Anda di halaman 1dari 22

7.

0 Justifikasi Pemilihan Jenis Pentaksiran, Agihan Peratusan dan Jenis Individu / Kumpulan

TUGASAN PERTAMA

Tugasan pertama adalah memberi pendedahan tentang cara-cara membina kotak


bentuk dengan menggunakan peralatan yang betul dan susunan kerja yang lebih teratur.
Pelajar diminta mengenalpasti bahan dan peralatan yang digunakan untuk membuat kotak
bentuk serta memastikan hasil kerja pelajar kemas dan cantik mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan seperti di Lampiran A.

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BBB 20403 – TEKNOLOGI PEMBINAAN
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL B-010-1 / JURUBINA BANGUNAN – L1

NO DAN PERNYATAAN M3 KOTAK ACUAN


TUGASAN / TASK(S) NO
AND STATEMENT

3.4 Membuat beberapa jenis kotak acuan iaitu lintel,


NO. DAN PENYATAAN
rasuk bumi (ground beam), tiang, rasuk tingkat
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND satu (upper floor beam), lantai, tangga dan
STATEMENT lengkung.
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
84600 PARIT RAJA
BATU PAHAT JOHOR

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN)
Muka Surat / Page : 1
NO KOD / CODE NO. BBB 20403-M3/KK-3/6(T3)
Drp / Of : 8
KERJA AMALI (LAB SHEET)

TAJUK : MEMBINA KOTAK ACUAN

TUJUAN :
Pelajar yang berjaya menamatkan penilaian ini boleh dikenal pasti sebagai trampil
kerana dapat membina kotak acuan dan lain-lain kerja yang berkaitan menurut
spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan perkakasan dan peralatan

TUGAS :
Anda akan terbahagi kepada beberapa kumpulan dan harus membina kotak acuan
beberapa jenis iaitu lintel, rasuk bumi (Ground Beam), tiang, dan tangga dengan
mengambil langkah yang sewajarnya berpandukan pelan dan spesifikasi yang
ditetapkan seperti dalam rajah yang tertera dengan menggunakan bahan-bahan dan
peralatan yang disediakan. Prestasi akan dinilai oleh Pegawai Penilai dengan
menggunakan borang Skema Penilaian Prestasi.

PERALATAN DAN BAHAN :


1. Kayu
2. Papan Lapis
3. Papan Keras
4. Plastik
5. Minyak
6. Nat/Skru/Dawai
7. Besi Tetulang
8. Keluli
9. Susur Dinding (Waler)
10. Tupang (Brace)

MASA : 8 JAM
KRITERIA PENILAIAN :
Prestasi anda akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :

A. Memperoleh markah projek melebihi 70% dan


B. Mematuhi kriteria berikut :
i. Proses/procedur kerja yang betul.
ii. Penggunaan dan penjagaan alatan dan mesin dengan cara yang betul
iii. Kesempurnaan dan ketelitian dalam menjalankan kerja
iv. Mematuhi peraturan keselamatan
v. Hasil kerja yang sempurna.

MEMBINA BEBERAPA JENIS KOTAK ACUAN

i. Rasuk/ Lintel

Menaikkan bahagian pada setiap hujung tapak


Ketemu pada tepi tiang dan di atas permukaan tiang
Meletakkan tupang
Kedua sisi rasuk dinaikkan dan dipakukan serta diketatkan dengan
menggunakan baji

ii. Tiang
Dinding dipasang tegak dan dibina empat segi sama.
Bersaiz 31.25 mm dan tebal 37.5 mm.
Papan dipasang dengan pengikat dan menambah perembat.
DIpakukan selari dengan pendinding.

iii. Tangga

Erect deck
Install carriage
Lay sheet and install edge board
Erect and install risers
SKEMA PERMARKAHAN PROJEK

KEPUTUSAN CATATAN
TIDAK
BIL NAMA /ITEM DIUJI TRAMPIL
TRAMPIL
1. Projek disiapkan
mengikut ukuran
standard.
2. Kekuatan kotak acuan
3. Bahan yang digunakan
4. Kestabilan kotak acuan
5. Ketebalan kotak acuan
6. Pugak kotak acuan
7. Kemasan
8. Prosedur Kerja
9. Kemasan kawasan kerja
MARKAH DIPEROLEHI
KEPUTUSAN KESELURUHAN TRAMPIL
TIDAK
(markah trampil adalah melebihi 70%)
TRAMPIL
SKEMA PENILAIAN PRESTASI
(penilaian pertama)

