Anda di halaman 1dari 25

BAB I: ANALISIS TERHADAP PENERAPAN HUKUM MATERIAL ADAT

MELAYU

A. Masyarakat dan Adat

Menurut Zainal Kling, dari segi etimologis, adat berasal dari bahasa Arab yang berarti
kebiasaan. Masyarakat Adat Melayu yang telah menerima pengaruh Islam dan peradaban
Arab, mengetahui arti dan konsep adat. Walau demikian halnya, ternyata bahwa hampir
semua masyarakat Adat Melayu atau Nusantara, baik masyarakat itu telah menerima
pengaruh peradaban Islam atau tidak, telah memadukan konsep itu dengan arti yang hampir
sama dalam kebudayaan mereka. Mereka ini termasuk masyarakat tradisional yang masih
mengamalkan kepercayaan tradisi (animisme dan dinamisme), atau telah menganut agama
Kristen seperti masyarakat Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, dan Kalabit di Sarawak; Murut,
Kadazan (Dusun) di Sabah yang sehingga melahirkan sebuah kesatuan dasar budaya serantau
yang sangat menarik.

Dalam masyarakat tradisi Adat Melayu, konsep adat memancarkan hubungan


mendalam dan bermakna di antara manusia dengan manusia juga manusia dengan alam
sekitarnya, termasuk bumi dan segala isinya, alam sosio-budaya, dan alam ghaib. Setiap
hubungan itu disebut dengan adat, diberi bentuk tegas dan khas, yang diekspresikan melalui
sikap, aktivitas, dan upacara. Adat ditujukan maknanya kepada seluruh kompleks hubungan
itu, baik dalam arti intisari eksistensi sesuatu, dasar ukuran buruk dan baik, peraturan hidup
seluruh masyarakat, maupun tata cara perbuatan serta perjalanan setiap kelompok institusi.

Oleh karena itu, adat biasanya memiliki cerita atau mitos suci, watak-watak asal-usul
yang gagah dan unggul, serta memberikan dasar makna terhadap setiap peristiwa dalam
siklus hidup manusia, serta eksistensi institusi dalam masyarakatnya. Dengan demikian,
dalam masyarakat tradisi, adat memiliki kedudukan suci hingga mencapai martabatnya;
dipancarkan oleh kelakuan yang benar serta halus; sebuah ciri kehidupan yang menyerap
sistem kepercayaan, hukuman, dan denda.1

Adat merupakan identitas yang berfungsi untuk mengintegrasikan seluruh masyarakat


dan kelompok kecil masyarakat tersebut. Setiap kelompok akan dikenali oleh kelompok lain
dengan perbedaan adatnya. Dalam rangka ini, adat juga menjadi identitas subkultur tertentu,
seperti masyarakat Melayu membedakan adat orang Kelantan, Melaka, Perak, Johor, Deli,

1
Abdul Latiff, Kepimpinan Adat Perkawinan Melayu Melaka, (Melaka: Institut Seni Malaysia Melaka, 2004), Hal.13

1
Riau, Bengkulu, Bangka-Belitung, Palembang, Kutai, Pontianak, dan lainnya. Demikian pula
konsep yang sama dipergunakan untuk membedakan atau mengenali orang asing di luar
konteks masyarakat Melayu.

Kegagalan kultural orang bukan Melayu, dalam rangka mengikuti cara orang Melayu
duduk, makan, atau bersalaman pada upacara perkawinan misalnya, adalah karena adat yang
mereka gunakan berbeda dengan adat Melayu. Jika kesalahan adat ini berlaku sesama
masyarakat Melayu, maka dengan sendirinya ia akan mendatangkan hukuman atau sanksi.
Paling tidak seseorang itu dilarang berbuat atau menyebut sesuatu, kalau pun tidak dimarahi
dengan hukuman tidak tahu adat atau tidak beradat. Dengan demikian adat memiliki fungsi
(pengenalan) dan juga normatif (hukuman). Kedua fungsi ini berlaku dalam rangka hubungan
manusia dengan sesama manusia, dan manusia dengan alam (baik alam kasat mata maupun
alam ghaib).

Dalam konsep etnosains Melayu, dikatakan bahwa mati anak duka sekampung, mati
adat duka senegeri, yang menegaskan keutamaan adat yang menjadi anutan seluruh lapisan
masyarakat dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara. Maknanya adalah
adat adalah aspek mendasar dalam menjaga harmoni dan konsistensi internal budaya yang
menjaga keberlangsungan struktur sosial dan kesinambungan kebudayaan secara umum. Jika
adat mati maka mati pula peradaban masyarakat pendukung adat tersebut.

B. Kepentingan Adat dalam Masyarakat Melayu


1) Mengatur hampir semua sisi kehidupan, memberikan arahan dan landasan dalam
semua kegiatan, mulai dari hal yang besar sampai kepada hal yang paling kecil.
2) Mengajar orang untuk menjadi manusia beradab, bersopan-santun, toleransi, saling
menghormati, tahu diri, tolong-menolong agar dapat menciptakan suasana kerukunan
dan kedamaian dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara.
3) Adat Melayu bersumber dan mengacu kepada ajaran Islam. Oleh karena itu adat
dijadikan identitas setiap peribadi orang Melayu.
4) Dengan ajaran adat Melayu, kalau hendak tahu kemuliaan umat, tengok kepada adat-
istiadatnya, bahasa menunjukkan bangsa, adat menunjukkan umat
5) Adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat
diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia.2

2
Haviland, William A., Antropologi (Penerjemah R.G. Soekadijo), (Jakarta: Erlangga, 1999), Hal.28.

2
C. Antara Adat Resam Masyarakat Melayu Di Malaysia:

I. Adat resam kelahiran wanita yang mengandungkan anak sulung


- Akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga
dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini
dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh
atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan
bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.Bidan akan menyambut bayi
dengan jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas
bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu
buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat
tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Lazimnya tali pusat bayi akan
tertanggal dalam tempoh seminggu dan adat cuci lantai atau adat naik buai akan
diadakan.Adat ini sebaiknya dilakukan pada hari isnin dan khamis .Adat cukur
rambut ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkanl dan kebiasaannya
Kenduri nasi kunyit dan doa selamat akan diadakan pada hari tersebut.Upacara
naik buai bermaksud bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang
menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.
Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa
upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh
sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan
dihadiahkan kepada kumpulan ini.

