Anda di halaman 1dari 11

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian

alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat. Rencana ini menyentuh tentang para pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) dan hasil tulisan mereka yang mana karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan menyeleweng fahaman sebenar Islam. Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku berbahasa Inggeris. Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas: 1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis 2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka. 3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya. 4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca. 5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam 6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka. Jenis kumpulan Orientalis

1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa. 2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru. 3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka. 4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain. 5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:

Bil 1.

Nama A.J Arberry


Tajuk Buku Islam Hari Ini (Islam Today) Pendahuluan Sejarah Tasawuf At-Tasawuf Terjemahan 1950) Quran (1948

Catatan Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge. Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam

2.

A. Geom

Buku: Al-Islam

Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir Salah seorang Encyclopedia pengarang Islamic

3.

Baron Garra de Vaux

Berbangsa Perancis dan sangat musuhi Islam

4.

H.A.R Gibb

Pengarang utama Encyclopedia

Islamic Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir. Profesor di Universiti Hartford, Cara Islam (Inggeris & Arab) USA Karya-karyanya sangat bahaya kepada Islam Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab) Mazhab Muhammadi (Mohammedanism) Islam & Masyarakat Barat Whither Islam 1947 Pengarang utama Encyclopedia Islamic Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Sejarah Mazhab Tafsir Islam Mendakwa Quran diubah selepas (Inggeris & Arab) Baginda SAW wafat. Tokoh utama Pengenalan aqidah & Syariah oreintalis , terlalu benci kepada Islam Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)

5.

Goldziher

Halangan Muhammad

6.

John Maynard Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924) S.M. Zweimer Dunia Islam (pengasas majalah ini) b. Islam Mencabar c. Demi Aqidah d. Al-Islam (1908-1911) Berasal dari Amerika Syarikat , Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam

7.

8.

Aziz Atiyyah Suryal

Menulis beberapa buah kitab tentang Perang Salib . Rakyat Mesir beragama Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci kepada Islam. Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.

9.

G.Von Grunbaum

Islam di zaman pertengahan

Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. b. Perayaan Muhammad Profesor di Universiti Chicago. c. Usaha Menerangkan Islam yang Terlampau banyak menyerang Islam. Moden d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam e. Al-Islam f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam

10. Phillip Hitti

a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Rakyat Lubnan beragama Kristian. Arab Professor Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia b. Sejarah Arab (History of Arabs) tidak rasmi kepada Kementerian Luar yang mengandungi tuduhan bahawa Amerika . Sangat benci kepada Islam Nabi tidak siuman dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan c. Al-Islam d. Sejarah Syria e. Asal usul Agama Duruz

11. Carl The History (Jerman, Inggeris) Brocklemann 12. A.J : Weinsink Aqidah Islam (1932). Mendakwa Nabi SAW mereka AlQuran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)

13. Kenneth Gragg

a. Ketua Editor Majalah The Muslim Berasal dari Amerika. Sangat benci World dan menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah b. Dakwah al-Makzanah (956) beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan Kristian di Universiti Hartford

14. L. Massignon a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar Islam keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal b. Salah seorang penting dalam karya Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Ensaiklopedia Islam. Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf Islam.

15. D.B. Macdonald

a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh Berasal dari Amerika, dan di antara dan Teori Perlembagaan Dalam Islam orientalis yang paling memusuhi Islam b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)

16. M.Green

Setiausaha Majalah Middle East

17. Majid Qadrawi

Bukunya bertajuk "Perang & Damai Penganut Kristian dari Iraq, Ketua Dalam Islam" (1955) Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di

Washington Terlalu membenci Islam

18. D.S Margoliouth

a. Perkembangan Baru Dalam Islam b. Muhammad & Kelahiran Islam c. Universiti Islam

Berbangsa Inggeris

19. R.A Nicholson a. Antara pengarang Ensaiklopedia Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam Islam Menafikan Islam agama wahyu Mendalami bidang Tasawuf Islam. b. Para ahli Sufi Islam c. Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930)

20. Henry Lammens

a. Antara pengarang Ensaiklopedia Berbangsa Perancis. Tersangat Islam merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan . Telah banyak b. Al-Islam mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta c. At-Toif membuat gambaran jahat terhadap d. Majalah Kesatuan Pengajian Timur Fatimah az-Zahra . USA (1925)

21. Joseph Schacht a. Antara pengarang Ensaiklopedia Berbangsa Jerman. Islam Menghasilkan banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh. Mendakwa asas b. Usul Fiqh Islam syariat Islam adalah cedokan undangc.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of undang Rom Mohammadans Jurisprudence)

22. Rudi Paret

a. The Quran b. Der Koran

Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang Isa dan Maryam sebagai asas rekaan AlQuran

23. Karl Heinrich Becker 24. Jetson Phiit Majd al-Islam (Kemuliaan Islam)

Pengasas Majalah Islam

Menghentam Islam melalui bukunya

25. Richard Bell

"Al-Quran & Hubungan Nasrani Profesor Bahasa Arab di Universiti dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris) Edinburgh

26. Lord

Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti Alif Lam Mim' dan lain-lain.

