Anda di halaman 1dari 62

PEMBENTUKAN PERANCANGAN

PERNIAGAAN –
PEMASARAN DAN OPERASI

Oleh: Puan Fadliah Darini


Bahagian 1- Pemasaran
5.1 Pengurusan Pemasaran
5.1.1Konsep Pemasaran
5.1.2Keperluan dan Kehendak
5.1.3Mengenal pasti sasaran pasaran
5.1.4Ramalan Jualan
5.1.5Strategi Pemasaran – 4P’s
5.1.6Kos Pemasaran
Objektif Unit:
Unit ini memberi pendedahan kepada pelajar
berkenaan:
1. Definisi pemasaran dan konsep pemasaran
2. Maksud keperluan dan kehendak
3. Kaedah mengenal pasti sasaran pasaran dan
cara membuat membuat ramalan jualan
4. Strategi pemasaran menggunakan 4 faktor
(produk, harga, tempat dan promosi)
5. Penyediaan kos pemasaran
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir unit ini pelajar dapat;
1. Menyebut definisi pemasaran dan konsep pemasaran

2. Membezakan keperluan dan kehendak

3. Menyatakan kaedah untuk mengenal pasti sasaran


pasaran dan menyediakan ramalan jualan untuk
keperluan rancangan perniagaan
4. Menghuraikan strategi pemasaran menggunakan 4
faktor (produk, harga, tempat dan promosi) untuk
keperluan rancangan perniagaan
5. menyediakan kos pemasaran untuk keperluan
rancangan perniagaan
5.1.1 Konsep Pemasaran

Definisi
Konsep
Pemasaran
Konsep
Definisi
Asas
Pemasaran
Pemasaran

Konsep
Pemasaran
Definisi Pemasaran
 usaha yang dilakukan secara
bersistematik bagi melaris dan
meningkatkan jualan barangan
yang ditawarkan selagi ia tidak
bertentangan dengan hukum-
hukum agama dan tatasusila
kemanusiaan.
Definisi Konsep Pemasaran
 segalausaha pemasaran perlu
berlandaskan keperluan, kehendak
dan kepuasan pelanggan
disamping mampu menghasilkan
keuntungan
kepada
perniagaan.
Sambungan
 Objektif utama konsep pemasaran
ialah kepuasan pelanggan.
 Kepuasan pelanggan dapat dicapai dengan

memenuhi keperluan dan kehendak


pelanggan sasaran dengan secepat mungkin.
 Untuk memenuhi keperluan dan kehendak

pelanggan, usaha pemasaran perlu


memenuhi kriteria asas seperti:
◦ Mewujudkan barangan yang mudah diperoleh
◦ Barangan dihasilkan tepat pada masanya
◦ Harga yang ditawarkan adalah berpatutan
Konsep Asas Pemasaran
 melibatkan 5 aspek utama

Keperluan Kehendak

Pertukaran Permintaan

Transaksi /
Urusniaga
Sambungan
 Keperluan
 Keperluan merujuk kepada keperluan manusia

yang terhasil secara semula jadi dalam diri


manusia tetapi boleh dipengaruhi oleh aktiviti
pemasaran.

 Kehendak
 Ia terhasil daripada keperluan asas manusia

dan terbentuk dari  persekitaran budaya 


atau personaliti seseorang melalui proses
pembelajaran.
Sambungan
 Permintaan
 Iaitu kemahuan atau kesediaan seseorang

untuk memiliki/membeli sesuatu barang atau


perkhidmatan yang disertai dengan 
kemampuan untuk memilikinya.
 Kehendak dapat ditukar kepada permintaan

bila disokong oleh kemampuan untuk


memiliki
Sambungan
 Pertukaran
 Ia bermaksud tindakan untuk memperolehi
objek yang diingini daripada pihak lain dengan
menawarkan sesuatu sebagai balasan.

