Anda di halaman 1dari 15

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1

Pengenalan Latihan Industri

1.1.1

Pendahuluan

Sepertimana kebanyakan intitusi pengajian tinggi lain, latihan industri atau praktikal adalah satu perkara wajib dijalani oleh setiap pelajar yang dikenakan oleh Jabatan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah Politeknik Ungku Omar untuk melayakkan pelajar menerima atau dianugerahkan Diploma masingmasing.Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan bagi setiap pelajar di Politeknik iaitu semasa semester 4 bagi pelajar krusus diploma. Para pelajar akan menjalani Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai Pratikal selama satu

semester di syarikat atau di kilang yang dipilih oleh pelajar. Dalam tempoh itu pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau prosedur syarikat tersebut contohnya displin, kehadiran, pakaian dan lain-lain.

Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Mereka akan mengambil aliran yang berkaitan dengan krusus mereka semasa menjalani pratikal untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan perkara baru yang berkaitan dengan krusus yang diambil di politeknik.

Mereka juga dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman yang luas yang mana dapat membimbing pelatih untuk menjadi pekerja yang lebih produktif. Di samping itu juga pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan suasana kerja yang tenteram dan ceria.

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum menjalani latihan industri. Salah satunya adalah pelajar diberi kebebasan untuk memilih syarikat yang mereka mahu menjalani latihan industri, maka mereka perlu untuk mengajukan borang permohonan kepada syarikat tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Permohonan ini boleh dibuat melalui borang khas yang telah disediakan oleh pihak politeknik sendiri. Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat manamana tempat secara automatiknya akan dihantar oleh pihak politeknik melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) ke mana-mana syarikat, kilang atau jabatan kerajaan yang difikirkan sesuai dengan krusus yang diambil oleh pelajar berkenaan. Sebagai pelajar dinasihatkan supaya mengambil kira faktor pemilihan tempat latihan industri seperti kesesuaian bidang kursus, bentuk latihan yang mampu diberi oleh syarikat, kemudahan penginapan, pengangkutan dan sara diri. Seterusnya, paling penting pelajar memilih syarikat yang teguh dan mantap atau tidak menghadapi risiko muflis kerana jika perkara ini berlaku ianya akan

menyukarkan pelajar menjalani latihan industri.

Apabila pelajar telah diterima,

pelajar juga tidak dibenarkan sama sekali membuat inisiatif sendiri untuk menukar tempat latihan industri.

Selain itu, pelajar bukan sahaja perlu bekerja di syarikat tersebut, malah perlu membuat cacatan harian berkenaan dengan tugas yang dilakukan di dalam buku yang disediakan. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam menghasilkan sebuah buku laporan lengkap iaitu Buku Laporan Industri yang rasmi merangkumi segala penerangan terperinci mengenai tugas-tugas yang dilakukan.

Buku log, surat pengesahan tamat latihan industri, borang penilaian dan buku rasmi laporan industri adalah perkara-perkara yang perlu disediakan oleh pelajar mengikut segala garis panduan dan format yang ditetapkan oleh UPLI untuk mendapatkan hasil kerja yang professional. Dari situ, pensyarah akan membuat penilaian sejauh mana kewibawaan dan kemahiran serta pengalaman yang diperoleh oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri di syarikat berkenaan.

Selain itu, sebuah laporan yang rasmi boleh dijadikan rujukan kepada pelajarpelajar lain yang bakal mengikut latihan industri. Apabila seseorang pelajar

memasuki alam pekerjaan setelah tamat pengajian, buku laporan ini juga digunakan sebagai penilaian dan rujukan tambahan kepada majikan sebagai bukti pelajar berkenaan telah mempunyai sedikit pengalaman. Ini penting, kerana sebelum ini ada pelajar mengalami kesukaran memperolehi pekerjaan setelah tamat pengajian kerana tidak mempunyai bukti yang mana mereka telah pun mempunyai pengalaman bekerja.

Saya Muhammad Afiq Bin Aziz selaku pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan) telah menjalani latihan industri selama lebih kurang lima bulan di syarikat Mega Electrical Sdn. Bhd. Yang telah beroperasi selama dua puluh tahun menjalankan kerja-kerja membekal, memasang, menguji dan menguruskan sistem penyamanan udara serta kerja-kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal.

1.1.2

Objektif Latihan Industri

Objektif dalam menghantar pelajar mengikuti latihan industri mengikut kesesuaian bidang kursus yang diharapkan member manfaat kepada pelajar, Jabatan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia serta Politeknik Ungku Omar menetapkan objektif latihan industri adalah seperti di bawah :

a) Membina personaliti individu b) Berkomunikasi dengan berkesan c) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik d) Memberikan pendedahan kepada alam pekerjaan e) Menghasilkan laporan latihan industri

1.1.3

Objektif Laporan

Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri dibekalkan dengan satu buku laporan harian yang berkaitan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri,pelajar diwajibkan menyediakan satu laporan khas latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri selama satu semester.

