Anda di halaman 1dari 68

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Program Latihan Industri merupakan suatu program yang diwajibkan


ke atas para pelajar untuk peringkat Sijil dan Diploma sebelum menamatkan
pengajian mereka di Politeknik. Semua pelajar peringkat Diploma perlu
mengikuti Latihan Industri pada semester keenam.

Latihan Industri juga merupakan satu komponen penting dalam


kurikulum pembelajaran di Politeknik. Pelajar hendaklah lulus latihan
industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma di
Politeknik Kementerian Malaysia.

Latihan Industri bertujuan untuk memberikan suasana sebenar di alam


pekerjaan kepada para pelajar, suasana tersebut amat berbeza dengan suasana
pembelajaran di Politeknik. Selain itu, latihan industri ini bertujuan mendidik
pelajar menghadapi pelbagai masalah yang bakal diharungi dan terserah
kepada pelajar untuk menyelesaikannya.

Latihan Industri juga menggalakkan para pelajar mempelajari sesuatu


perkara yang tidak di ajar di Politeknik. Pelajar seharusnya menimba seribu
satu pengalaman didalam latihan industri ini. Ini juga memberi manfaat
berguna sebelum pelajar melangkah ke alam pekerjaan sebenar yang
mencabar.

1
1.2 Pendahuluan

Segala yang dilakukan adalah yang berkaitan dengan pembelajaran


yang telah dipelajari di Politeknik sebelum menjalani program Latihan
Industri ini. Pelajar akan ditempatkan di Jabatan Kerajaan atau Swasta selama
satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang
sebenar serta berbeza daripada suasana pembelajaran di Politeknik. Pelajar
juga akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang belum pernah di
tempuhi.

Buku laporan Latihan Industri ini disediakan akan dibukukan bagi


menerangkan tentang pengurusan yang dilakukan oleh syarikat dimana ia
melibatkan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan tenaga supaya dapat
mempertingkatkan lagi pengeluaran syarikat.

Pelajar semester 6 untuk peringkat Diploma Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (Rangkaian) bagi sesi Jun 2019 adalah diwajibkan untuk
menjalani program latihan industri ini selama 6 bulan yang bermula 1 Julai
2019 dan berakhir pada 15 November 2019. Ia merupakan salah satu daripada
syarat bagi pelajar untuk lulus dan mendapatkan Diploma bagi kursus yang
diikuti selama pengajian di Politeknik. Buku laporan ini adalah berdasarkan
aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh latihan itu dijalankan.

2
1.3 Objektif Latihan Industri

Tujuan utama Latihan Industri diadakan adalah untuk memberi


peluang kepada pelajar supaya dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di
Politeknik dan digunakan semasa menjalankan kerja-kerja yang diberi. Setiap
aktiviti yang dilakukan mesti mempunyai objektif, begitu juga dengan latihan
industri yang bukan sahaja wajib bagi pelajar seluruh Malaysia tetapi juga
wajib bagi pelajar-pelajar industri Pengajian Tinggi Malaysia yang lain.
Berikut merupakan objektif Latihan Industri yang perlu dihayati dan dicapai
oleh pelajar, seperti mana yang telah digariskan oleh pihak Politeknik
Muadzam Shah.

Objektif latihan industri diadakan ialah membolehkan pelajar :


i) Mempelajari beberapa aspek pekerjaan di organisasi / industri bagi
mendapat kemahiran asas dalam jangka masa yang ditetapkan.
Dengan ini pelajar dapat menimba pengalaman baru di mana, merasai
situasi alam pekerjaan yang bakal dilalui oleh pelajar selepas tamat
pengajian nanti. Dengan ini pelajar akan dapat mengetahui skop
bidang kerja mereka sebelum mereka benar-benar melangkah ke alam
pekerjaan sebenar. Di samping melahirkan para pelajar yang bukan
sahaja mahir dari segi teori dan praktikal malah mengambil kira
masalah dunia teknologi maklumat.

ii) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.


Sifat amanah dan bertanggungjawab adalah tunjang kepada
pembentukkan pekerja yang beretika dan cemerlang. Melalui Latihan
Industri pelajar dapat menanam sifat amanah serta bertanggungjawab
dalam diri dan sekaligus melahirkan keyakinan kepada pelajar.

iii) Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dengan


ini pelajar dapat menimba pengalaman baru di mana, merasai situasi
alam pekerjaan yang bakal dilalui oleh pelajar selepas tamat pengajian
nanti. Di samping melahirkan para pelajar yang bukan sahaja mahir
dari segi teori dan praktikal malah mengambil kira masalah dunia
teknologi sekarang.

iv) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan etika semasa


berada di tempat latihan industri. Melalui latihan industri, pelajar
dapat mengetahui peraturan- peraturan keselamatan di tempat kerja

3
dan seterusnya mempraktikkannya semasa berada di alam pekerjaan
sebenar.
v) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari
dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya. Program latihan ini
akan memberi peluang kepada pelajar bergerak aktif dan menambah
pengetahuan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif khususnya yang
berkaitan dengan bidang yang diceburi. Selain itu, pelajar juga dapat
mengaitkan teori dengan pembelajaran semasa di Politeknik
berbanding aspek praktikal semasa di firma.

vi) Membina daya kreativiti dan menyumbang buah fikiran yang


berkualiti kepada organisasi / industri. Dalam menjalani latihan
industri, pelajar akan melatih diri untuk menanam semangat kerja
berpasukan. Bekerja dalam pasukan membolehkan pelajar memberi
komitmen dari segi memberi cadangan atau buah fikiran yang
berkualiti. Justeru itu ia dapat membina kreativiti yang baik di
kalangan pelajar dan organisasi.

vii) Menyediakan laporan rasmi dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan


oleh Politeknik. Laporan latihan industri perlu disediakan dalam
bentuk buku dengan mengikut skima dan panduan yang telah
ditetapkan oleh pihak Politeknik bagi menghasilkan buku laporan
yang bermutu. Selain itu juga tugasan-tugasan lain yang diarahkan
oleh pihak Politeknik juga perlu dijalankan bagi melengkapkan
program Latihan Industri yang dijalankan.

4
1.4 Objektif Laporan

Objektif laporan yang dibuat oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri
adalah untuk melatih pelajar membuat laporan lengkap untuk diaplikasikan
kepada alam pekerjaan kelak. Laporan perlu dibuat apabila sesuatu tugas
telah dilakukan sebagai bukti kepada pihak atasan. Dengan penulisan laporan,
pelajar dapat menilai kebolehan diri untuk menyediakan satu laporan rasmi
mengikut prosedur yang betul.
Selain itu, setiap pelajar yang menjalani latihan industri diwajibkan
menyediakan satu laporan lengkap berkaitan dengan latihan yang telah
diikuti. Tujuan laporan ini disediakan adalah :

i. Dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada


pelajar selain untuk menguatkan ingatan yang kuat terhadap
bidang dan tugas yang dilakukan sepanjang latihan.

ii. Untuk membolehkan pensyarah menilai kebolehan dan


kredibiliti pelajar menulis sebuah laporan yang bermutu
mengikut format yang ditetapkan.

iii. Untuk mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang telah


dijalankan sepanjang latihan industri.

iv. Menjadi bahan bukti secara ilmiah bagi seseorang pelajar itu
yang telah menamatkan latihan industri.

v. Laporan yang baik dan bermutu boleh digunakan sebagai


dokumen sokongan dalam sesuatu temuduga kerjaya kelak.

vi. Bagi memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma dari


Politeknik.

