Anda di halaman 1dari 14

Penghargaan

Saya adalah mahasiswa daripada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam bidang
binaan bangunan. Saya telah mendapat satu peluang untuk membuat tugasan individu yang
bertajuk Sistem Saliran di Kawasan Perumahan, dimana kita perlu mencari maklumat
berkenaan tajuk tersebut beserta gambahrajah dalam talian ataupun bahan buku rujukan.
Tugasan ini adalah daripada kursus Teknologi Pembinaan 3 BBB 30503. Pertama sekali, saya
ingin berterima kasih kepada Tuhan yang memberikan kesihatan yang baik untuk
melaksanakan tugas ini.
Seterusnya, saya mesti berterima kasih dengan ibubapa yang mengorbankan masa mereka
untuk mendidikan kami. Mereka juga selalu sokong dan menggalakkan saya dalam
pembelajaran . Tanpa mereka saya tidak boleh hidup di dunia pada hari ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pensyarah Teknologi
Pembinaan 3 Dr. Lutfiah Natrah Binti Abbas kerana memberikan saya peluang untuk
melaksanakan tugasan kumpulan ini dan memberikan saya masa yang cukup untuk
menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada agensi, pengkaji dan pengarang buku yang pakar
dalam bidang sistem saliran ini yang memberi banyak maklumat dalam talian. Selain itu, kami
mengambil peluang untuk berterima kasih kepada rakan-rakan kami kerana tanpa mereka,
tugasan kami ini tidak dapat disiapkan dengan lancar.
Sekian Terima Kasih
Pengenalan

Tujuan utama sistem saliran dibuat dan dibina adalah untuk mengalirkan air ke kawasan tadahan yang
terletak di Kawasan yang paling rendah. Pengaliran air melalui sistem saliran ini adalah daripada
kawasan bangunan atau perumahan, kawasan berturap, kawasan jalan dan kawasan-kawasan lain ke
sesuatu tempat yang selamat seperti tempat pembuangan dan perawatan khas, sungai, tasik ataupun
laut. Sistem perparitan yang baik dan cekap akan mengelakkan berlaku pencemaran daripada takungan
air dan akan memudahkan pengaliran air dengan sempurna. Dengan menjaga pengaliran air dengan
sempurna penyakit melalui pencemaran air juga boleh ditangani. Tambahan pula, sistem saliran yang
cekap dan baik ini juga akan mengelakkan berlaku bencana alam seperti banjir akibat hujan lebat.

Pemasangan sistem saliran ataupun pemasangan longkang dikawasan perumahan adalah amat penting
supaya pengaliran air seperti air buangan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan dan juga air
permukaan berturap mudah dialirkan ke pembentung awam dan seterusnya mengalir ke tempat
pembuangan dan perawatan khas. Oleh itu, pembinaan longkang perlu dibina dengan baik dan cekap
supaya pengaliran air-air tersebut dapat dialir ke tempat yang selamat dan mengelak daripada banjir
dan penyebaran akibat penyakit bawaan air.

Objektif

Melalui tugasan individu ini saya dapat:

1. Mengetahui tujuan dan kepentingan sistem saliran di kawasan bangunan atau perumahan,
kawasan berturap, kawasan jalan dan kawasan-kawasan lain.
2. Mengetahui cara-cara pemasangan sistem saliran dikawasan perumahan.
3. Mengenalpasti definisi air sisa, lurang, kumbahan dan pembetung.

Ciri-ciri Pembinaan Sistem Saliran

Sistem saliran memerlukan ciri-ciri seperti berikut:

1. Longkang tidak mudah bocor.


2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang.
3. Dapat menahan tekanan tanah serta “Building Settlement”.
4. Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis Longkang dalam Sistem Saliran

Terdapat banyak jenis longkang dalam pembinaan sistem saliran. Antaranya adalah Longkang Bentuk U,
Separuh Bulat, dan Longkang Bentuk V. Di Malaysia, biasanya Longkang Jenis konkrit, Longkang Jenis
Tembikar, Longkang PVC akan digunakan dalam pemasangan sistem saliran. Saiz dan jenis longkang
bergantung kepada kehendak sesuatu Kawasan.
Longkang Jenis Konkrit

Longkang Jenis Tembikar

Longkang PVC
Proses Pemasangan Sistem Saliran

Bahan

Simen

Batu Baur

Pasir

Ketiga-tiga bahan ini diperlukan dalam pergaulan konkrit untuk meratakan dan memasang
longkang dengan kuat. Bahan-bahan ini akan mengelakkan berlaku kebocoran ataupun pecah
pada saluran longkang. Konrit juga berfungsi untuk mengetatkan kedudukan longkang dengan
kuat supaya tidak bergerak akibat pemendapan tanah.
Longkang Jenis Konkrit U

Digunakan untuk membina saluran longkang untuk mengalirkan air melalui sistem saliran ini dari
kawasan bangunan atau perumahan, kawasan berturap, kawasan jalan dan kawasan-kawasan
lain ke sesuatu tempat yang selamat seperti tempat pembuangan dan perawatan khas, sungai,
tasik ataupun laut. Gambarrajah di bawah adalah dimensi longkang U biasa digunakan dalam
kawasan perumahan.

