Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN

ANTARABANGSA
PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN
GMGA2023 DASAR AWAM
KUMPULAN B SEMESTER PERTAMA SESI 2019/2020 (A191)

TUGASAN INDIVIDU:
AKTOR PEMBUATAN DASAR: PERANAN INSTTUSI POLITIK

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF BIN MOHD BUHARI (265063)

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. NUR SYAKIRAN AKMAL BINTI ISMAIL
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................. 3

2.0 PERANAN KABINET ................................................................................... 4

3.0 PERANAN PARLIMEN ................................................................................ 7

4.0 KESIMPULAN ............................................................................................... 9

5.0 RUJUKAN .................................................................................................... 10

Mukasurat 2 dari 10
1.0 PENGENALAN

Merentasi sempadan dari Asia hinggalah ke benua Amerika, setiap masyarakat

akan sentiasa menghadapi pelbagai jenis masalah. Masalah-masalah ini boleh

bermanifestasi dalam bentuk aspek seperti masalah sosial, ekonomi, politik mahupun

budaya. Oleh itu, salah satu langkah dan instrumen utama serta efektif yang diambil

oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan segala masalah tersebut adalah melalui

Dasar Awam. Dasar-dasar awam akan diaplikasikan untuk menangani masalah-

masalah masyarakat serta isu-isu bagi kepentingan awam.

Ikelegbe (2006) mendefinisikan dasar awam sebagai satu set tindakan atau

program yang dipilih daripada beberapa alternatif oleh aktor-aktor berkaitan sebagai

satu respon kepada sesuatu masalah. Manakala Meir dan Bohte (2007) menerangkan

dasar awam sebagai suatu tindakan yang ber-objektif yang diambil oleh aktor-aktor

yang kebiasaannya mempunyai kaitan dengan kerajaan untuk menangani sesuatu isu.

Kedua-dua definisi tersebut mengulas berkenaan peranan aktor dalam pelaksanaan

sebuah dasar awam.

Aktor dalam konteks dasar awam merujuk kepada suatu individu atau

kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, rasmi atau tidak rasmi

dalam pembuatan dasar awam di mana-mana peringkat (Shannon, 2003). Aktor

pembuat dasar ini akan cuba untuk mempengaruhi hasil pembuatan dasar ini sama ada

melalui tindakan langsung atau tidak langsung. Anderson (1989) mengkategorikan

aktor pembuatan dasar ini kepada dua: Rasmi serta Tidak Rasmi. Kedua-dua jenis

aktor ini kritikal dalam pembuatan sesuatu dasar awam, tetapi penulisan ini hanya

akan menumpukan pada aktor Rasmi.

Mukasurat 3 dari 10
Menurut Anderson (1979), aktor Rasmi merujuk kepada sesuatu subjek yang

mempunyai kuasa atau autoriti yang sah daripada segi undang-undang untuk terlibat

dalam pembuatan dasar awam. Antara institusi yang dikategorikan di bawah aktor

Rasmi adalah seperti cabang Eksekutif dan cabang Perundangan.

Di Malaysia, sistem Raja Berperlembagaan serta Demokrasi Berparlimen telah

diamalkan sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dahulu. Menurut sistem ini, kuasa

eksekutif akan dipegang oleh suatu badan yang dipanggil Kabinet yang akan

dianggotai oleh Menteri-menteri kerajaan manakala bidang kuasa perundangan pula

diaplikasikan oleh Parlimen Malaysia, sebuah badan perwakilan yang dianggotai oleh

ahli yang dilantik rakyat melalui pilihanraya.

Kedua-dua institusi tersebut memainkan peranan yang amat penting dalam

penggubalan dasar di Malaysia, memandangkan perangkaan dasar awam di negara ini

lebih menekankan konsep pendekatan ‘top-down’, di mana kebanyakan pembuatan

keputusan dalam proses penggubalan dasar awam adalah pada pengurusan dan

pentadbiran di peringkat atasan, dalam konteks ini adalah kabinet serta Parlimen.

2.0 PERANAN KABINET

Menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, segala kuasa bidang eksekutif

dalam negara adalah diperuntukkan kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Walaubagaimanapun, baginda dikehendaki untuk melantik satu Kabinet bagi

menjalankan tugas eksekutif bagi pihak baginda sepertimana tercatat dalam Perkara

43 Perlembagaan Persekutuan. Hal ini memberikan satu legitimasi kepada penubuhan

Kabinet kerajaan kerana ianya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mukasurat 4 dari 10
Kabinet, ataupun dikenali sebagai Jemaah Menteri adalah satu badan yang

ditubuhkan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, berfungsi

sebagai badan pentadbiran utama dalam negara. Keahlian Kabinet terdiri daripada

Perdana Menteri, diikuti oleh barisan Menteri-menteri serta Timbalan Menteri.

