Anda di halaman 1dari 4

Naimah & Athirah

1. Nyatakan sabab nuzul ayat 31 dan 32 tersebut?


Ayat 31:
Menyuruh hambanya bersikap adil dalam semua urusan
Menyuruh hambanya bersikap sederhana
Dalam ibadat dituntut menghadap muka kepada Allah setiap kali solat
Beribadatlah dengan ikhlas kepada Allah
Ayat 32:
+ Dituntut supaya memakai pakaian yang baik ketika solat dan melakukan
tawaf
+ Allah mengizinkan kita supaya makan dan minum dari rezeki yang
diciptakannya dengan syarat tidak berlebihan
+ Allah menyebut berkaitan perkara yang diharamkan kerana mempunyai
kemudaratan yang besar.

2. Jelaskan maksud ungkapan ayat berikut?
W-7O 74-4[C)e pakailah pakaian yang
indah,yang boleh menutup auratmu

ELgN ]7 lO4` setiap kali memasuki masjid untuk
mengerjaka solat, tawaf atau
ibadat-ibadat lain

4OEO OE4C)e *.- perhiasan dari Allah S.W.T. iaitu pakaian
ge4:jO-C-4 dan rezeki yang baik
LO=g~ khusus ( untuk mereka saja) iaitu perhiasan-perhiasan dari
Allah dan makanan yang baik itu dapat dinikmati didunia ini oleh orang yang beriman

dan orang yg tidak beriman , sedang diakhirat nanti adalah semata-mata

untuk org beriman sahaja

N_E+^ ge4CE- kami menjelaskan ayat-ayat
Og 4pO+;4C bagi orang-orang yang mengetahui

3. Huraikan empat unsur jahiliah berkaitan tabarruj dalam masyarakat masa kini?
I. Bercampur bebas antara lelaki dan perempuan
II. Berjalan dengan melenggang
III. Bertudung dengan suatu fesyen yang dapat dilihat keelokan tubuh dan
perhiasannya

Naimah & Athirah

IV. Melepaskan tudung dari kepala dan tidak diikatnya sehingga menampakan
kalung, rantai dan lehernya.

4. Sejauh mana amalan berhias muda-mudi Islam masa kini menepati garis panduan
hukum syarak?
Hendaklah menutup semua badan
Tidak tipis dan tidak membentuk badan sehingga menampakan kulit
Tidak menampakan bahagian yang menimbulkan fitnah
Bukan pakaian yang dipakai oleh orang lelaki
Bukan pakaian yang dipakai oleh orang kafir
Bersifat tenang sama ada berjalan atau berbicara
Tidak bermaksud menarik perhatian kaum lelaki
Terikut perlakuan perempuan jahiliah ketika berjalan dihadapan lelaki,
mereka akan menghentak kakinya.

5. Huraikan sikap berlebihan dan boros pada pandangan islam dalam ayat 31?
Boros bermaksud tidak berhemat, suka membelanjakan wang berlebih-
lebihan dan menggunakan barang secara berlebihan.
Islam menggalakan umatnya bersikap sederhana dan tidak berboros dalam
segala aspek.
Imam syafie berpendapat membazir atau boros ialah mengeluarkan atau
membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya.
Imam malik pula berpendapat membazir ialah mendapatkan harta daripada
sumber yang benar,yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya
tidak dijalan yang diredhai Allah.
Mujahid berpendapat biarpun seseorang itu menghabiskan hartanya tetapi
untuk jalan yang benar, maka perbuatan itu tidak dikira membazir namun jika
seseorang yang mengeluarkan harta biarpun sedikit tetapi tidak kejalan yang
diharuskan syarak, maka perbuatan itu dikira membazir.


6. Nyatakan maksud fahisyah yang zahir dan batin.
Segala perbuatan keji sama ada berbentuk ucapan atau perbuatan yang besar hukuman
dan dosanya seperti zina dan perempuan suci berzina.

Naimah & Athirah


7. Jelaskan pengertian dosa dan kriteria yang menentukannya
Dosa ialah melakukan sesuatu yang dilarang atau meninggalkan suatu perbuatan yang
diperintahkan oleh syariat Islam.
Kriteria yang menentukan dosa :
i. Dosa besar
Perbuatan melanggar ketentuan Allah yang diancam dengan seksaan neraka.
Segala sesuatu yang diharamkan melalui nas al-Quran.
Seluruh nas yang mengancam pelaku perbuatan dengan ancaman di hari akhirat.
Pelaku digelar fasik dan dilaksanakan hukum had.
ii. Dosa kecil.
Setiap perbuatan yang tidak dikenakan hukuman hudud di dunia ,tidak dilaknat Allah
dan Rasul-Nya dan tidak ada pernyataan bukan mukmin.

8. Berikan empat punca individu melakukan maksiat
i. Mempunyai sifat Rububiyah (sifat ketuhanan) seperti takbur dan suka dipuji
ii. Mempunyai sifat Syaitaniyah (sifat syaitan) seperti hasad dengki dan tipu helah.
iii. Mempunyai sifat Bahimiyah (sifat kebinatangan) seperti tamak haloba dan memakan
harta anak yatim.
iv. Mempunyai sifat Subuiyah (sifat kebuasan) seperti marah,dendam dan mencaci
orang.


9. Nyatakan empat kesan terhadap kesihatan akibat gaya pemakanan yang melampau.
i. Penghadaman yang tidak sempurna dan terbantut.
Kesan ini menghasilkan toksimia yang menjadi sebab utama penyakit jasmani.

Naimah & Athirah

ii. Menzahirkan jenis-jenis penyakit seperti muntah dan cirit-birit.
Kesan ini disebabkan toksin mula dibuang oleh badan.
iii. Berlakunya radang otot dan sendi.
Kesan ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, hati tidak dapat membantu
penghadaman makanan dan sakit perut.
iv Hati sukar menerima sesuatu perkara yang baik iaitu buta mata hati.
Kesan ini menyebabkan otak menjadi tumpul, melemahkan kecerdasan berfikir dan
penyakit pelupa.
v. Kerosakan sel-sel,pembiakan kuman dan serangan badan.
vi. Berat badan yang berlebihan.
Kesan ini mendorong penyakit artritis, kencing manis, penyakit jantung dan kanse

10. Berikan empat mesej dan pengajaran ayat ini.
i. Umat Islam dituntut berpakaian elok ketika bersolat di masjid atau bertawaf di
Baitullah.
ii. Seseorang muslim tidak boleh berlebih-lebihan dalam kehidupan.
iii. Allah menghalalkan perhiasan tidak berlebihan dan berlandaskan syariat Islam.
iv. Setiap muslim hendaklah makan dan minum daripada sumber rezeki yang halal.
v. Usaha untuk mencari rezeki yang baik dan halal itu akan dikurniakan kebaikan oleh
Allah di dunia dan di akhirat.
vi. Haram melakukan perbuatan yang keji sama ada tersembunyi dan sebaliknya.
vii. Haram menyukutukan Allah dan mengada-adakan sesuatu yang tidak diketahui
terhadap Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai