Anda di halaman 1dari 29

BAB 1: PENGENALAN

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Tuan Mohd
Azlan Al-Amin selaku pengarah urusan Ombak Murni Holdings serta Puan Nurul Fitriyyah
Binti selaku penolong penngarah urusan dan isteri kepada Tuan Mohd Azlan, serta staffstaff Ombak Murni yang lain di atas segala tunjuk ajar , galakan serta kerjasama dalam
membantu pelaksanaan latihan industri kepada pelajar- pelajar universiti.
Ribuan terima kasih juga didahulukan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuagan
yang lain kerana banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar dalam menyumbangkan idea untuk
penghasilkan laporan yang baik untuk laporan latihan industri kali ini. Ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pensyarah Sharifah Radhziah syed shafie dan Cik Yang
Qammarina Binti Mohd Toha selaku penyelia yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung untuk segala tunjuk ajar serta teguran bagi menyiapkan laporan latihan industri ini.
Tanpa sumbangan darinya yang senantiasa membuat pemeriksaan berkala mungkin tidak
dapat menyiapkan laporan sempurna seperti yang telah ditetapkan.

1.0 PENGENALAN
1.1

PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurniaanNya dan keizinanNya, pelajar

latihan industri dapat menyempurnakan proses Latihan Industri dalam tempoh masa yang
telah oleh pihak universiti selama enam (6) bulan (24 minggu). Latihan industri ini telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia dan kerjasama bersama pihak
universiti bagi membolehkan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
berjaya melayakkan diri untuk memperoleh penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dari
Universiti College Bestari. Setiap pelajar dikehendaki untuk lulus dalam latihan industri
sebelum menerima penganugerah ijazah dari universiti. Oleh hal demikian, pelajar perlu
mengikuti segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak university dan syarikat
penempatan pelajar.
Sesungguhnya pelajar latihan industri amat berpuas hati kerana dapat menjalani
latihan industri di syarikat Ombak Murni Holdings Sdn Bhd. Pelajar juga berbesar hati kerana
latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya serta berjalan dengan
lancar sepertimana yang diharapkan oleh pihak pelajar, pihak universiti serta organisasi.
Sepanjang latihan ini dijalankan pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai ilmu,
kemahiran serta pengalaman yang tidak dapat dijangka oleh pelajar untuk dimanfaatkan pada
masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

1.2

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Objektif latihan industri diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada

para pelajar untuk merasai dunia pekerjaan yang sebenar. Melalui latihan industri juga, para
pelajar dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin serta dapat melihat
sejauhmana pelajar dapat mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari ke dalam bentuk
praktikal.
Dunia pembelajaran dan pekerjaan merupakan situasi yang berbeza dimana semasa
belajar pelajar hanya terlibat dengan rakan-rakan dan pensyarah sahaja tanpa melibatkan
kerjasama mahupun aktiviti dengan masyarakat luar secara menyeluruh. Sepanjang
pembelajaran pelajar perlu melibatkan diri mereka dalam akademik dan kegiatan
kokurikulum sahaja. Oleh sebab itu, pelajar dikehendaki menjalani latihan industri supaya
pelajar dapat mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
pekerjaan, menepati masa untuk menghadirkan diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan
untuk berkomunikasi, mendisiplinkan diri dan cara untuk mengahadapi pelbagai masalah
yang timbul di tempat kerja seperti masalah untuk berhadapan dengan pelanggan yang
memerlukan perkhidmatan dari pihak syarikat.
Para pelajar juga berpeluang untuk mempraktikan segala ilmu pengetahuan dan
teori yang dipelajari semasa berada di universiti dalam menjalankan latihan industri.
Melalui latihan industri ianya memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan
idea dan kreativiti sendiri untuk kebaikan organisasi dan dalam masa yang sama dapat
memberi kebaikan serta menambah pengalaman kepada pelajar. Dengan itu, pengalaman
yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para pelajar untuk menggunakannya untuk
masa akan datang. Para pelajar juga dapat didedahkan dengan cara-cara untuk
berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan di tempat kerja dan orang
sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan
pekerja industri di mana ini sekaligus dapat menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap
sesuatu tugasan serta keseimbangan dari pelbagai aspek.
Di samping itu, dengan mengikuti latihan industri, pelajar dapat membaiki
kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran rasional dalam menangani
sebarang masalah. Semasa menjalankan latihan industri, para pelajar dapat menilai
kebolehan mereka terhadap sesuatu tugasan yang diberi oleh majikan. Pelajar dengan

sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti dalam diri mereka terhadap cabaran
serta rintangan yang dihadapi.
Semoga dengan adanya latihan industri ini mampu untuk meningkatkan
pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih
berkesan ke arah pembangunan Malaysia di masa hadapan dan juga mendapatkan
pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
Kesimpulannya, objektif dalam menjalani latihan industri ini adalah untuk:

Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Contoh?

Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama


pekerja. Contoh?

Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerjakerja praktikal.

Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan semasa latihan


industri.

Meningkatkan sikap jujur, amanah, berdedikasi, dan bertanggungjawab


terhadap tugasan yang diterima.

Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan.

Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang


yang dipilih.

Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam


pekerjaan selepas tamat pengajian.

** boleh hurai lagi

1.3

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


Latihan industri merupakan satu bidang yang memberi peluang peluang kepada para

pelajar pengajian tinggi untuk mengaplikasikan proses pembelajaran yang dilalui dalam bilik
kuliah ke dalam bentuk praktikal. Ia juga dapat dilihat daripada pelbagai perspektif
contohnya, pelajar dapat mengembangkan bakat dan kemahiran sediaada dalam diri mereka.
Pengalaman dan kemahiran yang diperolehi amat penting dan berguna untuk menjadikan
pelajar itu mempunyai kualiti yang tinggi dalam bidang pekerjaan yang akan diceburinya
kelak.
Kepentingan latihan industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar
untuk melalui atau mengharungi dunia pekerjaan yang sebenar dan lebih mencabar. Selain
itu, pelajar juga dapat mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar melalui
sendiri situasi sebenar pekerjaan dan dapat merealisasikan segala cita-cita dan impian semasa
belajar dahulu. Pelajar juga perlu cekal dan dapat menerima apa-apa sahaja masalah dan
rintangan yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri dan mencari jalan penyelesaian
bagi permasalahan yang berlaku. Secara tak langsung, ia memberi kesan kepada pelajar untuk
menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai masalah yang berlaku.
Dari sudut lain pula, kepentingan latihan industri adalah untuk memudahkan pelajar
untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Secara umumnya,
sesebuah organisasi amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi dan mempunyai pengalaman kerja yang luas. Oleh itu, tidak mustahil organisasi akan
menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat tempoh latihan industri.
Latihan industri juga dapat menilai keupayaan dan kebolehan pelajar untuk
mengendalikan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi. Sepanjang tempoh
enam (6) bulan pelajar perlu melakukan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab
dan amanah. Kesimpulannya, segala susah payah yang dilalui sepanjang tempoh latihan
industri akan menjadi pendorong dan semangat kepada pelajar untuk menjadikan diri mereka
sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang.