5
1.5 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Pihak Politeknik Muadzam Shah ( PMS ) telah menetapkan syarat


kepada semua pelajar yang menjalani Latihan Industri perlu menyediakan dan
menyiapkan satu laporan rasmi mengenai aktiviti dan kerja yang dilakukan
oleh pelajar dan fungsi sesebuah syarikat atau agensi. Sepanjang menjalani
latihan, pelajar dikehendaki menulis kerja- kerja yang dilakukan serta tugasan
yang diberikan ke dalam Jurnal Refleksi Latihan Industri / Buku Laporan
Harian yang diberikan. Catatan harian ini amat penting kepada pelajar untuk
dijadikan bahan rujukan semasa menyiapkan laporan industri untuk dihantar
kepada pihak- pihak berkenaan di Politeknik bertujuan untuk semakan dan
penilaian.

Latihan Industri adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar


alam pekerjaan yang sebenar yang bakal dihadapi nanti dan dapat
mencetuskan idea- idea baru, bernas dan berkesan kepada pelajar dan juga
kepada firma atau agensi. Setiap pelajar yang menjalani latihan sudah tentu
memperolehi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik semasa latihan
industri. Pelajar juga memperolehi ilmu secara teori dengan baik bagi
memudahkan pelajar dalam menjalani latihan dengan penggabungan ilmu,
teori dan latihan menghasilkan kerja yang bermutu dan berkualiti.

Dengan latihan industri ini dapat menanam semangat kerjasama


berorganisasi dan berinteraksi baik sesama staf di dalam pejabat. Selain
daripada itu, dapat meluaskan pengalaman dalam pergaulan dengan
kumpulan masyarakat pekerja di dalam diri setiap pelajar yang menjalani
latihan industri. Di samping itu, para pelajar dapat menilai kebolehan diri
sendiri dalam persediaan menghadapi alam pekerjaan semasa dalam latihan
industri.

Latihan Industri juga dapat membantu pelajar bersikap lebih yakin


dengan ilmu serta pengalaman yang diperolehi di tempat latihan untuk
meneruskan bidang yang sama dalam bidang pekerjaan yang sebenar, dengan
ini akan dapat melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dengan
memperolehi mata kredit yang cemerlang apabila tamat pengajian untuk
memiliki segulung diploma.

6
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.1 Logo Tenaga Nasional Berhad

Nama Syarikat : Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Alamat Syarikat : Tenaga Nasional Berhad (Kota Bharu)


Aras 5, Wisma TNB, Jalan Tok Hakim
15000 Kota Bharu, Kelantan.

Tahun Penubuhan : Tahun 1949 (Lembaga Letrik Negara)

No Tel : 09-7451000 / 09-7451100

Faks : 09-7449161 / 09-7473611

7
Pengarah Syarikat : Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (CEO)

Email : azuan.ibrahim@tnb.com.my

Rajah 2.1 : Pelan lokasi TNB, Kota Bharu

Jabatan Bekalan Elektrik telah ditubuhkan di bawah Akta Bekalan Elektrik (Akta
447) pada 1 September 1990, sebagai sebuah badan kawalselia industri bekalan
elektrik apabila Lembaga Letrik Negara (LLN) diswastakan menjadi Tenaga
Nasional Berhad (TNB). Jabatan ini juga mengambil alih fungsi dan tugas Jabatan
Jemaah Pemeriksa Elektrik yang sebelum ini bertanggungjawab ke atas keselamatan
elektrik di negara ini. Jabatan Bekalan Elektrik ditubuhkan dengan jumlah
perjawatan sebanyak 151.

8
Pada bulan April 1993 satu Jabatan Bekalan Gas telah ditubuhkan untuk
mengawalselia industri pengagihan gas di Semenanjung Malaysia. Ketua Pengarah
Bekalan Elektrik telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bekalan Gas. Akta Bekalan
Gas 1993 telah diwartakan pada 4 Februari 1993.

Walau bagaimanapun portfolio Kawalselia dan Keselamatan Gas ini adalah di


bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Jabatan tersebut setelah diletakan di
bawah pentadbiran Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Elektrik telah dikenali sebagai
Bahagian Kawalselia dan Keselamatan Gas bagi tujuan memudahkan pentadbiran
dalaman. Ini bermakna dua jabatan yang berlainan portfolio telah diketuai oleh
seorang Ketua Pengarah, begitu juga aspek pentadbiran di mana Bahagian
Pentadbiran yang ada menyelia dua jabatan yang berbeza bersumberkan jumlah
kakitangan yang sedia ada. Bahagian Kawalselia dan Keselamatan Gas mempunyai
jumlah perjawatan sebanyak 8 orang.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar
di Malaysia dengan aset bernilai RM60 bilion dan memberi khidmat kepada lebih
enam juta pelanggan di seluruh Semenanjung dan Sabah. Aktiviti teras TNB ialah
penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. Hari ini, TNB adalah
merupakan syarikat utama dalam penjanaan tenaga elektrik dan merupakan satu
bahagian penting dalam rangkaian kepelbagaian aktiviti perniagaan Kumpulan TNB
mempunyai keupayaan penjanaan terbesar iaitu 10,854.5MW. Kini, TNB
mempunyai sistem pembekalan elektrik yang lengkap, termasuk Grid Nasional, Pusat
Perkhidmatan Pelanggan, Pusat

Pengurusan Panggilan dan pejabat-pejabat pentadbiran di seluruh


Semenanjung Malaysia dan Sabah. TNB, melalui subsidiari-subsidiarinya juga turut
terlibat di dalam pembuatan alatubah, perkakasuis bervoltan tinggi dan kabel;
menyediakan perkhidmatan perundingan profesional, senibina, perkhidmatan-
perkhidmatan dan kerja-kerja kejuruteraan awam dan elektrik, perkhidmatan-
perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan dan bahanapi, menjalankan
penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan hartanah dan perkhidmatan

9
pengurusan projek. TNB turut menawarkan pendidikan tinggi melalui universitinya –
Universiti Tenaga Nasional.

2.2 Pengenalan Organisasi

Negeri Kelantan dengan keluasan 14,922km persegi mempunyai


penduduk seramai 1.2 juta orang. Daripada segi pentadbiran negeri Kelantan
dibahagikan kepada sepuluh jajahan. Ekonomi negeri Kelantan masih lagi
bergantung kepada hasil pertanian dan pembangunan hanya tertumpu kepada
Kelantan Utara iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Pasir
Puteh.

