Anda di halaman 1dari 2

KESATUAN PEKERJA PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

(K.P.P.K.T.M.B)THE RAILWAYMEN'S UNION OF MALAYA (R.U.M)


(Affilliated to the ITF and MTUC) Pendaftaran
No:254 (30.1.1961)
CAWANGAN IPOH
(ALAMAT)

Tel :Setiausaha (NO TEL) Pengerusi (NO TEL)

Surat Bil: 9 dlm RUM Ipoh 2017


Setiausaha Agung
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi
Tanah Melayu Berhad

2 hb Mei 2017

Tuan,

PER: ISU PEMBANTU TRAFIK IPOH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kesatuan Cawangan Ipoh telah mendapat aduan dari Krew Pembantu


Trafik Ipoh bahawa mereka telah diarahkan untuk menolak troli makanan di Koc
Platinum sedangkan tugas tersebut merupakan tanggungjawab yang telah
diambilalih oleh Syarikat Brahim.

3. Untuk pengetahuan tuan, saya dan Krew Ipoh telah berjumpa dengan
Pegawai Operasi Ipoh untuk menjelaskan perkara ini, tetapi malang sekali
pegawai tersebut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk
menyelesaikan perkara ini.

4. Saya mencadangkan pihak tuan dapat mengadakan satu perjumpaan


dengan pegawai TMOD dan pengurus besar Intercity bagi mengatasi perkara ini
dan hal-hal lain yang berbangkit. Oleh yang demikian, saya dan wakil Krew Ipoh
akan bersama-sama dalam perjumpaan tersebut. Berikut adalah senarai nama
yang akan terlibat dalam perjumpaan tersebut:

1.
2.
3.

5. Saya berharap Kesatuan Ibu Pejabat dapat berunding dengan pihak


pengurusan berkenaan isu ini dengan sebaik yang mungkin. Segala kerjasama
dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(NAMA,JAWATAN)

Anda mungkin juga menyukai