1.4

OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


Sepanjang latihan industri dijalankan, pelajar perlu menyiapkan laporan rasmi yang

lengkap tentang kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh latihan. Laporan
latihan industri akan diserahkan kepada pihak universiti untuk dibuat penilaian. Laporan ini
dinilai untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan sijil penganugerahan untuk sesuatu kursus.
Laporan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu laporan harian dan laporan rasmi.
Laporan harian perlu diisi oleh para pelajar pada setiap hari, ini untuk memudahkan pelajar
untuk membuat laporan rasmi setelah selesai latihan industri yang ditetapkan. Selain itu buku
laporan juga penting untuk memudahkan pensyarah sebagai penyelia universiti untuk
meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh para pelajar semasa latihan
industri apabila penyelia universiti hadir ke lokasi untuk membuat penilaian atau
pemantauan.
Laporan latihan sangat penting untuk disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani latihan
industri disesebuah organisasi. Laporan ini menunjukan tentang keseluruhan aktiviti dan
perjalanan yang dilakukan oleh pelajar kepada organisasi tersebut. Antara objektif laporan
latihan industri adalah untuk :
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri
dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja
semasa menjalankan latihan dilakukan dengan lebih sistematik dan berkesan melalui
laporan yang dibuat.
Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar perlu direkodkan ke dalam buku
laporan sebagai bukti latihan yang pelajar ikuti di sesebuah organisasi. Melalui buku
laporan, pihak Universiti dan organisasi dapat membuat penilaian terhadap pelajar
berdasarkan kefahaman dan prestasi yang ditonjolkan oleh pelajar.
Sesuatu kerja yang cemerlang tidak akan memberi makna jika tidak dapat dilaporkan
dalam sesebuah laporan yang baik. Oleh yang demikian, penulisan laporan
memerlukan perhatian khusus daripada penulis. Piawaian ini juga untuk melatih
pelajar supaya mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan dan memenuhi
kehendak sesebuah institusi.

1.5

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Sejarah penubuhan
OMBAK MURNI HOLDINGS SDN.BHD.
Ombak Murni Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju hartanah yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperbadankan di bawah akta syarikat
1965 dan mula ditubuhkan pada 11 Mac 2011. Perniagaan ini dijalankan sepenuhnya oleh
pemilik perniagaan Tuan Mohd Azlan Al-Amin yang bergiat aktif dalam bidang hartanah,
pembinaan dan perladangan. Objektif penubuhan Syarikat ini adalah untuk membantu orang
ramai atau golongan bumiputera memiliki asset dalam hartanah untuk masa hadapan.
Suatu ketika dahulu, keluarganya pernah tergolong dalam kalangan keluarga termiskin
di Besut. Kesusahan hidup yang dialaminya amat berbekas dihati Tuan Mohd Azlan. Masih
segar dalam ingatannya disaat ibunya menangis kerana melihat ulat di dalam poket baju
anaknya itu. Pada masa itu, beliau hanya bekerja sebagai pemungut sampah sahaja.
Tuan Azlan juga pernah menuntut di kolej Islam sains dan teknologi (KIST) di
Bachok, Kelantan. Sebelum Ombak Murni ditubuhkan, Tuan Azlan turut mengusahakan
kebun jagung semasa beliau masih belajar dan kebunnya itu dibina berhampiran tempat
pengajiannya. Namun nasib tidak menyebelahinya, ketika tanaman jagung mula
membuahkan hasil ribut kuat telah melanda di kawasan Bachok yang menyebabkan
kemusnahan keseluruhan kebunnya.
Di saat tidak ada apa-apa, beliau bertemu dengan seseorang yang dikenali Cikgu
Halim yang meminta beliau menjual tanah-tanahnya dengan diberikan komisen sebanyak
RM2000.00 setiap lot. Dalam tempoh yang singkat, beliau berjaya mendapat RM4000.00 dan
dalam beberapa bulan juga komisennya meningkat sebanyak ratusan ribu. Bermodalkan
komisen dan pengalaman yang beliau ada, beliau mengorak langkah untuk menceburi bidang
hartanah dengan menubuhkan syarikat pemaju hartanah yang beridentitikan hak milik
bumiputera dan berhasrat untuk memajukan lagi perniagaan beliau dalam bidang hartanah.

LOGO SYARIKAT
Bulatan
Kesepaduan dan bersatu
hati

Biru gelap
Mempunyai kekuatan yan
tersendiri, berkeyakinan
tinggi dan berpendirian
teguh

Bentuk peta
Perancangan syarikat
untuk meluaskan
perniagaan di seluruh
negeri mahupun secara
global

Biru / biru laut


Persekitaran yang baik,
melambangkan
ketenangan,
kemanusiaan dan warna
k

Bentuk gelora
Kekuatan dan
semangat diri untuk
mencapai kemajuan
dalam kehidupan.

