Anda di halaman 1dari 19

trla

lu
bn
yak
pe
nip
ua
n.
lagi
k2
ba
b
lat
ar
bel
ak
an
g
org
ani
sas
i
ya.
ag
ak
bali
t
tok
e
ktk
org
,
sur
oh
ny
a
crit
a
lat
ar
bel
ak
an
g
sya
rik
at
ny.
tok
cu
ma
co
nto
h
jak
laa
,
pa
ke
ruj
uk
an
ktk
org
.
yaj
ak
lah
h.
PENGHARGAAN
Setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan
Juman Enterprise kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan industri
di bengkelnya selama 4 bulan 2 minggu. Khasnya buat Majuman Bin Tembong
selaku pengurus di bengkel ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan
industri di syarikat ini.
Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada Muhammad Asyraf Bin
Majuman telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja dibengkel ini
terutamanya perkara yang saya tidak mahir. Pengurus bengkel ini juga banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya seperti penggunaan alatan terutama yang
berkaitan dengan special tool dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul.
Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja di bengkel terutama dalam bahagian
mekanikal telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok kerja.
Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam
pekerjaan pada masa yang akan datang. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak unit latihan industri dan jabatan kejuruteraan mekanikal
Kolej Vokasional Kuching yang banyak membantu dari penyediaan sebelum,
semasa dan selepas menjalani latihan industri dan penyediaan laporan latihan
industri.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan
dan menamatkan latihan industri selama 4 bulan 2 minggu ini.

BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1 Pendahuluan
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah saya
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta
menyediakan laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh
jabatan saya.
Dalam tempoh masa 4 bulan 2 minggu bermula pada 24 November 2015
sehingga 26 Mac 2016 , saya telah menjalankan latihan industri di syarikat Juman
Enterprise. Dalam tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui
pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Selain itu,
saya dapat mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di Kolej
Vokasional dan mengenali bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan
dalam latihan industri.
Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan
dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan
dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di
tempat kerja. Ianya juga dapat membantu saya menambah keyakinan diri terhadap
kemampuan saya sendiri.
Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih
pelajar seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja
dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri, saya diberi peluang untuk
mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga
pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di
titikberatkan dalam alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,
bertanggungjawab, membuat sesuatu keputusan dan berupaya menguji keyakinan
diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk
melahirkan graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi
kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.

1.2 Objektif Latihan Industri


Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di Kolej Vokasional
perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4
bulan 2 minggu . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang
diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada
Kolej Vokasional Kementeriaan Pendidikan Negeri. Di antara objektif utama latihan
industri ini wujud adalah :
I.Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
II. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek
praktikal di firma atau sebaliknya.
III. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
IV. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi
semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan, setiap pelajar diharuskan
membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh pihak Kolej Vokaisonal. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh
manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang
tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting
dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga
sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-
pensyarah yang berkenaan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi
makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan
bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari
pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan dan
segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh
pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihakpihak lain untuk penilaian
serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan
sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan
maklumat bidang kejuruteran mekanikal dan pembuatan khususnya. Saya berharap
buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau
tidak langsung.

1.4 Kepentingan Latihan Industri


Kepada pelajar, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang
memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari
pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan
kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di
samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang
kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk
menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi
kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia dapat memberi
kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah
tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi
pembelajaran.
Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak
dinafikan kerana secara umum, sesebuah firma amat mengutamakan individu yang
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah
sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan
datang.
Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam
tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk
meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang
pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT


2.1 Sejarah / Latar belakang Syarikat Manjuman Enterprise
Syarikat Juman Enterprise adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan
semenjak 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1998. Ketika itu, En Majuman berumur
29 tahun. Walau bagaimanapun, pengurus syarikat ini mempunyai pengalaman
kerja yang luas kerana beliau bekerja dengan abangnya sendiri yang juga seorang
mekanik selepas tamat persekolah sekitar tahun 1988. Boleh dikatakan beliau sudah
bergelar mekanik hampir 28 tahun. Juman Enterprise ini bukanlah syarikat yang
besar, tetapi beliau meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh orang tuanya.
Pengurus ini tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang automotif, tetapi
beliau hanya belajar dari pemerhatian dan pengalaman dari bapannya sendiri selain
usaha dan dan perjuangannya yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membaiki, menservis, mengubahsuai dan
membaikpulih badan kenderaan.. Segala selok belok pengurusan perniagaan telah
dipelajari sebelum menubuhkan syarikat ini. Bengkel ini terletak dikawasan
Padawan, Jalan Kuching Serian, iaitu Kampung Jawa. Hal ini kerana kawasan
terbabit berdekatan dengan pusat bandar serta dapat mengurangkan kos
pengangkutan untuk membeli peralatan tangan dan sebagainnya. Syarikat ini
mempunyai 5 orang pekerja termasuk pengurus yang mempunyai kepakaran
tersendiri. Bengkel ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu jam 8 pagi hingga 5
petang.