Antara objektif laporan industri adalah seperti berikut : Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut. Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumat data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.

Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelajar. Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri. Sebagai rujukan kepada syarikat untuk penambah baikkan kepada syarikat di masa akan datang. Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma

politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

1.1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester, bagi pelajar yang mengambil diploma, akan menjalani latihan industri pada semester ke empat, manakala bagi pelajar Sijil akan menjalani latihan industri pada semester ke tiga, latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan mereka untuk dianugerahkan Sijil atau Diploma.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasana kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya. Pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat

memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma. Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui persekitaran kerja yang sebenar, ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di bilik kuliah atau dibengkel kepada kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini akan menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri. Melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat memupuk sikap bertoleransi dalam semua perkara dan sentiasa bekerjasama serta mesra dengan
5

semua orang. Ianya juga dapat menggalakkan pada semua pelajar agar berfikir secara matang dalam membuat keputusan dan pantas untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, para pelajar dapat mengeluarkan pendapat yang bernas untuk memberi kerjasama dalam menjalankan tugas. Dalam erti kata lain, ianya dapat

mendisiplinkan diri pelajar dan bertanggunujawab ke atas sesuatu perkara yang diamanahkan.

Akhir sekali saya dapati bahawa latihan industri ini dapat membantu para pelajar dalam melengkapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pelajar praktikal seharusnya memberi komitmen yang sepenuhnya untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang mahir di negara kita dalam pelbagai bidang.

1.2

Latar Belakang Organisasi

1.2.1

Pengenalan Organisasi

Bab pengenalan adalah suatu bab yang menerangkan tentang latar belakang, sejarah penubuhan, dan struktur organisasi pengurusan serta projek-projek bagi sesebuah firma samaada di jabatan kerajaan atau swasta. Disini akan dihuraikan dengan lebih lanjut lagi tentang latar belakang syarikat MEGA ELECTRICAL di mana tempat saya menjalani latihan industri.

Di dalam bab ini juga akan dihuraikan tentang serba sedikit tentang aktivitiaktiviti syarikat yang dijalankan, objektif penubuhan serta projek-projek bagi syarikat tersebut.

1.2.2

Latar Belakang Syarikat

NAMA SYARIKAT ALAMAT

:MEGA ELECTRICAL SDN BHD :LOT 1528 , TAPANG JALAN HOSPITAL 15200 KOTA BHARU KELANTAN DARULNAIM

NO.PENDAFTARAN SYARIKAT NO. TELEFON NO. FAKS PENGARAH URUSAN TARIKH PENUBUHAN CAWANGAN

:KT 0089967 :09-7646267 :09-7646267 :NAZLI BIN ABDUL RAHMAN :17 MEI 1992 :KUALA LUMPUR

1.2.3

Sejarah Penubuhan Syarikat Mega Electrical

ME
Sejak penubuhan syarikat ini iaitu Mega Electrical Sdn.Bhd. pada tahun 1992, pelanggan telah memberikan kepercayaan mereka terhadap syarikat ini untuk memasang dan menservis penyaman udara di rumah, pejabat dan projek-projek kerajaan. Syarikat ini yang beralamat di Lot 1528, Tapang, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan telah ditubuhkan pada 17 mei 1992. Syarikat ini ditubuhkan di atas nombor perniagaan KT 0089967 T berkelayakkan Pusat Khidmat Kontraktor

(PKK) Kelas D, Lembaga Pembangunan Indusatri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementterian Kewangan Malaysia serta Jabatan Bekalan Elektrik Kontraktor Pembaikan Elektrik. Syarikat Mega Electrical juga menjalankan perniagaan menjual penyaman udara serta pendawaian kipas pengudaraan (exhaust fan). Antara jenama-jenama penyaman udara yang dijual oleh syarikat ini seperti Acson, Topaire, Trane dan Fujitsu.

1.2.4

Perkhidmatan Yang Disediakan

I.

Servis yang disediakan

a)

Servis yang di sediakan oleh syarikat Mega Electrical kepada pelanggan

adalah seperti membaiki penyaman udara yang mengalami masalah, memcuci dalaman seperti mencuci debu pada filter samaada aircond jenis wall mounted, ceiling unit, cassete unit dan AHU unit. b) Syarikat Mega Electrical juga menyediakan servis kepada pelanggan seperti

mencuci lumut-lumut pada cooling tower dam mencuci chiller room bagi mana-mana jabatan kerajaan atau swasta yang mempunyai kedua-duanya seperti Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi. c) Servis yang disediakan oleh syarikat Mega Electrical kepada pelanggan Menukar alat ganti dan penyempurnaan alatan yang rosak. Sistem penyelenggaran, pembetulan dan pencegahan. Perkhidmatan pemasangan unit yang baru.

adalah seperti :

II.