Secara umumnya, Kabinet dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan

majoriti di dalam Dewan Rakyat. Kedudukan majoriti ini diperoleh daripada satu

proses pemilihan oleh rakyat yang dikenali sebagai pilihan raya yang adil dan bebas.

Kabinet atau jemaah menteri ini diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai

Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada

salah seorang ahli Dewan Rakyat dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan

tersebut. Sebagai Ketua Eksekutif, Perdana Menteri bertanggungjawab untuk

memaklumkan dan menjelaskan kepada Yang Di Pertuan Agong tentang pentadbiran

negara.

Di Malaysia, adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri dilantik daripada

kalangan kumpulan politik atau parti politik yang mendapat kerusi majoriti di Dewan

Rakyat. Oleh yang sedimikian, kepentingan sesuatu kerajaan itu akan mencerminkan

nilai dan kepentingan parti yang paling berpengaruh dalam Dewan Rakyat.

Antara peranan utama kabinet adalah kedudukan mereka sebagai badan

tertinggi dalam perangkaan dasar awam yang berkaitan dengan ekonomi, sosial,

politik serta pembangunan negara. Kabinet akan bermesyuarat pada hari Rabu setiap

minggu. Keputusan daripada mesyuarat tersebut akan dimaterialisasi dalam bentuk

dasar yang akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara.

Mukasurat 5 dari 10
Antara dasar awam yang digubal oleh Kabinet seperti Dasar Ekonomi Baru,

Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan 2020. Semua dasar ini adalah

sambungan dasar-dasar terdahulu, dengan penambahbaikan selaras dengan Teori

Incrementalisme dalam proses pembuatan dasar.

Selain itu, kabinet berperanan dalam merangka belanjawan tahunan negara

serta kewangan nasional. Kabinet menerusi badan kerajaan adalah dibenarkan untuk

memperoleh dan menjana hasil sendiri daripada rakyat melalui kutipan cukai, denda,

yuran serta duti kastam. Semua hasil ini seterusnya akan dibelanjakan bagi tujuan

pengurusan kerajaan ataupun program pembangunan untuk manfaat rakyat. Hal ini

menunjukkan kuasa kabinet dalam mengawal status kewangan negara melalui

keputusan yang dipersetujui mereka. Antara contoh penglibatan kabinet dalam hal ini

seperti pelaksanaan cukai ‘Goods and Service Tax (GST)’ yang mendapatkan

persetujuan kabinet bagi meningkatkan kadar kutipan hasil negara.

Selain mengutip hasil, kabinet juga merancang bagi perbelanjaan kerajaan.

Pihak kabinet melalui kerajaan akan merancang pelan dan program yang akan

dijalankan bagi suatu tempoh, dan menetapkan jumlah perbelanjaan bagi program dan

pelan tersebut. Sebagai contoh, setiap tahun Menteri Kewangan, salah seorang ahli

dalam Kabinet, akan membentangkan rangka belanjawan negara bagi tempoh tahun

fiscal yang berikut. Dalam rangka belanjawan tersebut, segala perancangan

perbelanjaan kerajaan telah digariskan, hasil daripada perbincangan serta persetujuan

kabinet. Terbukti kabinet mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan

perbelanjaan kerajaan, sekaligus dalam proses pembuatan keputusan dalam negara.

Mukasurat 6 dari 10
Akhir sekali, kabinet memainkan peranan dalam merangka, menggubal dan

mengusulkan dasar serta rang undang-undang di Parlimen. Dalam sistem Jemaah

Menteri, peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seorang menteri

merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan. Setiap undang-undang

yang dirangka oleh kabinet, dan hendak dilaksanakan mestilah pertama dahulu

mendapatkan persetujuan majoriti dalam Parlimen.

Oleh kerana kabinet terdiri daripada ahli parti yang mempunyai jumlah kerusi

terbanyak dalam Parlimen, setiap rang undang-undang yang diusulkan akan

mencermin kepentingan dan pegangan parti tersebut. Justeru, hampir kesemua rang

undang-undang yang dibentangkan akan diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti.

3.0 PERANAN PARLIMEN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi

Berparlimen. Oleh itu, wujudnya sebuah Parlimen yang berfungsi sebagai badan

perwakilan serta badan perundangan tertinggi dalam negara seperti yang dijelaskan

dalam Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan. Parlimen terdiri daripada 3 komponen

utama, iaitu Dewan Rakyat, Dewan Negara serta Yang Di-Pertuan Agong.