II. Adat cukur jambul bayi


- Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari
selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang
ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil
adat Melayu ini sebagai: Endoi di Kedah dan naik buaian di sekitar Kampung
Gajah dan Perak Tengah
- Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :
(1) Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan
bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.

3
(2) Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap
Nabi Muhamad.
(3) Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian
diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh
kanak-kanak.
(4) Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca
Barzanji di ruang anjung rumah .
(5) Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung
dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.
- Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:
(1) Sedulang bunga rampai;
(2) Sebiji kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah dan airnya
jangan dikeluarkan;
(3) Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
(4) Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
(5) Beras putih;
(6) Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
(7) Bunga telur: untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki
diberi keutamaan.
- Sesetengah tetamu memberi wang kepada bapa atau ibu kepada bayi; contohnya
RM1, RM5 atau RM10.
- Jika bayi banyak rambut di bahagian depan, akan dipanggil "jempolan".

III. Adat berkhatan tradisional


- Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit sama ada bagi
wanita mahupun lelaki. Khatan atau ‘bersunat’ merupakan salah satu cara
membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat di mana
pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie,
Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan
wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat
bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil
baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak
gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

4
- Pada masa dahulu, upacara berkhatan diadakan setelah selesai mengetam padi.
Sekarang kebanyakan upacara berkhatan diadakan pada musim cuti sekolah. Ini
kerana, masa yang diambil untuk sembuh sepenuhnya daripada luka berkhatan
agak panjang, iaitu satu hingga tiga minggu.
- Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara
berkhatan untuk kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, kemeriahan
sesuatu majlis itu bergantung kepada kemampuan dan kehendak seseorang serta
kebiasaan masyarakat setempat.
- Majlis kenduri sempena berkhatan selalunya dibuat serentak dengan majlis
perkahwinan. Ini untuk menjimatkan belanja dan kerja. Telah menjadi satu
kebiasaan bagi masyarakat Melayu menjalankan upacara berkhatan secara
beramai-ramai, iaitu 2-10 orang yang terdiri daripada kaum keluarga ataupun
saudara-mara.
- Menurut kepercayaan dan adat orang Melayu, jika kanak-kanak tidak khatam al-
Quran, kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu. Oleh itu, seboleh mungkin,
upacara mengkhatam al-Quran turut diadakan. Upacara berkhatam al-Quran
dijalankan sehari sebelum berkhatan. Pada sebelah petang atau malam
sebelumnya, kanak-kanak tersebut akan dimandikan, diandam dan dipakaikan
dengan pakaian baru. Keesokannya upacara khatam al-Quran akan dijalankan.
- Satu hidangan khas disediakan oleh keluarga kanak-kanak yang hendak
dikhatankan itu. Kanak-kanak tersebut akan diberi layanan istimewa semasa
makan adap-adapan itu. Kini berkhatan boleh dilakukan di klinik kerajaan atau
klinik swasta. Tetapi berkhatan secara tradisional memerlukan seorang mudin.

IV. Adat dalam upacara perkahwinan


(1) Adat Merisik
- Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat
ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara
wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan.. Pertemuan tersebut
dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan. Selain dari
adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang
terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan

5
akan diadakan di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan
memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada
persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.

(2) Adat Meminang.


- Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan
diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis
yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan
memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana
mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.
- Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan
berbincang tentang segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran
perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan
ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan. Pada ketika itu seandainya
perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar
Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya
Menghantar Tanda adalah ditakrifkan sebagai “putus cakap”. Ini membawa
maksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.

(3) Adat Bertunang


- Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan
pula diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena
majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran
yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisan utama,
berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih muih,
buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan
kepada pihak perempuan.
- Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang
ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan
genap dikatakan akan membawa implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran
dari pihak perempuan pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.
Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berumah
tangga ,maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran

6
yang akan ditetapkan oleh keluarga perempuan kerana dianggap peminangan
tersebut sudah melangkah bendul.

(4) Adat Berinai.


- Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali
sebagai Berinai Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari
pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali
sebagai Berinai Kecil. Biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan
untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika dpula
dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya diadakan satu malam sebelum hari
langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak
lelaki dan perempuan. Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki
tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin
lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu
rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

(5) Akad Nikah.


- Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat
Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat
ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki
telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain
sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
- Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali
untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
- Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan
sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah
boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam
- Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna
cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara
dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa
oleh tuan kadi berserta dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya
pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok

7
imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk
bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut.
- Seterusnya Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan
secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan
rumahtangga dari sudut agama. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan
dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut
negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku
terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan
mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak
jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut
berpuas hati.Upacara membatalkan air sembahyang pula dilakukan sebaik
sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan menyarungkan cincin atau
memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa pasangan
tersebut telah sah diijabkabulkan.
- Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara
persandingan. Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh
Mak Andam. Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut
dengan meriah bilamana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak
silat. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan
di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan
pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus
pintu atau tebus pelamin.
- Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang
terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Para jemputan terutama dari wakil
kedua mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin di
atas pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap majlis perkahwinan yang dilakukan
secara penuh adat mengganggap pasangan pengantin sebagai raja sehari oleh
kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya pengurusan
proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun

V. Adat semasa berlaku kematian


- Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam
agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di
sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan

8
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang
yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan
kemenyan akan dibakar. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang
mungkin.Mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat barsama ahli keluarga
dengan tertib dan cermat. Jenazah akan di kapankan dengan cara membalut
badan mayat dengan kain putih dan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.
Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.Sebelum
jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika
selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut
juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum
dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada
waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu
sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak
terasa rindu pada si mati. Jenazah akan dikebumikan dan upacara membaca
talkin akan dijalankan oleh tok imam berserta doa, air akan disiram di atas
kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis.
Kemudian bunga rampai pula ditabur .Kenduri arwah dan doa selamat akan
diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia
diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau
keseratus hari.

