Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

1.1 KONSEP DASAR DAN ISU

Isu boleh didefiniskan sebagai timbulnya rasa tidak puas hati rakyat terhadap sesuatu

perkara yang mana ia merupakan sesuatu masalah dan sering dipersoalkan. Isu juga

mungkin timbul disebabkan sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang

tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat. Secara keseluruhannya

isu juga boleh ditakriffkan sebagai tindakan yang dilakukan oleh rakyat untuk

mengkiritik atau mempersoalkan sebarang tindakan pihak kerajaan yang tidak

berfaedah atau menimbulkan sesuatu masalah kepada mereka.Sebagai contoh kesan

isu semasa mengenai kemiskinan, telah membuka jalan untuk membentuk Dasar

Pertanian Negara serta Dasar Ekonomi Baru. Kewujudan dasar adalah berpunca

daripada sesuatu masalah. Masalah yang dimaksudkan ialah sesuatu masalah yang

dihadapi oleh sebilangan besar masyarakat dimana penyelesainnya adalah diluar

kemampuan mereka. Masalah ini menjadi serius sehingga ia menajdi satu isu dan

diolah dalam bentuk tuntutan kepada kerajaan. Namun tidak semua masalah yang

dibangkitkan oleh masyarakat memerlukan pembuat dasar mencari dan

mengenalpasti punca sesuatu isu.(Sabitha Marican,1997).

Isu serta dasar mempunya kaitan yang rapat dimana isu dan dasar tidak boleh

dipisahkan. Jika tiada isu maka sesuatu dasar tidak akan muncul.

Walaubagaimanapun,tidak semua isu itu akan menjadi dasar. Perkaitan yang jelas

antara isu dan dasar ialah apabla berlaku perdebatan antara menteri atau wakil rakyat

tentang sesuatu kenyataan atau dasar. Senario ini kerap terjadi berdasarkan pada

perbincangan dan tindakan kerajaan yang dihubungkan mengenai isu-isu semasa. Isu

DASAR AWAM | GMGA 2023 1


atau ketidakpuasan hati rakyat terhadap sesuatu perkara akan menyebabkan mereka

membuat desakan ke atas kerajaan untuk menentukan atau mendapatkan

pertimbangan terhadap segala permintaan mereka. Tambahan pula, isu merupakan

tuntukan rakyat atau kelompok yang berkrompomi agar sesuatu dasar digubal.

Sebagai contoh parti politik UMNO,MCA dan MIC akan bergabung atas isu-isu

kewargenegaraan,Bahasa dan sebagainya.Namun isu yang timbul dan kelihatan

sebagai isu yang mempersoalkan kepentingan peribadi biasanya tidak akan di

bahaskan. Ini kerana dalam mewujudkan sesuatu dasar ia memerlukan penglibatan

rakyat secara total dan bukan kepentingan orang perseorangan.

1.2 DEFINISI DASAR AWAM

Dasar awam di Negara ini adalah hasil daripada proses politik. Ahli-ahli politiklah yang

menggubal dasar awam dan ahli-ahli pentadbir awam (pegawai kerajaan)

melaksanakan dasar-dasar tersebut. Secara amnyam dasar awam ialah apa jua dasar

atau projek, program, rancangan atau apa sahaja cadangan dari pihak kerajaan untuk

menjayakan dasar atau projek tersebut. Sesuatu dasar mahupun projek haruslah

ditujukan kepada rakyat sebagai penerima utama dasar tersebut, jika hanya sedikit

sahaja orang yang menerima projek tersebut, itu bukan lagi diertikan sebagai dasar

awam.

Dasar awam juga boleh didefinisikan sebagai tindakan-tindakan kerajaan. Ia dikaitkan

dengan displin sains politik serta kebolehan displin akademik tersebut seperti

menghurai, menganalisis serta menerangkan dasar awam. Dasar awam juga

dikatakan apa juga langkah kerajaan untuk memilih membuat atau memilih tidak

membuat. Dasar awam di sesebuah Negara adalah hasil daripada proses politik, Ia

DASAR AWAM | GMGA 2023 2


nya terbentuk melalui ahli-ahli politik yang menggubal dasar awam dan ahli-ahli

pentadbir awam (pegawai kerajaan) yang melaksanakan dasar-dasar tersebut

(Ahmad Atory Hussain,1985). Seorang ahli politik terkemuka (David Easton,1957 )

mentafsirkan dasar awam sebagi nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan

masyarakat. Kerajaan membuat banyak perkara; misanya membuat perkara

mengatasi konflik dalam masyarakat,menyusun masyarakat,mengeluarkan

perkhidmatan kepada ahli-ahli masyarakat serta mengutip cukai daripada rakyat.