Tenaga Nasional Berhad negeri Kelantan yang mana terletak dibawah


pentadbiran Pengurus Wilayah ( Kelantan ) di Kota Bharu adalah berfungsi
dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran Tenaga Nasional Berhad di
Negeri Kelantan.

Di negeri Kelantan terdapat dua pejabat daerah TNB iaitu Kota Bharu
dan Tanah Merah yang mana masing-masing diketui oleh Pengurus Daerah
yang bergred JG22-JG24. Dibawah daerah berkenaan terdapat pengurus
daerah dan ketua cawangan yang membantu pengurus-pengurus daerah
berkenaan.

Terdapat dua stesen besar di TNB Kelantan dan setiap stesen besar
tersebut menpunyai stesen-stesen kecil iaitu :

 Stesen TNB Kota Bharu

10
i. Stesen TNB Bachok, stesen TNB Ketereh, stesen TNB Pasir
Puteh, stesen TNB Pasir Mas dan stesen TNB Tumpat.

 Stesen TNB Tanah Merah


i. Stesen TNB Kuala Krai, stesen TNB Machang, stesen TNB
Jeli dan stesen TNB Gua Musang.

2.3 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

2.3.1 Sejarah Penubuhan TNB Kota Bharu

Ditubuhkan sebagai Eletricity Department atau pun Jabaan Elektrik negeri


Kelantan pada tahun 1926 bagi menguruskan bekalan elektrik kepada awam. Pejabat
yang pertama bertempat di sebuah bangunan kedai di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu.
Rumah loji janakuasa telah didirikan di Parit Dalam, Jalan Tok Hakim, tapak asal
CEB/LLN, bersebelahan Wisma TNB sekarang. Bekalan elektrik telah dijana
daripada beberapa unit set enjin diesel kecil. Pada bulan September 1952, kehendak
maksimum tertinggi yang telah tercatat bagiseluruh negeri Kelantan ialah sebanyak
905kW.

Pada tahun 1949 Jabatan Elektrik telah berpindah milik kepada Lembaga
Letrik Pusat (LLP/Central Electricity Board (CEB), sebagai sebuah badan berkanun
di bawah Ordinan Bekalan Elektrik 1949. Seterusnya, nama tersebut telah bertukar
kepada Lembaga Letrik Negara pada tahun 1965. Dari bangunan kedai yang disewa,
pejabat Lembaga Letrik Pusat di Kelantan telah berpindah ke bangunan sendiri di
Jalan Ismail, berdepan dengan Medan Tuan Padang, Kota Bharu (Jam Besar) dalam
tahun 1958.

Pentadbiran pada masa itu ialah di bawah Pengurus Daerah yang ditenpatkan
di Kota Bharu dengan bidang kuasa meliputi seluruh negeri Kelantan dan
Terengganu.

11
Seterusnya, pejabat bagi menguruskan hal ehwal bekalan elektrik telah
diwujudkan di Pasir Mas dan Kuala Krai yang diketuai oleh Pegawai yang menjaga
yang bertanggungjawab kapada Pengurus Daeah di Kota Bharu. Pejabat di Kota
Bharu ini telah bertahan sehingga tahun 1964 apabila LLP/CEB telah membina
sebuah bangunan yang baru di tapak loji janakuasa asal Parit Dalam di Jalan Tok
Hakim. Bangunan lama di Jalan Ismail sekarang digunakan sebagai pejabat pusat
pengurusan bekalan.

Bangunan yang baru dan terkini pada masa itu di Jalan Tok Hakim telah
dirasmikan oleh Sultan Kelantan Al-Marhum DYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-
Marhum Sultan Ibrahim pada tanggal 2 Jun 1964. Bangunan ini telah digunakan
selama 34 tahun sehingga 1998 apabila siapnya bangunan Wisma TNB di Jalan Tok
Hakim. Pembinaan bangunan baru yang banyak keistimewaan ini adalah bagi
menampung pejabat-pejabat TNB di Kota Bharu yang terus berkembang selari
dengan perkembangan bekalan elektrik di negeri Kelantan.

Pada tahun-tahun tersebut sehingga Februari 1971, seluruh Kelantan telah


ditadbir oleh Pengurus Daerah di Kota Bharu yang melapor kepada Pengurus
Kawasan (Timur) yang ditempatkan di ibu pejabat. Pada awal 1968, Pengurus
Kawasan (Timur) yang pertama ditempatkan di Kota Bharu iaitu Encik Loong Sau
Toong dan pada tahun 1971, pejabat Pengurus Kawasan (Timur) telah dipindahkan
ke Kuantan, Pahang ketika diketuai oleh Encik ARajadurai. Pada tahun 1978, unit
Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) telah ditubuhkan dengan diketuai oleh
En.Abas Mehad. Ini telah membolehkan bekalan elektrik diperluaskan dengan lebih
cepat dan berkesan lagi. Tahun-tahun berikutnya beberapa pejabat TNB juga telah
ditubuhkan termasuklah pejabat TNB Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan
Bachok selain dari pejabat-pejabat sedia ada dinaik taraf dengan diketuai oleh
jurutera.

Selaras dengan mementingkan perkhidmatan kepada pengguna, kaunter


pandu masuk yang pertama di Wilayah Timur yang terletak di hadapan pejabat telah
dirasmikan pada 20 Jun 1989 oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan. Ketika itu

12
Y.B. Dato’ Ahmad Rastom bin Dato’ Ahmad Mahir. Kaunter ini telah mendapat
sambutan yang menggalakkan dari para pengguna. Selain dari itu, di daerah-daerah
lain bangunan baru juga ditubuhkan bagi keselesaan para pengguna. Selain dari
menyediakan bekalan elektrik di Kelantan, anggota kerja TNB Kota Bharu, Kelantan
tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam aktivi keagamaan, sukan dan social
melalui PKPI, Kelab Kilat dan PELITAWANIS. Kelab Kilat yang telah lama
ditubuhkan telah berjaya menjuarai Juara Kugiran LLN pada tahun 1969, beberapa
kali menjuarai liga bola sepak Kelantan dan pernah menjuarai piala FAM pada tahun
1977 dan berjaya ke Liga Perdana Dua pada tahun 1999.
2.3.2 Sejarah Penubuhan TNB Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan sebuah syarikat elektrik yang


terbesar di Malaysia dengan memiliki aset yang melebihi 60 bilion dan jumlah ini
mampu menampung keseluruhan permintaan yang melebihi 20 juta rakyat Malaysia.
Aktiviti seperti penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik merupakan aktiviti
utama yang dijalankan oleh TNB. TNB telah ditubuhkan pada September 1990 yang
lalu melalui pengkorporatan dan penswastaan oleh kerajaan Malaysia selepas
Nasional Electricity Board (NEB) ditubuhkan pada tahun 1949.
Walaubagaimanapun nama asalnya adalah Central Electrisity Board (CEB)
sehinggalah namanya ditukar kepada NEB pada tahun 1965.