9
BAB II: ANALISIS FIQIH TERHADAP PENERAPAN HUKUM ADAT MELAYU

A. Jenis Adat-Adat Yang Wujud Dalam Masyarakat Melayu

1) Adat Yang Sebenar Adat

Maksud adat ini ialah hukum tabii yang diciptakan oleh Allah. Adat jenis ini
merangkumi setiap benda atau unsur di dunia ini yang wujud dalam keadaan semulajadi dan
tertakluk kepada fitrah atau hukum semulajadi. Contoh: Adat api membakar, adat air
membasah, adat angin menyejukkan, adat ayam berkokok dan adat tajam memutuskan.

2) Adat Yang Diadatkan

Adat jenis ini lebih dikenali sebagai hukum adat iaitu peraturan hidup yang
diwujudkan oleh nenek moyang orang Melayu dahulu untuk memastikan terdapat
keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Maksudnya, adat jenis ini ialah hukum, undang-
undang, dan peraturan yang disebut hukum adat yang tidak bertulis. Contoh: Jangan duduk di
atas bantal nanti kepala tumbuh bisul, anak perempuan yang belum berkahwin dilarang
menyanyi di dapur nanti dapat suami tua, jangan tambah nasi ketika nasi sudah habis di
pinggan nanti rezeki susah masuk dan sebagainya.

3) Adat Istiadat

Adat jenis ini ialah ritual-ritual yang sering mengiringi sesuatu majlis yang dianggap
rasmi. Contoh: Adat cukur jambul, adat berkahwin, adat berkhatan, adat pertabalan raja dan
sebagainya.

4) Adat Resam

Adat jenis ini merangkumi kebiasaan atau kelaziman manusia daripada segi
perbuatan, berpakaian, makan, menghias diri dan sebagainya. Contoh: Terlopong sewaktu
menonton televisyen, menggaru kepala apabila tidak faham, tersengih-sengih apabila berasa
malu, memakai kain pelikat di rumah pada waktu malam dan sebagainya.

B. Analisis Konsep ‘Uruf Dan Hubungannya Dengan Warisan Adat Istiadat


Masyarakat Melayu di Perlis.

a) ‘Uruf Fasid

10
1) Kepercayaan bahawa perkara tertentu boleh menentukan kejadian tertentu atau nasib
baik buruk pada masa hadapan.

Adat istiadat yang berteraskan kepercayaan seperti ini sudah tentu bercanggah dengan
doktrin tauhid yang merupakan kata kunci utama yang membezakan akidah Islam daripada
kepercayaan lain. Akidah tauhid dalam Islam bukan sahaja menekankan tentang ke-Esaan zat
Allah, tetapi juga ke-Esaan perbuatan (af’al), sifat dan nama Allah. Sebarang kepercayaan
bahawa sesuatu kejadian atau petanda itu berkuasa dengan sendirinya dan secara pastinya
akan menyebabkan berlaku satu kejadian yang lain tanpa diikat dengan kuasa, kehendak dan
keizinan Allah SWT, sudah tentulah terkeluar daripada skema doktrin tauhid dalam Islam.

Dalam konteks inilah, maka beberapa kepercayaan dan amalan yang dipegang oleh
sebagian masyarakat Melayu dilihat mempunyai masalah dari segi akidah. Dari segi
perbahasan usuluddin, kepercayaan ini bukan sahaja boleh dianggap bodoh dan kolot kerana
bercanggah dengan logik hukum adat malah boleh menjerumuskan seseorang ke arah
kesyirikan terhadap Allah kerana mempercayai ada makhluk lain selain Allah yang berkuasa
menentukan sesuatu perkara. Antara contohnya adalah seperti:

i. Kepercayaan bahawa si suami perlu menanam tali pusat bayinya supaya tidak
dikorek keluar oleh haiwan liar yang boleh menyebabkan anak tersebut akan
menjadi bisu agak terkeluar daripada parameter akidah tauhid Islam, seperti yang
dibincangkan di atas.
ii. Adat dan kepercayaan tentang memasuki hutan apabila dilintasi oleh ular, maka
perlulah kembali semula ke rumah dan memakan seulas pinang yang telah
dijampikan oleh pawang serta kepercayaan tentang semangat hutan dan
penunggunya yang “keras”.

2) Jampi serapah yang mengandungi pemujaan kepada datuk nenek, hantu, syaitan dan
jin.

Umat Islam dituntut untuk memohon segala sesuatu terus kepada Allah SWT tanpa
perantaraan melalui apa-apa atau sesiapa sahaja. Jika melalui perantaraan dalam memohon
kepada Allah SWT telah dilarang. Pemohon tersebut seolah-olah mempercayai bahawa
terdapat yang lain selain Allah SWT yang mampu menunaikan hajatnya dan ini boleh
menjerumuskan individu tersebut ke lembah syirik yang sangat berbahaya.