Bil Tahap Pencapaian Terima Tidak Catatan


Terima
A. PROSES KERJA
1. Perancangan
2. Pemilihan dan penggunaan peralatan
3. Turutan kerja
_____________________________________________________________________
B. KESELAMATAN KERJA
1. Personal dan rakan kerja
2. Alat/mesin
3. Benda kerja
_____________________________________________________________________
C. SIKAP
1. Persediaan diri
2. Pengurusan peralatan

KEPUTUSAN PENILAIAN
KEPUTUSAN
TRAMPIL / BELUM TRAMPIL
ULUSAN PEGAWAI PENILAI :

______________________________ Tarikh :
Tandangan Pegawai Penilai
Nama

3. Kekemasan kawasan kerja


4. Etika
5. Profesionalisme

______________________________________________________________
D. HASIL KERJA
1. Kebersihan
2. Ketepatan ukuran
3. Bentuk
4. Keratan
5. Kelicinan
6. Arahan

________________________ _______________________
(Tandatangan Calon) (Tandatangan PP)

________________________ _______________________
Tarikh Tarikh

LAMPIRAN
Jenis pentaksiran yang digunakan untuk tugasan pertama ini adalah pentaksiran
kompetensi. Pentaksiran ini dilakukan bagi mengukur tahap kemahiran pelajar terhadap topik
mereka kotak bentuk acuan. Dari sini pengajar dapat menilai sejauh mana pelajar mampu
menggunakan peralatan yang berikan dan berfikiran kreatif dalam menjalankan tugasan.
Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan namun begitu penilaian tetap menjurus kepada
individu. Bagi pengagihan markah pula 50 markah bagi tugasan satu. Manakala mengikut
peratusan pemarkahan akan ditukar menjadi 20 peratus bagi kerja melibatkan kerja amali.
Seterusnya adalah pengagihan markah untuk laporan projek, dimana pengagihan markah bagi
satu laporan adalah sebanyak 100 markah dan akan ditukar kepada 30 peratus.
TUGASAN KEDUA
Tugasan kedua adalah memberi pendedahan tentang cara-cara menanggalkan kotak
bentuk dengan menggunakan peralatan yang betul dan susunan kerja yang lebih teratur.
Pelajar diminta mengenalpasti bahan dan peralatan yang digunakan untuk menanggalkan
kotak bentuk serta memastikan hasil kerja pelajar kemas dan cantik mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan seperti di Lampiran B.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
84600 PARIT RAJA
BATU PAHAT JOHOR

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN)

KERJA AMALI (LAB SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BBB 20403 – TEKNOLOGI PEMBINAAN
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL B-010-1 / JURUBINA BANGUNAN – L1

NO DAN PERNYATAAN
M3 KOTAK ACUAN
TUGASAN / TASK(S) NO
AND STATEMENT

NO. DAN PENYATAAN 3.6 Membuat penanggalan kotak acuan mengikut


AKTIVITI KERJA / WORK spesifikasi dan membersihkan kotak acuan
ACTIVITIES NO. AND selepas penanggalan dilakukan.
STATEMENT

Muka Surat / Page : 1


NO KOD / CODE NO. BBB 20403- M3/KK-3/6(T3)
Drp / Of : 6
TAJUK : MEMBUAT PENANGGALAN KOTAK ACUAN

TUJUAN :
Pelajar diharapkan dapat melakukan kerja-kerja penanggalan kotak acuan dan lain-lain
kerja yang berkait mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dengan menggunakan
peralatan yang betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard
yang diperlukan.

TUGAS :
Anda dikehendaki untuk menanggalkan kotak acuan dengan mengambil lagkah yang
sewajarnya berpandukan standard dan spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan
bahan-bahan dan peralatan yang disediakan. Prestasi akan diniali oleh Pegawai Penilai
dengan menggunakan borang Skima Penilaian Prestasi.