Dewasa ini, TNB merupakan syarikat elektrik yang memainkan peranan


utama di dalam penjanaan elektrik dengan memberikan kepentingan dalam pelbagai
kumpulan yang mempunyai pelbagai aktiviti perniagaan. Kumpulan TNB ini juga
merupakan sebuah syarikat penjanaan terbesar yang mempunyai kapasiti sebanyak
10,481 MV. Selain daripada itu, kumpulan TNB telah melengkapkan sistem
pembekalan kuasa termasuk grid antarbangsa baru-baru ini. Manakala bagi
kemudahan perniagaan pula, TNB telah menyediakan pusat khidmat pelanggan,
pusat pengurusan panggilan dan pejabat pentadbiran yang merangkumi seluruh
Semenanjung Malaysia dan Sabah. Melalui subsidiari pula, TNB juga terlibat dalam
pembuatan ‘transformer’, perkhidmatan perundingan profesional tentang perkabelan,
pembinaan, sivil dan perkhidmatan kejuruteraan elektrik, perkhidmatan pembaikan

13
dan penyelenggaraan serta pembangunan harta benda dan juga perkhidmatan
pengurusan projek. TNB juga menawarkan perkhidmatan pendidikan yang diberi
nama Universiti Tenaga Nasional ataupun lebih dikenali sebagai UNITEN.

Nama syarikat : Tenaga Nasional Berhad (TNB)


Penyenaraian : Papan utama (Bursa Malaysia)
Kaunter : Perkhidmatan atau Perdagangan
Alamat : Level 4, TNB Headquarter, 129, Jalan Bangsar,
59200, KUALA LUMPUR.
2.4 Ahli Lembaga Pengarah

14
Rajah 2.2 : Carta Organisasi Ahli Lembaga Pengarah

2.5 Aktiviti Organisasi

Aktiviti utama yang dijalankan oleh TNB ialah membekalkan sumber


tenaga elektrik kepada pelanggan. Di samping itu juga, TNB menawarkan
perkhidmatan penjanaan, penghantaran, pembahagian dan Sabah Electricity
Sdn.Bhd. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh TNB ialah:

• Penjanaan – Pembahagian Penjanaan (TNBG) selepas penstrukturan


semula TNB, adalah merupakan suatu objektif jangka panjang yang bakal
ditempoh seiring dengan tren perubahan global. Ini adalah untuk
mencipta nilai yang lebih baik dalam rangkaian perniagaan utama dengan
memberi penekanan kepada kumpulan perniagaan untuk menjadikan TNB
sebagai sebuah syarikat yang berdiri kukuh serta lebih berjaya dalam
penjanaan elektrik di Malaysia. Pembahagian ini bertanggungjawab di
atas operasi, penyelenggaraan dan pembangunan penjanaan aset di
Semenanjung Malaysia.

• Penghantaran – Pengurusan Pembahagian penghantaran dan operasi


untuk 132KV, 275KV dan 500KV bagi rangkaian penghantaran untuk
TNB. Pembahagaian penghantaran ini (TNBT), bertanggungjawab untuk

15
semua aktiviti penghantaran spektrum dalam perancanagan TNB,
penilaian, perlaksanaan dan penyelenggaraan penghantaran aset.

• Pembahagian – Bahagian pembahagian ini mengandungi tiga subsidiari,


pembahagian TNB (TNBD), perkhidmatan meter TNB (TNBM) dan
tenaga SPL (Tenaga Sistem Pendinginan Perlindungan). Aktiviti teras
TNB ialah penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik.TNB merupakan
syarikat utama dalam penjanaan tenaga elektrik dan merupakan satu
bahagian penting dalam rangkaian kepelbagaian aktiviti perniagaan
kumpulan. Selain itu, TNB juga mempunyai keupayaan penjanaan
terbesar iaitu 10854.5 MV. Syarikat subsidiari milik TNB seperti TNBJ
dan TNB Liberty Power Limited terlibat dalam penjanaan kuasa bahan
api dan syarikat subsidiari ini menyumbang pertumbuhan dan kadar
keuntungan TNB.

Syarikat TNB merupakan pelopor utama yang membekalkan sumber


tenaga elektrik keseluruh Semenenjung Malaysia Dan Sabah. Ini merupakan
salah satu kelebihan kepada syarikat TNB kerana tidak mempunyai pesaing
di dalam bidang perniagaan yang sama dari segi pelanggan, syarikat TNB
telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah pelanggan dari tahun ke tahun.
Peningkatan jumlah pelanggan ini dapat dilihat melalui jadual Jumlah
Pelanggan Berdaftar syarikat TNB di bawah:

TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN


2000 2001 2002 2003
DOMESTIK 4126799 4354123 4569628 4782255
KOMERSIAL 792888 821831 862826 903981
PERINDUSTRIAN 21235 21438 21382 21317
PERLOMBONGA 49 42 45 32
N
LAMPU AWAM 26158 26439 27793 32391
JUMLAH 5027129 5223905 5223905 5750976

Jadual 2.1 : Jumlah pelanggan berdaftar syarikat TNB tahun 2000 - 2003

16
Daripada jadual Jumlah Pelanggan Berdaftar syarikat TNB tahun
2000 hingga tahun 2003 menunjukkan bahawa syarikat TNB telah meningkat
dari 5027129 pengguna pada tahun 2000 kepada 5750976 pada tahun 2003.
Bilangan berdaftar pada 31 Ogos 2003 ialah 5750976 di Semenanjung
Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4.9% daripada tahun yang
sebelumnya. Bilangan pelanggan domestik pula mencatatkan jumlah 83.03%
daripada keseluruhan bilangan pelanggan TNB. Manakala sektor
perdagangan pula mencatatkan jumlah sebanyak 15.7%, penggunaan lampu
awam oleh pengguna ialah 0.6% dan akhir sekali sektor perindustrian
sebanyak 0.4%.

2.6 Misi , Visi Dan Halatuju Organisasi

2.6.1 Misi

“ Kami beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam produk dan


perkhidmatan ”
“ We are committed to excellent in our product and service “

2.6.2 Visi

17
“ Untuk menjadi antara badan korporat yang terunggul di dunia
dalam bisnes tenaga dan yang berkaitan ”
“ To be the leading corporation in energy and related businesses
globally”

2.6.3 Halatuju Organisasi

Projek Enterprise Resource Management System (ERMS) adalah amat penting


kerana ia boleh meningkatkan keupayaan bisnes TNB dalam aspek iaitu:

 Mengurangkan masa yang diambil untuk mengendalikan proses operasi


secara keseluruhan dengan :

a) Menambahkan automasi proses kerja yang kini dikendalikan secara


manual.
b) Melaksanakan sistem yang bersepadu di antara semua bahagian TNB.
c) Data dari satu sumber dapat dilihat oleh jabatan–jabatan lain melalui
sistem tersebut.
 Contoh bagaimana sistem bersepadu dapat mengurangkan masa:

Keperluan bahan dikenalpasti

Bahan diminta

Permintaan dipaparkan di sistem

Maklumat dimasukkan di dalam sistem

18
 Memperkukuhkan proses operasi dengan menggabungkan amalan-amalan
terbaik. Salah satu contoh amalan terbaik industri adalah konsisten iaitu
mempertingkatkan tahap keberkesanan bekalan elektrik dengan
mengurangkan kadar gangguan elektrik. Ini dapat dicapai melalui
perancangan yang lebih baik serta proses penyelenggaraan yang telah
dipertingkatkan.

