Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 3: JELASKAN LIMA ISU BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN

ETNIK DI MALAYSIA AKIBAT MODENISASI DALAM BIDANG


EKONOMI.

Konsep Modenisasi

-Berkait rapat dengan masyarakat dan negara yang membangun.


Modenisasi adalah suatu proses transformasi dalam semua aspek
kehidupan masyarakat yang harus dialami oleh semua bangsa atau negara.
Transformasi yang dirancang dengan begitu teliti disebut sebagai
modenisasi atau pembangunan. Ianya melibatkan pembangunan ekonomi
dan politik.

Pembangunan Ekonomi

Matlamat pembangunan ekonomi adalah untuk mencapai kemajuan melalui


bidang perindustrian. Terdapat beberapa proses yang dilaksanakan untuk
pembangunan ekonomi. Di antaranya ialah:

Pembangunan teknologi – pengetahuan dan teknik serta kaedah


tradisional diketepikan dan memberi laluan kepada kemasukan ilmu
saintifik dan teknologi yang lebih canggih.
Pembangunan pertanian – Kegiatan pertanian lama iaitu sara diri
ditukar kepada pertanian komersial.
Industrialisasi – proses pengeluaran yang dilakukan secara pukal
menggunakan teknologi canggih di kilang-kilang
Urbanisasi – proses pemindahan penduduk ke bandar, pemusatan
penduduk di bandar dan hidup dengan gaya bandar.

2
Modenisasi di Malaysia

Proses modenisasi di Malaysia melibatkan beberapa komponen yang


diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan pembangunan
ekonomi di Malaysia.

Komponen
Acuan
Ekonomi
Ekonomi
Komponen
Malaysia pembangunan Politik
ekonomi
-hubungan
-pembinaan
timbal balik -perindustrian Negara bangsa
-etnisiti -kadar -dasar awam
pertumbuhan
-penilaian
-Peningkatan pencapaian
kualiti hidup dasar awam

-integrasi
Proses Modenisasi nasional
di Malaysia

Ciri-ciri
Etnik Perancangan
Pembangunan
-majoriti
Lima Tahun Dasar-dasar
demografi
Awam
-Rancangan
-politik Malaysia -pertanian
Pertama hingga
-ekonomi
ke Rancangan -
Malaysia ke perindustrian
Sembilan
-k-Ekonomi

RAJAH MENUNJUKKAN PROSES MODENISASI


3
1.Pertumbuhan dan Agihan

- Di Malaysia isu agihan pendapatan dilihat dari dua sudut yang berbeza iaitu kelas social
yang berbeza dan kelompok etnik yang berbeza.

- Orang Cina menguasai pelbagai bidang sewaktu British memerintah dan kini mereka
bergiat hebat dalam perniagaan.

- Isu agihan pendapatan cuba diatasi oleh DEB pada tahun 1971.

- Apa yang diharapkan ialah jurang perbezaan pendapatan kaum Melayu dengan kaum
Cina dapat dikurangkan.

- Orang Cina telah diakui oleh Sir Francis Light sebagai asset terpenting untuk menjana
pendapatan Tanah Melayu ketika itu.

- Masyarakat India juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor
perladangan getah dan kelapa sawit, bidang penyediaan prasarana dan tenaga
professional.

2.Globalisasi

- Proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal.

- Pihak yang mempunyai modal besar, akan dapat manfaat proses globalisasi ini.

-Sikap sesuatu kaum telah mencorakkan proses globalisasi mengikut acuan dan
kehendak masing-masing.

- Sebagai contoh, kaum Melayu dilihat menggunakan globalisasi untuk memiliki


kehidupan yang penuh santai. Mereka menggunakan kecanggihan dunia tanpa
sempadan seperti kemudahan internet untuk mencapai kepuasan diri dengan melakukan
kerja yang tidak mendatangkan faedah.

- Kaum Cina mengambil peluang globalisasi ini untuk menjana pendapatan dan
memajukan ekonomi diri dan keluarga.

4
3. Equality dan Equity

- Merupakan isu kesamarataan dan keadilan dalam kalangan rakyat Malaysia.

- Termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Fasal(8) Perkara(1).

- Semua rakyat berhak dapat perlindungan yang sama rata dari segi undang-undang.

- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak harus dipertikaikan oleh kaum
lain kerana sudah dipersetujui dalam Fasal( 153 ) Perlembagaan Malaysia.

- Timbul rasa tidak puas hati masyarakat lain semasa dan selepas DEB tentang
serampang dua mata tetapi dapat ditangkis oleh kaum majoriti yang memerintah.

4. Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik

- Digubal ekoran dasar “pecah dan perintah” di zaman British.

- Dasar pecah dan perintah menyebabkan pembangunan tidak seimbang antara kawasan
bandar dan luar bandar.