11
Dalam konteks ini, terdapat dua contoh, yaitu:

i. Adat resam “mandi perut” yang menuntut agar bidan menggolek-golekkan


kelapa yang dikupas licin di atas perut si ibu sambil membaca doa mantera
terpesong daripada skema akidah Islam khususnya jika doa mantera itu
mengandungi pemujaan kepada selain Allah SWT bagi mencapai hajatnya.
- Amalan ini bermasalah menurut perspektif akidah Islam khususnya dari
dua aspek penting:
(1) Berdoa selain kepada Allah SWT. Al-Quran dan hadis Rasulullah
SAW juga melarang amalan meminta sesuatu secara berdoa selain
kepada Allah. Malah berdoa kepada selain Allah ditafsirkan oleh para
ahli tafsir sebagai seerti dengan beribadat kepada makhluk selain
Allah.
(2) Berdoa atau berjampi dengan kalimah selain daripada Allah atau sifat-
Nya atau ayat-ayat-Nya atau perkataan yang tidak difahami. Para
ulama Islam berdasarkan hadis Rasulullah SAW melarang amalan
berjampi atau berdoa dengan sesuatu perkataan yang selain Allah atau
ayat al-Quran atau hadis atau bahasa yang difahami dan mempunyai
unsur syirik.

ii. Adat resam memasuki hutan dalam masyarakat Melayu yang mengajarkan
agar apabila seseorang masuk ke dalam hutan, individu tersebut perlu
bersahut atau menyeru terlebih dahulu bagi meminta keizinan untuk masuk ke
dalam hutan supaya penjaga hutan dapat menjaga mereka daripada sebarang
bahaya atau mengelakkan daripada tersesat merupakan adat resam yang
terpesong daripada tuntutan akidah Islam.

3) Perbuatan tertentu yang meniru amalan keagamaan dan kepercayaan orang kafir.

Umat Islam telah diberikan oleh Allah SWT dengan al-Quran dan hadis sebagai
sumber rujukan untuk mengajarkan mereka tentang agama mereka. Dalam hal ini
termasuklah aspek yang berkaitan pengibadatan, kepercayaan, akhlak dan sistem hidup yang
menyeluruh. Mereka sama sekali dilarang daripada mengikuti dan menyerupai orang kafir,
lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan ibadat dan akidah. Meniru dan mengikut

12
orang kafir dalam hal pengibadatan dan akidah ini boleh menyebabkan seseorang Islam itu
dikira sebagai sebahagian daripada golongan kafir itu sendiri.

Dalam hal ini, terdapat juga adat resam Melayu yang diamalkan turun-temurun yang
boleh dilihat menyamai, sekalipun tidak meniru secara langsung amalan orang kafir.
Contohnya adalah seperti:

i. Amalan “mandi tian” yang disempurnakan oleh bidan kampung dengan


mencucuh sebatang lilin untuk dijampi mungkin jika tidak berhati-hati akan
terjatuh dalam kategori ini. Hal ini dikatakan demikian kerana upacara
peribadatan dalam agama lain sering menggunakan lilin atau unggun api untuk
tujuan dan upacara tertentu. Tidaklah bermakna bahawa orang Islam tidak boleh
menggunakan lilin atau unggun api dalam kehidupan mereka, tetapi penggunaan
lilin dan unggun api dalam upacara jampi serapah boleh dikatakan menghampiri
amalan golongan kafir.

b) ‘Uruf Sahih
1) Amalan yang dibuat sebagai satu usaha untuk menyembuhkan penyakit, menyuburkan
tanaman, menakutkan haiwan buas dan sebagainya berdasarkan pengalaman
masyarakat silam tanpa dicampur adukkan dengan kepercayaan yang salah.

Dalam konteks ini, amalan adat resam Melayu (Perlis) yang berteraskan kajian,
pemerhatian dan pengalaman mereka dalam usaha menjamin kehidupan yang baik dan
tenteram tanpa dicampuradukkan dengan kepercayaan karut dan khurafat serta amalan yang
terlarang merupakan sesuatu yang dibenarkan.

Terdapat beberapa adat resam Melayu (Perlis) termasuk dalam pola ini, adalah:

i. Amalan “bediang” yang telah dipraktikkan secara menyeluruh oleh masyarakat


Melayu di bandar mahupun di kampung di Perlis. Amalan “bediang” ini
merupakan satu proses mengasap atau memberikan haba kepada ibu yang
mengandung supaya tidak sejuk dan dipercayai keadaan ini memudahkan si ibu
ketika bersalin selain bertujuan untuk mengembalikan urat saraf si ibu yang
mengandung kepada keadaan biasa.
ii. Hal yang sama juga boleh dikatakan kepada adat resam selepas bersalin, iaitu
wanita tersebut perlu berbekam dengan melumurkan minyak ke seluruh

13
bahagian badan, menyanggulkan rambut dan memakai ketang di dada selama 40
hari bagi mengelakkannya daripada kesejukan.
iii. Adat resam memasuki hutan, seperti dilarang bersiul-siul kerana perbuatan ini
dikatakan akan menarik perhatian binatang buas yang sudah pasti akan
mengganggu dan sangat berbahaya, menggunakan pokok sebagai penanda
dengan menakek pokok tersebut dengan kapak bagi mengelakkan sesat apabila
mencari jalan keluar, menggunakan matahari dan pucuk akar yang menjalar
sebagai penanda arah bagi mengelakkan sesat apabila berjalan di dalam hutan.

Dalam hal ini, amalan ini tidak bercanggah dengan akidah dan hukum syarak, malah
barangkali termasuk dalam kategori ilmu pengetahuan yang menjadi fardu kifayah untuk
dipelajari oleh umat Islam. Begitu juga kepercayaan bahawa hutan bukan sahaja dihuni oleh
pelbagai jenis hidupan liar dan buas yang sangat berbahaya tetapi juga dihuni oleh pelbagai
makhluk lain yang tidak dapat dilihat oleh penglihatan manusia. Kepercayaan ini tidak jauh
dari kenyataan al-Qur’an dan al-hadis sendiri yang mengiktiraf kewujudan makhluk lain
selain daripada manusia. Dengan itu Islam sendiri menganjurkan beberapa pantang larang
dan memerintahkan umatnya agar berhati-hati supaya tidak menyakiti makhluk tersebut,
seperti larangan yang dibuat oleh Rasulullah SAW daripada menggunakan tulang haiwan
sebagai alat istinja’ kerana tulang merupakan makanan makhluk ghaib khususnya jin.