Bangunan Koperasi Guru-Guru Melayu Besut Berhad,


Kg Nyiur 7, Jalan Jerteh Kg Raja
22000 Jerteh , Besut
Terengganu Darul Iman
Website: Ombakmurni.net
Tel: 09-6904137
Email: Ombakmurni@gmail.com

Maksud Logo Syarikat


Logo syarikat merupakan komponen yang penting dalam
melambangkan imej sesebuah syarikat, keutuhan kedudukan
syarikat bagi mempamerkan kematangan organisasi untuk
bersaing dan terus maju kehadapan serta dapat meletakkanya
setanding dengan permintaan global. Ombak Murni juga
mempunyai imej tersendiri dalam menciptakan logo untuk syarikatnya. Walaupun logo syarikat
Ombak Murni kelihatan ringkas, namun setiap bentuk, warna, dan perkataan ombakmurni
mempunyai maksud yang tersendiri. Logo OMHSB ini, di cipta khas melalui kerjasama antara
pengarah syarikat, pereka logo yang dilantik dan dibantu oleh pekerja-pekerja terdahulu.
Logo ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadikan syarikat ini kelihatan lebih kukuh, kuat
dan eksklusif dalam memasuki pasaran. Logo OMHSB diilhamkan melalui kisah kehidupan
pengarah urusan syarikat yang telah melalui pelbagai pahit kehidupan dan kesusahan yang pernah
dialami. Logo ini dibina melalui gabungan bentuk bumi dan gelora seakan-akan berombak adalah
melambangkan tujuan utama syarikat dalam menjalankan perniagaan hartanah untuk lebih dikenali
oleh semua lapisan masyarakat mahupun secara global dan mampu untuk menghadapi setiap cabaran
dan halangan yang mendatang pada masa depan.
Warna dan bentuk yang terdapat pada logo OMHSB mempunyai makna yang berbeza-beza
seperti warna biru gelap menunjukkan syarikat OMHSB mempunyai kekuatan yang tersendiri
seterusnya warna biru dan biru laut menunjukan omhsb menpunyai persekiran kerja yang baik,
memili ketenangan dan keharmonian. Seterusnya, bentuk bulatan melambangkan kesepaduan dan
bersatu hati. Manakala bentuk peta menunjukkan perancangan syarikat yang ingin meluaskan
perniagaannya dan bentuk gelombang itu membawa maksud berani menghadapi risiko dan pelbagai
cabaran yang akan datang.
Perkataan ombak murni pula menunjukkan sikap pengarah urusan syarikat sendiri iaitu
Tuan Mohd Azlan dimana perkataan Ombak itu merupakan kisah kehidupannya dahulu yang melalui
pelbagai rintangan dan kesusahan. Manakala perkataan Murni menunjukkan sikap keprihatinannya
dan sikap dermawan beliau dalam membantu golongan yang memerlukan. Melalui pengabungan ini
maka terwujudlah logo untuk syarikat Ombak Murni Holdings Sdn.Bhd.

carta organisasi

Visi , Misi & Objektif Syarikat

VISI

Menyediakan persekitaran perniagaan yang sihat dan berdaya saing.


Membentuk jaringan yang baik di dalam semua sektor pekerjaan.
Mempertingkatkan usaha dan mutu pengeluaran dari semasa ke semasa.

MISI

Sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan serius dalam bidang pembinaan

dan hartanah.
Mensasarkan peluang perniagaan dan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan

masyarakat.
Menjadi sebagai rujukan kepada semua sektor hartanah dan pembinaan.

OBJEKTIF

Meneroka pasaran hartanah di seluruh Malaysia khususnya untuk tujuan


pembangunan hartanah yang komersial bagi bumiputera.

1.6

Operasi Utama Organisasi

Syarikat Ombak Murni Holdings Sdn Bhd (OMHSB) adalah sebuah syarikat pemaju
hartanah yang menjalankan aktiviti jual beli tanah secara ansuran tanpa sebarang faedah.
Tujuan utama syarikat ini untuk membantu orang ramai dan masyarakat untuk memiliki tanah
sendiri dengan mudah di samping memperoleh keuntungan bagi syarikat. Pihak Ombak
Murni menawarkan harga yang mampu milik untuk semua lapisan masyarakat kerana lot-lot
tanah dalam proses memperolehi geran lot dan sedia dijual dengan harga yang menarik dan
mampu milik. Selain itu juga, Ombak Murni turut membangunkan pembinaan perumahan
seperti rumah teres. OMHSB juga telah mensasarkan jualan sebanyak 500 lot tanah
sepanjang tahun 2014 di sekitar kawasan Setiu, Kemamam dan Besut. Antara operasi
keseluruhan organisasi ditubuhkan bertindak sebagai:

Pemaju hartanah
Perunding pemasaran hartanah
Pembinaan beberapa projek rumah kediaman
Mengatur penjualan, penyewaan dan pembelian hartanah.

Strategi Pemasaran

Strategi pemasaran

Pamplet/ flyers/
banner

Medium internet

Melibatkan syarikat
Memberi pendedahan
dalam
kegiatan sosial
hartanah di tempat
awam
Bagi melancarkan sesuatu projek yang dibangunkan oleh

syarikat Ombak Murni Holdings Sdn Bhd, (OMHSB), pihak


syarikat telah melaksanakan beberapa strategi pemasaran untuk
memasarkan produk yang ditawarkan kepada orang ramai. Antara
strategi yang dilakukan adalah dengan mengedarkan pamplet di
semua lokasi yang berdekatan dengan kawasan tanah yang dijual.
Biasanya, wakil pemasaran akan mengedarkan pamphlet di sekitar
kawasan perumahan, bandar-bandar kecil seperti di bandar Jertih,
bandar Kuala Berang, bandar Marang dan kawasan tempat letak kereta. Secara tidak
langsung, wakil pemarasan dapat memberi sedikit pendedahan mengenai produk yang
dikeluarkan oleh syarikat kepada pelanggan di kawasan tersebut. Syarikat juga mengambil

alternatif yang bagus dengan memasang banner di sesebuah lokasi untuk memasarkan produk
yang ditawarkan. Penggunaan banner sedikit sebanyak dapat membantu syarikat
memperkenal perniagaannya kepada orang ramai dan masyarakat luar.
Strategi lain yang digunakan adalah dengan menggunakan medium internet sebagai
pengantara syarikat untuk mendapatkan pelanggan. Pihak
pemasaran syarikat akan menggunakan aplikasi facebook,
website dan whatsapp untuk membuat pengiklanan
mengenai tanah-tanah yang dijual. Seterusnya, pegawai
pemasaran OMHSB juga mengadakan sesi bertemu
pelanggan di pasaraya atau di tempat-tempat awam untuk
memberikan maklumat yang lebih jelas mengenai jualan
tanah.
Akhir sekali, OMHSB juga melibatkan organisasi dalam kegiatan sosial seperti
mengadakan gotong royong bersama orang kampung, membiayai
pusat anak-anak yatim, mengadakan seminar hartanah dan
menjemput penceramah dari luar bagi mengeratkan hubungan
silaturahim disamping dapat memperkenalkan aktiviti jualan yang
dijalankan oleh syarikat.