Maka dengan itum dasar awam menjadi lebih teratur,tersebar dan lebih berorganisasi

sifatnya. Dasar-dasar awam mempunyai pelbagai bidang skop yang luas seperti hal-

hal ehwal negero,kebajikan tentera,perumahan,pencukaian,keselamatan sosial,

kesihatan,pembangunan bandar dan sebagainya.

Secara kesimpulan, Dasar awam ialah sebagai apa jua keputusan dan tindakan

kerajaan dalam melakukan sesautu atau tidak melakukan sesuatu.Secara umumnya

setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif,matlamat

dan tujuan.Tetapi apa yang benar-benar dapat dilihat ialah tindakan-tindakan kerajaan

membolehkan dasar awam dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi

masalah sesebuah Negara. Secara tidak langsung dasar awam juga merupakan

sesuatu tindakan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu oleh kerajaan

yang mempunyai kaitan dengan kepentingan rakyat.Secara ringkas, matlamat dasar

mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap sebahagian besar

masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut.

DASAR AWAM | GMGA 2023 3


2.0 BADAN-BADAN YANG TERLIBAT DALAM PENGGUBALAN DASAR

Dalam proses pembuatan keputusan, kita haruslah memahami siapa atau apa yang

akan mewujudkan sesuatu dasar itu, ciri-ciri tertentu para penggerak atau pelakunya

terhadap peranan dan tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka, kuasa serta

kewibawaan mereka dalam mengurus,mengawal dan melaksanakan

tanggungjawab.Ini penting kerana disebabkan setiap daripada mereka mempunyai

peranan khusus sebagai orang awam,pemimpin kelompok kepentingan,penggubal

undang-undang,wakil rakyat,para hakim dan sepatutnya(Lindblom,CE.1980).

Di Malaysia, dasar awam dilaksana mengikut kuasa pemerintahan yang ditetapkan

oleh perlembagaan dan undang-undang. Kerajaan persekutuan,kerajaan negeri dan

penguasa-penguasa semuanya diberi kuasa untuk membuat dan melaksanakan

dasar-dasar awam yang tertentu.Dari segi amalannya,penggubal dan pelaksana

dasar awam di ketiga-tiga peringkat adalah dikehendaki menjalankan tugas mereka

sebagai satu system yang memerlukan perhubungan,kerjasama dan penyelarasan

yang erat (Ahmad Sarji Abdul Hamid, 1991) Undang-undang di Malaysia parlimen

merupakan badan pembuat undang-undang tertinggi.Sesuatu perkara itu akan

menjadi dasar apabila dibentangkan di Dewam Rakyat terlebih dahulu, kemudiannya

diluluskan oleh Dewan Rakyat.Apabila telah diluluskan ianya akan dibawa masuk ke

Dewan Negara dan diterima oleh kerajaan.Parlimen merupakan badan tertinggi untuk

mengkaji kuasa untuk mengawal dan melaksanakan dasar dan strategi oleh kerajaan

(New Strait Times, 6 Jun 1991)

Penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah selaras dengan nilai-nilai sosio

ekonomi dan politik Negara kerana sifatnya yang dinamik. Oleh yang demikian dasar

awam sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan

DASAR AWAM | GMGA 2023 4


dari masa ke semasa. Pada asasnya, dasar awam digubal dan dilaksanakan bagi

memenuhi objektif-objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan,

kestabilan dan kebajikan umum. Kejayaan sesuatu dasar bergantung pada pelaksana

yang cekap dan berkesan. Pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin, ahli-ahli eksekutif

mempunyai tugas mutlak bagi memastikan dasar kerajaan difahami oleh rakyat di

samping memastikan pembangunan Negara berjalan pesat (Utusan Malaysia,30 Jun

1990). Selain itu, kerajaan hendaklah tegas dan jelas tentang hasrat atau matlamat

yang hendak dicapai oleh sesuatu kerajaan. Walaubagaimanapun dalam proses

pembuatan keputusan, pengalaman merupakan sumber terbaik yang membuktikan

keberkesanan sesuatu dasar itu (Richard, 1995)