2) Amalan yang dibuat bagi menunjukkan rasa gembira sempena sesuatu yang baik.

Dalam hal ini terdapat banyak bukti bahawa Islam membenarkan umatnya
menganjurkan aktiviti tertentu untuk berhibur sempena menyambut perstiwa atau waktu yang
besar dan penting dalam kehidupan mereka selagi aktiviti tersebut terpelihara daripada unsur
yang terlarang dari segi akidah dan hukum-hakam.

Umpamanya, adat sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan dengan diadakan


malam berinai dan turut dihiburkan dengan persembahan tarian tarinai. Pada siang harinya
diadakan permainan berduat, iaitu seramai dua belas orang akan duduk di atas balai sambil
menyanyi yang bertujuan untuk menghiburkan penduduk yang datang membantu. Selain itu,
permainan berduat ini juga bertujuan memberitahu penduduk bahawa ada majlis perkahwinan
yang akan berlangsung.3

3
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/21/adat-dalam-kehidupan-masyarakat-melayu/

14
BAB III: ANALISIS PERATURAN PERUNDANG-UNDANGAN TERHADAP
PENERAPAN HUKUM ADAT MELAYU

A. Masyarakat Hukum Adat Dan Undang-Undang

Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah
masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau
undang-undang yang harus dipatuhi. Dikenali sebagai hukum adat, peraturan ini menjadikan
amalan, adat resam atau kebiasaan yang lain yang telah lama wujud dalam masyarakat
sebagai satu peraturan. Contohnya, seseorang yang menghadap sultan mestilah berpakaian
lengkap, berpancung dan berkeris di hadapan. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk
menghadap sultan jika dia berkeris di belakang.

Terdapat dua sumber utama bagi hukum adat iaitu daripada resam atau adat turun-
temurun dan daripada hukum syarak yang mengikut mazhab Syafie. Di negeri-negeri
Melayu, terdapat dua hukum adat yang dipraktikkan iaitu Adat Perpatih dan Adat
Temenggung4:

1) Adat Perpatih (Datuk Perpatih Nan Sebatang)

NO. PERKARA KETERANGAN


 Diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan
dan beberapa buah kawasan di Melaka seperti Naning dan
Alor Gajah.
 Dibawa oleh orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada
abad ke-17.
BENTUK DAN
1  Merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak
PERLAKSANAAN
bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat
dan diperturunkan daripada generasi kepada generasi yang
lain. Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo.
 Kesemua adat Perpatih diwarisi turun-temurun kecuali
Undang-undang Sungai Ujong.
SISTEM  Mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan
2
PEMERINTAHAN kedaulatan berada pada tangan rakyat.

4
https://www.slideshare.net/mobile/toMochika27/hukum-adat-dan-undangundang

15
 Dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada
setiap suku.
 Pemerintah mesti mematuhi undang-undang dan tidak
boleh bertindak sesuka hati.
 Seorang lelaki tidak mempunyai hak kecuali hak
pemerintahan.
 Mengamalkan hidup secara bersuku-suku iaitu hidup
secara berkeluarga.
 Buktinya, setiap anggota menganggap anggota lain seperti
saudara daripada sebuah keluarga yang besar.
 Setiap suku mempunyai nama yang tersendiri untuk
memudahkan mereka mengetahu pertalian darah masing-
masing.
 Suku dipecahkan kepada Perut yang seterusnya dipecahkan
ASPEK
3 kepada Ruang dan akhir sekali dipecahkan kepada
KEKELUARGAAN
Rumpun.
 Susunan keluarga berdasarkan matrilinneal iaitu di susur
galur keturunan sebelah ibu.
 Susunan keluarga terdiri daripada ibu, anak-anak
perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki
dan seterusnya.
 Hubungan dengan anggota masyarakat sangat rapat dan
dianggap bersaudara
 Tidak membenarkan sesama suku kerana saudara sesuku
dianggap satu keluarga.
 Perkahwinan hanya berlaku dalam suku yang berbeza yang
dikenali sebagai perkahwinan eksogami.
PERKAHWINAN
 Fungsi perkahwinan eksogami ialah mengekal dan
4 DAN RUMAH
melanjutkan hubungan dalam suku sebagai hubungan
TANGGA
persaudaraan, mengeratkan hubungan antara suku dan
mengawal kelakuan yang sumbang seperti mengusik anak
gadis daripada suku yang lain.
 Apabila seorang lelaki telah berkahwin secara sah, maka

16
terputuslah hubungannya dengan suku kelahirannya.
 Disebabkan konsep kerjasama yang rapat dalam kalangan
pengamal adat Perpatih, sebarang masalah perkahwinan
menjadi urusan keluarga dan Buapak.
 Memberatkan kaum wanita dalam pewarisan harta.
 Apabila perceraian berlaku, segala harta akan dikendalikan
oleh waris terdekat pihak isteri sehinggga diselesaikan oleh
Buapak.
 Terdapat empat jenis harta yang dimiliki sepasang suami
isteri: (1) Harta sepencarian iaitu harta yang dimiliki oleh
pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup
PEMBAHAGIAN mereka. Akan dibahagi dua jika perceraian berlaku.
5
HARTA (2) Harta dapatan ialah harta yang dimiliki isteri sebelum
berkahwin. Harta kekal pada isteri jika berlaku perceraian.
(3) Harta pembawaan ialah harta yang dimiliki suami
sebelum berkahwin. Jika bercerai, bekas isteri tidak boleh
menuntut harta ini. (4) Harta sebelah iaitu harta asal
kepunyaan suami dan isteri yang diberikan oleh ibu bapa
sebelum berkahwin. Kembali kepada masing-masing jika
bercerai.
 Dilaksanakan dengan tujuan memperbaik keadaan dan
tidak menghukum pesalah.
UNDANG-  Dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.
6 UNDANG  Menekankan sifat bertimbang rasa.
JENAYAH  Contohnya, hukuman bagi mencuri – pesalah akan
dihukum dengan perintah memulangkan harta yang dicuri
atau membayar ganti rugi.