2.7 Carta Organisasi

2.7.1 Network Solutions Support (NSS)

Rajah 2.3 Unit Network Solutions Support (NSS)

2.7.2 Business Support Office Kelantan (BSO)

19
Rajah 2.4 Business Support Office Kelantan (BSO)
2.7.3 Local Finance Representative Kelantan

Rajah 2.5 Local Finance Representative Kelantan

2.7.4 Local Procument Representative Kelantan

20
Rajah 2.6 Local Procument Representative Kelantan

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
(AKTIVITI MINGGUAN)

3.1 Pengenalan

Ringkasan aktiviti Laporan Latihan Industri ini adalah merupakan


aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh Latihan Industri.
Dengan adanya ringkasan ini, para pelajar boleh menceritakan serba sedikit
berkaitan perkara yang telah dilakukan sewaktu latihan dijalankan. Laporan
perlu dibuat apabila sesuatu tugas telah dilakukan sebagai bukti kepada pihak
atasan untuk menilai kebolehan diri pelajar untuk menyediakan satu laporan
rasmi mengikut prosedur yang betul berdasarkan ringkasan aktiviti latihan
industri.

Selain itu ringkasan aktiviti Latihan Industri ini dibuat bertujuan untuk
mengetahui kerja-kerja yang telah dilakukan oleh setiap pelatih semasa

21
menjalankan Latihan Industri. Seperti saya, saya telah menjalani Latihan
Industri di Tenaga Nasional Berhad bertempat di Kota Bharu Kelantan.

Berikut merupakan ringkasan-ringkasan aktiviti sepanjang Latihan


Industri di Tenaga Nasional Berhad. Ringkasan ini dibuat bagi setiap minggu
bermula dari minggu pertama hinggalah minggu terakhir menjalani Latihan
Industri. Bahan rujukan yang digunakan ialah Buku Laporan Harian yang di
sediakan oleh pihak Politeknik Muadzam Shah kepada pelajar Latihan
Industri di mana buku tersebut mencatatkan aktiviti tugasan yang dilakukan
setiap hari.

3.2 Ringkasan Tugasan Semasa Menjalani Latihan Industri

MINGGU AKTIVITI

1. Melaporkan diri di Tenaga Nasional Berhad


(TNB).
2. Mendengar taklimat ringkas tentang
peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.
Minggu Ke – 1 3. Perjumpaan bersama supervisor yang
bernama Azhan Bin Zakaria @ Che Daud
(1/7/2019 – 4/7/2019)
dari ”Unit Asset Data Management,
Distribution Network, TNB.
4. Mengisi data untuk bil air.
5. Pemasangan Ink jenis Laser Jet.

Minggu Ke – 2 1. Membuat sambungan Sistem PABX dan


telefon.
(7/7/2019 – 11/7/2019) 2. Mengenali cara penggunaan Sistem PABX

22
(Private Automatic Branch Exchange).
3. Cara pengisian borang untuk lampu jalan.
4. Membuat lawatan ke bilik server.
5. Pemeriksaan no siri pada printer.

1. Melihat juruteknik melaksanakan sistem


PABX di TNB (Kota Bharu).
2. Penggunaan Application ”My TNB”.
3. Pemeriksaan bilik M.D.F bersama
juruteknik untuk di naik taraf.
Minggu Ke – 3 4. Melihat juruteknik melaksanakan sistem
PABX di TNB (Bachok).
(14/7/2019 – 18/7/2019)
5. Pertukaran supervisor dan berjumpa dengan
supervisor yang baru yang bernama
Zulkarnain Bin Yusoff dari unit
”Pentadbiran Sistem Tertinggi, Jabatan NSS
Bahagian TGBS, TNB.

1. Membuat lawatan ke bilik H.H.C adalah


bilik PDA (Personal Digital Assistant).
2. Mencatat taraf bateri dan mencatat no siri
Minggu Ke – 4
pada bateri.
3. Melihat juruteknik melaksanakan sistem
(21/7/2019 – 25/7/2019)
PABX di TNB (Bachok), sistem PABX.
4. Pengurusan Bekalan Kuasa. (Fault Finder).
5. Kemaskini data bank. Key-in Statement data
dari tahun 2010 – 2014.

Minggu Ke – 5
1. Kemaskini data bank. Key-in Statement data
(28/7/2019 – 1/8/2019) dari tahun 2010 – 2014.
2. Pemeriksaan PDA BCRM dan mencuci
PDA Printer, serta mencatat no siri bateri.
3. Add Printer untuk staf yang baru membuat
pertukaran station dari TNB Lundang ke
TNB Tumpat.
4. Kemaskini data bank. Key-in Statement data

23
dari tahun 2015.

Minggu Ke – 6 1. Kemaskini data bank. Key-in Statement data


dari tahun 2015, 2016 dan 2017.
(5/8/2019 – 8/8/2019)

Minggu Ke – 7 1. Kemaskini data bank. Key-in Statement data


dari tahun 2017.
(13/8/2019 – 15/8/2019)

1. Kemaskini data bank. Key-in Statement data


dari tahun 2017.
Minggu Ke – 8
2. Belajar cara membuat kabel RJ-45.
(18/8/2019 – 22/8/2019) 3. Memasang konektor RJ-45 pada kabel UTP.
4. Projek Baiti Jannati 2019.
5. Program ICT service KIOSK.

1. Masalah network down yang menyebabkan


internet tidak boleh digunakan.
2. Membuat penukaran router versi baru.
Minggu Ke – 9 3. Membuat pemasangan meter dan menukar
meter yang rosak.
(25/8/2019 – 29/8/2019) 4. Add Printer untuk staf yang baru membuat
pertukaran station.
5. Pengkajian meter untuk mengetahui
kecekapan kuasa dengan lebih tepat.

1. Penjagaan bahagian HR (Human


Resources).
Minggu Ke – 10 2. Membuat label meeting pada setiap aras.
3. Membuat sijil untuk pelatih yang sudah
(3/9/2019 – 5/9/2019) tamat latihan industri.
4. Menghantar email kepada pelatih yang ingin
membuat latihan industri.

24
1. Penjagaan bahagian HR (Human
Minggu Ke Ke – 11 Resources).
2. Membuat label meeting pada setiap aras.
(8/9/2019 – 12/9/2019) 3. Menghantar email kepada pelatih yang ingin
membuat latihan industri.

