Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

SOALAN 1
(a) Totem dalam masyarakat ringkas
Totem membawa maksud kepada sacred (suci) dalam masyarakat ringkas. Menurut Emile
Durhkeim memakan tumbuhan dan binatang dianggap adalah dilarang ketika dalam majlis
seperti keagamaan. Hal ini kerana, bagi menjaga kesucian perkara atau tempat pelaksanaan
majlis.

Kedudukan totem dalam masyarakat adalah paling utama kerana totem adalah simbol
kepada sesebuah masyarakat. Totem merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah
masyarakat kerana ia adalah sesuatu perkara yang suci dan paling utama. Totem
mengambarkan nilai dalam sesebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam
menjaga kesucian perkara atau tempat. Secara amnya, totem merujuk kepada tumbuhan dan
binatang yang menjadi lambang dan simbolik kepada sesebuah masyarakat.

Peranan totem dalam masyarakat adalah sangat penting kerana konsep totem itu
sendiri adalah sacred (suci). Kesucian adalah simbol kepada agama. Agama adalah perkara
yang paling suci dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, totem berperanan sebagai panduan
untuk menjaga kesucian agama dan tempat. Totem dapat mengukuhkan perpaduan antara
etnik, agama dan masyarakat. Agama adalah kunci utama untuk perpaduan, mempunyai
agama yang sama dapat menghasilkan objektif yang sama iaitu menjaga kesucian agama.
Agama juga dapat mewujudkan ikatan dan perhubungan yang kuat. Sebagai contoh, umat
islam menjalankan solat hari raya dan solat jumaat secara berjemaah seterusnya memberikan
muafakat tanpa mengira bangsa dan fizikal. Dengan adanya sistem keagamaan yang sama
dalam masyarakat akan membuka peluang kepada perpaduan yang lebih kukuh. Kepercayaan
dan objektif yang sama antara penganut dapat mengukuhkan lagi perpaduan.

Totem juga memainkan peranan penting dalam aspek rohani. Dalam masyarakat yang
mempunyai sistem keagamaan yang sama dapat meningkatkan kerohanian dalam diri. Ritual
yang dilakukan dalam setiap agama dapat meningkatkan kerohanian dalam masyarakat.
Ritual yang dilakukan secara bersendiri tidak mewujukan rohani yang kuat. Oleh itu, ritual
secara berkumpulan dan skala besar dapat meningkatkan rohani dalam diri seterunsya
membawa kepada masyarakat yang berakhlak mulia dan saling menghormati. Selain itu,
totem adalah kunci kepada expresi identiti. Ritual yang dilakukan secara bersama dan
berkumpulan lebih memberikan kekuatan dan dorongan berbanding secara individu. Peranan
totem dalam menyatu padukan masyarakat dalam upacara ritual adalah aspek penting.

Kesimpulanya, totem bermaksud sacred (suci) dan menjadi alat kepada individu dan
masyarakat untuk menjalankan kehidupan. Kedudukan totem dalam masyarakat adalah paling
utama. Terdapat beberapa kebaikan daripada totem seperti mewujudkan perpaduan,
kerohanian dan expresi identiti.

Anda mungkin juga menyukai