Khidmat pelanggan

a) b)

Menjual dan membekalkan penyaman udara kepada pelanggan. Memasang penyaman udara di kediaman atau di pejabat pelanggan mengikut

kehendak pelanggan. Memasang dan membuat pendawaian pada aircond samaada jenis wall mounted, ceiling unit, cassete unit, AHU unit dan Cooling Tower. c) Khidmat pelanggan yang disediakan oleh syarikat Mega Electrical adalah Menjual dan membekalkan aircond kepada pelanggan yang ingin membeli aircond.

seperti :

Memasang aircond di kediaman atau di pejabat pelanggan mengikut kehendak pelanggan. Memasang dan membuat pendawaian elektrik pada aircond samaada jenis wall mounted, ceiling unit, cassete unit,AHU unit dan Cooling Tower.

1.2.5

Piagam Pelanggan Syarikat Mega Electrical

Objektif Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Visi Menjadi syarikat yang profesional dan tersohor di Malaysia dengan kepakaran dalam pelbagai bidang mekanikal, perkhidmatan, penyelenggaran dengan menggunakan peralatan moden yang berjaya memuaskan keperluan dan hati para pelanggan pada setiap masa.

Misi Selaras dengan perkembangan ekonomi semasa, syarikat Mega Electrical telah mengorak langkah bersama-sama syarikat-syarikat lain untuk mencuba nasib dalam bidang kontraktor bagi menyahut seruan pemimpin iaitu agar kaum bumiputra dan kaum lain turut bersama meningkatkan lagi taraf ekonomi Negara.

10

Syarikat Mega Electrical akan sentiasa mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan agar dapat memenuhi kehendak dan memuaskan hati pelanggan tanpa melanggar kaedah-kaedah industri dan juga piawaian yang telah ditetapkan. Syarikat Mega Electrical juga akan menjadi sumber bagi mempelajari dan menyalurkan ilmu dalam bidang yang diceburi disamping membuka peluang pekerjaan dan memberi pendapatan kepada kakitangan khususnya dan masyarakat amnya.

Polisi Kualiti Pengurusan dan kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat Mega Electrical sangat komited dalam memberikan apa yang pelanggan perlukan dan dapat memuaskan hati para pelanggan melalui cara berikut: I. Kualiti Pekerjaan Kecekapan teknikaluntuk mencapai tahap cemerlang dalam

menyelesaikan semua masalah yang dihadapi pelanggan. II. Kualiti Perkhidmatan Segala projek dan perkhidmatan di siapkan dalam masa yang di tetapkan- untuk mencapai purata kejayaan 99% tidak ada permintaan baik pulih semula atau aduan perkhidmatan teknikal yang tidak memuaskan. III. Kualiti Pengurusan Tindakbalas yang cepat dan perkhidmatan yang diberikan- kerja dapat disiapkan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh pelanggan dan pekerja.

11

1.2.6

Polisi Kesihatan,Keselamatan Dan Persekitaran

Syarikat Mega Electrical, ia adalah tunggak utama dalam syarikat ini, maka menjadi keutamaan kami untuk menyediakan tempat yang selamat dan menjamin kesihatan para pekerja. Pihak pengurusan sepenuhnya mengambil langkah yang sepatutnya bagi menyediakan atau memastikan keselamatan dan menyediakan latihan yang sepatutnya bagi mempromosikan kesihatan, keselamatan dan persekitaran kepada para pekerja dan masyarakat. Pihak pengurusan meletakkan keselamatan, kesihatan dan persekitaran setaraf dengan fungsi pengurusan yang lain. Pihak pengurus dan supervisor telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan semua pekerjaan yang di lakukan secara selamat, sihat dan mesra alam. Para pekerja adalah sama-sama bertanggungjawab melakukan kerja secara selamat dan juga memastikan keadah tempat adalah selamat. Pihak pengurusan hendaklah memastikan mereka tidak memandang ringan terhadap keselamatan para pekerja walau apa sebab sekali pun dan pihak pengurusan juga turuti segala keperluan undang-undang seperti DOSH dan undang-undang yang lain. Pihak pengurusan turut mengamalkan sistem pengurusan keselamatan bertujuan untuk memastikan para pekerja mengetaui cara-cara atau prosedur penggunaan alatan secara selamat. Mengelakkan kemalangan adalah tanggungjawab semua pihak. Semua pihak perlu berkerjasama untuk mencapai tiada kemalangan yang berlaku dan memastikan keselamatan dan tempat kerja berada dalam keadaan baik dan bersih.

12

1.2.7

Carta Organisasi Syarikat Mega Electrical Sdn.Bhd

Manager Nazli Bin Abdul Rahman Project Supervisor W.Markazam Bin W.Semail Purchaser Marzuki Bin Mohd Technician Irwan Bin Ismail

13

14

15

Anda mungkin juga menyukai