Dimensi Longkang U

Peralatan

1. Cangkul dan Penggali

Cangkul dan penggali merupakan alat yang digunakan dalam kerja tanah untuk menggali
ataupun meratakan tanah. Dalam pemasangan longkang, cangkul dan penggali digunakan untuk
mengali tanah di sekitar kawasan perumahan untuk memasang saluran longkang. Kedalaman
tanah akan digali mengikut kedalaman jenis longkang yang dipilih.
2. Aras Spirit

Peralatan ini biasa digunakan dalam kerja pembinaan dan penyelengaraan bertujuan untuk
memastikan kedudukan atau permukaan sesuatu kawasan adalah rata, tegak atau lurus. Begitu
juga dalam kerja pemasangan longkang, aras spirit digunakan untuk memeriksa dan memastikan
kedudukan longkang adalah lurus dan rata dengan longkang disebelah.

3. Benang dan paku

Digunakan untuk mendapatkan kelurusan dalam pemasangan saluran longkang dengan baik.
Peralatan ini akan mengelakkan tukang pemasang longkang daripada memasang saluran
longkang yang bengkok. Selain itu, penggunaan peralatan ini, mempercepatkan proses
memasang longkang dengan sempurna.
Langkah-Langkah Memasang Sistem Saliran di Kawasan Perumahan.

1. Sebelum memulakan kerja pemasangan longkang, bahan dan peralatan yang diperlukan untuk
kerja pemasangan ini perlu disediakan. Pertama sekali, memastikan keluasan dan kedalaman
untuk menggali tanah berdasarkan pelan yang ditetapkan untuk memasang longkang sekitar
kawasan perumahan. Tanah akan digalikan mengunakan cangkul dan penggali. Sisa tanah
daripada proses menggali ini akan dipindah melalui jengkaut ataupun kereta sorong bergantung
pada jumlah sisa tanah yang telah digali.

2. Mencampurkan bahan-bahan seperti pasir dan simen untuk melekatkan longkang dengan kuat
di kawasan yang telah digali. Bancuhan simen dan pasir mesti mengikut nisbah yang ditetapkan
supaya pemasangan longkang dapat dilakukan dengan sempurna. Bancuhan simen dan pasir
yang baik akan mengelakkan berlaku kebocoran ataupun pecah pada saluran longkang serta
mengetatkan kedudukan longkang dengan kuat supaya tidak bergerak akibat pemendapan
tanah. Biasanya pemendapan tanah akan berlaku disebabkan beban yang dikenakan atas
permukaan tanah. Apabila memasang longkang menggunakan bancuhan simen, campuran
dalam bancuhan tersebut akan menguatkan dan mengekalkan posisi saluran longkang. Saluran
longkang yang besar dan kuat akan berfungsi sebagai tembok penahan untuk bangunan atau
rumah yang dibina.
3. Setelah menggali tanah mengikut kedalaman longkang dan membancuh simen, kerja
pemasangan longkang boleh mula. Pertaman sekali, Benang perlu diikat pada sisi tempat
memasang longkang untuk menentukan longkang yang diletakkan itu rata dan lurus mengikut
benang yang diikat dengan ketat. Sebelum meletak longkang atas permukaan ataupun kawasan
yang telah digali, setting-out perlu dilakukan untuk memastikan kedudukan longkang dalam
proses pemasangan sistem saliran. Dalam proses ini, pasir akan diletakkan untuk tujuan
meratakan kedudukan longkang yang akan dipasang.
4. Sistem saliran ini perlu dipasang mengikut arah atau aliran yang baik supaya air tidak takung
dalam saluran longkang. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan aliran air ke tempat yang
selamat seperti tempat pembuangan dan perawatan khas, sungai, tasik ataupun laut. Laluan
saluran longkang perlu sedikit cerun untuk menyempurnakan pengaliran air. Kecerunan bagi
sistem saliran perlu dikawal dan ditentukan awal untuk mengalirkan air dengan baik dan cepat.
Sedikit kesilapan dalam menentukan kecerunan dalam laluan saluran longkang ini akan
menyebabkan air sumbat, pembocoran paip, bau air dan penyebaran penyakit bawaan air.