2) Adat Temenggung (Datuk Ketemenggungan)

NO. PERKARA KETERANGAN


BENTUK DAN  Diamalkan oleh masyarakat Melayu di kesemua negeri-
1
PERLAKSANAAN negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan beberapa

17
daerah di Melaka.
 Hampir sama di seluruh negeri tetapi digelar dengan nama
yang berbeza seperti Undang-Undang Melaka dan
Undang-Undang 99 Perak.
 Mereka yang mahir mentafsirkan hukum adat ini ialah Tok
Sidang, Tok Penghulu dan Tok Penggawa.
 Terbahagi kepada dua bahagian: (1) Undang-undang
tentang perlembagaan, jenayah dan awam yang
sebahagiannya berakar umbi dalam kalangan masyarakat
Melayu. (2) Kumpulan undang-undang yang digunakan
dalam pelayaran dan diamalkan di pelabuhan seperti
Undang-undang Laut.
 Puncak pemerintahan dan kekuasaan terletak kepada
pemerintah yang digelar sultan atau raja mengikut negeri
masing-masing.
 Menekankan keistimewaan kepada golongan pemerintah
di mana golongan ini mempunyai kuasa yang berlebihan.
 Susunan pemerintahan bercorak autokratik dengan majoriti
SISTEM kuasa pemerintahan terletak pada sultan dan pembesar.
2
PEMERINTAHAN  Adat memberikan keistimewaan kepada raja seperti
kewujudan unsur daulat, derhaka dan tulah.
 Baginda dikaitkan dengan kuasa sakti dan titah baginda
tidak boleh dilanggar.
 Wujudnya pantang larang dalam hubungan antara sultan
dengan rakyat seperti kewujudan unsur pemulukan dan
pendinaan.
 Susunan keluarga ayah dan ibu dianggap sama penting.
 Perkahwinan dengan sesiapa sahaja dibenarkan asalkan
ASPEK
tidak melanggar hukum syarak, bersesuaian dengan
KEKELUARGAAN
3 kehendak diri dan mendapat persetujuan keluarga.
DAN
 Larangan berkahwin berdasarkan hukum syarak yang
PERKAHWINAN
mana dilarang mengahwini orang yang mempunyai
pertalian darah, perempuan yang bersaudara, orang yang

18
bukan Islam, saudara sesusuan dan sebagainya.
 Aturan perkahwinan tidak terikat kerana tidak ada sistem
kesukuan dalam adat ini.
 Walaupun status pihak lelaki dan perempuan adalam sama
rata, pihak lelaki dilebihkan atas hukum syarak.
 Lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira
daripada sebelah bapa.
 Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada
wanita disebabkan pengaruh hukum faraid dalam Islam.
 Jika perceraian berlaku, pembahagian harta suami isteri
dilakukan mengikut syarak.
PEMBAHAGIAN
4  Bagi harta sepencarian, harta akan dibahagi sama rata jika
HARTA
berlaku perceraian. Bagi isteri yang tidak bekerja, dia
berhak untuk mendapat 1/3 bahagian sahaja.
 Bagi harta asal pasangan tersebut, mengikut hukum
syarak, akan dikembalikan kepada suami dan isteri.

19
BAB IV: KORELASI PENERAPAN HUKUM ADAT MELAYU DENGAN HUKUM
ISLAM

Terangkum dalam Pelembagaan Malaysia yang menyebut dengan jelas tentang


bangsa Melayu dan kekuatan Islam tersebut sebagai agama persekutuan. Skenario di
Malaysia, antara Islam dan bangsa Melayu mempunyai ikatan yang erat. Ini dibuktikan oleh
banyak sarjana dan tokoh-tokoh akademik yang telah menyelidiki serta menganalisis tentang
penghayatan dan pelaksanaan hukum-hukum Islam dalam kebudayaan masyarakat Melayu.
Menurut Rahimin Affandi, bahwa proses pembangunan kekuatan agama Islam di Malaysia
bukan dimulai sejak kemerdekaan pada 1957, tetapi ia sudah terbangun sejak sekian lama,
yaitu semenjak Islam bertapak di Tanah Melayu.5

Ia dikukuhkan lagi pada masa kini dengan merujuk kepada Pelembagaan Persekutuan
Malaysia dalam Pasal 160 yang menyentuh dengan jelas tentang tiga elemen utama untuk
bangsa Melayu, yaitu perlu beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan
mengamalkan adat istiadat Melayu merujuk kepada kebudayaan. Keterikatan antara tiga
komponen ini telah membentuk satu identitas yang kuat dan jitu sehingga mampu
memperkuat jati diri Melayu yang sudah terbentuk sejak lama.6

A. Hubungan Islam dan Melayu

Lipatan sejarah telah merekam bahwa sebelum datangnya bangsa Eropah yang
menjajah kawasan ini, masyarakat di Nusantara, khususnya alam Melayu telah mempunyai
tamadun dan kebudayaannya yang cemerlang.7 Rahimin Affandi menggariskan beberapa
faktor berhubung kecenderungan bangsa Melayu di Malaysia memilih Islam sebagai asas
pegangan kehidupan mereka. Secara mudahnya ia adalah karena kesucian dan kesempurnaan
ajaran Islam itu sendiri yang dapat dijelaskan dengan beberapa sebab, yaitu:

1. Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentalitas masyarakat Melayu
yang mengamalkan cara hidup yang lemah lembut dan bersifat universal
(menghormati keharmonisan alam).
2. Sifat ajaran Islam yang mudah dipahami, rasional, dan sesuai dengan fitrah manusia
dibandingkan agama lain.