Prosedur Jual Beli Tanah Di Ombak Murni Holdings Sdn.Bhd

Pembeli perlu menyediakan


salinan
kad pengenalan
untuk
proses
jual
beli
Penjual akan
membuat
dokumenPembeli
perjanjian
disetem
hasilkan
dandan
penjual
melawat
tapak tanah
Pembeli meneruskan bayaran ansuran seperti yang ditetapk
Pembeli membayar
wangsaksi
deposit
Tandatangan perjanjian antara penjual,pembeli
dan 2 orang
Ombak Murni juga menyediakan prosedur yang mudah bagi pelanggan untuk
mendapatkan tanah. Sekiranya pelanggan yang berminat untuk membeli tanah, pihak
pelanggan perlu mengikuti beberapa langkah seperti :

A. Pembeli perlu menetapkan tarikh dan masa bersama wakil pemasaran untuk melawat
tapak tanah. Seterusnya wakil pemasaran akan berbincang dengan pengarah urusan
OMHSB bagi mendapatkan keputusan dan masa beliau. Sekiranya beliau mempunyai
masa dan bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan oleh pelanggan , beliau atau wakil
pemasaran akan melawat tapak tanah bersama pembeli.
B. Seterusnya, sekiranya pembeli berpuas hati dan bersetuju untuk membeli tanah, pihak
penjual akan menguruskan perjanjian jual beli dan pembeli perlu menyediakan salinan
i/c kad pengenalan untuk proses membuat perjanjian dan direkodkan ke dalam
dokumen perjanjian. Pihak syarikat akan menyediakan dokumen perjanjian sebanyak
tiga (3) salinan dan disetemkan dimana satu (1) salinan akan diserahkan kepada pihak
pembeli dan (2) salinan akan disimpan oleh syarikat.

C. Setelah dokumen perjanjian diselesaikan, pihak pembeli akan membuat pembayaran


deposit harga tanah. Contohnya pembeli membeli tanah di Kelulut, Marang yang
berharga RM50,000 dan bayaran deposit sebanyak RM9,000 sahaja. Setelah
menyerahkan

wang

deposit,

pembeli

perlu

menandatangani dokumen perjanjian jual beli tanah


bersama dua (2) dua orang saksi yang dilantik oleh
syarikat. Dua (2) orang saksi yang dilantik oleh
syarikat

perlu

bersikap

jujur,

amanah

dan

bertanggungjawab sekiranya berlaku hal yang


berbangkit untuk masa datang. Prosedur yang
terakhir adalah, pihak pembeli perlu meneruskan bayaran ansuran bulanan sebanyak
RM200 hingga RM400 setiap bulan selama tujuh (7) tahun atau lebih.

Pelanggan Melawat Tapak Tanah


Perjanjian Jual Beli

1.7

Tinjauan Keseluruhan Organisasi

Pengkhususan

Semasa menjalani latihan industri di Syarikat Ombak Murni Holdings Sdn Bhd
(OMHSB) pelajar telah didedahkan mengenai operasi utama syarikat ini ditubuhkan. Selain
itu, pelajar juga telah diajar dan diberikan tugas untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pentadbiran syarikat seperti merekod maklumat peribadi pembeli. Pelajar turut diajar
oleh ketua unit pentadbiran untuk mengemaskini dan memasukkan data pelangan di dalam
fail yang sedia ada dan juga perlu merekod maklumat pelanggan di dalam sistem komputer
sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang kehilangan. Selain itu, pelajar turut
diajar bagaimana untuk merekod resit pembayaran setiap ansuran bulanan yang dibayar oleh
pelanggan. Setiap resit yang dibuat perlu dihantar kepada pelanggan melalui aplikasi

whatsapp sebagai bukti yang syarikat telah mencatat atau merekod setiap pembayaran yang
dibuat.
Seterusnya, pelajar latihan industri juga perlu membantu syarikat untuk membuat
pemasaran bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Antara yang disumbangkan oleh
pelajar latihan industri adalah dengan membuat iklan melalui pamphlet yang diedarkan di
kawasan yang terdekat dan membuat iklan secara atas talian. Iklan secara atas talian adalah
strategi pemasaran yang utama yang digunakan oleh syarikat OMHSB.
Organisasi juga bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam
menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Contohnya. Pelajar latihan industri perlu
mendapat setiap nombor telefon pelanggan yang berminat untuk membeli tanah dan perlu
membuat analisis maklumat pelanggan setiap bulan. Pelajar latihan industri perlu mengumpul
kesemua nombor telefon pelanggan dan perlu menghubungi pelanggan bagi memberikan
maklumat mengenai tanah yang dijual dengan lebih tepat dan padat. Secara tidak langsung,
organisasi telah melatih dan membantu pelajar untuk mempertingkatkan lagi kemahiran
komunikasi yang sedia ada.

Peranan Organisasi
Bagi memastikan program latihan industri berjalan dengan lancar, organisasi
diharapkan dapat memainkan peranan yang dicadangkan seperti melantik penyelaras latihan.
Di antara tanggungjawab penyelaras latihan adalah perlu merangka rancangan latihan
(Industrial Training Schedule) secara keseluruhan kepada pelajar latihan industri. Program
yang dirangka seboleh-bolehnya dapat memberi sebanyak mungkin pengalaman atau
pendedahan selaras dengan kemudahan yang ada di organisasi serta mengambil kira tahap
akademik pelajar. Organisasi juga bertanggungjawab untuk memberi taklimat mengenai latar
belakang organisasi dan memaklumkan rancangan latihan kepada pelajar. Selain itu, majikan
atau penyelia industri bertanggungjawab untuk memeriksa buku laporan harian pelajar

sekurang-kurangya satu minggu sekali dan perlu melengkapkan laporan markah yang perlu
diserahkan kepada pensyarah yang akan melawat pelajar di organisasi.
Seterusnya, di antara tanggungjawab lain yang penyelia perlu rancangkan kepada
pelajar latihan industri adalah:
Memperincikan Aktiviti Mingguan.
Penyelia organisasi dikehendaki untuk berbincang dengan pelajar bagi memperincikan
tugasan aktiviti mingguan pelajar. Tujuan untuk memperincikan aktiviti pelajar secara
mingguan adalah untuk memudahkan pelajar memahami dengan lebih jelas mengenai
setiap tugasan yang diberikan selain itu, ia dapat memudahkan penyelia untuk menyelia
kerja-kerja yang diberikan oleh pelajar kerana penyelia juga dikehendaki untuk membuat
penilaian mingguan bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar di dalam buku log
(weekly report).
Memberi Kemudahan Yang Munasabah Kepada Pelajar
Penyelia organisasi juga diperlukan untuk menyediakan kemudahan kepada pelajar
latihan industri. Ini kerana, dapat memudahkan pelajar untuk melakukan tugasan yang
diberikan dengan lebih cepat dan berkesan. Contohnya, menyediakan komputer (PC)
kepada pelajar.