 Transaksi/Urusniaga
 Wujud apabila berlaku pertukaran dua
barangan antara pihak samada pertukaran
wang dengan produk atau pertukaran antara
barang dengan barangan lain (sistem barter)
5.1.2 Keperluan dan Kehendak
 Keperluan
 Sesuatu perkara asas yang perlu ada dalam

kehidupan seseorang. Keperluan merupakan


kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap
manusia untuk meneruskan kehidupan pada
tahap minimum.Keperluan terdiri daripada:
◦ keperluan asas– keperluan fisiologi manusia iaitu
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
◦ keperluan sampingan - keperluan lain seperti
perubatan, pendidikan, kenderaan, telefon dan
lain-lain mengikut budaya dan keperibadian
seseorang.
Sambungan
 Kehendak
 Kehendak adalah keinginan terhadap
barang atau perkhidmatan untuk hidup dengan
lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal
(tahap minimum), serta dapat meningkatkan
taraf hidup.Kehendak manusia adalah kompleks,
tidak terhad, tidak tetap dan sentiasa berubah.
 Faktor yang membezakan kehendak antara
individu adalah:
◦ Umur;
◦ Jantina;
◦ Citarasa;
◦ Pekerjaan dan
◦ Pendapatan
Bestnyer Contoh
stroller tu….
5.1.3 Mengenal Pasti Sasaran Pasaran
 Pasaran adalah merupakan individu atau
organisasi yg mempunyai minat, kuasa beli dan
kesanggupan utk membeli sesuatu produk atau
perkhidmatan yg boleh memenuhi keperluan &
kehendak mereka.

 Pasaran sasaran didefinisikan sebagai kumpulan


pelanggan yang mempunyai keperluan dan
kehendak tertentu yang dapat dipenuhi oleh
perniagaan melalui penawaran barangan
Kepentingan Mengenal Pasti Pasaran
Sasaran
1. Organisasi boleh menawarkan barangannya kepada
kumpulan pembeli yang dianggap sebagai paling
berpotensi untuk menghasilkan jualan.
2. Kumpulan pembeli yang dikenal pasti sebagai
pasaran sasaran akan terus membuat pembelian
dan menghasilkan pendapatan utama kepada
organisasi.
3. Memudahkan proses membuat perubahan terhadap
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan selaras
dengan keperluan dan kehendak pasaran sasaran
yang telah dikenal pasti.
Sambungan
 Membantu organisasi membina strategi campuran
pemasaran yg efektif dan efisyen.
 Meningkatkan kelebihan persaingan organisasi

(Organisasi dapat menghasilkan produk yang


berasingan ditumpukan untuk memenuhi keperluan
pembeli yang berbeza).
 Segala sumber dan usaha dpt ditumpukan kepada

sasaran yang dipilih (meningkatkan keberkesanan


dan mengurangkan pembaziran).
 Dapat meningkatkan kepakaran atau kemahiran

organisasi tentang sesuatu produk atau segmen


pasaran (pengkhususan).
Langkah Mengenal Pasti Pasaran Sasaran

Kenal pasti barangan


atau perkhidmatan
yang boleh ditawarkan

Fokus kepada usaha


pemasaran melalui
Segmentasi Pasaran
1. Kenal pasti barangan atau
perkhidmatan yang boleh ditawarkan
 Kenal pasti barangan atau perkhidmatan yang
boleh ditawarkan berdasarkan keperluan dan
kehendak pengguna umum. Maklumat
mengenai keperluan dan
kehendak pengguna umum
dapat dikumpul melalui
tinjauan atau penyelidikan
pasaran.
2. Fokus kepada usaha pemasaran
melalui Segmentasi Pasaran
 Setelah keperluan dan kehendak umum
dikenal pasti dan difahami, perniagaan perlu
memfokuskan kepada usaha pemasarannya
supaya sesuai dengan sumber kewangan,
tenaga serta kemahiran yang ada padanya.

 Proses memfokuskan kegiatan pemasaran


dilaksanakan melalui
proses segmentasi
pasaran.
Kaedah membuat segmentasi
pasaran

ii.
iii.
Demogra
Psikografi
fi

iv.
i. Geografi
Gelagat
Proses
Segmentasi
Pasaran
5.1.4 Ramalan Jualan
 Ramalan jualan perlu disediakan sebelum
bermula tahun baru perniagaan dan ia
digunakan sebagai asas perancangan usaha
pemasaran.

