Anda di halaman 1dari 1

INDIVIDU

Dari perspektif kesan terhadap individu, perkara ini telah memberi impak yang mendalam kepada pelaku LGBT itu sendiri iaitu kesan
psikologi ke atas diri di mana mereka berasa sedih, tertekan serta rasa terpinggir di mata masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka boleh
mendapat gangguan emosi seterusnya menjadikan keseimbangan kehidupan mereka akan tergugat. Memahami akan emosi individu gay akan
membantu kaunselor memastikan bahawa golongan ini memerlukan khidmat kaunseling dan sokongan. Di samping itu, perkara ini boleh
menyebabkan mereka kehilangan kerja kerana kesan daripada emosi yang membuatkan prestasi kerja jatuh secara mendadak. Setiap individu
perlu mempercayai bahawa golongan LGBT ini wujud dalam komuniti kita dan secara tidak langsung mereka memerlukan sokongan daripada
seseorang yang mempunyai perhubungan dengan mereka seperti rakan dan keluarga. Seterusnya, inidividu yang terjebak dalam gejala ini
terdedah kepada penyakit HIV AIDS di mana tahun-tahun kebelakangan ini peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan
golonga ini melalui tempat popular bagi ahli LGBT mencari seksual bebas. Masalah kemurungan dan cubaan membunuh diri adalah jalan
terakhir bagi mereka kerana sudah tiada sokongan daripada rakan, keluarga dan orang sekeliling menyebabkan mereka putus harapan untuk
menjalani kehidupan harian seperti biasa. Dalam agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w melarang sesiapa yang membunuh diri dengan sengaja
dan haram syurga baginya seperti yang disebut di dalam hadis riwayat Al-Bukhari No.3463, “Dahulu ada seorang laki-laki sebelum kamu yang
mengalami luka, lalu dia berkeluh kesah, kemudian dia mengambil pisau, lalu dia memotong tangannya. Kemudian darah tidak berhenti
mengalir sampai dia mati. Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hamba-Ku mendahului-Ku terhadap dirinya, Aku haramkan syurga baginya”.

Anda mungkin juga menyukai