PERALATAN DAN BAHAN :


1. Hammer
2. Nat/Skru
3. Metal Scraper

MASA : 8 JAM

KRITERIA PENILAIAN :
Prestasi anda akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :

A. Memperoleh markah projek melebihi 70% dan


B. Mematuhi kriteria berikut :
i. Proses/prosedur kerja yang betul
ii. Penggunaan dan penjagaan alatan dan mesin dengan cara yang betul
iii. Kesempurnaan dan ketelitian dalam menjalankan kerja amali
iv. Mematuhi peraturan keselamatan
v. Hasil kerja yang sempurna

PROSEDUR PENANGGALAN KOTAK BENTUK


i. Pastikan terlebih dahulu konkrit itu kering sepenuhnya sebelum mengalihkan
penahan kotak acuan dibawahnya. Penahan kotak acuan perlu dialihkan jika
konkrit sudah mengeras sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya permukaan
kendur.

ii. Alihkan penahan kotak acuan bermula dari permukaan kotak acuan lantai.
Gunakan penukul besi untuk menanggalkan paku di kotak acuan.

iii. Keluarkan stakes dari permukaan tanah yang menyokong penahan kotak acuan
terlebih dahulu.

iv. Buka terlebih dahulu sudut boleh laras/dawai pengikat pada kotak acuan.

v. Perlahan-lahan mengalihkan setiap panel kotak acuan satu persatu.

vi. Bersihkan papan panel kotak acuan jika terdapat lebihan konkrit yang melekat
pada papan terlebih dahulu.

vii. Simpan di tempat yang kering atau guna semula kotak acuan jika boleh digunakan
semula selepas selesai membersihkan kotak acuan.

SKEMA PERMARKAHAN PROJEK


SKEMA PERMARKAHAN PROJEK

KEPUTUSAN CATATAN
BIL NAMA /ITEM DIUJI TRAMPIL TIDAK
TRAMPIL
1. Projek siap mengikut
arahan
2. Tolok
3. Pugak
4. Kerataan
5. Kepersegian
6. Kemasan
7. Prosedur Kerja
8. Kemasan kawasan kerja
MARKAH DIPEROLEHI
KEPUTUSAN KESELURUHAN TRAMPIL
TIDAK
(markah trampil adalah melebihi 70%)
TRAMPIL

KEPUTUSAN PENILAIAN
KEPUTUSAN
TRAMPIL / BELUM TRAMPIL
ULUSAN PEGAWAI PENILAI :

______________________________
Tarikh :
Tandangan Pegawai Penilai
Nama

SKEMA PENILAIAN PRESTASI


(PenilaianPertama)
KEPUTUSAN CATATAN
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK
TERIMA
A. PROSES KERJA
1. Perancangan
2. Penyediaan Bahan Kerja
3. Penyediaan Peralatan
Kerja
4. Proses dan turutan kerja
B. KESELAMATAN KERJA
1. Pemakaian Alatan
Keselamatan
2. Penggunaan Alatan
3. Penggunaan Bahan
4. Kawasan Kerja
C. SIKAP PELAJAR
1. Persediaan Pelajar
2. Tepati Masa Kerja
3. Etika
4. Professionalisma
D. HASIL KERJA
1. Arahan Prosedur Kerja
2. Kemasan
3. Kerataan
E. KEBERSIHAN
1. Kawasan Kerja
2. Alatan Kerja Digunakan

________________________ _______________________
(Tandatangan Calon) (Tandatangan PP)

________________________ _______________________
Tarikh Tarikh

Jenis pentaksiran yang digunakan untuk tugasan kedua ini adalah pentaksiran
kompetensi. Pentaksiran ini dilakukan bagi mengukur tahap kemahiran pelajar terhadap topik
mereka kotak bentuk acuan. Dari sini pengajar dapat menilai sejauh mana pelajar mampu
menggunakan peralatan yang berikan dan berfikiran kreatif dalam menjalankan tugasan.
Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan namun begitu penilaian tetap menjurus kepada
individu. Bagi pengagihan markah pula 50 markah bagi tugasan satu. Manakala mengikut
peratusan pemarkahan akan ditukar menjadi 10 peratus bagi kerja melibatkan kerja amali.
Seterusnya adalah pengagihan markah untuk laporan projek, dimana pengagihan markah bagi
satu laporan adalah sebanyak 100 markah dan akan ditukar kepada 10 peratus.