1. Penjagaan bahagian HR (Human


Resources).
Minggu Ke – 12 2. Membuat label meeting pada setiap aras.
3. Membuat sijil untuk pelatih yang sudah
(15/9/2019 – 19/9/2019) tamat latihan industri.
4. Menghantar email kepada pelatih yang ingin
membuat latihan industri.

1. Penjagaan bahagian HR (Human


Resources).
2. Membuat label meeting pada setiap aras.
Minggu Ke – 13
3. Menghantar email kepada pelatih yang ingin
(22/9/2019 – 26/9/2019) membuat latihan industri.
4. Format PDA MFFA, yang menyebabkan
PDA tersebut mengalami masalah teknikal.

1. Membuat penukaran switch jenis Aruba di


bilik server.
2. Configurasikan switch Aruba.
Minggu Ke – 14
3. Membuat pertukaran ip printer kerana
network ip address telah berubah kepada
(1/10/2019 – 3/10/2019)
10.10.10.0 .
4. Membuat pertukaran user PDA printer.

Minggu Ke – 15
1. Penjagaan bahagian HR (Human
(6/10/2019 – 10/10/2019) Resources).
2. Membuat label meeting pada setiap aras.
3. Membuat sijil untuk pelatih yang sudah
tamat latihan industri.
4. Menghantar email kepada pelatih yang ingin
membuat latihan industri.
5. Masalah network down yang menyebabkan

25
internet tidak boleh digunakan.

1. Belajar cara membuat kabel RJ-45.


2. Memasang konektor RJ-45 pada kabel UTP.
3. Format laptop windows 7.
4. Penjagaan bahagian HR (Human
Minggu Ke – 16
Resources).
5. Membuat label meeting pada setiap aras.
(13/10/2019 – 17/10/2019)
6. Menghantar email kepada pelatih yang ingin
membuat latihan industri.
7. Add printer pada PC kerana ada perubahan
ip address yang baru.

1. Format laptop windows 7.


2. Add printer pada PC kerana ada perubahan
ip address yang baru.
Minggu Ke – 17 3. Membuat kabel RJ-45 untuk pemanjangan
kabel internet sepanjang 2 meter.
(20/10/2019 – 24/10/2019) 4. Masalah pengecas tablet tidak dapat masuk
disebabkan kerosakkan kabel.
5. Melawat tapak PMU TNB Tanah Merah.

1. Add printer pada PC kerana ada perubahan


Minggu Ke – 18
ip address yang baru.
(28/10/2019 – 31/10/2019) 2. Format laptop windows 7.

Minggu Ke – 19 1. Add printer pada PC kerana ada perubahan


ip address yang baru.
(3/11/2019 – 7/11/2019) 2. Penjagaan bahagian HR (Human
Resources).
3. Membuat label meeting pada setiap aras.
4. Menghantar email kepada pelatih yang ingin

26
membuat latihan industri.
5. Format PDA MFFA, yang mengalami
masalah teknikal.
6. PDA tidak dapat berfungsi yang berada di
TNB Kuala Krai.
7. Membuat penukaran bateri PDA dan PDA
Printer pada setiap 1 tahun sekali.

1. Add printer pada PC kerana ada perubahan


ip address yang baru.
Minggu Ke – 20 2. Format laptop windows 7.
3. Tamat menjalani latihan industri di Tenaga
(13/11/2019 – 14/11/2019) Nasional Berhad (TNB).
4. Membuat jamuan perpisahan pelajar-pelajar
latihan industri.

Jadual 3.1 : Ringkasan Tugasan Semasa Menjalani Latihan Industri

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan

Di sepanjang proses latihan di Tenaga Nasional Berhad, pelajar telah


didedahkan dengan pelbagai perkara. Semasa pelajar menjalani latihan
industri disini pelajar telah ditempatkan di bawah Unit Network Solution
Support (NSS).

Laporan teknikal menjuruskan kepada tugas-tugas atau kerja yang


telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu
mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara
berperingkat-peringkat. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat
berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar
diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses
kerja yang telah dilakukan selama 20 minggu di syarikat tersebut. Segala
kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya
pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja
tersebut dengan baik.

27
4.2 Format Komputer Windows 7

1. Masukkan CD dan reboot computer. Ketika keluar “Press any key to boot
from CD or DVD” ,tekan mana-mana kunci dipapan kekunci.

Rajah 4.1

2. Ketika “Window” sedang memproses. Tunggu beberapa Minit.

Rajah 4.2

28
3. Kemudian, skrin akan memaparkan seperti ini.

Rajah 4.3

4. Pilih “Language” dan “ Time Format “. Selepas itu, Tekan Next Button.

Rajah 4.4

29
5. Klik “Install Now“

Rajah 4.5

6. Tunggu proses ini selesai dan akan memaparkan untuk memilih window
x64 untuk 64 bit atau x86 untuk 32 bit. Tentukan, Selepas itu tekan Next
Button

30
Rajah 4.6

7. Klik pada kotak disebelah kiri “ I accept the lincese terms” . Klik Next

Rajah 4.7

8. Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.

Rajah 4.8

31
9. Pilih partition dan tekan ‘Next’.

Rajah 4.9
10. Window sedang install ke dalam system computer. Tunggu beberapa
minit kemungkinan memakan masa sehingga 30 minit

Rajah 4.10

32
11. Secara Automatik Window akan Restart secara sendiri

Rajah 4.11
12. Apabila komputer selesai reboot akan keluar seperti ini biarkan serta
tunggu ia selesai

Rajah 4.12

33
13. Window akan hidup sendiri

Rajah 4.13

14. Ketika window sudah menyalin semua fail ke dalam computer

Rajah 4.14

34
15. Window sedang bersedia untuk pemprosesan.

Rajah 4.15

16. Masukkan nama pengguna atau apa apa nama . Klik Next

Rajah 4.16

35
17. Sekiranya ingin membuat akaun sendiri, sila masukkan nama dan kata
laluan. Klik Next

Rajah 4.17
18. Jangan diabaikan Klik Next (Perlukan crack untuk Window bukan
original dan sekiranya ingin window yang original masukkan kekuncinya)

Rajah 4.18

36
19. Klik pada use recommended settings

Rajah 4.19

20. Pilih Zon Masa dan tetapkan Masa dan Klik Next

Rajah 4.20

37
21. Jika Komputer terdapat sambungan Internet. Pilih Home Network Jika
sambungan internet di rumah .

Rajah 4.21
22. Sekarang Window telah Berjaya di format.

Rajah 4.22

38
4.3 Menukar ’CATRIDGE’ Printer Canon Pixma E410

Langkah 1

39
Rajah 4.23

1. Tekan butang ‘ON’ pada printer.


2. Buka ‘paper output tray’ dan sambungan ‘output tray’.
3. Buka penutup dan pastikah tempat ‘catridge’ berhenti di tengah-tengah.

