikan ia
tidak terhalang oleh apa-apa objek supaya ia boleh dicapai dengan cepat apabila
diperlukan. Begitu juga dengan pintu kebakaran dan pintu keluar.

Alat pemadam kebakaran dalam bengkel


v.

Pakaian
Pakaian yang longgar seperti baju bengkel yang terbuka, lengan baju yang tidak
dibutang dan tudung yang berada di luar baju boleh mendatangkan bahaya
apabila bekerja atau berada berhampiran dengan mesin. Pakai set pakaian
keselamatan seperti yang telah ditetapkan dengan lengkap dan kemas. Ambil
maklum bahawa tangan lebih terdedah kepada risiko kecederaan daripada manamana bahagian badan yang lain. Ia digunakan untuk mengendalikan pelbagai
bahan dan mesin. Perlindungan untuk tangan boleh didapati dalam pelbagai
bentuk bergantung pada tujuan dan kegunaannya. Pakai but keselamatan atau
kasut bertutup di tempat kerja dan pastikan kasut dalam keadaan yang baik.
Rambut perlu diikat sekiranya panjang, terutamanya bagi pelajar wanita.
Kemudian topi keselamatan dipakai sekiranya penggunaannya diperlukan bagi
melindungi bahagian kepala. Pelindung mata atau goggle dipakai bagi
melindungi bahagian mata dan mengelakkan benda asing daripada masuk ke
dalam mata seperti logam atau batu, percikan kimia, percikan dari roda atau

sanga daripada kimpalan boleh menjejaskan penglihatan dengan serius.


Pelindung pendengaran boleh melindungi telinga daripada bunyi yang kuat yang
boleh merosakkan pendengaran. Apabila paras bunyi berada pada tahap tinggi,
penggunaan pelindung telinga adalah perlu bagi mengelakkan pendengaran
daripada terjejas.

Pakaian keselamatan di dalam bengkel

KESIMPULAN
Bengkel yang baik adalah bengkel yang dilengkapi dengan kelengkapan dari segi
kemudahan, fasiliti serta alat-alatan di dalamnya. Hal ini adalah bagi memastikan
kebolehfungsian sesebuah bengkel adalah tinggi. Bengkel memainkan peranan yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar selain menjadi satu medium yang baik

untuk pelajar mempelajari ilmu secara teori. Maka, kelengkapan peralatan dalam bengkel
dapat menjamin pencapaian objektif kursus pengajian.

RUJUKAN

i.

http://www.slideshare.net/MasturahHjAli/4-alatan-paip

ii.

https://nikshamilashafie.wordpress.com/2012/05/20/kerja-paip-95/

iii.

http://documents.tips/documents/alatan-tangan-dalam-sistem-perpaipan.html

iv.

http://www.slideshare.net/zaharismktd/kerja-paip-asas-armi-1220462

v.

https://teacheraidams.wordpress.com/2012/05/22/khb-tingkatan-1-kerja-paip-asas/

vi.

http://www.slideshare.net/RozianaJusoh/bab-4-kerja-paip-31156960?
next_slideshow=1

vii.

https://www.scribd.com/doc/51525651/JENIS-JENIS-PERALATANPENYAMBUNGAN-PAIP

Anda mungkin juga menyukai