LAPORAN PROJEK

Rubric pemarkahan atau format laporan bagi projek serta tugasan bengkel yang
dilakukan oleh pelajar telah disediakan oleh pengajar. Dimana pemarkahan laporan akan
dinilai dan ditukarkan menjadi peratusan yang telah ditetapkan iaitu 30 peratus bagi laporan
projek satu dan 20 peratus bagi laporan projek dua. Penilaian dan pemarkahan kedua-dua
laporan adalah berbeza hal ini kerana kandungan dalam laporan tersebut berbeza mengikut
hasil dapatan pelajar terhadap projek yang dijalankan. Cara pengiraan peratusan bagi laporan
projek adalah sama sahaja dengan pengiraan peratusan tugasan satu dan dua. Format
laporan bagi laporan projek adalah seperti dinyatakan di LAMPIRAN C.

Format Laporan
1) Hendaklah bertaip dengan menggunakan tulisan Calibri font 12.
2) Jarak langkau : 1.5 spacing
3) Ukuran sebelah kiri 3 cm, kanan 2.5 cm, atas dan bawah 2.5 cm.
4) Muka depan laporan mengandungi maklumat : Nama, Universiti, Fakulti, tajuk tugasan
dan Nama Pensyarah (seragam untuk setiap kumpulan)
5) Format rujukan, rajah dan jadual adalah secara APA style.
 Muka Depan
 Penghargaan
 Isi Kandungan
 Pengenalan dan Objektif
 Senarai peralatan yang digunakan
 Senarai bahan yang digunakan
 Gambar projek yang dihasilkan
 Kesimpulan
 Rujukan
 Lampiran

Seterusnya adalah penilaian terhadap pengetahuan pelajar. Dimana diakhir


pelaksanaan tugasan satu dan dua pelajar akan diberi masa selama 20 minit untuk menjawab
soalan kuiz yang berkaitan dengan teori dan projek yang dijalankan. Jenis pentaksiran yang
digunakan adalah pentaksiran formatif. Hal ini kerana tujuan kuiz dilakukan adalah untuk
mengukur penguasaan pelajar terhadap topik tersebut. Soalan kuiz dan skema seperti di
lampirkan di LAMPIRAN D.
SOALAN OBJEKTIF (20 SOALAN)

1. Antara yang berikut manakah maksud bagi kotak acuan?

A. Binaan Sementara
B. Binaan Kekal
C. Binaan Pakai Buang
D. Binaan Mudah Alih

2. Siapakah yang akan bertanggungjawab atas dalam membina kotak acuan di tapak
pembinaan?

A. Penyelia tapak
B. Majikan
C. Pengurus projek
D. Buruh binaan

3. Berapakah jenis pembinaan utama kotak acuan?

A. 5
B. 6
C. 3
D. 7

4. Berikut adalah ciri-ciri utama kotak acuan

I. Kualiti
II. Keselamatan
III. Ekonomi
IV. Mudah Tanggal

A. I,II dan IV
B. I,II, dan III
C. II,III dan IV
D. Semua di atas

5. Manakah cara yang sering digunakan dalm pembinaan kotak acuan?

A. Pre-Cast
B. In-Situ Cast
C. In-Situ Cast dan Pre-Cast
6. Kelebihan bagi pembinaan in-situ cast adalah

I. Cara untuk membuka kotak acuan lebih mudah


II. Mudah dialih
III. Boleh digunakan secara banyak kali
IV. Ketepatan kedudukan

A. I dan II
B. I, II dan IV
C. II,III dan IV
D. I, II dan III

7. Berapa standard kayu boleh diguna pakai dalam pembinaan kotak acuan?

A. 4
B. 5
C. 3
D. Sehingga rosak

8. Berikut adalah bahan yang sering digunakan dalam pembinaan kotak acuan?

I. Plastik gentian
II. Kayu
III. Kaca gentian
IV. Logam

A. I dan III
B. I, II dan III
C. II, III dan IV D.
Semua di atas.

9. Langkah keselamatan dalam membina sebuah kotak acuan merupakan perkara yang
penting. Berikut adalah langkah keselamatan membina kotak acuan KECUALI

A. Bahan mengikut standard piawaian


B. Membuat pemeriksaan sebelum meletak konkrit
C. Memakai tali pinggang keselamatan
D. Kukuh dan ketepatan kedudukan
10. Struktur keselamatan semasa pembinaan yang perlu di ambil kira KECUALI