2.2 Visi Dan Misi


VISI
Untuk menjadikan seseorang pekerja yang berdedikasi, amanah,
bertanggungjawab dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berkesan.

MISI
Melaksanakan kerja kerja penyelenggaraan kenderaan yang berkualiti
pada jangka masa yang singkat.

2.3 Matlamat Syarikat


IV.Berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

V.Mempelbagaikan hasil keluaran.


VI.Mewujudkan warga yang prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah yang
diberikan
VII.Memberi peluang maksimum kepada pemilik dan yang berkepentingan.

2.4 Prosedur-Prosedur Pekerja Syarikat


Jadual di bawah menunjukkan masa bekerja di bengkel Juman Enterprise. Ia adalah
sama dengan waktu bagi pelajar yang menjalani latihan industri.
2.3.1 : Jadual Waktu Bekerja
J AM 0800-1230 1230-1330 1330-1700

HARI
ISNIN KERJA REHAT KERJA
SELASA KERJA REHAT KERJA
RABU KERJA REHAT KERJA
KHAMIS KERJA REHAT KERJA
SABTU KERJA REHAT KERJA
0800-1200 1200-1400 1400-1700
JUMAAT KERJA REHAT KERJA
Yang Benar,
..................................................
(MAJUMAN BIN TEMBONG)
Pengurus Syarikat Majuman Enterprise

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


3.1 Pengenalan
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis
di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang
meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang
dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian.
Oleh itu, bahagian ini akan meringkaskan lagi aktiviti-aktiviti dan tugas yang
telah saya jalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja
yang telah dilakukan dalam seminggu disamping akan memudahkan proses
penyemakkan.
Hari bekerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana
terdapat cuti umum dan cuti yang diberikan oleh pihak syarikat seperti ketika
berlaku nya bencana alam. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan
dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari
di Kolej Vokasional, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan
etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di
mana saya menjalani latihan industri.
Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di
bahagian penyelenggaraan mekanikal yang lebih kepada kerja-kerja membaikpulih
dan menyelenggara kenderaan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi
masa selama 9 jam sehari termasuk waktu berehat selama 1 jam, bermula dari jam
8 pagi hingga 5 petang setiap hari bermula dari hari isnin hingga sabtu. Berikut
merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 18
minggu.
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
MINGGU 1 (23 /11/ 2015 28 /11/ 2015)
1. Melapor Diri
2. Sesi Suai Kenal
MINGGU 2 (30 /11/ 2015 5 /12/ 2015)
1. Menukar lining clutch.
2. Mengeluar injin kenderaan.
3. Menservis kenderaan.
4. Menukar belting dan timing belt
MINGGU 3 (7 /12/ 2015 12 /12/ 2015)
1. Menukar penyerap hentak.
2. Menservis system brek.
3. General overhaul.
MINGGU 4 (14 /12/ 2015 19 /12/ 2015)
1. General overhaul.
2. Top overhaul .
MINGGU 5 (21 /12/ 2015 26 /12/ 2015)
1. Menukar lining clutch.
2. General overhaul.
3. Menservis kenderaan.
4. Menukar belting dan timing belt
5. Menukar waterpump.
MINGGU 6 (28 /12/ 2015 2 /1/ 2016)
1. Menukar waterpump dan hydraulic clutch pump.
2. Menukar belting dan timing belt
3. Menukar penyerap hentak.
4. General overhaul.
MINGGU 7 (4 /1/ 2016 9 /1/ 2016)
1. Membaikpulih badan kenderaan.
2. Menservis kenderaan.
3. General overhaul.
MINGGU 8 (11 /1/ 2016 16 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Membaikpulih badan kenderaan.
3. Membaiki system brek.
4. Top overhaul.
MINGGU 9 (18 /1/ 2016 23 /1/ 2016)
1. Top overhaul.
2. General overhaul.
3. Menservis kenderaan.
4. Menukar lining clutch.
MINGGU 10 (25 /1/ 2016 30 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Membaikpulih badan kenderaan.
3. Menukar penyerap hentak.
4. General overhaul.
5. Top overhaul.
MINGGU 11 (1 /2/ 2016 6 /2/ 2016)
1. Top overhaul.
2. Menservis kenderaan.
3. Membaiki system brek.
4. Membaikpulih badan kenderaan.
5. Menukar lining clutch.
MINGGU 12 (8 /2/ 2016 13 /2/ 2016)
1. Menservis system brek.
2. Menservis system steering.
3. Menukar alternature.
MINGGU 13 (15 /2/ 2016 20 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Menservis sistem brek.
3. Top overhaul.
4. Menukar lining clutch.
MINGGU 14 (22 /2/ 2016 27 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Menservis sistem brek.
3. Menukar penyerap hentak.
4. General overhaul
5. Menukar lining clutch
MINGGU 15 (29 /2/ 2016 5 /3/ 2016)
1. General overhaul.
2. Menservis kenderaan.
3. Membaikpulih badan kenderaan.
MINGGU 16 (7 /3/ 2016 12 /3/ 2016)
1. Membaikpulih badan kenderaan.
2. Menservis kenderaan.
3. Menukar waterpump.
4. Menservis sistem brek.
MINGGU 17 (14 /3/ 2016 19 /3/ 2016)
1. Menservis sistem brek.
2. Menservis kenderaan.
3. Menservis sistem steering.
4. Top overhaul.
MINGGU 18 (21 /3/ 2016 26 /3/ 2016)
1. Menservis sistem steering.
2. Menservis sistem brek.
3. Menservis kenderaan.

