Anda di halaman 1dari 3

SINGAPURA MODEL PELAKSANAAN GST.

1. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Singapura mengenakan GST ke atas rakyatnya
setelah negara itu mencapai taraf negara maju dengan pendapatan per kapita melebihi
USD15,000. Pada tahun 1989, pendapatan per kapita Singapura (atas asas PPP) ialah
USD16,356, pada tahun 1994 (bila GST mula dilaksanakan), ianya USD24,853 dan pada
tahun 2012, ianya USD60,799.
2. Ini bermakna, rakyat Singapura memiliki disposable income (pendapatan boleh belanja)
yang selesa untuk berdepan dengan GST.
3. Sebelum melaksanakan GST dalam tahun 1994, kadar cukai korporat dan cukai
pendapatan individu di Singapura adalah tinggi, iaitu masing-masing 30 peratus dan 33
peratus (kadar marginal tertinggi). Kadar ini tidak kompetitif bagi pelaburan asing.
4. Oleh kerana negara miskin-sumber asli seperti Singapura amat memerlukan aliran masuk
pelaburan langsung yang besar dan berterusan untuk menjana pertumbuhan ekonomi padar
kadar yang relatif tinggi dan lestari dan untuk menyediakan pekerjaan bergaji tinggi bagi
rakyatnya, maka kerajaan Singapura melihat bahawa, ia mesti menurunkan kadar cukai
korporat dan individu ke satu paras yang kompetitif.
5. Langkah yang diambil Singapura ialah memperkenalkan GST bermula dengan kadar yang
rendah yang akan dinaikkan secara beransur-ansur dan secara serentak menurunkan kadar
cukai pendapatan juga secara beransur-ansur dan pada masa yang sama memperkenalkan
offset package atau "pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah" bagi
menumpulkan ketajaman darjah regresiviti dari GST itu ke atas rakyat berpendapatan
rendah dan miskin.
6. Ini bermakna, kerajaan Singapura cukup perihatin terhadap tekanan GST lalu terus
melaksanakan langkah-langkah menumpulkan (to neutralize) darjah regresivitinya.
Singapura Lebih Prihatin
7. Singapura mengenakan GST berkuatkuasa pada 1 April 1994 dengan kadar tunggal
sebanyak 3 peratus, yang terendah di dalam dunia ketika itu. Pada ketika yang sama ia
mengurangkan kadar cukai korporat dan kadar cukai pendapatan individu, juga sebanyak 3
peratus, masing-masing dari 30 peratus ke 27 peratus dan dari kadar marginal tertinggi 33
peratus ke 30 peratus.
8. Dalam fasa ini tujuannya bukan untuk meningkatkan pungutan cukai tetapi lebih kepada
utuk mendidik dan bagi membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan cukai baru ini.
Serentak (dalam tahun 1994), kerajaan Singapura juga menubuhkan Committee Against
Profiteering (CAP) bagi menyiasat segala rungutan dan feedback mengenai perbuatan
profiteering dan menaikkan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga dengan mengunakan
pengenaan GST oleh kerajaan sebagai alasan.
9. Fasa pertama ini berlangsung selama hampir 9 tahun. Mulai 1 Januari 2003, kadar GST