 Jangan pegang pemegang ‘catridge’ untuk berhenti atau gerakkan


dengan paksa. Jangan sentuh pemegang ‘catridge’ sehingga ia
berhenti sepenuhnya.

Langkah 2

Mengeluarkan ‘catridge’ kosong / yang lama.

1. Tekan / tolak ‘catridge’ ke bawah sehingga ia berbunyi klik.

40
Rajah 4.24

2. Keluarkan ‘catridge’.

Rajah 4.25

Langkah 3

Menyediakan ‘catridge’ baru.

41
1. Ambil ‘catridge’ baru daripada bungkusannya dan keluarkan pita pelindung
(C) perlahan-lahan.

Rajah 4.26

Langkah 4

Pasang ‘catridge’

42
1. Masukkan ‘catridge’ baru dengan memegang pemegang ‘catridge’.
2. ‘Catridge’ warna perlu dipasang ke dalam slot kiri dan ‘catridge’ hitam perlu
dipasang ke dalam slot yang betul.

Rajah 4.27

 Masukkan ‘catridge’ dengan perlahan supaya tidak memukul kenalan


elektrik pada pemegang ‘catridge’.

Rajah 4.2

Langkah 5

Tarik ‘catridge’ ke dalam sehingga naik dan terkunci.

43
Rajah 4.29

Rajah 4.30 Rajah 4.31

 Periksa sama ada ‘catridge’ dipasang dengan betul.


 Pencetak tidak boleh mencetak, kecuali jika ‘catridge’ warna dan
‘catridge’ hitam dipasang. Pastikan memasang kedua-dua ‘catridge’.

Langkah 6

1. Tutup penutup printer.

44
Rajah 4.32

2. Pastikan printer ‘On’.


3. Masukkan kertas bersaiz A4.
4. Tarik keluar ‘paper output tray’.
5. Untuk melakukan ‘Test Print’, tekan butang ‘Stop’ sehingga
‘Alarm’ berkelip sekali, dan lepaskan.
6. ‘Test print’

Rajah 4.33

4.4 Add Printer pada PC (Private Computer)

1. Tekan menu kemudian search “Contro Panel”.

45
Rajah 4.34

2. Kemudian, tekan “Hardware and Sound”

Rajah 4.35

3. Pilih “Device and Printers”

46
Rajah 4.36

4. Delete printer yang lama (Canon iR-ADV 4225/4235 UFR II),

Rajah 4.37

5. Selepas itu, tekan “Add a printer” untuk tambah printer baru

47
Rajah 4.38

6. Klik pada perkataan “The printer that i want isn’t listed” untuk memilih
berbagai lagi jenis jenama yang ingin dipilih.

Rajah 4.39

7. Pilih point yang ke-4, iaitu “Add a printer using a TCP/IP address or
hostname”.

48
Rajah 4.40

8. Pada device type, pilih “TCP/IP Device”. Tukarkan ip address printer yang
baru, iaitu 10.203.205.80 dan pada port name sekali.
Kemudian untick pada “Query the printer and automatically select the driver
to use”.

Rajah 4.41

9. Pilih point yang ke-2, iaitu “Replace the current driver”

49
Rajah 4.42

10. Tulis jenis nama printer yang ingin di setkan.

Rajah 4.43

11. Tekan point “Do not share this printer”

50
Rajah 4.44

12. Last sekali, kita ingin mencuba sama ada printer tersebut telan bersambung
dengan Pc yang kita setkan tadi. Tekan “Print a test page”, jika kertas
tersebut keluar menandakan anda berjaya. Sekian, terima kasih..

Rajah 4.45

13. Inilah hasil yang dikeluarkan dari printer yang anda setkan tadi

51
Rajah 4.46

14. Ip address untuk printer termasuk Subnet Mask.

Rajah 4.47

BAB 5

52
DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah
yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang
diceburi. Berpandukan kepada Objektif Program Latihan Industri memang
mempunyai kebaikan yang lebih daripada keburukkannya.

Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat ini,
saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini.
Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau
merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 6 bulan
menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya
pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.

5.2 Dapatan

53
Latihan industri memainkan peranan yang penting dalam membina minda
yang positif, memberi pendedahan tentang suasana kerja dan membentuk kaedah
komunikasi yang baik dikalangan pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS). Pelajar-
pelajar yang mengikuti latihan industri ini akan dapat berfikir dengan lebih matang
dan menerima sebarang isu dengan lebih rasional. Jelas terbukti bahawa pelajar-
pelajar yang telah tamat latihan industri akan dapat berfikir lebih matang dan dapat
menyelesaikan masalah dengan cukup professional. Sememangnya latihan industri
telah memberikan banyak ilmu dan manfaat kepada para pelajar Politeknik Muadzam
Shah (PMS). Oleh itu, tanpa mengikuti program ini para pelajar mungkin boleh
diibaratkan seperti ‘katak di bawah tempurung’ kerana tidak dapat merasai dan
mengetahui alam pekerjaan yang sebenar. Terdapat banyak perbezaan di antara alam
pembelajaran di sesebuah institut dengan di alam pekerjaan.

Tekanan yang diberikan di semasa berada didalam institut dan yang diberikan
di tempat kerja adalah jauh berbeza. Semasa berada di tempat belajar, para pelajar
cuma menerima tekanan pada masa peperiksaan dan tarikh hantar tugasan dan
sebagainya, tetapi tekanan kerja yang diterima di tempat kerja adalah berbeza.
Dengan pelbagai pengiktirafan yang diterima, kebanyakan syarikat mengamalkan
kaedah organisasi piawaian antarabangsa

Untuk syarikat itu harus menetapkan piawaian kerja dalam semua bidang
pada setiap masa. Ini secara tidak langsung mendisiplinkan para pekerja ketika
menjalankan kerja seharian. Memandangkan latihan industri merupakan satu
bahagian yang amat penting yang dipelajari oleh setiap pelajar Politeknik Muadzam
Shah (PMS), maka proses pengendaliannya harus dirancang dan dilaksanakan
dengan teratur dan sempurna semasa menjalani latihan industri.

5.3 Cadangan

54
5.3.1 Cadangan Kepada Politeknik

Pihak politeknik perlu bertanggungjawap untuk menerangkan kepada pihak


syarikat akan objektif latihan industri, pihak Politeknik hendaklah memberikan garis
panduan perlaksaan latihan industri kepada pihak syarikat / organisasi. Pihak
Politeknik harus memberi pendedahan yang secukupnya berkaitan syarikat /
organisasi yang dipilih oleh pelajar Politeknik. Pihak Politeknik harus memastikan
agar pelajar didedahkan kepada tugas-tugas yang bersesuaian dengan bidang yang
dipilih. Selanjutnya, pihak Politeknik juga harus mengambil langkah untuk
mendedahkan syarikat-syarikat yang akan memberi latihan kepada pelajar Politeknik
serta mengetahui objektif berkaitan latihan industri.