BAB 4 : PROSES KERJA


4.1 Langkah Keselamatan
Bab ini menerangkan sesuatu perkara yang perlu diutamakan ketika melakukan
proses kerja. Sebelum, semasa dan selepas sesuatu kerja itu dilakukan, banyak
perkara perlu dinilai. Sebelum kami memulakan latihan industri, kami telah
didedahkan dengan kepentingan menjaga keselamatan. Ketika melakukan latihan
industry di bengkel Majuman Enterprise, saya dapati keselamat meliputi dalam
pelbagai bentuk iaitu:
Keselamatan diri
Keselamatan alat tangan
Keselamatan mesin
Keselamatan peralatan elektrik
Keselamatan didalam bengkel
Keselamatan merupakan factor yang mesti diambil perhatian dan diamalkan untuk
mengelakkan berlakunya kemalangan.

BAB 5 : LAPORAN KERJA YANG DIBERIKAN


Pengenalan bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan dipelajari
sepanjang menjalani latihan industri. Semasa menjalani latihan industri saya
ditempatkan di bahagian mekanikal. Semasa menjalani latihan saya sentiasa
mengambil bahagian dalam kerja yang dilakukan oleh petugas dan mempelajarinya.
Saya juga mempelajari untuk mengenali peralatan yang digunakan di ruang kerja.
Selain itu, dalam bab ini saya akan menerangkan beberapa kerja yang dilakukan
berserta beberapa gambar rajah yang akan di bentangkan dalam bab ini.
5.1 Sistem Brek ( menservis master pump)
a) Kapitkan master pump pada ragum.
b) Tanggalkan takungan bendalir brek.
c) Tanggalkan klip lengkung.
d) Keluarkan injap sehala.
e) Keluarkan pepasangan piston master pump.
f) Periksa badan silinder dan dibahagian dalam master pump.
g) Periksa pepasangan piston.
h) Periksa injap sehala dan takungan bendalir.
i) Pasang semula bahagian-bahagian master pump.
j) Pasang takungan bendalir brek ke master pump.
k) Uji kendalian master pump sebelum dipasang pada kenderaan.

5.2 Sistem Gantungan (mengeluarkan McPherson strut dari pegas gegelung)


a) Mampatkan pegas gegelung dengan pemampat pegas.
b) Tanggalkan penutup habuk galas.
c) Tanggalkan nut di bahagian pendakap penyerap hentak.
d) Keluarkan pendakap penebat dan pegas gegelung dengan melonggarkan
pemampat pegas perlahan-lahan.
e) Periksa bahagian-bahagian yang diceraikan iaitu:
Kerosakan dan kebocoran penyerap hentak.
Kelesuan pegas.
f) Mampatkan pegas gegelung dan pasang semula. Pasang semula bahagian-
bahagian yang lain.