dinaikkan ke 4 peratus dan mulai 1 Januari 2004, ke 5 peratus. Mulai 1 Julai 2007, ia
dinaikkan ke 7 peratus dan kadar ini kekal hingga sekarang.
10. Pada setiap kali kadar GST dinaikkan, maka kadar cukai langsung diturunkan dengan
poin peratusan yang sama. Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai langsung
selepas tahun 2007 tetapi mengekalkan kadar GST pada 7 peratus. Pada tahun 2010, kadar
cukai korporat ialah 17 peratus sementara kadar marginal tertinggi cukai individu ialah 20
peratus.
11. Penurunan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu bertujuan meletakkan
kedua-duanya pada kadar yang internationally competitive bagi menarik pelaburan
langsung asing dan buruh berpendidikan dan dan berkemahiran tinggi (pakar pelbagai
bidang) masuk ke Singapura.
12. Penerusan dan pengekalan dasar ini bermakna Singapura menjadikan GST (cukai tidak
langsung) sebagai sumber utama hasil kerajaan sekali gus mengelakkan beban cukai jatuh
lebih berat ke atas rakyat Singapura berpendapatan rendah dan miskin.
13. Bagi meringankan beban ini, kerajaan Singapura mewujudkan offset package (pakej
bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah). Offset package mengandungi penurunan
kadar cukai dan perlepasan cukai atas rakyat Singapura berpendapatan rendah,
menurunkan cukai hartanah, memberi rebat ke atas bayaran sewa dan caj perkhidmatan
dan caj konservansi atas perumahan awam dan menambahkan subsidi ke atas
perkhidmatan komuniti, pendidikan dan kesihatan.
Kesan Penurunan dan Perlepasan Cukai
14. Kesan dari penurunan dan perlepasan cukai dan pemberian rebat misalnya,
menyebabkan dalam tahun 1994, 70 peratus daripada individu yang sebelum perlaksanaan
GST kena membayar cukai, tidak lagi membayar cukai selepas itu.
15. Apabila kesemua jenis cukai diambil kira (cukai korporat, cukai pendapatan individu,
cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung) maka di dapati:
(a) Golongan10 peratus paling atas dari bilangan isirumah Singapura menyumbang 38
peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut.
(b) Golongan 20 peratus paling atas dari bilangan isirumah Singapura menyumbang 52
peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut.
(c) Golongan rakyat Singapura berpendapatan terendah menerima lebih besar bayaran
pindahan (transfers) berbanding cukai yang dibayar.
(d) Golongan isirumah berpendapatan rendah hingga sederhana juga secara efektifnya
menerima bayaran pindahan lebih besar dari cukai yang dibayar (negative tax).
16. Kajian menunjukkan bahawa di antara tahun 2006-2010 golongan 10 peratus paling

bawah daripada isi rumah Singapura menerima pindahan bersih (pindahan yang diterima
daripada kerajaan ditolak cukai yang dibayar kepada kerajaan) sebanyak 23 peratus
daripada pendapatan mereka, golongan10 peratus kelima, sebanyak 0 peratus dan kadar
cukai efektif bagi golongan 10 peratus paling atas dari isirumah Singapura hanya 11
peratus.
17. Apabila kadar cukai GST dinaikkan dari 5 peratus ke 7 peratus berkuatkuasa mulai 1
Julai 2007, didapati bahawa golongan 20 peratus paling bawah daripada isurumah
Singapura membayar GST tambahan sebanyak SD370 setahun tetapi menerima offset
package sebanyak SD910 setahun ditambah lagi dengan bayaran manfaat kekal sebanyak
SD1,000 setahun.
18. Dalam tahun 2010, Kerajaan Singapura mendedahkan bahawa sebanyak 84.2 peratus
dari pungutan GST disumbang oleh warga asing yang bermastautin dan bekerja di Singapura
dan golongan 40 peratus paling atas isi rumah Singapura. Golongan 20 peratus paling bawah
dari isi rumah Singapura hanya menyumbang 4 peratus dari GST yang dipungut.
19. Jelas bahawa Kerajaan Singapura telah secara sedar dan sistematik melaksanakan
offset package serentak dengan pelaksanaan GST sehingga dapat mengekalkan darjah
progresiviti cukai keseluruhan di Singapura. Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa lebih
besar beban cukai ditanggung bila semakin tinggi pendapatan seseorang.
20. Berbalik kepada senario di Malaysia, sebenarnya Offset Package versi Malaysia
sudahpun terlebih awal dilaksanakan melalui Produk-Produk 1Malaysia yang membantu
meringankan beban masyarakat terbanyak. Cuma bagi keseimbangan jalur sosioekonomi
masyarakat di harap Kerajaan Malaysia dapat mengurangkan kadar cukai yang lain agar
golongan pendapatan rendah menikmati rezeki seimbang seperti rakyat Singapura

Anda mungkin juga menyukai