Mengikut latihan industri, seseorang pelajar tidak semestinya melakukan satu


jenis tugas, pelajar hendaklah mempelajari sebanyak mungkin tugas kerja yang
terdapat bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para pelajar.
Pelajar haruslah berterima kasih kepada pihak syarikat / organisasi atas kesanggupan
menerima pelajar Politeknik sebagai pelatih.

5.3.2 Cadangan Kepada Syarikat/organisasi

55
Pihak syarikat terlebih dahulu hendaklah mengetahui apakah tujuan sebenar
pelajar menjalani latihan industri di tempat tersebut. Pihak syarikat perlu
mengadakan satu sesi temuduga sebelum pelajar memulakan latihan industri supaya
pihak syarikat dapat mengetahui latar belakang dan kebolehan pelajar. Pihak syarikat
yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri ini seharusnya menyediakan
satu rancangan program latihan industri bagi tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, pihak syarikat harus menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar.
Pihak syarikat boleh meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi
seseorang pelajar dengan memberi komen dan cadangan agar pelajar tersebut dapat
memperbaiki kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Pihak
syarikat hendaklah mengelakkan dari memberi arahan yang berbeza-beza kepada
pelajar. Hal ini kerana pelajar akan berasa keliru apabila mendapat arahan yang
berbeza daripada staf yang berlainan. Kesilapan dalam tugasan yang di arahkan dapat
dielakkan sekiranya pihak syarikat memberi arahan yang betul dan tepat.

5.3.3 Cadangan Kepada Pelajar

56
Pelajar perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam kerja-kerjanya.
Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak syarikat hendaklah difahami dan
dipraktikkan dalam kerja-kerja yang dilakukan. Pelajar juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang diberikan oleh syarikat dan
menggunakan dengan sebaik-baiknya. Pelajar juga hendaklah mematuhi segala
peraturan yang berkaitan dengan syarikat untuk mendisiplinkan diri sendiri. Nama
pelajar dan status Politeknik hendaklah dijaga semasa menjalani latihan supaya
syarikat tersebut menaruh kepercayaan yang sepenuhnya kepada kita dan
pengambilan pelajar praktikal yang seterusnya boleh menjalani latihan industri pada
masa yang akan datang.

Para pelajar politeknik yang mengikuti latihan industri seharusnya berfikiran


positif dalam apa jua keadaan yang dihadapinya. Pelajar seharusnya menerima semua
tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat dengan minda yang terbuka. Ada syarikat
yang menyuruh para pelajar untuk membancuh air untuk para pengurus. Dalam
konteks ini pelajar tersebut haruslah melakukannya dengan fikiran terbuka dan tidak
terpengaruh dengan para pekerja lain di syarikat tersebut. Adalah tidak elok bagi
pelajar untuk menolak sebarang kerja lebih lagi tidak melawan cakap peenyelia
kerana ini akan menjejaskan nama dan imej Politeknik. Jangan seperti bahkata
pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Dalam apa jua keadaan yang
berhadapan pelajar harus mencuba sedaya upaya untuk menjaga nama baik
Politeknik. Tujuan latihan industri adalah untuk para pelajar mengenali dan
menyesuaikan diri dengan alam pekerjaaan.

57
BAB 6
KESIMPULAN

Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat Tenaga Nasional Berhad ini,


pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas di organisasi ini
secara tidak langsung pelatih juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan
peranan dalam syarikat.

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelatih
sebagai pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih
berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat mengenalpasti dan
menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar.
Ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan
belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan
kerja yang kreatif, kreatis serta berkualiti. Sekiranya latihan ini tidak diadakan maka
keadaan yang agak sukar akan dilalui oleh para pelajar untuk menempuh alam
pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, didapati bahawa latihan ini amat penting dan
banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan kepada pelajar.

Selain itu, pelajar dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan


organisasi ini. Walau bagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki.
Prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran memainkan peranan yang penting bagi
mewujudkan sebuah organisasi yang mantap. Perancangan, penyelarasan dan
kawalan adalah penting bagi menyelaraskan semua tugas. Sesebuah organisasi yang
bagus dan cemerlang mesti efisyen dan efektif dalam membuat sesuatu keputusan
dan perancangan dan ini merupakan prinsip utama dalam sesebuah pengurusan
organisasi yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah organisasi yang
sentiasa berurusan dan memberi perkhidmatan ujian kepada pelanggan, haruslah
memberi perkhidmatan yang berkualiti, pantas, mesra pelanggan serta menunjukkan
budaya kerja yang mencerminkan keperibadian yang mulia dipandangan masyarakat.

Di samping itu, dengan adanya latihan ini juga, pelajar dapat dilatih untuk
menjadi seorang yang berdisplin dan menepati masa semasa kerja. Kemahiran

58
berkomunikasi juga dapat dipraktikkan antara pelatih dan kakitangan. Latihan ini
juga telah mendedahkan pelajar mengenai semangat kerja secara berpasukan dan
bertukar-tukar pendapat serta idea dengan kakitangan yang lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditemui oleh pelajar sepanjang


menjalani latihan industri yang ianya berbeza antara satu sama lain, namun apa yang
penting ialah individu tersebut mestilah bersikap lebih positif dalam menghadapi
setiap situasi, supaya pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkam dan dijadikan
perangsang pada masa akan datang.

Melalui Latihan Industri ini, jelaslah bahawa objektif Latihan telah tercapai
sepanjang latihan yang dijalankan selama enam bulan. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelatih sepanjang latihan ini
sangatlah berguna dan perlu di manfaatkan di masa akan datang. Penglibatan pelajar
dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti
pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal, sekaligus menjadikan Politeknik
sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu, format laporan selepas
menjalani latihan industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan
teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang
penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Latihan sebegini
juga telah dapat melahirkan seorang graduan yang berpengetahuan dan
berkeperibadian yang tinggi untuk merealisasikan wawasan 2020.

59
RUJUKAN

1. Samad, ”About TNB: History,” 31 August 2019. [Online]. Available:


http://www.tnb.com.my/about-tnb/history/.
2. Tariq, ”Reduce Power Losses,” Improvement in Power System, vol. 1, no.
12, p. 2, 2019.
3. Rashid, ”TNB,” pelangi, Kuala Lumpur, 2019.
4. Ghafar, TNB Manual, Kuala Lumpur: Oxford Fajar, 2019.
5. Portal TNB, :https://www.tnb.com.my/about-tnb/board-of-directors
6. Jabatan Pengurusan Asset, Manual Penyenggaraan Keadaan untuk Substation
Distribusi Utama (PPU), 2013.
7. WikiHow Staff, “Add Printer ”, 5 September 2015.
https://www.wikihow.com/Connect-a-Printer-to-Your-Computer

60
LAMPIRAN

A. Salinan test page ip address untuk add printer

61
62
63
64
65
66
B. Sijil Penghargaan Latihan Industri

67
C. Sijil Penyempurnaan

68

Anda mungkin juga menyukai