Membenarkan Kakitangan Kolej Membuat Lawatan Ke Organisasi


Penyelia organisasi perlu membenarkan penyelia universiti membuat lawatan ke
organisais bagi tujuan penyeliaan keatas pelajar dan perlu memberi maklumbalas
mengenai prestasi pelajar kepada penyelia universiti.
BAB 2: DESKRIPSI PROJEK
2.0 PENGENALAN PROJEK
Kuasai Perniagaan Internet
Pada masa kini, perniagaan secara atas talian semakin berkembang dengan pesatnya.
Kebanyakkan penjual akan menggunakan sistem perniagaan secara atas talian sebagai
alternatif untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Apa tidaknya, penggunaan
media sosial seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp, instagram, dan sebagainya menjadi
platform sebagai pilihan untuk orang ramai mengetahui berita-berita semasa, berinteraksi
dengan sahabat-sahabat dan sebagainya.

Menjual barangan atau perkhidmatan di facebook bukanlah perkara yang mudah


sekiranya pengguna tidak tahu akan teknik dan cara untuk meningkatkan lagi jualan di
facebook. Seterusnya, salah satu daripada kewajipan untuk menjual barangan secara atas
talian ialah dengan membuat fanpage.
Fanpage yang bagus dan berkualiti adalah dengan mempunyai liker yang bercirikan
targetted. Apa yang dimaksudkan dengan targeted user ini ialah orang yang berminat dengan
barangan, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya penjual menjual pakaian
jersi sukan sudah semestinya targetted user mereka yang mempunyai minat dalam aktiviti
sukan seperti bola sepak. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan targetted user yang
berkualiti bukanlah hal yang mudah.
Cara yang berkesan untuk menarik minat pengguna secara berterusan adalah dengan
menggunakan FBads. Pengunaan FBads merupakan cara yang berkesan dan terbaik untuk
mendapatkan targetted user. Walaubagaimanapun, pengguna perlu bijak membuat setting ,
menggunakan cara yang betul dan perlu sediakan bajet yang paling minimum kerana
sekiranya pengguna tersalah langkah, menyatakan target yang salah dan belanja yang
dikeluarkan terlalu tinggi dari sepatutnya berkemungkinan akaun pengguna akan dibankan
atau ditolak oleh facebook sekiranya melanggar terma & syarat T&C mereka.
2.1

Pengenalan Facebook
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, telah membina laman web rangkaian sosial ini

ketika beliau baru berumur 23 tahun dan masih menuntut di Universiti Harvard. Beliau
melancarkan Facebook pada bulan Februari 2004. 24 jam selepas pelancarannya, seramai
1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa satu bulan, hampir separuh pelajar
sarjana muda Harvard telah memiliki profil Facebook.

Facebook amat popular kerana aplikasi-aplikasinya yang mudah, menarik minat, dan
percuma. Selain daripada itu ahli-ahlinya juga boleh membina aplikasi-aplikasi sendiri untuk
digunapakai atau dimainkan dalam Facebook. Sedar tak sedar fenomena ini telah memberi
impak yang banyak, baik kepada individu, keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara.
Melalui facebook pengguna bebas untuk membuat apa- apa sahaja. Oleh itu, kesannya boleh

jadi positif dan boleh jadi negative. Ianya bergantung kepada diri individu itu sendiri untuk
menggunakan facebook secara bijak atau tidak.

Bagi yang lebih kreatif dan berwawasan, mereka akan menggunakan Facebook untuk
tujuan komersial dengan menjual produk, perkhidmatan dan membina jaringan pemasaran
secara atas talian. Facebook juga merupakan satu platform laman sosial yang dapat
membentuk komuniti antara rakan-rakan atau pengikut dengan cara mengundang saudaramara, kawan-kawan, dan rakan sepejabat untuk mengikuti dan saling berinteraksi antara satu
sama lain. Pengguna facebook dapat berkongsi informasi terkini berkaitan dengan kehidupan
harian melalui penulisan, perkongsian gambar, video dan sebagainya bersama masyarakat
luar.

Dengan adanya facebook, ia banyak membantu pengguna untuk mendapatkan


maklumat dengan lebih cepat dan pantas. Bagi yang menngunakan aplikasi facebook untuk
tujuan pemasaran, secara tidak langsung ianya memudahkan kedua-dua belah pihak kerana
peniaga tidak memerlukan modal yang besar untuk memasarkan produk atau perkhidmatan
mereka. Manakala, bagi pihak pembeli atau pelanggan ianya dapat menjimatkan masa dan
kos untuk pelanggan mendapatkan sesuatu produk tersebut. kesimpulannya, banyak manfaat
facebook yang kita perolehi sekiranya menggunakan dengan cara yang betul. Jadi, tidak
hairanlah seseorang itu dapat berjaya hanya dengan menggunakan facebook untuk mencari
rezeki.

Seterusnya, akaun facebook turut terbahagi kepada dua iaitu:

1.

Profil facebook merupakan akaun individu itu sendiri yang mengandungi latar
belakang individu tersebut. Akaun profil facebook hanya digunakan untuk tujuan
bersosial bersama rakan-rakan, keluarga, atau kegunaan peribadi pemilik akaun
tersebut. Akaun profil facebook secara individu ini telah dihadkan jumlah bilangan

sebanyak 5000 orang sahaja. Dari segi posting pada wall pula, ia hanya dapat dilihat
oleh 3% hingga ke 5% rakan-rakan sahaja. Jadi, akaun peribadi facebook tidak
digalakkan untuk tujuan berniaga kerana jumlah yang dapat melihat posting sangat
sedikit.
Contoh facebook peribadi milik Tuan Azlan sendiri. Beliau tidak
menggunakan facebook peribadi ini untuk tujuan memasarkan perniagaan beliau
dengan lebih luas tetapi menggunakan facebook peribadi ini untuk tujuan bersosial
dengan sahabat-sahabat, keluarga, mendapatkan maklumat terkini dan sebagainya.
beliau juga sering memuatnaik segala maklumat@
gambar-gambar mengenai aktiviti yang sering
dijalankan seperti beriadah bersama keluarga,
melakukan kegiatan sosial dan kata-kata semangat
yang mendorong orang ramai untuk berjaya.
2.