-Kawasan penempatan dan pengagihan sektor ekonomi dilakukan di bawah dasar


tersebut.

Jadual menunjukkan kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut etnik 1970

Pendapatan Purata
Kaum Kadar Kemiskinan Keluarga Sebulan (RM )
(peratus)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 394.00

India 39.2 304.00

Lain-lain 44.8 813.00

5
Sumber: Young,Bussink, dan Hassan,Malaysia:Growth and Eqiuty in a Multiracial
Society.1980: 104

-Berdasarkan jadual, kadar kemiskinan yang melanda adalah disebabkan oleh kadar
pemilikan antara kelompok etnik yang tidak seimbang.

-Kaum Melayu mencatat peratus kemiskinan yang paling tinggi berbanding kaum-kaum
lain. Pendapatan purata keluarga juga paling rendah iaitu sebanyak RM172.00 sahaja.

-Kadar kemiskinan kaum Cina hanya 26.0% sahaja dan pendapatan purata keluarga
juga tinggi iaitu RM394.00 sebulan.

-Kemiskinan merupakan faktor yang mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Keadaan seperti yang terdapat dalam jadual boleh menggugat perpaduan antara
kumpulan etnik.

Jadual menunjukkan Kadar Pemilikan Modal Saham dalam Syarikat Berhad


Berdasarkan Kelompok Etnik 1970

Pemilikan Jumlah Pemilikan Peratus


(RM Juta)
Bumiputera Perseorangan
dan Agensi Amanah 279.6 4.3

a.Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6

b.Agensi Amanah 110.9 1.7

Bukan Bumiputera 2233.2 34.0

Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah 6564.1 100.0

Sumber:Young, Bussink, dan Hassan, Malaysia: Growth and Multiracial Society, 1980.

6
-Berdasarkan jadual di atas, pembahagian pekerjaan mengikut kelompok etnik
menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian misalnya, etnik Melayu
merupakan majoriti dengan meliputi 67.6%, etnik Cina meliputi 19.9% manakala etnik
India berjumlah 11.5%.

-Kaum Cina mendominasi sektor perlombongan iaitu sebanyak 58.7% manakala etnik
Melayu 32.1% dan India sebanyak 8.5%.

-Ketidakseimbangan tersebut menimbulkan sifat ketidakpuasan hati sehingga


tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.

- Maka DEB diperkenalkan pada tahun 1971.

-DEB bertujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan


ekonomi yang sama rata tanpa mengira kaum melalui serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat..

- Melalui DEB,kaum Melayu dibela dan diberi peluang membangunkan ekonomi yang
tidak seimbang itu.

-Kerajaan telah menyalurkan bantuan, subsidi, mewujudkan kumpulan perusahaan dan


perdagangan Bumiputera, menambahkan peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf
hidup dan kualiti hidup.

- Akhirnya DEB dianggap sebagai suatu dasar yang mencerminkan diskriminasi kaum.

5.Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi

-Masalah utama yang dihadapi oleh negara berbilang kaum ialah menentukan bahasa
kebangsaan.

-Bahasa penting kerana berkait rapat dengan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional
dan identiti nasional.

7
-Usaha kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mendapat tentangan
oleh sesetengah pihak terutama tahun 60-an.

-Mendapat tentangan kerana dirasakan bahawa bahasa Melayu boleh menghapuskan


bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan etnik bukan Melayu.

-Akhirnya, majoriti penduduk Malaysia menerima Dasar Bahasa Kebangsaan kerana


bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan bebas kecuali urusan rasmi kerajaan.

-Isu pendidikan semakin kompleks apabila kerajaan melaksanakan dasar pengajaran


mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

-Rasional PPSMI ialah bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mata
dunia.

Terdapat pihak yang bertegas hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
juga bernilai tinggi.

-Akhirnya pertembungan dua bahasa ini dileraikan melalui dua dasar iaitu Bahasa Melayu
sebagai “bahasa perpaduan” dan Bahasa Inggeris sebagai “bahasa kemajuan”.

-Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sektor awam dan sektor swasta
manakala bahasa Inggeris digunakan secara meluas di sektor swasta.

-Kini kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada sekolah-sekolah di Malaysia untuk


melaksanalkan dasar MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu dan
memperkasakan Bahasa Inggeris.

8
Rajah menunjukkan lima isu yang berkaitan dengan hubungan etnik akibat modenisasi
dalam bidang ekonomi.

Dasar Pertumbuha
Ekonomi n dan
Baru Agihan

ISU-ISU
EKONOM
I
Equality dan
Equity
Globalisasi

9
Pendidikan,
Ekonomi dan
Etnisiti

Anda mungkin juga menyukai