27. Najib al-Aqiqi AlMusytasriqun (Orientalis) 28. W.C. Smith "Islam in Modern History

Berbangsa Arab

29. Montgomery Watt

a. Sirah Nabi di Mekah , b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina) c. Mohammad, Prophet & Statesman

30. Dr Pfander:

C.G Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)'

Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil. Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander. Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, "Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya

beredar dari tempat itu." (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)

31. George Sale

Terjemahan Inggeris

al-Quran

ke

Bahasa

32. Hamilton Jobb Asas Bina Pemikiran Agama dalam Banyak melakukan penyelewengan Islam' maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya.

33. William Muir

Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan yang

34. Louis Gardeih Falsafah Pemikiran Agama antara Mendakwa Saidina Uthman Islam dan Kristian' menyusun surah dan ayat quran 35. Z.P Bodly

Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)

36. Cofan, Renan, Jano

Berikut pula adalah beberapa nama buku bahaya hasil karya para Oreintalis dan yang terpengaruh dengannya. 1. The Encyclopedia Of Islam - Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid, dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

2. The Encyclopedia of Britanicca _ amat banyak meneyeleang dalam pelabagi bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas. 3. Majalah The Muslim World' 4. Shorter Encyclopedia Of Islam 5. Encyclopedia Of Religion and Ethics 6. Encyclopedia Of Social Sciences 7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee 8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir 9. Al-Islam oleh Alfred Geom 10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson 11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin 12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens 13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer 14. Islam Today oleh A.J Arberry 15. Translation of Quran oleh A.J Arberry 16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher 17. Arabic History oleh Phillip Hitti 18. Majalah Al-Islam - Keluaran Malaysia 19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh 20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah ( ), diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini) 20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam. Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :1. Prof T. W Arnold - The Preaching of Islam 2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)

3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain 4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan' Al- Hafiz Ibnu Hajar 5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon 6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu Musnad AdDarimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan kata pengantarnya oleh Syeikh Mohd Rashid Ridha 7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate Antara karya bekas Orientalis yang telah memeluk Islam. 1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) 4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam. Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :

1. Prof. Ahmad Amin Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie) Kitabnya bernama Fajr al-Islam' Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari. 2. Abu Rayyah Adwa': Tulisan bertajuk ala As-Sunnah Mempertikaikan Abu Hurairah 3. Ismail Adham. Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H). Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu' (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah: Buku bertajuk : Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie. Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi. 5. Syeikh Ali Abd Raziq Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd Amaroh 6. Prof Khalid Muhd Khalid : Bukunya bertajuk Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)' dan Ad-Demoqratia Abadan' Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya Min Huna Na'lam' (dari sini kita tahu) Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk Ad-Dawlah fil Islam'- Bab Maslahat 7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor Undang-undang ) Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami' (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam- Al-Qaradhawi) Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll. 8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti Az-zaqaziq) Di mesir Bab Maslahat dan Saidina Umar 9. Sai'd al-Ushmawi Mesir Bab Maslahat dan Saidina Umar 12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia). Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk dinyatakan di sini. Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering mendapat bahan kajian ilmiah yang boleh meragukan tentang Islam dari sumber-sumber dari Orientalis Barat. 13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Dia juga pernah mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja membawa isu-isu pelik berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi pengarangnya. 14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total. Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia. Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati. Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.

Senarai Rujukan : 1. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro' al-khadori, Dar AlMa'arif, tanpa tarikh. 2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah Ilmiah an Al -Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India. 3. Dr Mustafa As-Siba'ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet 1, 1999 m 4. Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal Bahithin alMuslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah 5. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah Ilmiah an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India 6. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja Nadwah Ilmiah an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India 7. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah Ilmiah an AlIslam wal Mustasyriqin bertempat di India 8. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas kerja Nadwah Ilmiah an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India 9. Dr. Mustafe As-Sibi'e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar al-Warraq, Beirut, cet 1, 1998 m 10. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra'iyyah , Mua'assasah Ar-Risalah, Beirut, cet 1, 2001

Anda mungkin juga menyukai