Page facebook page facebook adalah akaun yang dihasilkan oleh seseorang
individu bagi tujuan perniagaan. Bagaimanapun untuk menghasilkan page facebook,
individu perlu mempunyai profil facebook sendiri. Mereka yang akan mengikuti page
facebook tersebut terdiri daripada kenalan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk
mengikuti page tersebut. Mereka yang mengikuti page tersebut dikenali sebagai fans.
Rajah berikut merupakan page facebook

dibawah syarikat Ombak Murni (OMHSB)2. Page syarikat


ini dibina oleh pegawai pemasaran yang terdahulu. Tujuan
page syarikat ini dibuat adalah untuk mempromosikan dan
memperkenalan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat
kepada orang ramai.
2.1.1 Cara membuat halaman peminat (fanpage)
Halaman peminat atau fanpage facebook merupakan medium pemasaran yang terbaik
yang perlu digunakan untuk memasarkan produk perniagaan secara atas talian dengan lebih
berkesan kerana aplikasi facebook merupakan media sosial paling popular di Malaysia dan
penggunaanya adalah secara percuma sahaja. Kaedah ini dapat membantu orang ramai untuk
memulakan perniagaan melalui facebook kerana pendaftarannya secara percuma. Fanpage
dianggap sebagai kedai jualan dihujung jari oleh pengguna kerana penggunaannya yang

mudah dan cepat untuk membuat jualan pelbagai produk atau perkhidmatansecara atas talian.
Fanpage juga merupakan pusat rujukan perniagaan kepada pelanggan untuk membuat
sebarang urusan pembelian.
Ombak Murni Holdings Sdn.Bhd (OMHSB) juga menggunakan manfaat yang
ditawarkan oleh facebook untuk memasarkan asset hartanah yang ditawarkan kepada orang
ramai. Fanpage (OMHSB) dicipta pada 22 Januari 2012 sehingga kini dan didaftarkan atas
nama syarikat

sendiri iaitu Ombak Murni Holdings Sdn.Bhd. Semasa mencipta page,

syarikat telah memasukkan segala maklumat mengenai syarikat seperti nama, alamat, waktu
operasi atau bekerja, maklumat ringkas mengenai transaksi yang dijalankan dan pengenalan
ringkas mengenai syarikat.
Setelah hampir setahun syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2011, tahun berikutnya
iaitu pada awal tahun 2012 pembantu pemasaran (OMHSB) mengambil inisiatif untuk
memasarkan produk hartanah secara atas talian. Inisiatif ini diambil oleh syarikat kerana
ingin mencapai matlamat syarikat bagi meningkatkan jualan disamping mendapatkan
keuntungan keatas jualan hartanah. Sebelum mencipta page, (OMHSB) hanya memasarkan
perniagaan mereka melalui offline sahaja iaitu melalui perjumpaan dengan orang-orang
terdekat, mengedarkan flyers ke kawasan setempat, membuat banner, melantik agen bebas
dan melalui percakapan orang ramai. Setelah menyedari kaedah offline kurang mendapat
sambutan, syarikat telah mengambil keputusan untuk memasarkan jualan yang dijalankan
melalui internet.

Berikut merupakan contoh bagaimana untuk mencipta page facebook:


Langkah 1 : cara untuk cipta page
Langkah pertama untuk membina fanpage facebook, terlebih dahulu pengguna perlu daftar
masuk ke facebook personal. Seterusnya pengguna perlu pergi ke setting dan klik cipta page
@ create page atau boleh juga klik link https://www.facebook.com/pages/create/

Langkah 2 : cara untuk bina nama page


Langkah yang ke dua adalah dengan memilih kategori perniagaan dengan memberikan nama
fanpage yang bersesuian dengan produk yang ditawarkan oleh syarikat. OMHSB memilih
kategori perniagaan tempatan atau tempat (Local business or place) sebagai kata kunci
perniagaan yang dijalankan.

Langkah 3 : lengkapkan segala maklumat page

Pengguna

perlu

mengisikan
ruangan
description

memasukkan alamat laman web dan nama page pengguna. Selepas itu pengguna perlu
klik pada butang save info.

Selepas memasukkan segala maklumat, pengguna perlu memasukkan gambar profil


atau boleh skip jika pengguna tidak mahu memasukkan gambar profil. Sebaikbaiknya pengguna perlu memasukkan gambar profil kerana melalui gambar profil
orang ramai dapat mengenal identiti pengguna dan perniagaan yang dijalankan.
Kemudian, Add to Favourites atau boleh skip.
Langkah terakhir ini adalah pilihan. Facebook meminta pengguna untuk mendaftarkan
cara pembayaran bagi memudahkan pengguna untuk mempromosi Facebook Page
mereka iaitu dengan menggunakan saluran Facebook Ads. Pengguna boleh
skiplangkah terakhir ini sekiranya pengguna tidak menggunakan facebook Ads.

Contoh page facebook telah siap


didaftarkan.

Sebagai

langkah

permulaan, pengguna boleh like


page pengguna sendiri sebelum
menjemput rakan-rakan facebook
like page pengguna.

Selepas halaman facebook atau fanpage siap dibina, pemilik page perlu post atau
memuatnaik status dengan banyak agar tidak kelihatan kosong dan kelihatan lebih aktif untuk
mendapatkan kepercayaan dari pelanggan. Gambar rajah di bawah merupakan page Ombak
Murni (OMHSB) pada awal mencipta fanpage.

Kelebihan Halaman peminat (Fanpage) Untuk Promosi Perniagaan


Jumlah peminat atau pelanggan tiada had. Tiada had rakan-rakan dan peminat untuk
mengikuti page berbanding facebook peribadi yang terhad kepada 5000 orang sahaja.
Tapi untuk Fanpage, pengguna boleh mendapatkan kenalan yang tak pernah kenal
mahupun sehingga ke berpuluh ribu, beratus ribu, malah berjuta. Likers pula boleh
melebihi 17,000 orang di Fanpage, tidak hanya terhad kepada 5,000 orang . Ini akan
meningkatkan peluang untuk pengguna memperkenalkan produk pengguna dengan

lebih meluas,
Fanpage akan menjadikan perniagaan yang dijalankan kelihatan lebih professional
dan menyakinkan pelanggan dengan menyediakan pelbagai maklumat yang khusus

kepada pelanggan yang berminat.