3.0 AKTOR DALAM PEMBENTUKAN DASAR AWAM

Perlaksanaan sesuatu dasar itu dijalankan dengan keputusan yang dilulukan oleh

perlimen, di mana kuasa yang ada diturunkan kepada pegawai tadbir. Orang yang

bertanggungjjawab atau mempunyai kuasa atau hak dalam perlaksaan sesuatu dasar

dikenali sebagai aktor. Di Negara Malaysia, Aktor-aktor di dalam pembuatan

keputusan terdiri daripada ahli-ahli perlimen,Perdana Menteri,timbalan-timblannya

dan juga Menteri-menteri Besar.Selain di peringkat negeri,ahli-ahli Mesyuarat negeri

serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri juga dianggap aktor-aktor dalam membiat

dasar, bergantung kepada peringkat-peringkat tertentu yang ditetapkan.(Ahmad Atory

Hussain,1985). Dasar awam di Malaysia di buat mengikut pemerintahan yang

ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Kerajaan persekutuan, kerajaan

negeri dan penguasa-penguasa tempatan yang telah diberi kuasa untuk membuat dan

melaksanakan dasar-dasar awam tersebut. Pengaruh aktor rasmi dan tidak rasmi

DASAR AWAM | GMGA 2023 5


menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk membentuk dasar yang memberi manfaat

kepada semua. Golongan berkepentingan meskipun tidak menjadi penggubal kepada

dasar, tetapi tekanan dan saranan yang dibawa kepada pihak berwajib dalam

penggubalan dasar menunjukkan kesan yang positif apabila dasar yang dilaksanakan

tidak hanya memihak kepada mereka tetapi juga dapat memberi faedah dan

dimanfaatkan oleh golongan masyarakat

4.0 ISU YANG DIPILIH : ISU KEMISKINAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI

MALAYSIA

4.1 PENDAHULUAN

Kemiskinan berlaku apabila sebahagian dari masyarakat yang disebabkan oleh

masalah-masalah tertentu telah tidak berpeluang untuk menikmati kemewahan

seperti yang dinikmati oleh sebahagian dari masyarakat umum di sekeliling mereka.

Kemiskinan menandakan kegagalan sesebuah masyarakat yang melibatkan diri

dalam sektor ekonomi pada tahap minimum hingga menjejaskan kemampuan mereka

untuk menampung kehidupan dengan baik dan sempurna (Rosenthal,1969). Mereka

tidak menikmati kehidupan asas sepenuhnya dan menghadapi masalah untuk

memenuhi keperluan tempat tinggal, makanan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain

keperluan asasi yang dinikmati oleh masyarakat umum diluar kategori kemiskinan.

Mereka yang dikategorikan miskin itu menghadapi kehidupan yang sukar apatah lagi

dimana langkahlangkah untuk mengatasi masalah kemiskinan ini juga sukar dan

merupakan satu cabaran yang besar (Obaid, 2002)

DASAR AWAM | GMGA 2023 6


Kemiskinan merupakan situasi serba kekurangan yang terjadi bukan atas kehendak

dan kerelaan setiap isi rumah miskin. Pengenalan isi rumah miskin ini boleh

dikenalpasti berdasarkan kekurangan pendapatan untuk membeli keperluan asas,

tingkat pendidikan yang rendah, tidak memiliki harta benda, tidak sihat tubuh badan,

kekurangan makanan dan pakaian, tiada tempat tinggal yang selesa dan tiada

pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidup. Kesemua keadaan ini akan

menyebabkan isi rumah tiada daya upaya untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan

jika tiada bantuan dan sokongan daripada pihak yang berkuasa. Permasalahan

kemiskinan ini jika tidak dikawal dan dibasmi mampu menggugat kestabilan ekonomi

dan politik sesebuah negara. Ini kerana mati kelaparan, kekurangan makanan,

penyakit dan kekurangan pendidikan dalam kalangan orang ramai boleh

menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah penjenayahan untuk menikmati hidup

dalam kemewahan (Nor Ghani 1984).

Isu kemiskinan adalah isu global, ia bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara miskin

dan negara membangun tetapi juga negara maju seperti Amerika Syarikat (AS). Bagi

kebanyakan negara miskin dan sedang membangun yang pernah dijajah suatu masa

dahulu, kemiskinan adalah isu utama yang memerlukan program pembasmian

kemiskinan yang berkesan. Justeru, selepas memperolehi kemerdekaan, Negara-

negara terbabit termasuk Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai

program pembangunan sosioekonomi bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan

sekali gus mengurang dan membasmi kemiskinan.

DASAR AWAM | GMGA 2023 7


4.1 AKTOR-AKTOR DASAR DAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH MEREKA

DALAM ISU KEMISKINAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI MALAYSIA

4.1.1 JABATAN PERPADUAN NEGARA

Antara aktor rasmi yang terlibat dalam meningkatkan pendapatan golongan miskin

ialah melalui Jabatan Perpaduan Negara(JPN). Aliran Jabatan Perpaduan Negara

dilaksanakan untuk membetulkan imbangan ekonomi yang berat sebelah dan

merugikan orang Melayu. Tiga bidang ketidakseimbangan yang ditekankan oleh aliran

pemikiran JPN ialah ketidakseimbangan dari segi pendapatan,guna temaga dan

pemilikan modal dan aset.Objektf jabatan ini ialah memaksimumkan pewujudan

peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.Antara pelaksanaan

yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah yang menggunakan banyak

tenaga buruh serta melalui usaha memperoleh pertumbuhan ekonomi secara

perindistrian yang berasaskan eksport yang cepat berkembang (Ramlah, Ridzuan,&

Md.Sharit,1991)

Melalui laman web Jabatan Penerangan Malaysia, Sejak ia ditubuhkan AIM telah

mengagihkan pembiayaan mikro sebanyak RM7.5 bilion kepada 330,000 usahawan

tempatan. Pengagihan pembiayaan adalah kepada golongan miskin yang mempunyai

pendapatan bulanan di bawah RM2,300.

4.1.2 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN

MASYARAKAT

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara

DASAR AWAM | GMGA 2023 8


(NKRA) bagi Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah

(LIH). Menurut laman web (KPWKM). dalam usaha mengetengahkan pelbagai usaha

dan inisiatif dilakukan bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat isi rumah

berpendapatan rendah. Salah satu inisiatif NKRA LIH adalah melalui Program

1AZAM.

Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja,

khidmat, tani dan niaga yang dikenal pasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi

menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin. Menurut laman web (KPWKM)

Terdapat lima (5) program di bawah Program 1AZAM iaitu:

1. AZAM Niaga - Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan

kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis

perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman,

barangan kraftangan dan barangan runcit

2. AZAM Khidmat - Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang

perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan

mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri, urutan

dan refleksologi.

3. AZAM Kerja - Menawarkan peluang menjana pendapatan

melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang

pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau

tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang

membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti,

pelayan restoran, pekerja dan sebagainya.

DASAR AWAM | GMGA 2023 9


4. AZAM Tani - Memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan

berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti

tanaman sayuran dan buah-buahan (cili, sawi, nenas dan jagung), ternakan

(ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian

berkelompok dan individu.

5. AZAM Bandar - Disasarkan untuk membantu golongan miskin bandar

meningkatkan kemahiran melalui kursus latihan dan kemahiran dan

membekalkan bantuan peralatan agar mampu mengusahakan perniagaan

yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya

meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.

Semua program yang telah dirancang oleh aktor utama dan dilaksanakan oleh aktor

pelengkap ini bertujuan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah keluar dari

‘daerah kemiskinan’ dan mendapatkan kehidupan yang selesa.