 Tujuannya dapat membantu usahawan


menganggar keperluan dan penggunaan
sumber perniagaan untuk tahun yang akan
datang.
Definisi Ramalan Jualan
 Potensi pembelian daripada pasaran sasaran
yang telah dikenal pasti.Ramalan jualan boleh
dibuat dalam bentuk unit atau ringgit untuk
sesuatu tempoh seperti setahun atau
sebulan.
Empat (4) langkah utama yang perlu dilakukan oleh
usahawan Semasa membuat penyediaan ramalan jualan
1. Menentukan saiz pasaran
Definisi Saiz Pasaran :
 Keseluruhan potensi belian oleh kumpulan

pasaran sasaran tanpa mengira pembahagian


mengikut pesaing yang wujud dalam pasaran
yang sama.
 Saiz pasaran dinyatakan untuk tempoh

tertentu (harian, mingguan, bulanan atau


tahunan) dalam ukuran :
◦ Unit belian atau
◦ Ringgit belian
Contoh: Keropok Segera Sdn Bhd:
 Pasaran sasaran 20 km persegi dari lokasi
perniagaan. Dua kumpulan pembeli utama:
◦ Murid sekolah rendah
◦ 3000 keluarag bermastautin di kawasan yang sama

Hasil kajian:
Murid sekolah = pembelian rm 500 seminggu atau
RM 2,000 sebulan
Keluarga = pembelian RM 4,000 sebulan

 Saiz pasaran setahun (ambil kira cuti sekolah – 11 bulan)


= RM 22, 000 (2,000 x 11) + RM 44, 000 (4,000 x 11)
= RM 66, 000
2. Mengenal pasti pesaing
 Usahawan perlu mengenal pasti pesaing supaya beliau
boleh menilai kemampuan perniagaan menguasai
pasaran

Definisi pesaing
 Perniagaan lain yang menawarkan barangan yang

serupa atau barangan alternatif kepada kumpulan


pelanggan sasaran yang sama.

 Setelah pesaing dikenalpasti, usahawan perlu


menganalisis kekuatan dan kelemahan setiap pesaing
tersebut semasa menyediakan rancangan pemasaran.
Sambungan
 Contoh jadual analisis pesaing dalam
rancangan pemasaran (RP)
Pesaiang Produk Kekuatan Kelemahan Usia (mula Kelebihan /
dihasilkan produk produk beroperasi) kekurangan

Pesaiang
1

Pesaiang
2

Pesaiang
3
3. Menganggar syer pasaran
 Definisi syer pasaran:
 Anggaran bahagian pasaran yang boleh

dikuasai oleh perniagaan setelah mengambil


kira keseluruhan saiz pasaran dan pengruh
pesaing dalam pasaran yang sama.

 Syer pasaran dinyatakan dalam ukuran:


◦ Peratus (%) bahagian yang dimiliki.
Contoh: Ayam Bagus Sdn Bhd
 Perniagaan yang menjalankan perniagaan
menjual daging ayam. Terdapat 4 pesaiang
utama yang menjalankan perniagaan yang
sama.
 Saiz pasaran – 5000 ekor sebulan
 Pecahan syer pesaing adalah seperti berikut:

◦ Pesaing A – 40% - 2000 ekor


◦ Pesaing B – 30% - 1500 ekor
◦ Pesaing C – 15% - 750 ekor
◦ Pesaing D – 15% - 750 ekor
Sambungan
 Syarikat Alif ingin memulakan perniagaan dan
perlu menganggar syer pasarannya dengan
mengambil kira kekuatan dan kelamahan pesaing.
 Anggaran jualan sebulan syarikat alif adalah 500
ekor sebanyak 10%. Maka pecahan syer pasaran
baru selepas kemasukan syarikat alif adalah:
◦ Pesaing A – 39%
◦ Pesaing B – 27%
◦ Pesaing C – 12%
◦ Pesaing D – 12%
◦ Syarikat Alif – 10% (500 ekor)
4. Meramal Jualan
 Selepas menganggar saiz dan syer pasaran,
usahawan perlu meramalkan jualan
perniagaan untuk tempoh perniagaan yang
akan datang.
 Faktor yang perlu diambil kira semasa

membuat ramalan jualan:


Formula menentukan ramalan jualan:
1. Tentukan saiz pasaran
2. Kenal pasti siapa pesaing
3. Anggarkan syer pasaran
4. Jadual ramalan jualan

 Jadual ramalan jualan perlu disediakan


untuk tahun pertama, kedua dan ketiga.
 Nyatakan bentuk jualan samada secara
tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.
Contoh Tahun Bulan Ramalan Jualan
ramalan (RM)
jualan 1 1 70, 000
2 70, 000
3 70, 000
4 77, 000
5 77, 000
6 77, 000
7 65, 000
8 65, 000
9 65, 000
10 70, 000
11 70, 000
12 70, 000
Jumlah ramalan jualan tahun 1 846, 000
5.1.5 Strategi Pemasaran – 4P’s
 Selepas menyediakan ramalan jualan, usahawan perlu
menyediakan pelan tindakan pemasaran untuk
menghasilkan jualan daripada pasaran sasaran
menggunakan strategi pemasaran – 4P’s
 Gabungan 4 faktor/elemen 4P’s ini dikenali sebagai
campuran pemasaran.
◦ Produk (product)
◦ Harga (price)
◦ Edaran (place)
◦ Promosi (promotion)
Elemen campuran pemasaran
Produk Meliputi kualiti, rupa bentuk, pilihan, gaya, jenama,
pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan
pulangan
Harga Meliputi harga tersenarai, diskaun, tempoh
pembayaran dan syarikat kredit
Pengedaran Meliputi saluran, liputan, lokasi, inventori dan
pengangkutan
Promosi Meliputi pengiklanan, jualan personel, promosi jualan
dan publisiti
Kepentingan campuran pemasaran

o Memperkenalkan produk
o Menarik minat pembeli
/pengguna
o Meningkatkan jualan
o Keuntungan yang tinggi
Kandungan
Usahawan perlu
menerangkan dengan

elemen campuran
terperinci kandungan elemen
campuran pemasaran

pemasaran
Produk mengikut kesesuaian jenis
•Kepelbagaian Produk
•Kualiti
produk / perkhidmatan yang
•Rekabentuk ditawarkan
•Ciri-Ciri
•Jenama
•Bungkusan
•Saiz
•Perkhidmatan
•Jaminan
•Pulangan

Pengedaran Harga
•Saluran •Senarai harga
•Liputan •Diskaun
•Campuran Pasaran •Elaun
•Lokasi sasar •Tempoh Bayaran
•Inventori •Terma Kredit
•Pengangkutan

Promosi
•Promosi Jualan
•Iklan
•Kuasa Jualan
•Hubungan Awam
•Pemasaran Terus
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

 PRODUK
 Barangan atau perkhidmatan
 Perlu memenuhi kehendak dan keperluan.
 Keuntungan yang maksimum
 Mempunyai kualiti, jenama, pembungkusan,
jaminan dan khidmat sampingan.
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN - Produk

 Kualiti
o Kualiti tinggi untuk menjamin

pasaran kepada barangan tersebut.


o Memuaskan hati pembeli dan pengguna.

Jenama
o Penjenamaan membezakan antara satu
produk dengan yang lain.
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN - Produk

 Pembungkusan
o Pembungkusan mampu menarik minat
pembeli, menjaga kualiti dan mutu.
o Gunakan plastik, kotak atau bekas plastik.