Dewan Rakyat merupakan komponen terbawah dalam Parlimen, dimana

kebanyakan rang undang-undang akan dibentangkan dahulu. Keahlian Dewan Rakyat

terdiri daripada 222 orang ahli yang semuanya dipilih oleh rakyat melalui suatu

pilihanraya. Manakala Dewan Negara dianggap sebagai dewan ‘atasan’ dalam

struktur Parlimen Malaysia. Dewan Negara mempunyai keahlian yang lebih sedikit

jika dibandingkan dengan Dewan Rakyat, iaitu hanya 70 orang ahli. Semua ahli

Mukasurat 7 dari 10
Dewan Negara yang dikenali sebagai Senator akan dipilih melalui lantikan oleh

Dewan Undangan Negeri masing-masing dimana setiap negeri akan menghantar 2

orang wakil, disamping 44 orang yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong

berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

Parlimen memainkan satu peranan yang besar dalam pembuatan dasar awam

kerajaan, kerana segala keputusan dan rang undang-undang kerajaan perlu diluluskan

oleh Parlimen terlebih dahulu. Tanpa sebarang kelulusan daripada Parlimen, pihak

kerajaan tidak akan mempunyai legitimasi dalam melaksanakan sesuatu dasar itu.

Oleh sedemikian, ternyata Parlimen mempunyai pengaruh dan peranan yang besar

dalam mana-mana proses pembuatan dasar awam.

Apa-apa undang-undang baharu yang ingin dilaksanakan, dipinda mahupun

dimansuhkan perlulah dibentangkan kali pertama di dalam Dewan Rakyat ataupun

Dewan Negara, kecuali bagi apa-apa rang undang-undang yang berkaitan perbekalan

perlulah dibentangkan dalam Dewan Rakyat dahulu. Sebagai contoh, Rang undang-

undang tersebut akan dibentang dalam Dewan Rakyat dan melalui bacaan pertama,

kedua dan ketiga sebelum ianya akan diluluskan, dan di bawa ke Dewan Negara,

Dalam Negara, ia akan melalui proses yang sama, iaitu bacaan pertama, kedua dan

yang ketiga. Selepas suatu Rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua

Dewan, ia akan dibentangkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan

perkenan baginda bagi meluluskan Rang undang-undang tersebut. Setelah

diperkenankan, Rang undang-undang tersebut akan diwartakan dalam Gazet Kerajaan

dan akhirnya menjadi satu undang-undang yang sah.

Mukasurat 8 dari 10
4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, proses pembuatan sesuatu dasar awam amat dipengaruhi oleh

keputusan dan tindakan aktor-aktor yang terlibat. Kategori aktor seperti Rasmi dan

Tidak Rasmi masinh-masing ada memainkan peranan dalam menggubal suatu dasar

yang memenuhi kepentingan dan keperluan rakyat. Aktor rasmi khususnya dapat

memainkan satu watak yang amat penting dalam perangkaan dasar, hasil daripada

kedudukan mereka yang disokong dan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang

seperti Perlembagaan Persekutuan.

Aktor Rasmi seperti institusi politik yang terdiri daripada Kabinet dan

Parlimen dapat mempengaruhi proses pembuatan dasar melalui kedudukan tertinggi

mereka dalam peringkat pembuatan dasar. Oleh itu, amat pentingnya agar negara kita

mempunyai sebuah institusi politik yang adil dan telus, supaya segala dasar yang

dirangka akan dapat memberikan impak yang positif kepada taraf hidup rakyat,

seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu negara ini.

Mukasurat 9 dari 10
5.0 RUJUKAN

Ikelegbe, A.O. (2006): Public Policy Analysis. Concepts, Issues and Cases. Lagos:
Imprint Services.

Merir, K.J. and Bohte, J. (2007): Politics and Bureaucracy. International Edition:
Thomas and Wadsworth.

Anderson, J.E. (1979): Public Policy-Making. New York, USA: Holt, Rinehart and
Winston.

Jeong Chun Hai @ Ibrahim, & Nor Fadzlina Nawi. (2012). Principles of Public
Administration: Malaysian Perspectives.

Dubé Yves C., & Schmithüsen Franz. (2003). Cross-sectoral policy impacts between
forestry and other sectors. Rome: Food and Agriculture Organization of the United
Nations.

Mukasurat 10 dari 10

Anda mungkin juga menyukai