4.1.3 JABATAN PERUMAHAN NEGARA

Pertambahan penduduk telah mengundang kepada bertambahnya permintaan

terhadap sektor perumahan. Perkara ini menjadi lebih meruncing apabila permintaan

perumahan mampu milik oleh golongan miskin tidak dapat dipenuhi kerana

pertambahan penduduk yang begitu pesat sehingga tidak dapat menampung

kepadatan penduduk. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan masalah

setinggan yang merupakan satu sektor perumahan yang tidak formal dan fenomena

setinggan ini telah menjadi masalah kepada negara.

Antara usaha yang dilakukan ialah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Program Pembangunan Rakyat Termiskin ini adalah satu program yang telah

DASAR AWAM | GMGA 2023 10


dijalankan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh iaitu rancangan yang berlangsung

pada tahun 1996 sehingga 2000. Manakala projek Perumahan Rakyat (PPR) pula

ialah salah satu program yang dilaksanakan dalam PPRT. PPRT telah diwujudkan

khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh negara

(Mohd Taib Haji Dora, 2000). Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program

ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh negara berdikari dan

menjayakan diri dalam arus pembangunan negara.

Projek Perumahan Rakyat ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara.

Menurut laman web Jabatan Peruamahan Negara, antara objektif utama pelaksanaan

projek ini adalah untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan dan memberi

kemudahan serta meringankan beban kepada golongan miskin. Golongan miskin ini

diberi bantuan dalam membina rumah yang lebih selesa ataupun mereka boleh

memiliki rumah yang dibina oleh kerajaan dengan harga yang lebih rendah dan

mampu dimiliki. Hal ini demikian kerana rumah merupakan salah satu unsur penting

dalam kehidupan manusia dan tahap keselesaan dan keselamatan rumah itu haruslah

dititikberatkan.

4.1.4 KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKW)

Dalam membantu membantu menambahbaik taraf kehidupan di kalangan golongan


miskin dan peluang untuk mata pencarian, Aktor rasmi kerajaan iaitu di bawah KKW,
telah memperuntukan RM180 juta bagi Program Pembangunan Kesejahteraan
Rakyat (SPKR).
Program ini, yang menawarkan latihan kemahiran serta kemudahan kredit mikro
meliputi
 Program Peningkatan Pendapatan
 Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya
 Program Kecemerlangan Pendidikan
 Program Bantuan Rumah
 Program Pembangunan Masyarakat Setempat.

DASAR AWAM | GMGA 2023 11


Menurut akhbar mstar, Kerajaan juga menawarkan program latihan kemahiran serta

keusahawanan kepada lebih daripada 3,000 wanita menerusi Jabatan Pembangunan

Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Adalah diharapkan melalui usaha ini, kadar

kemiskinan dapat dikurangkan daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 2.8 peratus

pada 2010.

4.1.5 AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Aktor tidak rasmi seterusnya ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan

pada 1987 juga membantu dalam membasmi kemiskinan dan ketidakseimbangan

pendapatan di Malaysia. AIM adalah Badan Amanah Persendirian yang berdaftar,

ditadbir urus oleh Lembaga Pemegang Amanah. Keahliannya terdiri daripada Unit

Perancang Ekonomi (UPE), Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan

Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan

Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang

dilantik dalam kapasiti peribadi. Objektif AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan

isi rumah dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan

ekonomi, menambah pendapatan serta menyediakan bimbingan dan latihan

berterusan kepada isi rumah miskin dan termiskin. Antara pendekatan yang

dilaksanakan oleh AIM adalah menyediakan pinjaman-pinjaman kecil daripada ahli-

ahli dalam kelompok yang disahkan oleh ahli-ahli lain yang mempunyai idea

perniagaan atau keusahawaan yang berdaya maju. Ini akan dapat memberi peluang

kepada golongan yang meminati aktiviti perniagaaan tetapi mengalami masalah

modal. Masalah ini sering dihadapi oleh kaum Melayu. Oleh sebab itu, masalah

DASAR AWAM | GMGA 2023 12


ketaksamarataan pendapatan di Malaysia akan dapat dikurangkan secara langsung

(Sulaiman, 1995).