 Jaminan dan khidmat sampingan


o Pembeli merasa terjamin apabila membeli
produk yang dijual.
o Ada tempat untuk membuat aduan.
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Harga
 Merupakan fungsi terpenting kerana harga
menentukan keuntungan kepada pengeluar
atau penjual di samping memberi kepuasan
kepada pihak pembeli terhadap keluaran yang
mereka beli.
 Definisi harga : nilai sesuatu keluaran yang
dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
 Jika harga diletakkan terlalu mahal, besar
kemungkinan jualan tidak meningkat dan jika
harga terlalu murah pula tidak akan menutup
kos yang telah dibelanjakan
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Harga

 Penetapan harga ditentukan mengikut


beberapa faktor:
◦ Permintaan
Permintaan tinggi harga barang boleh meningkat.
Contoh: kereta
◦ Kos
Kos pengeluaran dan berapa keuntungan boleh
menjadi faktor penentuan harga.
◦ Persaingan
Berdasarkan jenama mengikut keadaan pasaran
Margin untung
 Setiap perniagaan perlu menetapkan margin
untung yang ingin diperolehi berpandukan
faktor berikut:
◦ Purata margin untung dalam sesuatu industri. Contoh]:
margin untung industri penyajian makanan adalah 30%
daripada harga jualan.

◦ Bilangan pesaing dan kekuatan pesaing di kawasan


atau dalam industri yang sama. Contoh: persaingan
yang kuat menyebabkan perniagaan menurunkan
harga jualan akan menyebabkan margin untung yang
rendah.
Penetapan harga barangan
 Formula
Harga = Jumlah kos pengeluaran seunit + margin
untung

 Contoh:
 Kos pengeluaran seunit barang A ialan RM5.00 dan

margin keuntungan yang ditetapkan oleh usahawan


adalah 10%. Harga barangan A adalah:
◦ Harga = kos pengeluaran seunit + margin untung
= RM 5.00 + (10% x RM 5.00)
= RM 5.00 + RM 0.50
= RM 5.50
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

Tempat
o Menjalankan perniagaan di lokasi yang selesa
dan mudah dikunjungi oleh pelanggan, lokasi
yang menjadi tempat tumpuan pelanggan dan
mempunyai kemudahan asas yang cukup
adalah penting untuk memastikan kejayaan
perniagaan.
Sambungan tempat (edaran)
 Formula untuk pemilihan
tempat:
oKemudahan infrastruktur
oBerhampiran pelanggan
oKemudahan pengangkutan
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Tempat
 Ciri-ciri pemilihan lokasi perniagaan:
i) Jenis perniagaan
 Menentukan tempat perniagaan
 Perniagaan runcit

ii) Modal yang ada


 Modal tinggi untuk kedai di bandar.

iii) Pesaingan dengan peniaga lain


 Perlu mengkaji saiz pesaing, kelebihan dan
kekurangannya.
 Kalau lokasi banyak pesaing kena usaha cari pelanggan
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Tempat

iv) Jenis pelanggan


- meliputi umur, jantina, pendapatan, tingkat
perbelanjaan, kebudayaan dan agama.

v) Kemudahan yang ada


- Lengkap dengan kemudahan asas

vi) Undang-undang dan kawalan zon


- undang-undang ditetapkan oleh majlis kerajaan
tempatan, dewan bandaraya dan majlis
perbandaran
Strategi edaran untuk tempat
 Penjualan terus kepada pengguna
◦ Seperti perniagaan perkhidmatan (kedai jahit, kedai makan)

 Penjualan melalui peruncit


◦ Sering digunakan oleh pengilang barangan keperluan
pengguna.

 Penjualan melalui pemborong atau agen


◦ Pemborong – orang tengah yang membeli barang dengan
jumlah yang besar dan harga rendah. Mengambil hak atas
barang untuk diedarkan kepada penruncit atau pengguna
◦ Agen – orang tengah mewakili pengeluar menjual barang.
Mendapat komisyen atas jualan.
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Tempat

 Senarai Semak Memilih Lokasi:


 __ Dekat dengan pelanggan
 __ Keselesaan bagi pelanggan
 __ Tempat tumpuan pelanggan
 __ Tenaga kerja mudah dicari
 __ Tenaga kerja berkemahiran
 __ Gaji pekerja tidak terlalu mahal/ murah
 __ Bahan mentah/ barang niaga mudah didapati
 __ Pengangkutan mudah
 __ Institusi kewangan disediakan
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Tempat