Penggunaan fanpage adalah percuma yang dapat menjimatkan kos bagi pengguna
yang baru ingin memulakan perniagaan secara atas talian. Seterusnya, fanpage
membolehkan pengguna untuk membuat pengiklanan berbayar melalui facebook ads.

Fanpage juga dapat melantik pasukan atau pekerja mereka untuk


mengawal page tersebut yang dikenali sebagai editor. Peranan
editor adalah untuk update status di Fanpage, atau di beri
kebenaran untuk menguruskan Page sepenuhnya sebagai admin.

2.2

Facebook lubuk Usahawan


Pada masa kini facebook telah berkembang menjadi medan dimana para usahawan

menjadikannya sebagai tempat untuk memasarkan produk perniagaan mereka. Setelah


membina komuniti yang besar, maka lebih mudah bagi usahawan untuk mempromosikan
produk-produk yang ingin dijual kepada mereka yang sudah mengenali kewujudan penjual
atau usahawan di alam maya. Di samping itu, facebook juga mempunyai perkhidmatan
berbayar di mana usahawan boleh mengiklankan produk mereka secara terus kepada segmen
sasaran mereka.
Kitaran perniagaan facebook

Gambar rajah

Melalui gambar rajah ini, dapat disimpulkan bahawa facebook merupakan medium
untuk jualan dan promosi yang mudah untuk digunakan oleh semua golongan. Jadi, tidak
hairanlah facebook menjadi tumpuan utama kepada usahawan-usahawan melakukan
penjenamaan produk mereka. Bagi memastikan aktiviti promosi yang dapat menghasilkan
jualan yang tinggi, pengguna perlu memahami betul-betul konsep dan matlamat yang ingin
dicapai. Usahawan perlu mengenalpasti demografi dan persekitaran sesuatu tempat sebelum
memasuki dunia perniagaan dan mengeluarkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain, para
usahawan perlu membuat kajian dan bijak menyusun atau merancang strategi mereka untuk
memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
2.2.1

Langkah Yang Diambil Oleh Ombak Murni Dalam Memasarkan Produk Hartanah
Hartanah merupakan aset pelaburan hartanah yang penting untuk jangka masa

panjang. Banyak manfaat yang akan diperolehi sekiranya seseorang itu bijak membaut
pelaburan dalam hartanah kerana ianya dapat menjamin masa depan dan generasi akan
datang. Walaubagaimanapun, untuk memiliki aset hartanah pada masa kini bukanlah sesuatu
yang mudah ekoran ekonomi negara sekarang yang semakin meningkat. Tetapi, ianya juga
tidak mustahil kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk memiliki aset hartanah ini.
Ekoran ekomoni yang tidak stabil, (OMHSB) ingin membantu golongan bumiputera untuk
memiliki aset yang penting ini dengan menawarkan jual-beli hartanah melalui ansuran dan
tanpa kadar faedah.
Sebelum menawarkan penjualan hartanah secara ansuran, OMHSB juga telah
membuat beberapa kajian dan merancang strategi pemasaran supaya operasi perniagaan yang

dijalankan oleh OMHSB mendapat sambutan dan diterima oleh masyarakat. Antara kajian
yang telah dilakukan adalah :
1. Memastikan demografi yang sesuai untuk menyampaikan mesej penjenamaan dan
promosi produk hartanah yang ditawarkan. Mengenalpasti demografi yang sesuai adalah
penting kerana melalui demografi OMHSB dapat mengenalpasti pelanggan sasaran
mereka yang ingin memiliki hartanah.
2. Menggunakan kaedah copywriting yang sesuai bagi menarik perhatian demografik yang
telah disasarkan.
3. Menggunakan kaedah closing yang efektif melalui aplikasi komunikasi dengan
pelanggan.
4. Menetapkan bajet yang akan dibelanjakan untuk memastikan kempen promosi berbayar
dapat mencapai matlamat dan mengelakan pembaziran kos.

2.2.2

Cara Mempengaruhi Pelanggan


Pelanggan merupakan orang yang setia untuk membeli pelbagai produk dan

perkhidmatan yang dijual atau yang dapat menerima kewujudan penjual di dalam perniagaan.
Walaubagaimana pun, pelanggan juga mempunyai kemampuan lain yang dapat memberikan
keuntungan mahupun kerugian kepada penjual. Pelanggan atau prospek adalah orang yang
menpunyai pengaruh besar terhadap keberkesanan terhadap sesuatu perniagaan yang
dijalankan. Sekiranya para penjual pandai mengambil hati pelanggan dan boleh berurusan
dengan mudah dan mesra, maka para penjual mempunyai potensi yang besar untuk memiliki
pelanggan yang ramai dan bakal menjadi pelanggan yang setia. Begitu juga sebaliknya, jika
penjual bersikap acuh tak acuh dengan pelanggan, berkemungkinan besar perjalanan
perniagaan para penjual sukar untuk berkembang.
Menarik perhatian pelanggan untuk terus membeli produk yang ditawarkan adalah
sesuatu perkara yang sangat sukar. Pada dasarnya, layanan yang baik daripada pihak penjual
akan membuatkan perhatian pelangaan untuk terus tertumpu kepada para penjual. Namun,
para penjual juga perlu berhati-hati setelah mempunyai ramai prospek atau pelanggan kerana
jika sekecil-kecil kesalahan yang dibuat oleh penjual akan membuatkan pelanggan terus