A. Pekerja
B. Majikan/Klien
C. Peralatan
D. Keadaan sekeliling

11. Apakah akibat jika papan yang dirosak diguna semula dalam pembinaan?

A. Menyebabkan stuktur bangunan runtuh


B. Keselamatan pekerja dalam keadaan bahaya
C. Majikan tidak membayar gaji pekerja
D. Penyelia tapak tidak membuat kerja

12. Bilakah kotak acuan bagi rasuk tingkat satu akan dibuka?

A. Apabila sudah kering


B. Cukup 14 hari
C. Bila acuan konkrit untuk tiang telah kering.
D. Penyelia tapak bagi kelulusan

13. Apakah yang menyebabkan konkrtit menjadi honeycomb?

A. Kotak acuan terlalu kering


B. Kotak acuan terlalu basah
C. Kotak acuan rosak
D. Kotak acuan tidak mengikut saiz sebenar.

14. Antara berikut manakah bahan yang sering digunakan untuk membuat kotak acuan.

A. Kayu
B. Logam
C. Plastik
D. Aluminium
15. Bagi mengelakkan lengkung berlaku pada kotak acuan rasuk, apakah elemen yang
akan digunakan?

A. Tupang
B. Kayu
C. Penembat
D. Paku

16. Berapakah jarak tumpang mengikut standard pembinaan.

A. 0.75 m dari tengah ke tengah


B. 1 m dari tengah ke tengah
C. 0.75 dari hujung ke hujung
D. 0.75 dari hujung ke tengah

17. Mengapakah permukaan konkrit kotak acuan tidak rata?

A. Kotak acaun basah


B. Saiz kotak acuan salah
C. Tidak meletak minyak
D. Kotak acaun kering

18. Apakah elemen penting dalam pembinaan kotak acuan bagi tangga?

A. Tersusun
B. Ketepatan
C. Selamat
D. Mengikut saiz seperti dalm pelan pembinaan

19. Mengapakah dalam pelan bangunan mempunyai “drop”?

A. Penyelia yang suruh


B. Untuk bahagian tandas dan dapur
C. Standard lukisan
D. Majikan yang suruh

20. Apakah tujuan struktur tiang dibina?

A. Wajib dalam struktur pembinaan


B. Mengikut spefikasi bangunan
C. Majikan yang minta
D. Bagi menyokong struktur rasuk bagi lantai atas dan bumbung.
JAWAPAN SKEMA SOALAN

1. A
2. D
3. D
4. B
5. C
6. D
7. A
8. D
9. C
10. B
11. A
12. C
13. A
14. A
15. A
16. A
17. A
18. D
19. B
20. D

Bagi pengagihan markah bagi kuiz adalah sebanyak 20 markah dimana satu soalan
adalah satu markah. Manakala mengikut peratusan pemarkahan jumlah markah yang betul
akan ditukar menjadi 5 peratus. Formula pengiraan markah yang digunakan adalah sama saja
untuk semua tugasan dimana jumlah markah yang diperoleh bahagi dengan jumlah markah
yang diperoleh dan darab dengan peratusan untuk tugasan tersebut.
UJIAN PENILAIAN
Jenis pentaksiran yang digunakan adalah pentaksiran sumatif. Dimana ujian dilakukan
diakhir semester atau akhir penggal. Ujian ini dilakukan untuk menilai pencapaian akhir pelajar
terhadap sesuatu topik. Dari penilaian tersebut pengajar dapat menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum terhadap pelajar. Penilaian ini dilakukan selama 1 jam dan ianya
mengandungi 10 soalan subjektif. Pelajar perlu menyiapkan soalan yang disediakan dalam
tempoh tersebut. Bagi pemarkahan pula untuk 10 soalan tersebut merangkumi 100 markah.
Namun begitu, 100 markah itu akan ditukar kepada 15 peratus bagi memudahkan
pembahagian markah mengikut standard yang telah ditetapkan. Soalan yang akan digunakan
adalah seperti di LAMPIRAN E.