5
Rahimin Affandi, Citra Islam dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Satu Analisa, (Jurnal Pengajian
Melayu Jilid 15, 2005).
6 Muhammad Fauzi Asmuni, Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jati Diri Dan Agama Islam, dalam

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka, (Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
2011).
7Zainal Kling, Islam di Malaysia, (Kuala Lumpur: Gapeniaga Sdn. Bhd., 2005).

20
3. Cakupan agama Islam yang bersifat perkauman yang terbatas kepada sesuatu bangsa
semata-mata, tetapi merangkumi kesemua bangsa manusia sedunia yang dibangun atas
asas persaudaraan (ukhuwah). Asas persaudaraan ini tidak menerima sebarang
pembagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabat dan
derajatnya di sisi Allah.

Ia diperkukuhkan lagi dengan pandangan yang dikemukakan oleh seorang sarjana


kebudayaan Melayu-Islam, yaitu Syed Muhammad Naquib alAttas yang mengatakan bahwa
ajaran Islam telah memperkenalkan umat Melayu kepada budaya dan disiplin ilmu yang
sebenar dengan mengenepikan paham takhayul dan mitos. Selain itu, Islam juga yang telah
memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia Timur dan Barat sehingga bangsa Melayu
menempa serta membangun kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah.8

Selain daripada itu juga bahwa penerimaan masyarakat Islam di Tanah Melayu ini
disebabkan tertariknya mereka kepada kelengkapan dan keindahan Islam itu sendiri yang
menjadi umat yang lebih baik berbanding dengan agama lain. Ini diperkukuhkan dengan
pandangan Khurshid Ahmad yang menjelaskan beberapa perkara utama dalam
membincangkan kesyumulan dan keindahan Islam itu sendiri. Di antaranya ialah:

1. Cara hidup Islam yang sempurna.


2. Kesejagatan dan kemanusiaan.
3. Mudah, rasional, dan praktis.
4. Perpaduan antara material dan rohani.
5. Keseimbangan antara individu dan masyarakat.
6. Mengandungi unsur tetap dan berubah.
7. Ajaran yang terpelihara.

Keistimewaan dan kesyumulan Islam ini dapat dirungkai serta dikaji menerusi
peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh Allah Swt dan diaplikasikan mengikut
sunnah dan hadits Rasulullah Saw. Menerusi penggubalan hukum tersebut, ia dapat
membantu manusia untuk menjalani kehidupan beragama selain menunaikan keperluan
sehari-hari yang lebih teratur, sistematik, dan beretika. Secara mudahnya manusia amat
memerlukan agama dan pegangan. Dalam kata yang mudah manusia memerlukan pendidikan
Islam dan bimbingan akhlak agar mereka dapat membentuk sifat kemanusiaan serta

8
Ahmad Munawar Ismail, Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu, (Jurnal Hadhari Special Edition, 2012), Hal.
143-154.

21
memainkan peranan mereka yang dilantik oleh Allah Swt sebagai khalifah di atas muka bumi
ini. Sekiranya mereka tidak memiliki pendidikan dan bimbingan akhlak mengikut jalur Islam,
mereka akan terdedah kepada perkara-perkara yang keji dan terkutuk seperti dengki, iri hati,
zalim, dan sifat tercela lainnya. Lantas ini akan memberikan pengaruh yang mendalam dalam
kehidupan manusia. Tantangan umat Islam kini seperti penyalahgunaan narkoba,
pembuangan bayi, murtad, dan pembunuhan memerlukan perhatian yang serius. Hanya Islam
saja yang mampu memandu manusia ke jalan yang sebenar buat sekalian manusia.9

Firman Allah:

ِ ‫ور ِبإ ِ ْذنِ ِه َويَ ْهدِي ِه ْم ِإلَى‬


‫ص َراط‬ ِ ُّ‫ت ِإلَى الن‬ ُّ َ‫س ََل ِم َوي ْهخ ِر هج هه ْم ِمن‬
ِ ‫الظله َما‬ ‫ّللاه َم ِن اتَبَ َع ِرض َْوانَهه ه‬
َ ‫سبه َل ال‬ َ ‫يَ ْهدِي ِب ِه‬
‫هم ْست َ ِقيم‬

Artinya: “Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta


kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan
keluarkan mereka dari gelap-gulita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terangbenderang,
Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
(QS. Al-Maidah: 16).

B. Pembentukan Jati Diri Kebudayaan Melayu-Islam yang Dinamis

Bagi merealisasikan hasrat ini, kekuatan pembinaan jati diri dalam kebudayaan
Melayu-Islam ini amat bergantung kepada kemantapan aqidah dan mengamalkan ajaran
Islam dengan sebaik mungkin. Dalam memperkuat pembinaan jati diri kebudayaan Melayu-
Islam ini, selayaknya perlu diterapkan dengan pengukuhan menurut al-Quran dan al-Sunnah
di samping beberapa elemen lain:

1. Kekuatan untuk membela dan mempertahankan hak untuk kehidupan yang baik.
2. Kekuatan aqidah bagi melahirkan pengetahuan manusia yang jelas dan paham tentang
keperluan keimanan bagi melahirkan budi pekerti yang baik.
3. Kekuatan ilmu pengetahuan karena ia mampu mendorong manusia untuk mencapai
kebahagian dunia dan akhirat.
4. Kekuatan akhlak sebagai proses pembentukan budi pekerti yang mulia.
5. Kekuatan ikatan sosial yang berperan untuk menolong masyarakat dalam menegakkan
dasar-dasar Islam bertujuan untuk kebahagian umat Islam.