5. Apabila saluran longkang pusing kearah lain, longkang memerlukan pemotongan secara
bersudut supaya saluran paip dibahagian bucu itu bertemu. Setiap longkang perlu bertemu dan
dipasang dengan rapat antara satu sama lain supaya mengelak berlakunya kebocoran. Oleh itu,
pemotong bersudut perlu dilakukan supaya longkang senang dipasang dengan rapat dibahagian
bucu saluran longkang.
6. Longkang akan dipasang satu demi satu sepanjang laluan tanah yang telah digali. Menuang pasir
kedalam tanah yang digali dan meletak longkang mengikut aras benang yang diikat. Seterusnya
menggunakan aras spirit untuk menentukan longkang yang dipasang itu adalah rata dan lurus.
Proses ini akan diulang sehingga saluran longkang itu bertemu dengan lurang ataupun manhole
yang terdekat dengan kawasan perumahan itu.

7. Setelah sistem saliran di kawasan perumahan selesai dipasang, pemeriksaan akan dibuat oleh
jurutera projek peminaan rumah tersebut. Tujuan membuat pemeriksaan ini adalah untuk
memastikan sistem saliran dipasang dengan betul dan sempurna. Pemeriksaan ini juga
dijalankan untuk memasti agar tiada kebocoran ataupun air sumbat dalam sistem saliran yang
dipasang. Setelah proses pemeriksaan telah dijalankan, pemasangan sistem saliran dikawasan
rumah itu akan disahkan. Lalu, pengaliran air dalam sistem saliran itu akan mengalir dengan
lancar ke luring yang terdekat tanpa kebocoran dalam saluran longkang yang telah dipasang.
Definisi Bagi Terma yang digunakan dalam Sistem Saliran

1. Air Sisa
Berdasarkan Jabatan Pangairan dan Saliran, air sisa adalah air yang telah digunakan termasuklah
bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa makanan, minyak, sabun, dan bahan kimia. Air sisa
domestik termasuklah air dari sinki, tab mandi, tandas, mesin basuh dan dapur. Air sisa daripada
aktiviti perniagaan dan industri adalah lebih kompleks kerana air digunakan untuk pelbagai
tujuan. Air sisa juga termasuk air larian ‘stormwater’ yang mengandungi banyak bahan cemar
seperti hidrokarbon yang dibersihkan daripada permukaan bandar seperti jalan raya, tempat
letak kereta dan bumbung.

2. Lurang
Lurang dikenali sebagai lubang periksa untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan
sekiranya berlaku kerosakan atau bahan tersumbat pada sistem saliran. Setiap luring dilengkapi
dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18”x24” untuk tujuan keselamatan dan
mengelakkan bau keluar daripada lurang. Lurang biasanya diperbuat daripada batu-bata,
konktrit pratuang atau plastik.
3. Kumbahan
Kumbahan merupakan proses rawatan yang membuang bahan buangan daripada air sisa,
terumatanya daripada kumbahan di rumah. Proses ini merangkumi kaedah fizikal, kimia, dan
biologi untuk membuang bahan pencemar ini dan menghasilkan air buangan yang tidak
mengancam alam sekitar.

4. Culvert
Culvert merupakan conduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau
longkang untuk mengelakan tersumbat. Culvert ini boleh digunakan untuk mengalirkan air
melaluinya dibawah jalan, landasan kereta api atau jambatan.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, melalui tugasan individu ini saya dapat mempelajari tentang tujuan dan
kepentingan sistem saliran di kawasan perumahan. Sistem saliran di kawasan perumahan ada sangat
penting untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan berlaku banjir akibat air sumbat dikawasan
perumahan. Selain itu, saya dapat mengetahui cara-cara pemasangan sistem saliran dikawasan
perumahan. Pada mulanya saya fikir bahawa kerja pemasangan sistem saliran dikawasan perumahan
memerlukan banyak kemahiran yang tinggi, tetapi setelah mempelajari cara tersebut saya dapat
gambaran dan pemahaman yang teliti.

Saya akan sedia mencuba jika saya mendapat kerja memasang sistem saliran di kawasan perumahan.
Jenis longkang yang digunakan dikawasan perumahan bukan sebesar macam longkang yang digunakan
di tepi jalan raya atau bangunan besar. Melalui tugasan ini, saya juga dapat mengenalpasti definisi air
sisa, lurang, kumbahan, dan culvert.

Tuntasnya, saya rasa sangat bertuah kerana dapat satu peluang untuk mempelajari proses
pemasangan system saliran di Kawasan perumahan dan pada masa yang sama dapat
mempelajari sesuatu ilmu yang baru melalui tugasan individu ini. Saya tidak akan melupakan
ilmu ini pada bila-bila masa. Saya akan kongsikan ilmu ini kepada pelajar-pelajar saya pada
masa hadapan.
Rujukan

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. https://www.water.gov.my/

Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak. https://did.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?


lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=389

Yasin, J. and Ramli, Y.(1999). Kerja Paip: Pembekalan Air Sejuk, Saliran dan Pembersihan Edisi Kedua.
Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Pembinaan Perparitan Dan Saliran. https://www.coursehero.com/file/34484036/05-PEMBINAAN-


PERPARITAN-DAN-SALIRANpptx/

Anda mungkin juga menyukai