hilang perhatiannya terhadap jualan yang dibuat oleh para penjual. Berikut merupakan
strategi yang digunakan untuk mempengaruhi pelanggan.
A. Mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelanggan
Oleh sebab itu, (OMHSB) amat mementingkan perhubungan antara pelanggan kerana
selain pekerja, pelanggan juga merupakan aset keberkesanan
kepada sesebuah organisasi. Pengarah urusan (OMHSB) selalu
menasihati para pekerja-pekerjanya untuk menjaga hubungan
yang baik dengan pelanggan supaya pihak syarikat dapar
mewujudkan hubungan yang berterusan antara penjual dan pembeli atau pelanggan. Antara
kelebihan yang dimiliki oleh (OMHSB) adalah Tuan Azlan sebagai pengarah syarikat yang
merupakan seorang yang mudah didekati dan amat mesra dengan orang luar. Beliau memiliki
keistimewaan sweet talker atau amat petah bercakap semasa berjumpa dengan pelanggan
sehingga berjaya menarik perhatian pelanggan untuk membeli aset hartanah yang ditawarkan
oleh syarikat. Tuan azlan juga sentiasa mengadakan kegiatan sosial dengan masyarakat luar
atau menjadi penaja bagi majlis-majlis tertentu. Melalui cara ini Tuan Azlan dapat
memperkenalkan aset hartanah yang ditawarkan.
Selain daripada itu, Tuan Azlan juga merupakan seorang yang mudah untuk berurusan
dan berbincang. Kebanyakkan pelanggan memberi penilaian positif selepas berurusan dalam
proses jual beli yang diuruskan oleh Tuan Azlan. Oleh sebab itu, ramai pelanggan yang setia
menjadi pelanggannya dan kebanyakkan pelanggan akan menjadi agen bebas syarikat untuk
mempromosikan aset penting ini kepada orang ramai.
Antara strategi yang digunakan oleh OMHSB untuk mempengaruhi pelanggan
difacebook adalah dengan mewujudkan perhubungan dengan rakan-rakan facebook supaya
pengguna facebook menyedari kehadiran OMHSB. Kebiasaannya, OMHSB akan update
status melalui kata-kata beserta gambar mahupun video yang berkaitan dengan produk yang
ditawarkan.

Melalui

cara

ini,

OMHSB

dapat

menarik

ramai

pelanggan

untuk

memperkenalkan aset hartanah yang ditawarkan. Apabila ramai pelanggan yang berminat,
OMHSB akan mendapatkan nombor telefon mereka untuk tujuan menghantar maklumat
berkaitan tanah dan memaklumkan kepada mereka jika syarikat membuat promosi. Langkah
ini diambil adalah untuk menarik pelanggan secara berterusan supaya mereka tidak
ketinggalan segala maklumat atau promosi yang diadakan.
B. Mengenalpasti keperluan dan permasalahan pelanggan.

Seterusnya, OMHSB juga membuat kajian melalui facebook dan warga masyarakat
sekeliling untuk mengenalpasti keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan
untuk mendapatkan aset hartanah. Antara strategi yang digunakan adalah dengan bertanya
secara terus kepada orang ramai dan membuat iklan dengan menawarkan pakej ansurans
pembelian hartanah. Selepas dianalisis, ramai yang berminat tetapi tidak mempunyai
kemampuan untuk membayar secara tunai. Setiap bulan, OMHSB turut mengadakan promosi
bayaran muka yang rendah sebanyak RM7-RM9 ribu disesetengah lokasi daripada RM11 rbu
ke atas dan melalui cara ini juga OMHSB berjaya menarik perhatian pelanggan dan
pelanggan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan aset yang bernilai ini. Oleh sebab
itu, pentingnya organisasi mengenali keperluan pelanggan adalah untuk memastikan
keselesaan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan oleh syarikat kerana apabila
pelanggan merasakan keperluan mereka dapat dipenuhi oleh sesebuah perusahaan mereka
akan terus menerus mengikui perkembangan dan berpotensi untuk memberikan keuntungan
kepada syarikat.
C. Terlibat di dalam majlis tertentu
Kaedah lain yang digunakan adalah dengan melibatkan diri dalam majlis tertentu dan
turut memberikan sumbangan untuk sesuatu majlis
yang dijalankan. Tuan Azlan akan menggunakan
kesempatan ini untuk mempromosikan jualan tanah
kepada orang ramai. Apabila individu mengetahui
tentang pembelian hartanah secara fleksible secara
automatic kebanyakkan mereka akan tertarik kerana
tidak semua orang yang mampu mendapatkan aset bernilai ini secara tunai disebabkan
pelbagai faktor yang menghalang.
D. Menawarkan bonus atau ganjaran
Seterusnya, pihak syarikat juga menawarkan bonus, ganjaran, atau hadiah kepada
pelanggan yang membuat pembelian hartanah melebihi 1 lot keatas, yang dapat membayar
ansurans secara konsisten dan menjadi pelanggan yang terawal semasa proses promosi di
jalankan. Antara pakej yang pernah ditawarkan oleh OMHSB adalah memberikan pakej
umrah kepada pelanggan, pakej percutian dan memberikan baucer tunai kepada pelanggan
yang membeli tanah lot melebihi 2 lot keatas seta memberikan potongan harga tanah kepada
pelanggan yang menjadi pelanggan terawal. Melalui kaedah ini, syarikat OMHSB dapat

menarik perhatian ramai pelanggan. Seperti yang diketahui,


pelanggan akan merasakan lebih di hargai apabila
sesetengah organisasi dapat memberi kemudahan tertentu
kepada mereka. Bonus yang diharapkan tidak semestinya sesuatu yang bernilai tinggi tetapi
sesuatu yang sederhana sangat bermakna dan mampu menarik perhatian pelanggan lebih
daripada yang disangkakan.

E. Menjaga kualiti perniagaan


OMHSB juga sentiasa meningkatkan kualiti perniagaan samaada secara online atau
offline. OMHSB sentiasa mengemaskini sistem pentadbiran pejabat untuk mengenalpasti
segala masalah di hadapi. Lakaran tanah atau Scatch lot tanah akan sentiasa di kemaskini dari
semasa ke semasa untuk menunjukkan lot tanah yang sudah dijual kepada pelanggan. Selain
itu, OMHSB juga memberikan maklumbalas atau testimoni yang pernah bergelar pelanggan
OMHSB kepada orang ramai. Kawasan tanah atau tapak tanah juga akan dimaklumkan
kepada pelanggan. Melalui kaedah ini, syarikat berpotensi untuk menyakinkan pelanggan
untuk terus menjadi pelanggan organisasi. Selain daripada itu, organisasi juga menunjukkan
kelainan dan keunikan yang dijalankan berbanding dengan organisasi hartanah yang lain.
Keunikkan yang diperolehi oleh OMHSB adalah transaksi jual beli yang dibuat dalah secara
ansuran tanpa faedah yang berjaya menarik perhatian pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai