Anda di halaman 1dari 7

PUNCA LGBT

1. Kurang Penghayatan Agama

Kurang penghayatan agama antara faktor berlakunya penularan berkaitan lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT). Walaupun pendidikan agama itu telah diberikan sejak kecil,
namun amalan kehidupan beragama agak kurang oleh individu ini menyebabkan mereka
cenderung ke arah LGBT. Hal sedemikian berlaku kerana mereka tidak mempunyai pegangan
kukuh terhadap larangan yang telah dinyatakan oleh agama masing-masing Kelemahan ini
menyebabkan kebanyakan golongan ini mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan takdir yang
telah ditetapkan oleh Tuhan dengan meneruskan perbuatan terlarang, sebaliknya tidak berusaha
melawan persepsi tersebut. Golongan ini juga tidak dapat membezakan antara perkara yang baik
mahupun perkara yang buruk serta perkara yang halal mahupun yang haram. Dalam sejarah,
kehidupan LGBT ini bukanlah suatu yang baharu, ia sudah wujud sejak zaman Nabi Luth AS
lagi sebagaimana ALLAH SWT berfirman :

“Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia Berkata
kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) itu, yang belum
pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?”  Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah
kamu Ini adalah kaum yang melampaui batas.”(QS. Al A’raf 80-81).

Daripada ayat di atas, jelaslah disini bahawa aktiviti LGBT ini adalah songsang dan
dibenci oleh ALLAH samada dilakukan secara terus terang atau sembunyi. Seperti kisah kaum
Sadum yang diturunkan bala oleh ALLAH telah cukup menggambarkan kepada kita bahawa
LGBT adalah satu aktiviti yang haram dan keji. Hal ini kerana LGBT ini melawan fitrah manusia
yang telah diciptakan oleh ALLAH sebagai berpasang-pasangan. Ia merupakan perbuatan dosa
besar dan terkutuk yang menyalahi hak kemuliaan seseorang manusia. Ia sekali gus ia menafikan
hak berhubungan melalui perkahwinan yang sah dan diiktiraf oleh syarak sebagai suami isteri.
Bagi masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang baik serta nilai moral yang tinggi,
sudah pasti menolaknya dan melihat ianya sebagai satu gejala yang tidak sihat dan tidak
bermoral.
2. Pengaruh Media Massa

Media massa seperti Internet merupakan medium yang memudahkan golongan LGBT
mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat ini. Kewujudan laman sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram dan lain-lain lagi memudahkan lagi golongan ini berkomunikasi dalam
kelompok mereka. Penularan gejala LGBT ini juga diketahui oleh masyarakat umum melalui
laman-laman web yang kebanyakkannya diwujudkan oleh negara Barat yang meluluskan
Undang-Undang Perkahwinan Sejenis dan Perlakuan Sonsang.

3. Penderaan dan Pengalaman Seksual yang Negatif

Penderaan dan pengalaman seksual yang negatif akan menyebabkan seseorang individu
akan terlibat dengan homoseksual. Mereka yang pernah di ambil kesempatan oleh teman lelaki
telah menyebabkan individu tersebut mempunyai perasaan yang negatif terhadap lelaki dan
secara tidak langsung telah memilih untuk berkawan dengan pasangan yang sama jenis. Sikap
pasangan yang sama jenis yang memahami dan mengambil berat ini pula telah menjadi
peneguhan kepada individu tersebut untuk meneruskan kehidupan songsang mereka.
Persefahaman dalam sesuatu perhubungan membolehkan perhubungan tersebut menjadi positif
dan berkualiti serta kurang mengalami konflik. Oleh hal demikian, persefahaman serta sikap
ambil berat daripada pasangan lesbian ini membuatkan perhubungan mereka kurang berkonflik.

4. Keluarga Bermasalah

Faktor keluarga bermasalah juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada
gejala LGBT. Ibu bapa yang selalu bergaduh, mementingkan pekerjaan dan sering mengabaikan
mereka akan mempunyai masalah serta kurang berkomunikasi dengan ahli keluarga. Persekitaran
keluarga yang kurang sihat menyebabkan kanak-kanak kurang mendapat perhatian dan secara
tidak langsung membantutkan perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak tersebut
maka di sinilah terbentuknya perwakilan mental yang tidak sihat. Hubungan yang renggang
antara ibu bapa dan anak-anak menyebabkan kurangnya kasih sayang, perhatian dan komunikasi
kepada anak-anak seterusnya mereka berani untuk keluar mencari kasih sayang di luar dan
melakukan hubungan seksual. Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan dan pendidikan remaja. Remaja secara umumnya merupakan satu peringkat di
mana mereka sering memerlukan seseorang untuk berkongsi perasaan dan isi hati mereka. Ibu
bapa yang tidak memberikan perhatian ini telah menyebabkan remaja ini mencari rakan mereka
sebagai alternatif untuk meluahkan perkara tersebut.
KESAN LGBT