 __ Kedapatan polis dan bomba


 __ Masalah jenayah kurang
 __ Agensi kerajaan berhampiran
 __ Kedapatan bahan mentah
 __ Berhampiran kawasan perumahan untuk pekerja
 __ Ruang niaga yang mencukupi
 __ Lokasi perniagaan berpeluang untuk pembesaran
 __ Suasana masyarakat yang menyihatkan
 __ Tidak terlalu ramai pesaing
 __ Sesuai dengan usahawan
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

Promosi
o Kaedah, cara untuk memberitahu, menyedarkan,
memujuk dan mempengaruhi orang ramai.
o Bertujuan untuk mewujudkan, mengekalkan dan
memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk.
o Satu bentuk penyampaian yang tidak personal yang
dibayar oleh penaja yang dikenal pasti untuk
mempromosikan sesuatu keluaran, perkhidmatan
ataupun pendapat.
o Disiarkan dalam pelbagai media massa seperti surat
khabar, majalah, televisyen, radio, papan tanda dsb.
Contoh promosi
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Tujuan
Promosi

 Antara tujuan promosi adalah seperti berikut:


o Untuk memberitahu atau memperkenalkan produk
kepada pelanggan
o Menarik perhatian pelanggan tentang produk kita
o Memberi pengetahuan kepada pelanggan tentang
sesuatu produk
o Menimbulkan minat pelanggan terhadap sesuatu
produk
o Memujuk dan mempengaruhi pelanggan membeli
o Menaikkan imej syarikat dan produk
o Mengekalkan daya saing perniagaan
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Promosi
 Aktiviti terbahagi kepada 4:
i) Pengiklanan
Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk
persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak
peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan
tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan
atau melariskan jualan sesuatu produk , perkhidmatan
ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.

a) Iklan penerangan
maklumat dan penerangan. Tidak mempengaruhi pembeli.
Contoh: Pameran dan Ekspo Sains di UM

b) Iklan memujuk
maklumat dan penerangan terperinci. Memujuk dan
mempengaruhi pembeli untuk membeli. Contoh Smart Shop
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Promosi

c) Iklan mengingat.
memastikan pengguna terus
menggunakan produk ini.
Contoh: Ubat gigi, syampoo

ii) Jualan langsung/ Jualan Peribadi


Jurujual datang ke rumah ataupun pejabat.
Latihan dan teknik memujuk akan diajar
kepada jurujual. Demonstrasi dilakukan
untuk meyakinkan pengguna.
ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN- Promosi
iii) Promosi jualan
menambahkan kualiti jualan seperti hadiah percuma,
cabutan bertuah dan jualan murah.
Contoh: Peraduan Power Root Ali Café

iv) Publisiti
• Publisiti merupakan kaedah untuk mendapat liputan di
media penyiaran bagi meningkatkan pendedahan
jenama tertentu dan sekali gus berharap dapat
menaikkan jualan.
Sambungan publisiti
• Merupakan satu mesej kepada
pengguna atau orang ramai yang
menerangkan atau menceritakan
sesuatu keluaran atau perkhidmatan
yang lengkap.
• 5 jenis publisiti: Keluaran akhbar,
rekod dan filem, rencana pengarang,
persidangan akhbar dan terbitan
bersiri.
5.1.6 Kos Pemasaran
 Kos atau belanja pemasaran adalah perbelanjaan
yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pemasaran
seperti iklan, bonus jurujula, elaun atau upah
jurujual, kenderaan yang dibeli untuk mengedar
barangan, promosi, cukai dan insuran kenderaan.
 Format adalah sama seperti belanja pentadbiran
iaitu mempunyai belanja aset, bulanan dan lain-
lain.
 Jika ada perbelanjaan yang telah disenaraikan
dalam perbelanjaan pentadbiran, maka tidak perlu
diulang semula dalam belanja pemasaran.
Contoh Perbelanjaan pemasaran

Item Perbelanjaan Perbelanjaan Perbelanjaan lain


aset bulanan
Kenderaan (van) RM 70, 000
Promosi RM 1,000
Insuran dan RM 2, 000
cukai kenderaan
(van)

Anda mungkin juga menyukai