SOALAN UJIAN

1) Berikan takrifan pemeriksaan kerja konkrit. (3m)

2) Senaraikan TIGA (3) objektif yang berkaitan tentang pemeriksaan kerja konkrit. (6m)

3) Terangkan dengan jelas tentang kerja konkrit. (5m)

4) Takrifkan tentang berbahaya untuk kerja-kerja konkrit. (3m)

5) Senaraikan lokasi berbahaya untuk kerja-kerja konkrit. (5m)

6) Apakah definasi berkerja di tempat tinggi. (2m)

7) Jelaskan tentang akta yang berkaitan kerja konkrit. (3m)

8) Senaraikan jenis ujian terlibat. (2m)

9) Apakah kelebihan ujian tanpa musnah konkrit. (2m)

10) Siapakah pegawai yang terlibat dalam pemeriksaan kerja konkrit dan jelaskan
pekerjaannya. (3m)
SKEMA JAWAPAN

1) Berikan takrifan pemeriksaan kerja konkrit. (3m)


Pemeriksaan ini akan menjaminkan tentang keadaan konkrit tersebut dalam
kemajuan projek seperti yang diaturkan mengikut keperluan, memenuhi
kehendak-kehendak piawaian dan peraturan membuat kerja konkrit.

2) Senaraikan TIGA (3) objektif yang berkaitan tentang pemeriksaan kerja konkrit. (6m)
a) Memastikan acuan konkrit mengikut piawaian yang ditetapkan.
b) Memastikan tiada berlaku sebarang kecelakaan ketika melakukan kerja
konkrit.
c) Memastikan konkrit yang tersedia tidak retak, Honeycomb (sarang lebah)
atau konkrit yang berongga.

3) Terangkan dengan jelas tentang kerja konkrit. (5m)


Konkrit dihasilkan daripada bancuhan beberapa bahan utama iaitu simen,
agregat kasar dan halus, air dan bahan tambah. Bancuhan ini kemudian dituang
ke dalam acuan untuk mendapatkan saiz dan bentuk tertentu ketika masih
konkrit basah. Bahan bancuhan konkrit merupakan bahan binaan yang meluas
digunakan di seluruh dunia bagi pembinaan struktur bangunan. Kerja-kerja
penuangan konkrit secara lazimnya melibatkan bahagian pembinaan struktur
seperti lantai, rasuk (beam), tiang, rasuk bumbung, tangga dan lain-lain struktur
lagi dalam bangunan yang menggunakan konkrit.

4) Takrifkan tentang berbahaya untuk kerja-kerja konkrit. (3m)


Setiap kerja-kerja konkrit penuangan akan melibatkan konkrit kebiassaannya
akan berisiko tinggi di lokasi tapak bina seperti di tempat tinggi yang melebihi
daripada ketinggian dua (2) meter atau lebih dari aras tanah

5) Senaraikan lokasi berbahaya untuk kerja-kerja konkrit. (5m)


a) Tiang
b) Lantai tingkat atas
c) Tangga
d) rasuk bumbung
e) lantai tangka air
6) Apakah definasi berkerja di tempat tinggi. (2m)
Bekerja di tempat tinggi merupakan aktiviti yang merbahaya dan akan berlaku
kes kemalangan yang melibatkan jatuh dari tempat tinggi dalam industri
pembinaan.

7) Jelaskan tentang akta yang berkaitan kerja konkrit. (3m)


Mengikut peraturan 12(a) dan 12(b) adalah pemeriksaan tempat kerja
sekurang- kurangnya 3 bulan sekali untuk menentukan jika terdapat apa-apa
yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di
dalamnya dan memerlukan pegawai keselamatan dan kesihatan untuk
memeriksa tempat pembinaan.

8) Senaraikan jenis ujian terlibat. (2m)


a) Ujian gelombang denyut ultrasonik
b) Ujian keupayaan elektrik sel separa (half cell potential)
c) Ujian tukul anjal (rebound hardness test)

9) Apakah kelebihan ujian tanpa musnah konkrit. (2m)


Kelebihan ujian tanpa musnah adalah suatu kaedah untuk mengukur pelbagai
sifat konkrit tanpa memusnahkan konkrit tersebut semasa proses mengukur.

10) Siapakah pegawai yang terlibat dalam pemeriksaan kerja konkrit dan jelaskan
pekerjaannya. (3m)
Pegawai keselamatan dan kesihatan (PKK) yang berkerja untuk memeriksa
kawasan, peralatan, bahan dan ketahanan bangunan.

Anda mungkin juga menyukai