Anda di halaman 1dari 5

SISTEM BEKALAN AIR PANAS SECARA TAK LANGSUNG

Pengenalan

Sistem air panas merupakan salah satu sistem yang menjadi pilihan dalam rekabentuk
pemanas air untuk kepelbagaian penggunaan bagi bangunan-bangunan kerajaan terutamanya
klinik kesihatan dan hospital. Kebiasaannya terdapat tiga jenis sumber pemanas air yang
terdapat di pasaran iaitu pemanas air dengan tenaga elektrik, gas, dan matahari. Oleh itu,
pemilihan sistem yang betul penting sebelum pemasangan sistem air panas dilakukan bagi
memastikan sistem tersebut berkebolehan tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna. Selain
itu, beberapa faktor lain diambilkira sebelum pemasangan dilakukan antaranya mengenalpasti
lokasi, mendapatkan saiz sistem yang betul, mengambilkira kos awalan sesuatu sistem
pemanasan air dan perbandingan harga antara sistem.

Sistem yang sering menjadi pilihan untuk digunapakai dalam pemasangan air panas di
dalam bangunan kerajaan adalah pemanas air elektrik dan dandang. Sistem ini menjadi pilihan
kerana pemasangan yang mudah dan pemanasan yang cepat. Namun begitu memandangkan
pembangunan negara dan penambahan penduduk yang terus meningkat yang memerlukan
kepada sumber tenaga yang banyak, menyebabkan penggunaannya tenaga elektrik yang
semakin meluas dan permintaan kepada gas asli meningkat yang boleh menyumbang kepada
pemanasan global dan meningkatkan kos tenaga.

Sebagai alternatif lain, teknologi baru telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem
ini dengan menggunakan sumber semulajadi suria (solar thermal) untuk menjana tenaga
kepada sistem air panas. Penggunaan tenaga suria lebih ekonomik kerana Malaysia
mempunyai radiasi pancaran suria yang tinggi di mana purata radiasi suria setiap hari adalah
4000- 5000 Whr/m2 dan tempoh pancaran suria selama 4 hingga 8 jam sehari dengan suhu
persekitaran 27 C (Sopian dan Othman,1992). Pemasangan sistem ini mewujudkan

persekitaran yang selamat dan mengurangkan pergantungan kepada penggunaan bahan bakar
(fossilfuel) yang meningkat dari semasa ke semasa.Namun begitu, penggunaan ini terhad
kerana bergantung kepada cuaca persekitaran. Oleh itu, kawasan yang mempunyai kadar
radiasi tenaga suria yang tinggi dan lokasi bangunan yang tidak terlindung daripada cahaya
matahari dipertimbangkan untuk dijadikan lokasi yang sesuai.

Walaupun terdapat pelbagai sistem air panas yang digunakan silih berganti namun
masih tidak mencapai matlamat kerajaan dalam penjimatan tenaga yang optimum. Oleh itu,
kajian ini akan mengfokuskan kepada perbandingan dari segi kos dan teknikal beberapa
sistem pemanasan air yang terdapat di pasaran Malaysia seperti pemanas air elektrik, pam
haba dan solar. Untuk mengenalpasti sistem yang bersesuaian dengan keperluan serta
memberi penjimatan yang optimum, pemilihan perlu berdasarkan kepada jenis sistem air
panas yang terdapat di pasaran dan jenis sumber penjanaan yang betul.

Petunjuk

Paip berwarna biru adalah


air sejuk
Pair berwarna merah adalah
air panas
Empat segi bergaris adalah
collector
Silinder berwarna merah
adalah tangki dan
pemanas
air.

Rajah 1 : contoh sistem agihan air


panas di rumah
Jenis Sistem Air Panas

Sistem bekalan air panas terbahagi kepada dua iaitu secara langsung (direct) dan tidak
langsung (indirect). Kebiasaannya sistem air panas secara langsung menggunakan pemanas
air elektrik untuk memanaskan air kerana kapasiti yang diperlukan adalah rendah manakala
sistem tidak langsung menggunakan penukar haba untuk memanaskan air bagi menjana
keperluan air panas yang lebih besar seperti digunapakai di hotel, hospital, bangunanbangunan komensil. Kedua-dua sistem ini digunakan bergantung kepada kesesuaian
permintaan keperluan pengguna.

Manakala, kebiasaanya keperluan permintaan yang tinggi menggunakan penyimpan


air jenis storan kerana mempunyai jumlah kapasiti simpanan yang besar dan menghasilkan
kadar aliran lebih tinggi. Penyimpan air jenis instantaneous banyak dipasang pada rumah
dimana

air

dipanaskan

apabila

diperlukan

bergantung

kepada

kadar

keperluan

pengguna.Rajah 2 menunjukkan jenis- jenis sistem air panas yang biasa diguna pakai.

Rajah 2 :Jenis-jenis sistem air panas


Jenis sistem penjanaan tenaga

Terdapat pelbagai jenis sistem penjanaan bagi air panas diantaranya elektrik, pam pemanas,
gas dan tenaga suria. Pemilihan sumber yang betul akan memberi penjimatan dari segi kos
operasi (running cost).

i.

Elektrik

Penggunaan sumber elektrik sering digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana cepat dan
pemasangan yang mudah melibatkan penyambungan dengan sumber elektrik. Kebiasaannya
sistem ini banyak digunakan di rumah kerana tidak banyak keperluan air panas diperlukan
berbanding di bangunan komersil yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap
penggunaan air panas seperti hotel dan hospital. Walaupun kecekapan pemanas air elektrik
lebih daripada 95 peratus namun penggunaan yang berlebihan meningkatkan kos penggunaan
tenaga dan menyumbang kepada pemanasan global.

ii.

Pam haba

Pam haba ini mempunyai tahap kecekapan prestasi tinggi di dalam pemanasan air berbanding
penggunaan pemanas elektrik dan gas. Pemanas pam haba ini bertindak seperti pemanas
elektrik biasa tetapi bekalan elektrik digunakan untuk meningkatkan kualiti (suhu) tenaga
haba bukan menjana tenaga haba. Sistem ini menyerap haba daripada sumber suhu rendah
(udara ambien atau air buangan) menggunakan bahan penyejuk gas dan dimampatkan
sebelum digunakan untuk memanaskan air di dalam tangki. Namun begitu, pam haba ini
memerlukan penyelenggaraan yang tinggi pada pemampat memandangkan peranan penyejat
dan kondenser menjadi terbalik.

iii.

Tenaga suria

Penggunaan tenaga suria ini memang paling menjimatkan elektrik kerana menggunakan
tenaga matahari sebagai sumber pemanasan. Tenaga ini dapat menjana sekurang-kurang 60%

- 70% bekalan air panas tanpa penggunaan tenaga lain . Biasanya sistem ini menggunakan
back-up system untuk memanaskan air semasa kekurangan tenaga suria. Terdapat beberapa
jenis pengumpul tenaga suria yang biasa digunakan antaranya evacuated tube collectors dan
glazed flat plate collectors kebiasanya digunakan untuk air panas tempatan; dan unglazed
plastic collectors kebiasaannya digunakan di dalam kolam-kolam renang. Penggunaan ini
dapat mengurangkan pemanasan global dan menjimatkan penggunaan tenaga pada masa akan
datang tetapi oleh kerana kos awalan lebih mahal dan pemasangan lebih rumit jika
dibandingkan dengan sumber lain menyebabkan sumber ini kurang digunakan

Anda mungkin juga menyukai