9
Khursid Ahmad, Islam: Prinsip Dasar dan Karekteristiknya (terjemahan), (Bandung: Perpustakaan Salman, 1981).

22
6. Kemantapan perdamaian berkaitan pelaksanaan perpaduan dalam masyarakat.
7. Kekuatan ekonomi dalam mencari kekayaan dan kemajuan untuk dijana dan
digunakan secara adil dan bijaksana.10

C. Peranan Islam dalam Kebudayaan Melayu

. Dalam membincangkan tentang kegemilangan tamadun dan budaya Melayu, yang


menjadi persoalan yang sering dibahas ialah siapakah yang layak memainkan peranan untuk
mengangkat marwah dan derajat Melayu sehingga menjadi masyhur dan terkenal.
Jawabannya ialah Islam yang menjadi pegangan dilihat sebagai faktor utama yang
memainkan peranan dalam memperkuat bangsa Melayu beserta kebudayaannya.

Dalam meluaskan perbincangan tentang perkara ini, penulis akan mengupas kebudayaan
ini dari aspek kesenian sebagai asas. Tamadun dan peradaban Islam telah mempengaruhi
bidang kesenian Melayu, baik dari segi ukiran, seni bangunan, dan seni hias. Contohnya
dalam pembangunan masjid, pengaruh seni bangunan masjid dari Asia Barat telah
mempengaruhi reka bentuk masjid di alam Melayu. Ia dapat dizahirkan berdasarkan bentuk
kubah dan bentuk mihrab yang menghadap kiblat.

Peranan Islam dalam kebudayaan Melayu ini diperkukuhkan lagi dengan pengaruh seni
lagu dan musik yang dikembangkan oleh panyair-penyair Islam untuk menggantikan seni
lagu dan musik pra Islam. Media seni lagu dan musik ini telah digunakan oleh para
pendakwah untuk mengembangkan agama Islam. Di Malaysia, seni lagu dan musik bercorak
dakwah dikenal sebagai nasyid dan qasidah.11

10Abu Bakar, Syarah Falsafah Islam, (Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1976).
11
Fariza Md. Sham, Peranan Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Dalam Dakwah Kepada Masyarakat Muslim
Di Malaysia, (Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM, 1976).

23
BAB V: KESIMPULAN

Penerapan hukum material adat melayu dapat dilihat melalui pada yang terjadi dalam
kalangan masyarakat Melayu dan adat itu tersendiri. Kepentingan adat dalam masyarakat
melayu adalah mengatur hampir semua sisi kehidupan, mengajar orang untuk menjadi
manusia beradab agar dapat menciptakan suasana kerukunan dan kedamaian dalam
kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara. Adat Melayu bersumber dan mengacu
kepada ajaran Islam. Oleh karena itu adat dijadikan identitas setiap peribadi orang Melayu.

Analisis fiqih terhadap penerapan hukum adat melayu itu boleh dilihat pada jenis
adat-adat yang wujud dalam masyarakat Melayu. Telah terbahagi kepada empat, antaranya
adalah; adat yang sebenar adat, adat yang diadatkan, adat istiadat dan adat resam. Konsep
‘uruf dan hubungannya dengan warisan adat istiadat masyarakat Melayu di Perlis pula
terbahagi kepada dua; yaitu ‘uruf fasid dan ‘urud sahih.

Analisis peraturan perundang-undangan terhadap penerapan hukum adat melayu yang


dirujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat secara
turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang
yang harus dipatuhi. Dua sumber utama bagi hukum adat Melayu yaitu daripada resam atau
adat turun-temurun dan daripada hukum syarak yang mengikut mazhab Syafie. Di negeri-
negeri Melayu, terdapat dua hukum adat yang dipraktikkan iaitu Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.

Korelasi penerapan hukum adat melayu dengan hukum islam itu dapat dilihat pada
ajaran Islam itu sendiri yang dapat dijelaskan dengan beberapa sebab, yaitu: Ajaran Islam
amat bersesuaian dengan psikologi dan mentalitas masyarakat Melayu yang mengamalkan
cara hidup yang lemah lembut dan bersifat universal (menghormati keharmonisan alam).
Sifat ajaran Islam yang mudah dipahami, rasional, dan sesuai dengan fitrah manusia
dibandingkan agama lain. Cakupan agama Islam yang bersifat perkauman yang terbatas
kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua bangsa manusia sedunia
yang dibangun atas asas persaudaraan (ukhuwah). Asas persaudaraan ini tidak menerima
sebarang pembagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabat dan
derajatnya di sisi Allah.

24
DAFTAR PUSTAKA

A. Buku

Latiff, Abdul, Kepimpinan Adat Perkawinan Melayu Melaka, (Melaka: Institut Seni Malaysia

Melaka, 2004)

Bakar, Abu, Syarah Falsafah Islam, (Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1976).

Ismail, Ahmad Munawar, Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu, (Jurnal Hadhari

Special Edition, 2012).

Md. Sham, Fariza, Peranan Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Dalam Dakwah

Kepada Masyarakat Muslim Di Malaysia, (Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan

Kepimpinan UKM, 1976).

William A., Haviland, Antropologi (Penerjemah R.G. Soekadijo), (Jakarta: Erlangga, 1999).

Ahmad, Khursid, Islam: Prinsip Dasar dan Karekteristiknya (terjemahan), (Bandung:

Perpustakaan Salman, 1981).

Asmuni, Muhammad, Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jati Diri

Dan Agama Islam, dalam Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu

Islam Melaka, (Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2011).

Affandi, Rahimin, Citra Islam dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia:

Satu Analisa, (Jurnal Pengajian Melayu Jilid 15, 2005).

Kling, Zainal, Islam di Malaysia, (Kuala Lumpur: Gapeniaga Sdn. Bhd., 2005).

B. Internet

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/21/adat-dalam-kehidupan-

masyarakat-melayu/

https://www.slideshare.net/mobile/toMochika27/hukum-adat-dan-undangundang

25

Anda mungkin juga menyukai