4.1.6 YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merupakan salah satu aktor tidak rasmi dalam

membantu kerajaan. Menurut akhbar Sinar Harian, Sepanjang 26 tahun kewujudan

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pelbagai bantuan telah disalurkan kepada pelajar

dan keluarga miskin bagi kelangsungan kehidupan mereka. “YBK telah membiayai

1,000 orang pelajar miskin meneruskan persekolahan di Asrama Kasih YBK Serendah

dan Gesir, 19,936 orang pelajar miskin mengikuti tuisyen SPM percuma (Kuntum),

membantu 1,200 pelajar diploma di Institut Teknologi Komuniti YBK Banting (1998-

2005) dan 330 orang pelajar diploma di Institut Teknologi Mutiara YBK (2000-2005).

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berharap selama tempoh itu, impak dan

sumbangan yayasan itu sebagai NGO membantu kerajaan membasmi kemiskinan

dan meningkatkan kesedaran kesejahteraan rakyat akan mendapat pengiktirafan

sewajarnya.

YBK turut memperkenalkan program baru iaitu memberi sumbangan makanan

kepada gelandangan di Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Program Motivasi

Kecemerlangan Pelajar YBK, berdasarkan Neuro Linguistic Programming (NLP).

DASAR AWAM | GMGA 2023 13


5.0 KESIMPULAN

Kejayaan negara dalam program membasmi kemiskinan adalah satu realiti hasil

daripada perancangan rapi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang diberi mandat oleh

rakyat sejak lebih lima dekad yang lalu. Program pendidikan dan pelbagai latihan

kemahiran yang dilaksanakan kerajaan melalui pelbagai institusi pendidikan dan

latihan yang diwujudkan memberi impak yang tinggi terhadap usaha pembasmian

kemiskinan di Malaysia. Selain itu, penglibatan sektor swasta dan badan-badan bukan

kerajaan turut menyumbang kepada kejayaan pembasmian kemiskinan di Malaysia.

Juga tidak dinafikan bahawa perpaduan dan kestabilan politik negara berjaya

melancarkan program-program kerajaan dalam membasmi kemiskinan tanpa mengira

kaum dan fahaman politik. Sistem pendidikan yang berkesan serta pertumbuhan

ekonomi yang pesat adalah antara faktor yang membolehkan Malaysia berjaya dalam

program pembasmian kemiskinan sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

DASAR AWAM | GMGA 2023 14


6.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. (1985),Politik Dan Dasar Awam Di Malaysia. Kuala Lumpur :

Utusan Publication Sdn. Bhd

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1991).Perkhidmatan Awam Malaysia yang berkualiti.

Kuala Lumpur: INTAN

David Easton.(1957). A system Analysis of Political Life. New

York : John Wiley and son’s

Lindblom, C E. (1980). A policy-Making View of Politics. New Jersey: Prentice Hall

M.star.(2009).Membasmi Kemiskinan Tegar. 28 Disember 2009

Mohd. Taib Dora. (2000). Peminggiran sosial: Keluarga Melayu termiskin Bandar.

Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

New Straits Times. (1991). Institusi Parlimen Malaysia. 6 Jun 1991

Nor Ghani, M. (1984). Dimensi Kemiskinan dan Rancangan Pembasmian Kemiskinan.

Siri Kumpulan Esei: Ekonomi Pembangunan. Amir Hussin Baharuddin. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Obaid, T.A. (2002). Population and Poverty: Challenges for Asia and the Pacific, Asia-

Pacific Population Journal, 17(4): pp. 7-12.

Ramlah Muhamad, Ridzuan Omar, & Md. Sharit Bharuddin.(1991).DEB

Pertumbuhan dan ketaksamarataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka & Kementerian Pendidikan di Malaysia

DASAR AWAM | GMGA 2023 15


Rosenthal,G.(1969). Identifying the Poor : Economic Measures of Poverty. Dalam

Moynihan, D. (ed). On Understanding Poverty. New York, NY: Basic Book Inc.

Publisher.

Sabitha Marican.(1997). Dasar Awam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd

Sinar Harian. (2016). Yayasan Basmi Kemiskinan terus bantu rakyat. 26 mac 2016

Sulaiman M. Yassin. (1995). Pembangunan berdamping ke arah membantu komuniti

miskin [ Siri Penyelidikan IKD]. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Utusan Malaysia. (1990). Keberkesanan Penggubalan Dasar Di Malaysia.30 Jun 1990

DASAR AWAM | GMGA 2023 16

Anda mungkin juga menyukai