BAB 6 : KESIMPULAN
Sebagai seorang hamba Allah s.w.t yang wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak seharusnya
meninggikan diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa akan
kekurangan yang ada pada diri. Sebagai manusia tidak salah untuk kita sentiasa
memperingati antara satu sama lain. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan
dan kemantapan individu itu sendiri.
Dan seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih
mantap lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari
kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya. Sekali lagi sebagai
hamba Allah s.w.t yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon
maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak firma sekiranya saya telah
melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh
pihak tuan.
Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti
saya kepada Juman Enterprise ini kerana bagi saya selama 4 bulan 2 minggu saya
menjalani latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru.
Kemesraan, keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali
tidak dapat saya nilai dengan wang ringgit.
Tinggi harapan saya supaya pihak bengkel Juman Enterprise sentiasa
menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka apabila terdetik dihati untuk
bekerjaya di bengkel ini. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan mempelajari
sesuatu yang amat berguna dan berkaitan dengan kursus Teknologi Automotif.
Kemahiran ini benarbenar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan
pengajian saya dengan jayanya dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan yang
sebenar. Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan
pergaulan antara rakanrakan sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih menitik
beratkan halhal hubungan social tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja
am.
Namun demikian, sifat ingin tahu juga amat penting bagi membolehkan saya
mengumpul seberapa pengalaman dan pengetahuan. Tahap keyakinan saya juga
ada bertambah dan kini membuatkan saya lebih bersedia untuk menempuh alam
pekerjaan yang sebenar.
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN
7.1 Komen
Semasa saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati
dengan layanan yang diberi oleh majikan kepada saya yang menjalani latihan
industri di syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini merupakan salah satu syarikat
yang maju, bagi pandangan saya terdapat juga kelemahan yang boleh menjejaskan
pretasi syarikat ini antaranya ialah :
1. Beberapa peralatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi
dimana terdapat beberapa peralatan mesin yang sering rosak.
2. Sikap segelintir pekerja yang tidak mementingkan ciri ciri
keselamatan. Contoh seperti tidak menggunakan jack stand dan bekerja
dikawasan yang basah.
3. Terdapat sesuatu kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang
ditetapkan kerana terdapat masalah dengan barang yang tidak mencukupi
atau barang lambat sampai atas sebab kelewatan pihak stor
mengeluarkanya. Ini menyebabkan untuk menghasilkn sesuatu kerja itu akan
memakan masa yang panjang.
4. Kekurangan tenaga kerja antara penyebab sesetengah petugas
terpaksa melakukan tugas yang amat berat dan terpaksa menangung beban
kerja.

7.2 Cadangan
Sebagai mana yang diketahui, latihan industri adalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar Kolej Vokasional. Jadi sewajarnya jika
semua pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok belok kerja dan
mempraktikan segala yang telah dipelajari dahulu.
Walaubagaimanapun, disini saya ingin memberikan beberapa cadangan
yang difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan syarikat.
1. Sikap bertanggunjawab menjaga peralatan syarikat perlu ditanamkan
kepada petugas.
2. Langkah menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu diambil
untuk menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.
3. Mengadakan satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan
pekerja bagi mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat bakat
dalam diri mereka.
Selain itu, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang difikirkan
wajar kepada pihak Kolej Vokasional.
1. Bagi pandangan saya, wajar pihak Kolej Vokasional memberikan
kelonggaran kepada pelajar untuk memohon tamat latihan industri lebih awal
dari tarikh yang diberikan mengikut persetujuan organisasi latihan industri.
Hal ini akan memudahkan pelajar menyelesaikan segala urusan yang
berkaitan terutama yang menjalani latihan industri jauh dari institusi.
2. Saya juga berharap pihak Kolej Vokasional terutama pihak unit
perhubungan memberikan lebih maklumat tentang latihan industri kepada
pelajar. Bagi memudahkan dan pelajar lebih bersedia sebelum menjalani
latihan industry.
3. Selain itu, maklumat dari segi kandungan penulisan akhir latihan
industri dan penulisan maklumat dalam power point untuk dibentangkan
selepas tamat latihan.

IV. RUJUKAN
Penyelia, Muhammad Asyrah Bin Majuman, Syarikat Juman Enterprise.
Penyelia OJT, Encik Shuhor Bin Ahmad, Pensyarah, Unit Teknologi
Automotif, Kolej Vokasional Kuching.
Encik Idhamranizam Hj. Aleh, Pensyarah, Unit Elektronik, Kolej Vokasional
Kuching.

OJT tok nang best. arum bulak ehh yaalah pengalaman ktk org yg sbenar. sbenarny bnyk gk gmbr
mok ku nunjok. tp yalahh, line slow nak mampus. mun crik tmpt ojt yaa, jgn prgi syarikat besar ilak,
cayak mdh ku, sikda pengalaman ilak ktk org sia. xbnyk keja ny berik. mun bengkel2 biasa tok bukan
ku nak nganok laa, tp boleh tnyk sapa yg prnh practical sia. besttt dooo. blom gk masok hal overhaul
gearbox, celahh gigi jak bah polah yaa.

Anda mungkin juga menyukai