Anda di halaman 1dari 3

JUDI MERUPAKAN SATU KESALAHAN DAN BERDOSA BESAR DI SISI ISLAM

Judi dari Sudut Ajaran Islam


Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau seumpamanya
adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam.
Firman Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman
yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: "Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar
(dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu". (AlBaqarah: 219)
Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya:
"Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis
(kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya
syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi,
serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". (Al-Maidah, 90-91)
Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).
Al maisir pada hakikatnya adalah segala bentuk permainan yang dimaksudkan untuk
mendapatkan keuntungan material secara mudah. Unsur 'mudah' lebih dominan daripada
perhitungan kerja keras dan kreativiti yang sihat.
Muhammad Ali Ash Shahbuny dalam tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam. Mengatakan
"Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam judi/qimar dan yang termasuk
diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surat Al Baqarah; 219 adalah setiap permainan
yang menguntungan satu pihak dan merugikan pihak lain maka termasuk dalam
maisir/qimar/judi yang diharamkan".
Dikutip dari DR Yusuf Qardhawi yang mengatakan "semua permainan yang didalamnya ada
perjudian, maka hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan judi adalah segala permainan
yang mengandung untung atau rugi bagi pelakunya".
Punca Berlakunya Judi
Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana:
1) Lemahnya iman
Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara
mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa
yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal
soleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)
Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak
yang buruk tanda lemahnya iman.
2) Kurang jati diri
3) Kecetekan akal fikiran
4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah.
Akibat Judi
Judi mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan judi adalah:

1) Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta
mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita
terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah
tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti
haram.
2) Judi juga boleh menyebabkan rasuah.
Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah
mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali
berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan
manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan
pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah
lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus
berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap
masyarakat.
3) Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung,
parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara
akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk
terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.
4) Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat.
5) Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam
masa kini.
6) Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan
kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya
di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk
menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan
atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'
Statistik Berkaitan Judi
a) Kesan daripada judi adalah Pinjaman
Mengikut statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2011, pinjaman peribadi rakyat
Malaysia dalam sistem perbankan berjumlah RM5.215 bilion berbanding RM4.106 bilion pada
bulan yang sama, 2011.
AKHBAR ini pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna menanggung hutang
bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit di bawah Agensi Kaunseling
and Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga Oktober 2010
Sebahagian besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang. Ada yang
potongan gaji mereka sehingga 60 peratus.
b) Pertumbuhan Agensi Haram Along
Judi juga menggalakkan pertumbuhan agensi along. Along merupakan agensi peminjam wang
haram yang menjadi jalan mudah kepada orang yang ingin berhutang khususnya pemain judi.
Menurut Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, pada
tahun 2005 tidak kurang 1,600 Ah Long dikesan beroperasi dan tahun lalu ia bertambah kepada
lebih 4,000 orang.

Sepanjang enam bulan tahun ini sahaja lebih 2,200 operasi Ah Long dikesan hasil kira-kira 300
kes mangsa yang tampil mengadu, jelasnya. Kata Chong, kebanyakan mangsa Ah Long adalah
kaki judi, peminum arak serta peniaga kecil dan sederhana.
4.3 Judi dan Penderaan Rumahtangga
Paling membimbangkan hampir 60 peratus daripada jumlah kes keganasan rumah tangga yang
dilaporkan berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat mangsa, terutama suami mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee,
berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kurang 3,000 kes penderaan dilaporkan
berlaku di seluruh negara membabitkan wanita sebagai mangsa.
Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah itu dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes
penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai
kejadian terbabit. Berdasarkan statistik, katanya sepanjang tempoh sembilan bulan pertama
tahun ini, sejumlah 2,441 kes penderaan wanita dilaporkan berbanding 3,101 pada 2004 dan
3,093 pada 2005.
Daripada 3,093 kes yang dilaporkan berlaku pada tahun lalu, Selangor mencatatkan jumlah
tertinggi dengan 845 kes diikuti Kedah (338); Johor (320); Pulau Pinang (272); Negeri Sembilan
(253) dan Sarawak (234, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Poster
Keganasan Terhadap Wanita kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jawatankuasa
Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), di sini, semalam.
-CAWANGAN KAUNSELING, BAKA, IPK, KEDAH-

Anda mungkin juga menyukai