KESAN KEPADA MASYARAKAT

Kepesatan perkembangan LGBT dalam negara ini amat membimbangkan. Ramai anak
muda yang sudah terjebak dan terikut-ikut dengan aktiviti mereka. Gejala ini sangat memberi
kesan kepada agama, negara dan masyarakat. Kegiatan dan aktviti yang mereka lakukan amatlah
memalukan dan menjijikan hingga ada antara mereka sudah berani memdedahkan gambar-
gambar aksi bersama pasangan di facebook, twitter dan Instagram. Apakah kesan-kesan yang
terpaksa kita hadapi akibat daripada perbuatan mereka? Berikut merupakan kesan daripada
gejala LGBT :

i. Kesan Kepada Individu


Seseorang yang terlibat atau melibatkan diri dalam kancah LGBT ini ibarat terjun ke
dalam sebuah kolam kotor yang sangat dalam dan sukar untuk naik semula. Begitulah
perumpamaan yang boleh diberikan kepada mereka yang menyertai gejala ini tanpa
berfikir panjang. Malah ada antara mereka yang pandai berlakon. waktu siang hari
bekerja seperti biasa, dan malam hari mereka “bekerja” sebagai pelayan di kelab-kelab
malam terutamanya. Tanpa kita sedari, mereka yang terlibat dalam gejala ini telah
menyebabkan maruah mereka tercalar. Hidangan yang akan mereka perolehi ialah
cemuhan, makian, ejekan, sindiran dan kata-kata kesat daripada orang sekeliling. Di
barat, sudah ada pasangan sejenis yang berkahwin dan hidup seperti suami isteri. Inilah
yang sedang berlaku di Malaysia. Walaupun mereka tidak berkahwin, tetapi mereka
tinggal serumah atau mungkin menyewa bilik dan tinggal sebilik. Individu yang terlibat
dengan gejala ini, telah menjatuhkan maruahnya secara tidak sedar ataupun ada yang
sedar maruahnya telah jatuh namun, akibat turutkan nafsu yang songsang, soal maruah
dibuang ke tepi. Soal keseronokkan menjadi keutamaan. Kecelaruan yang mereka alami
telah menyebabkan masa depan mereka gelap dan hancur. Kesan lain ialah mereka akan
dibuang daripada masyarakat. Hal ini kerana aktiviti yang mereka lakukan amatlah
bertentangan dengan norma kehidupan seorang manusia. Sebuah masyarakat yang
normal, perlu mempunyai adat dan pegangan agama yang kuat. Masyarakat memang
tidak dapat menerima golongan seperti ini kerana ia akan memalukan masyarakat
tersebut.
ii. Kesan Kepada Masyarakat
LGBT bukan lagi satu rahsia, ianya telah menjadi perbualan hangat di negara kita dan
topik perbincangan dalam kalangan masyarakat. Isu ini menjadi hangat kerana ia
memberi kesan yang sangat mendalam kepada institusi kemasyarakatan. Golongan ini
ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser.
Dalam kehidupan bermasyarakat, seseorang yang tidak mematuhi peraturan masyarakat,
ianya akan disingkirkan daripada masyarakat tersebut. Hal ini kerana mereka akan
membawa masalah dalam masyarakat. Sebagai contoh, golongan LGBT atau ahli
masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan diusir oleh masyarakat kerana dikhuatiri
akan mempengaruhi individu lain untuk menyertai mereka. Sekiranya ia berlaku,
masyarakat yang terlibat akan menanggung malu dan kehormatan masyarakat tersebut
akan jatuh. Dapat kita lihat disini, kesan LGBT terhadap masyarakat amatlah dasyat,
kerana ia melibatkan maruah sekumpulan manusia yang sentiasa menjaga adat tata susila
dan pegangan agama. Gejala sebegini menggugat institusi kekeluarga di Barat. Malahan,
mengancam institusi kekeluargaan masyarakat Timur, Asia dan Asia Barat. Dalam soal
ini, ianya mencerminkan satu mala petaka (Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan
Jamaludin Tubah, 2006). Menurut penulis buku ini juga, ianya boleh menjahanamkan
institusi keluarga yang akan menimbulkan banyak kepincangan sosial, budaya, psikologi,
agama, etika, dan moral. Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa kehancuran
institusi keluarga menandakan kehancuran umat manusia.
iii. Kesan LGBT Kepada Agama
Agama adalah panduan hidup bagi pengantunya dan dalam agama mempunyai tatacara
hidup yang sempurna dan baik. Yang pasti sama ada Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan
agama-agam lain turut menolak LGBT ini kerana aktiviti LGBT ini amatlah dilarang
dalam semua agama. Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia
di muka bumi ini. Setiap pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat yang soleh dan
solehah. Bagi merealisasikan tujuan ini, ia mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah
dan berlaku persetubuhan antara suami dan isteri. Bayangkan, seorang lelaki bersuamikan
lelaki dan seorang perempuan beristerikan perempuan. Mereka berkahwin tanpa melalui
kaedah yang betul dan hidup bersama. Dari sudut sains, apabila sperma yang dimiliki
oleh lelaki disenyawakan dengan ovum yang dimiliki oleh perempuan, baru akan terhasil
janin. Sekiranya amalan LGBT ini berleluasa maka, matlamat Islam untuk meramaikan
umat tidak dapat dicapai degan baik. Selain itu, timbul pula pelbagai masalah kerana
matlamat rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk
mendapatkan keredhaan ALLAH, mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan
mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal. Sekiranya salah seorang pasangan suami
atau isteri yang terlibat dengan LBGT ini, sudah pasti akan memberikan tekanan emosi
kepada pasangan masing-masing. Kesannya juga kadangkala tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya kepada ibadat harian yang wajib ditunaikan oleh orang Islam.
RUJUKAN

https://www.sinarharian.com.my/article/17450/EDISI/Selangor-KL/Kurang-penghayatan-agama-
antara-punca-LGBT-JAIS

https://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/64-surat-pembaca/1551-kesan-gejala-lesbian-
gay-biseksual-dan-transeksual

http://journalarticle.ukm.my/9323/1/001-015_Ahmad_et_al._Gaya_Hidup_Lesbian.pdf

http://akmalmenulis.blogspot.com/2016/02/kesan-lgbt-dalam-masyarakat.html

Anda mungkin juga menyukai